Bila sudah berjanji mahu atau tidak mesti di tepati kan...haha... lebih-lebih lagi dengan kanak-kanak ni kan. Memang dari malam dah bagitau esok pagi nak bawa derang main di taman kalau cuaca baik. Tau je la di sini sejak 2 3 hari ni hujan setiap pagi.
Syukur hujan turun tapi setelah kami masuk kereta dan menuju ke Puchong. Haha...alhamdulillah sempat puaskan hati anak-anak bermain sepuasnya.
Masih mencuba membuat 'peace' |
Amar sempat main buaian sendiri pulak.. |
Sambil jalan sambil mulutnya pun mengomel. |
Yang ni selepas 1 pusingan Amar jalan. Sebelum ni tak pakai selipar, ini semua gara-gara selalu tengok aku dengan dear suka jalan atas ni tak pakai selipar. |
Hampir sejam lebih berada di sana, memang tunggu sampai mereka bagitahu kata sudah penat. Terus basuh kaki, masuk kereta dan dapat susu....kepenatan bermain.
Pagi tenang aku tak tenang buat orang lain. Mungkin ada yang masih bekerja ataupun mungkin ada yang mahu pulang kampung bercuti. Aku sengaja memandu perlahan sambil perhatikan gelagat orang lain. Seronoknya...
P/s : Tak tahan mata tengok ramai mak mak berbangsa cina datang bawa anak-anak main di taman pakai seluar atas lutut. Paling tak boleh tahan sebab seluar yang mereka pakai jarang dan menampakkan bentuk yang tak sepatutnya di tayang. Tapi bila fikir semula apa yang mereka kisahkan....kita tak sama agama dan budaya.
No comments:
Post a Comment