Semasa majlis persandingan adik ipar dear kebetulan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan konvensyen di perkarangan Stadium Shah Alam. Seronoklah kalau Amar dapat pergi tapi takkan kami nak tinggalkan majlis dan pergi ke sana pula kan. Jadinya sekadar melihat keseronokkan orang lain je la.
Entah macam mana Amar boleh terminat lebih dengan bomba pun aku tak pasti. Kalau tak silap mungkin sebab ada siri dalam cerita upin ipin kot.
Hari raya haji lepas kami beraya di rumah aku yang sememangnya seorang kakitangan bomba juga. Dia hadiahkan 2 beg, 1 untuk Amar lagi 1 buat Ashraf. Seronok bukan kepalang Amar. Haih....sejak dari itu, baju, seluar, topi dan beg memang melekat. Kata pak ciknya nanti belajar rajin-rajin boleh jadi bomba juga. Insyaallah...
Sejak dari hari tu kering je seluar tu dia akan minta pakai lagi. Bajunya aku tak kuasa nak pakaikan sebab kain agak tebal.
No comments:
Post a Comment