Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, December 17

Kisah Kelahiran Zikri Amsyar

Assalam...

Tiba-tiba teringat pula pengalaman aku berpantang kali ke 3 ni. Sangat mencabar bukan apa suami jauh dan mak aku pula sibuk menjaga cucu di kampung. Tidak mahu menyusahkan mak jadi mertua dengan senang hati nak menjaga aku sepanjang berpantang. Tapi tu la kan, walau pun sayang mertua macam sayang mak sendiri aku tetap degil...minggu ke 3 pantang terus minta nak balik rumah. Bukan tak selesa MIL jaga tapi dek kerana rindu sangat-sangat dengan rumah dan paling rindu nak buat kerja rumah. Huhu...rindu tau bila asyik duduk diam je.

Awal pantang dear masih ada bersama dengan kami sekeluarga. Aku bersalin 27/4/2014 dibenarkan keluar esok pagi dari Poliklinik Barakah. Dear cuti sebab nak bawa aku dengan Amsyar cek kuning di Klinik. Memang tak nak Amsyar kena kuning tapi bila dah terkena lewat 5 hari aku terima saja la. Akak urut tu yang kata budak badan berisi ni kurang risiko kuning jadi aku pun boleh tarik nafas lega la.

Kononnya dear nak balik Pahang sambung semula kerja selepas cuti hari buruh tapi pagi tu nurse datang rumah. Bila dia cek tengok macam ada kuning sedikit, terus bawa pergi klinik Bandar Botanic esok paginya. Hari tu tak boleh pergi sebab cuti hari buruh jadi aku boleh teruskan proses mengurut dengan senang hati buat kali pertama. Syok ooo...

2/5 keputusan darah Amsyar 196 agak tinggi sedikit dan perlu ulang datang lagi esok harinya.
3/5 Kami ke Klinik Kesihatan Pandamaran sebab Klinik Kesihatan Bandar Botanic tutup jadi pergi lebih jauh sedikit asalkan kami senang hati. Keputusannya 188 dan perlu ulang datang lagi ke Klinik Kesihatan Bandar Botanic pada hari Isnin.
5/5 Kami ke Klinik Kesihatan Bandar Botanic dan keputusan ujian darah Amsyar menurun ke 165 jadi atas nasihat doktor kami tidak perlu datang ke klinik lagi sebab hasil ujina darahnya makin menurun dan kadar normal hanya 150 sahaja.

Alhamdulillah makanya dear boleh pergi kerja petang isnin tu juga dan aku pun tak perlu risaukan lagi nak minta tolong orang lain bawa kami ke klinik. Syukur Allah permudahkan segala masalah aku.

5/5 juga tali pusat Asmyar cabut. Terus MIL buat bubur merah hari tu juga. Hehe adat MIL jadi aku ikutkan je la. Lagi pun Amar memang suka makan bubur merah ni.

16/5 Berat Asmyar sudah menjangkau 4.5kg.

Sebulan selepas habis pantang terus ajak dear balik kampung, mak nak buat kenduri naik buai untuk 3 cucu yang lahir, anak abang aku yang nombor 4 lahir awal seminggu dari Amsyar, Amsyar dan juga anak abang aku nombor 3 lahir sebulan selepas Amsyar. Meriah rumah mak masa majlis tu, jiran pum seronok tengok dalam setahun 3 orang cucu terus mak aku tambah. Awal sebelum tu masa pergi kenduri kahwin sepupu kami di Puchong, saudara mara semua terkejut tengok kami 3 orang bawa perut. Haha..nampak sangat kami ni jarang berjumpa kan.

Selepas 2 bulan aku mula masuk kerja itu pun awal seminggu sebab bos dah bising sebab tak ada orang boleh cover lagi kerja aku. Bos bagi cuti ganti 7 hari sebagai ganti masuk kerja awal. Dear bising juga tapi aku diamkan je sebab dear jauh kan.

Sepanjang bekerja dengan dear yang duduk jauh cuma seminggu atau 2 minggu baru balik klang. Makan pun tak teratur. Berat pun agak turun juga masa tu sampaikan bos dan kawan-kawan pun tegur.  Penat la kan, jaga anak 3 orang sendirian, masak memang tak buat la kecuali bila dear balik rumah. Sanggup redah ambil dear di stesen bas selepas balik kerja sebelum ambil anak-anak. Sanggup pergi hantar dear naik bas ke pahang.. allah hai, kadang-kadang rasa macam tak nak ingat lagi. Perit sangat hidup masa tu walaupun jiran sekeliling tengok aku macam kuat.

Syukur juga selepas beberapa bulan dear mendapat tawaran kerja di klang, dugaan dan ujian menjaga anak-anaj sepanjang berjauhan dengan dear memang menduga

No comments: