Assalam..
Rindu nak menulis di sini, insyaallah akan datang mesti lebih kerap menulis kembali. Tahun 2016 banyak kenangan manis, indah untuk di kenang..tak lupa juga kepada semua kenangan pahit yang di lalui untuk mengajar aku menjadi lebih baik dari sekarang. Anak-anak sudah 3 minggu cuti sekolah, insyaallah Amar akan masuk sekolah rendah berada di darjah 1, Ashraf masih di Pasti dan Amsyar akan aku jaga sepenuhnya.
Urusan anak-anak aku akan uruskan sendiri tahun depan, tak perlu lagi susahkan mertua dan kakak ipar. Nak habiskan masa dengan anak-anak, nak ambil kesempatan yang ada untuk ajar apa yang aku mampu ajar, ambil kembali masa-masa dengan mereka yang dah aku bazirkan. Dulu sibuk bekerja sampai balik lewat petang. Kadang kala pukul 7 malam baru sampai rumah, itu yang awal yang lewat pukul 8 malam baru tiba rumah. Mertua pun kadang-kadang tegur juga, tapi bila bagitau kerja dia pun tak boleh nak cakap apa.
Anak-anak selalu mengadu cakap mama tak ajar mereka buat kerja rumah, tak tolong mereka ulang kaji...kadang-kadang hati ni rasa remuk dengar mereka cakap macam tu. Tapi hakikatnya begitu, telan dan hadam sendiri. Dalam hati memberontak rasa nak menangis pun ada, nampak sangat dunia aku dahulu mengabaikan anak-anak.
Alhamdulillah walaupun tak sempat nak ajar ulang kaji tapi keputusan peperiksaan akhir tahun Amar dan Ashraf sangat baik, luar jangkaan aku. Ok ini baru tadika, perjalanan mereka masih jauh. Sekolah nanti pasti ada bermacam ujian, dan pasti ada lebih ramai pelajar yang lebih bijak. Akan masuk kelas 1 ehsan iaitu kelas ke 5 dari 9 kelas yang ada. Bilangan pelajar pun agak ramai sebenarnya. Lebih kurang 365 orang pelajar. Maklum saja kawasan Jalan Kebun dah terlalu banyak perumahan baru.
Keputusan peperiksaan Ashraf juga sangat baik, kekal seperti sebelum ni. Syukur masih mampu membantu anak-anak ulangkaji walaupun di saat akhir.
Insyaallah tahun 2017 permulaan baru untuk aku menjadi orang baru, berazam menjadi mama yang terbaik buat anak-anak. Menjadi pengajar, peneman, jadi penghibur dan segala-segala buat anak-anak.
No comments:
Post a Comment