Assalam...
Sejak akhir-akhir ni semua yang berhampiran, berkaitan dan berdekatan dengan aku diserang masalah PERSEFAHAMAN DAN PERSAUDARAAN. Kadang kala rasa pelik juga kenapa tiba-tiba terjadi dalam masa yang sama, tapi mungkin Allah aturkan untuk aku nilaikan sikap dan peribadi seseorang.
Ada keluarga yang sedang dilanda gelora, ada orang yang sedang menderita, ada adik yang sedang kecewa dan ada juga pekerja yang rasa di pergunakan.. Alhamdulillah bukan aku, tapi aku seronok dapat membantu melegakan dan menjadi tempat mereka meluah perasaan. Sungguh bila begini memang rasa syukur Allah kurniakan aku suami yang baik malah sempurna di mata dan hati aku, syukur ada keluarga tempat mengadu, ada emak yang sentiasa beri sokongan padu, anak-anak yang menjadi penguat aku.
Kadang kala bila ada masalah di situ buat kita rasa lagi kuat kan, tapi bila tengok orang lain resah di landa masalah memang sangat kasihan, apakan daya apa yang mampu aku hulurkan bantuan.
Tak mahu tulis panjang, masa tak mengizinkan. October ni buat aku lebih sayu terkenang kembali tragedi oktober keluarga kami, semoga Allah tempatkan abah di kalangan orang beriman. Al-Fatihah
Ini aku yang terlalu dan terlebih senang hati, pipi sentiasa mau lanjut...haha maka terima seadanya diri anda :p
1 comment:
dah macam pantun entri yg satu
Post a Comment