Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, February 12

Tidur

Assalam...

Sejak dari petang semalam, Ashraf susah nak suruh tidur siap tanya kenapa asyik suruh kita tidur je ni?

Wow! Mula-mula aku pujuk layankan je perangai die tapi memandangkan dia baru balik dari rumah mak lang dengan esakan sebab mak lang paksa tidur. Hai anak..tidur la supaya boleh merehatkan badan dan minda, kalau 24 jam/7 hari seminggu tak nak tidur apa akan jadi? Dia diam tapi aku tau dia tak ada jawapan.

Di peluk dan ditepuk baru tidur, hal ini berulang juga hampir setiap malam. Kadang-kadang aku berangan nak bangun buat kerja rumah selalu tinggal angan-angan dek kerana nak menepuk dan memeluk dia hingga aku pun lena sama.

Malam tadi hal yang sama jadi lagi. Dari jam 10.00 malam hingga 12.00 malam belum boleh tidur. Alasan sejam pertama sakit perut, dear sapu minyak tapi bila nampak dear nak makan dia bagitau lapar.

Usai makan pukul 11.00 malam, maklum aja makan pun perlahan sebab tak mahu tidur. Masuk bilik tapi cuma berguling-guling sahaja. Amar dan Amsyar lena cuma dia sahaja susah nak tidur.

Kadang-kadang kami suami isteri pernah ugut kalau tak nak tidur dalam bilik dengan tilam empuk pergi baring di depan rumah, ada rumput yang menyucuk kulit dan nyamuk yang menggigit.

Tapi cara ni kadang kala dia tak ambil kisah..mungkin dia fikir kami tak akan berani buat

Duhai anak, makin besar makin banyak akalmu

No comments: