Assalam...
Pagi-pagi lagi dear dah selesaikan urusan zakat fitrah kami sekeluarga, syukur dengan rezeki yang Allah beri. Bila dah bayar zakat bermakna raya tidak lama lagi, moga bertemu ramadhan akan datang.
Tahun ni giliran raya di klang jadi kami sempat bersiap mengemas rumah. Walaupum budget terhad tapi alhamdulillah cantik pada aku dan keluarga. Niat hati nak cat dinding warna lain tapi dear tak benarkan..nak beli kain buat langsir baru, tapi mujur ada akak ipar nak buamg langsir lama yang masih cantik untuk alu guna. Cuma tiada gubahan bunga je sebab takut menjadi tempat pembiakkan habuk. Yang penting kami semua selesa tinggal dalam rumah.
Tahun ni cuti raya 4 hari, konon hari khamis nak kerja tapi kasihan dengam Mil dan kak ipar sebab mereka nak masak dan kemas rumah. Mujur bos ok, kerja yang penting semua aku dah selesaikan agar senang bila aku nak guna masa masuk kerja nanti.
Insyaallah kami akan balik kampung hari raya ke 3 dan pulang ke klang hari selasa atau rabu. Anak-anak cuti sekolah lebih seminggu jadi tiada masalah melibatkan ponteng sekolah.
Buat semua selamat hari raya, maaf andai ada terkasr kata..mohon ampun semua dosa..berhati-hati dijalan raya, maklum saja balik raya jalan jem teruk, jadi bersabarlah semtiasa.
No comments:
Post a Comment