Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, July 9

Hadiah Buat Anak

Assalam...

Bila anak gembira kita pun gembira juga kan, seronok sangat bila dapat gembirakan anak-anak. Alhamdulillah rezeki Allah bagi buat kami jadi kami kongsikan dengan anak-anak. Bukan apa dah lama anak-anak ni minta basikal memandangkan jiran-jiran ada basikal sorang satu. Haih...duduk berjiran macam ni la kan. Sabar je sejak dari belum keluar Amsyar hingga lah Amsyar dah pandai jalan baru kami belikan mereka basikal. Itu pun dear tak bagi main depan rumah sebab banyak kereta keluar masuk, bahaya. Anak-anak jiran biarlahh mak mereka ada sentiasa memerhati.

Lagi pun aku balik kerja pukul 6 petang sampai rumah pukul 7 maklum saja la perangai anak ni kan. Sorang macam ni, sorang macam tu. Pening jadi baik





Setelah sekian lama basikal tu ada di rumah mak lang tiba-tiba Ashraf suarakan hasrat mahu bawa basikal balik rumah. Tapi dear tak benarkan sebab kami ada di rumah cuma hujung minggu sahaja, lagipun rasa tak sedap hati kalau letak kat rumah. Ada jiran yang anak mereka akan main sesuka hati walau pun kami ada di rumah atau tidak. Nanti rosak bukan boleh nak minta mereka baiki maklum saja kami sudah kenal lama jiran kami ni. Dari terjadinya perbalahan lebih baik kami tinggalkan di rumah nenek dan mak lang, mainlah Amar dan Ashraf puas-puas di sana hendaknya.

No comments: