Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan untuk aku menyusukan Amsyar kali ini. Mana tidak bersyukur sebab sehingga kini Amsyar minum susu aku sepenuhnya dan masih belum di campur dengan mana-mana susu formula. Seronok sangat bila dapat menyusukan, memerah dan menyimpan stok susu buat Amsyar.
Tapi yang paling penting sokongan dear buat aku memang lagi menaikkan semangat untuk menyusukan Amsyar sepenuhnya.
Sejak kerja ni aku keluarkan pam manual medela lama tapi rasanya pam tu tidak lagi sesuai untuk aku memandangkan aku perlu mengejar masa. Jadi kalau mengepam manual untuk sebelah ambil masa 5 ke 10 minit ini dah melambatkan aku. Bodek dear jadi aku pilih untuk beli spectra M1. Fuh....dekat RM 600.00 juga tu tau, tapi aku ambil pakej sebab nak cooler bag yang baru. Cooler bag yang lama dah buang sebab dah tidak sesuai digunakan lagi (sebab tak pandai jaga..mengaku je la).
Bila dah ada stok susu mula la gelabah sebab tak ada tempat nak simpan, peti ais kat rumah cuma 1 pintu itu pun beli sejak lepas kahwin...masih elok takkan nak upgrade ke 2 pintu semata-mata untuk susu je. Tumpan rumah MIL pun tak sesuai sebab walaupun peti ais MIL besar tapi orang yang tinggal dalam rumah MIL tu ramai. Jadi untuk sementara waktu...biasanya 3 4 hari sekali aku minta kakak ipar bawakan pergi rumah MIL untuk di simpan sementara waktu. Penyelesaiannya aku minta dear belikan peti sejuk beku sahaja, sebab aku rasa itu boleh jadi pembakar semangat untuk memperbanyakkan lagi susu. Hehe...
Wah...bila dah ada peti ais beku memang hari-hari rasa mau perah susu. Seronok sangat. Selepas hampir 2 bulan cuti berpantang sebab aku masuk kerja awal seminggu aku tengok jumlah susu sudah cecah hampir 500oz. Walau pun orang lain ada yang cecah 1000oz stoknya tapi pada aku jumlah tu dah terlalu banyak.
Setakat ini Amsyar tidak jarang minum EBM, dia kerap minum fresh EBM yang aku perah setiap hari. Lebihannya aku akan jadikan EBM.
Dapat perah susu untuk Amsyar hampir 20oz di office, lebih kurang 15oz di rumah setiap pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah sehari hampir 35oz, Amsyar minum 20 - 25oz sehari jadi bakinya memang aku akan bekukan di malam harinya. Jadi pek EBM beku aku memang tak terurus atau pun tak sama rata sebab aku bekukan mengikut baki susu untuk hari itu. 1 pek ada yang 8, 9 atau pun 10oz mengikut hasil yang aku dapat hari tu.
EBM dalam peti ais beku mampu bertahan hingga 6 bulan, sekarang sudah cecah 4 bulan dan EBM yang pernah aku cairkan untuk Amsyar tak sampai 30oz lagi. Nanti bulan Oktober boleh gunakan EBM sepenuhnya. Masa tu Amsyar sudah pun 6 bulan....yahoo harap-harap berjaya.
Keadaan dalam peti beku pun hampir penuh...seronok bila buka tengok.
Pernah beberapa minggu lepas leltrik mati hampir 6 jam tapi syukur dek keraan tiada siapa buka jadi susu masih kekal beku lagi. Walau pun hakikatnya dalam hati sangat risau.
2 comments:
tahniah yan..rindu dengan ko..diam2 ko dah potong aku ye..anak ko dah 3..meh belaja dengan aku mcmn nak dapat anak pompuan..hehehe
hehe...rezeki dapat laki lagi, lain kali aku nak aku berguru eh
Post a Comment