Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, September 17

Diserang HFMD

Assalam...

Ini kisah sebelum bersalin lagi, maklum saja duduk rumah banyak kerja di pejabat pun ada banyak kerja juga. Jadi makin banyak cerita yang tertunggak aku nak titipkan di sini. Pelan-pelan buat la nampak gayanya kan.

Amar dengan Ashraf di serang penyakit Kaki tangan dan mulut (HMFD) yang sangat membebankan derang. Mana tidaknya leceh tau, nak susu pun sakit. Tak pe sakit itu penghapus dosa kecil mungkin bukan dosa mereka tapi dosa mak bapa mereka la tu kan.

Bersabar je la bila setiap kali bagi susu sampaikan satu masa memang kami bagi minum guna cawan, kalau guna botol memang meraung derang nak habiskan.

Kes nak letakkan ubat pun susah, jadi penyelesaian bila tengok dua-dua susah nak makan kami bagi siap janji nak belanja KFC. Tapi masih belum jalan juga, maklum la tengah sakit kan, buat bubur nasi pun tetap tak jalan.

Hampir seminggu baru baik sakitnya, itu pun seorang demi seorang. Dah terbiasa minum dari cawan Amar minta minum dari dalam cawan pulak. Tapi sekejap je bila nampak Ashraf minum guna botol dia pun mahu juga.





Makan donut big apple dengan seleranya...Alhamdulillah itu makanan pertama dia selepas baik dari sakit. Memang habis sebiji donut tu mungkin sebab lapar sangat agaknya ni.
Amar makan burger KFC sebab dah janjikan, kami tak mahu hampakan anak-anak dengan janji kosong. Kami berjanji dengan apa yang kami mampu bagi je. Kang janji bulan bintang tapi entah kemana nak buat apa.
Ubat untuk mereka, fuh! ubat titik tu yang paling seksa nak bagi tau. Bila derang cakap sakit terus peluk bayangkan mulut aku diletak ubat tu pulak...sabo je la kan kalau anak-anak sakit ni.

No comments: