Assalam...
Eh...apsal pulak tajuk semacam je ni kan, mana tidaknya sakit hati tengok pekerja di tapak luar asyik minta beli itu ini je. Geram pun ada..Tapi sabar saja sebab itukan memang kerja aku melayan permintaan mereka mahu beli apa saja.
Paling tak tahan bila ada yang bagitahu ada barang boleh jual semula pada pembekal. Jadi aku tebalkan muka tanya satu persatu pembekal sama ada mereka ada beli semula atau tidak. Bila dapat 1 pembekal mula lah jual mahal.
Bukan aku yang jual mahal, tapi pekerja di luar yang jual mahal. Penat aku cari tapi akhirnya tak jadi urusniaga juga mereka ni.
Contoh..
Harga pasaran barang A = RM 90.00 tapi bila kitar semula harga paling tinggi ditawarkan RM 10.00 - RM 15.00 je. Tapi pembekal cuma mahu bayar RM 10.00 satu. Masalahnya pekerja di luar tu tawarkan harga RM 15.00 memang tak akan di ambil dek pembekal tu sebab dia ambil kemudian jual semula jadi tiada untung dia boleh dapat, melainkan atas alasan tolong jualkan je la.
Pada aku la kan, pekerja di luar tu memang tamak. Kenapa aku kata tamak sebab ada orang nak beli tapi letak harga tinggi. Contohnya kalau dia sanggup beli RM 10.00 tapi dia jual dapat 15.00 berbaloi sebab dia memang ada usaha...usaha untuk cari barang, usaha untuk beli barang dari orang lain dan usaha untuk bawa barang tu untuk di jual semula.
Yang menguntungkan sebenarnya pekerja di luar tu tapi dia tak faham sebab sikap tamak. Tak mahu ambil sikit tapi mahu untung lebih. Sebab tu aku kata orang tamak selalu rugi.
Kalau dia jual RM 10.00 pun sudah untung sebab pihak syarikat tak ambil 1 sen pun dari hasil jualan dia. Kalau barang tu dia tak jual akhirnya jadi sampah dan dia perlu buang juga...maksudnya jadi kerja dia pula nak buang barang tu ketempat lain.
Hehe....ok, pagi-pagi dah buat orang sakit jiwa dengar ragam mereka. Makin ramai orang makin celaru kepala otak aku.
Berehat Sebentar
Tuesday, September 30
Monday, September 29
Kenangan Terakhir Kami
Assalam...
Hampir setahun kehilangan arwah mak tok, semoga rohnya tenang di sana. Bila buka blog nampak ada gambar kenangan arwah dengan anak-anak. Seronok anak-anak masa ni, ye la mereka bukan tau apa kan.
Arwah suapkan Amar makan nasi goreng, masa ni selera makan arwah memang tak ada..kesian tengok
Ini budak nakal dapat upah susu lepas penat main.
Tengok tu, tangga belum siap sempurna lagi tapi mereka tetap nak main juga. Maklum saja balik kampung baru jumpa rumah ada tangga. Rumah nenek tak ada tangga ni.
Semoga Allah tempatkan roh arwah mak tok di kalangan orang-orang beriman.

Ini nasi goreng yang pak cik aku belikan, 2 bungkus kongsi makan berempat. Arwah, mak aku, mak cik dengan aku
Seronok Amar dapat main rumah arwah ni luas kan.
Ini budak nakal dapat upah susu lepas penat main.
Tengok tu, tangga belum siap sempurna lagi tapi mereka tetap nak main juga. Maklum saja balik kampung baru jumpa rumah ada tangga. Rumah nenek tak ada tangga ni.
Semoga Allah tempatkan roh arwah mak tok di kalangan orang-orang beriman.
Wednesday, September 17
Diserang HFMD
Assalam...
Ini kisah sebelum bersalin lagi, maklum saja duduk rumah banyak kerja di pejabat pun ada banyak kerja juga. Jadi makin banyak cerita yang tertunggak aku nak titipkan di sini. Pelan-pelan buat la nampak gayanya kan.
Amar dengan Ashraf di serang penyakit Kaki tangan dan mulut (HMFD) yang sangat membebankan derang. Mana tidaknya leceh tau, nak susu pun sakit. Tak pe sakit itu penghapus dosa kecil mungkin bukan dosa mereka tapi dosa mak bapa mereka la tu kan.
Bersabar je la bila setiap kali bagi susu sampaikan satu masa memang kami bagi minum guna cawan, kalau guna botol memang meraung derang nak habiskan.
Kes nak letakkan ubat pun susah, jadi penyelesaian bila tengok dua-dua susah nak makan kami bagi siap janji nak belanja KFC. Tapi masih belum jalan juga, maklum la tengah sakit kan, buat bubur nasi pun tetap tak jalan.
Hampir seminggu baru baik sakitnya, itu pun seorang demi seorang. Dah terbiasa minum dari cawan Amar minta minum dari dalam cawan pulak. Tapi sekejap je bila nampak Ashraf minum guna botol dia pun mahu juga.
Makan donut big apple dengan seleranya...Alhamdulillah itu makanan pertama dia selepas baik dari sakit. Memang habis sebiji donut tu mungkin sebab lapar sangat agaknya ni.
Amar makan burger KFC sebab dah janjikan, kami tak mahu hampakan anak-anak dengan janji kosong. Kami berjanji dengan apa yang kami mampu bagi je. Kang janji bulan bintang tapi entah kemana nak buat apa.
Ubat untuk mereka, fuh! ubat titik tu yang paling seksa nak bagi tau. Bila derang cakap sakit terus peluk bayangkan mulut aku diletak ubat tu pulak...sabo je la kan kalau anak-anak sakit ni.

Monday, September 15
Kupon Letak Kereta Vs Pas Bulanan
Assalam...
Pening kepala bila nampak MBSA letak kain rentang menyatakan tidak lama lagi kawasan pejabat aku diwajibkan membayar parking kenderaan. Rasa terdera pun ada sebab dipaksa kan. Ada juga kalangan rakan sekerja dan jiran sepejabat yang menumpang parking kenderaan mereka di Giant. Cuma perlu menapak sedikit la. Aku? malas! Haha...jadi penyelesaiannya bermula bila pihak MBSA mulakan hantar penguatkuasa datang meronda. Haih...kelam kabut jadinya nak tak nak terpaksa bayar kompoun RM 30.00.
Syukur sebab aku bayar awal sebelum jadi dapat diskaun cuma bayar RM6.00 sahaja. Kebetulan MBSA memang ada buat kempen diskaun 70% masa tu.
Alang-alang bayar saman terus beli sekali pas bulanan ni, senang hati nak buat kerja. Penguatkuasa nak meronta bila-bila masa pun aku tak kisah. Agak berbaloi bayar pas ni sebab memudahkan kerja aku yang ada anak 3 ni kalau pergi kawasan yang dikenakan bayaran parking oleh MBSA.

Wednesday, September 3
Menyusukan Amsyar
Assalam...
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan untuk aku menyusukan Amsyar kali ini. Mana tidak bersyukur sebab sehingga kini Amsyar minum susu aku sepenuhnya dan masih belum di campur dengan mana-mana susu formula. Seronok sangat bila dapat menyusukan, memerah dan menyimpan stok susu buat Amsyar.
Tapi yang paling penting sokongan dear buat aku memang lagi menaikkan semangat untuk menyusukan Amsyar sepenuhnya.
Sejak kerja ni aku keluarkan pam manual medela lama tapi rasanya pam tu tidak lagi sesuai untuk aku memandangkan aku perlu mengejar masa. Jadi kalau mengepam manual untuk sebelah ambil masa 5 ke 10 minit ini dah melambatkan aku. Bodek dear jadi aku pilih untuk beli spectra M1. Fuh....dekat RM 600.00 juga tu tau, tapi aku ambil pakej sebab nak cooler bag yang baru. Cooler bag yang lama dah buang sebab dah tidak sesuai digunakan lagi (sebab tak pandai jaga..mengaku je la).
Bila dah ada stok susu mula la gelabah sebab tak ada tempat nak simpan, peti ais kat rumah cuma 1 pintu itu pun beli sejak lepas kahwin...masih elok takkan nak upgrade ke 2 pintu semata-mata untuk susu je. Tumpan rumah MIL pun tak sesuai sebab walaupun peti ais MIL besar tapi orang yang tinggal dalam rumah MIL tu ramai. Jadi untuk sementara waktu...biasanya 3 4 hari sekali aku minta kakak ipar bawakan pergi rumah MIL untuk di simpan sementara waktu. Penyelesaiannya aku minta dear belikan peti sejuk beku sahaja, sebab aku rasa itu boleh jadi pembakar semangat untuk memperbanyakkan lagi susu. Hehe...
Alhamdulillah Allah bantu dan berikan rezeki lebih untuk beli peti sejuk beku paling kecil dan paling murah di kawasan aku. Survey banyak kedai area Kota Kemuning jadi Seng Heng beri paling murah, kami budget bawah RM600.00 sahaja.
Wah...bila dah ada peti ais beku memang hari-hari rasa mau perah susu. Seronok sangat. Selepas hampir 2 bulan cuti berpantang sebab aku masuk kerja awal seminggu aku tengok jumlah susu sudah cecah hampir 500oz. Walau pun orang lain ada yang cecah 1000oz stoknya tapi pada aku jumlah tu dah terlalu banyak.
Setakat ini Amsyar tidak jarang minum EBM, dia kerap minum fresh EBM yang aku perah setiap hari. Lebihannya aku akan jadikan EBM.
Dapat perah susu untuk Amsyar hampir 20oz di office, lebih kurang 15oz di rumah setiap pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah sehari hampir 35oz, Amsyar minum 20 - 25oz sehari jadi bakinya memang aku akan bekukan di malam harinya. Jadi pek EBM beku aku memang tak terurus atau pun tak sama rata sebab aku bekukan mengikut baki susu untuk hari itu. 1 pek ada yang 8, 9 atau pun 10oz mengikut hasil yang aku dapat hari tu.
EBM dalam peti ais beku mampu bertahan hingga 6 bulan, sekarang sudah cecah 4 bulan dan EBM yang pernah aku cairkan untuk Amsyar tak sampai 30oz lagi. Nanti bulan Oktober boleh gunakan EBM sepenuhnya. Masa tu Amsyar sudah pun 6 bulan....yahoo harap-harap berjaya.
Keadaan dalam peti beku pun hampir penuh...seronok bila buka tengok.
Pernah beberapa minggu lepas leltrik mati hampir 6 jam tapi syukur dek keraan tiada siapa buka jadi susu masih kekal beku lagi. Walau pun hakikatnya dalam hati sangat risau.

Subscribe to:
Posts (Atom)