Masyaallah sekejap je bulan Feb berlalu, sekarang masuk
bulan Mac…Kerja banyak bertimbun-timbun pula bila masuk Feb lepas, membawa ke
awal bulan Mac ni. Agak-agak bila selesai mungkin boleh berkerja dengan lagi
tenang tak perlu berkejar-kejar.
Kerja.
Alhamdulillah kata orang bila ada kerja ada gaji, tapi yang paling penting kalau tak
ada kerja memang bosan menggila aku rasa. Setakat ini masih ada kerja yang
belum selesai lagi walau pun setiap pagi merancang nak selesaikan atau nak
mengurangkan jumlah kerja yang ada.
Alhamdulillah juga walaupun ada kala diuji dengan kesihatan
yang kurang sihat namun tetap bersyukur kerana dapat bos yang memahami sebab
dia terlebih dahulu pernah mengalami nasib yang sama. Dalam masa yang sama
banyak nasihat dan pandangannya yang aku boleh guna pakai.
Terpaksa bekerja lebih sedikit sebelum melahirkan nanti,
sebab nanti bila cuti panjang takkan
orang lain nak selesaikan kerja aku yang tertangguh tu. Mujur juga permohonan
untuk masukkan meter TNB sudah hampir
selesai tinggal sedikit sahaja lagi kalau tidak maunya pening kepala nak
aturkan kerja satu per satu.
Kerja ada kala tertekan juga lagi-lagi bila orang di tapak
minta belikan barang/kabel dala tempoh
yang singkat. Contohnya tengahari order tapi petang mahu barang ada
depan mata…huhu…boleh menangis guling-guling aku dibuatnya tapi Alhamdulillah
semuanya telah pun aku atasi walaupun aku masih baru lagi dalam bidang ini.
Kandungan.
Huhu tak lama lagi tiba April. Erk seram sebab due date penghujung April. Hehe semoga
Allah permudahkan segalanya sama macam abang-abangnya dulu. Apa pun pengalaman
mengandung kali ini pun ada banyak beza dari yang sebelumnya. Hari Jumaat lepas
terpaksa kerja setengah hari saja dek kerana menahan sakit bawah perut yang agak
melampau tiba-tiba. Mujur balik rumah
baring-baring terasa kurang sedikit. Ditambah lagi dengan kepulangan
Dear yang membantu melegakan lagi kesakitan
tu bila diurut perlahan-lahan. Ye kali ni dear balik menjadi tukang urut
aku pula. Haha…terima kasih!
Kesian dear nak melihat baby kali ini tak kesampaian dek
kerana terlampau ramai orang yang datang
ke Klinik Barakah pagi Ahad lalu. Kami
sampai pukul 9.00 pagi tapi kaunter pendaftaran telah pun ditutup sebab
terlampau ramai orang yang mendaftar. Eh…klinik buka pukul 9.00 pagi jadi orang
lain tiba lebih awal dari kami la maksudnya….wah!
Amar dan Ashraf.
Perkembangan terkini mereka sekarang sudah tidak lagi
memakai lampin pakai buang. Sepenuhnya memakai seluar dalam. Yahoo….berjaya
melatih tidur malam tanpa lampin sejak seminggu yang lalu. Setiap malam sebelum
tidur aku minta mereka buang air kemudian gosok gigi biar jangan cepat rosak
macam mama ngan ayahnya. Sebelum mereka tidur aku ingatkan kalau terasa mahu buang air kejutkan
aku atau pun bangun sendiri pergi ke
bilik air. Lampu di bilik air memang sentiasa
terpasang, untuk kemudahan mereka kalau-kalau mahu buang air
tengah-tengah malam.
Setakat ni masih berjalan lancar, belum pernah bocor atas
tilam. Harap-harap berkekalan hendaknya sampai bila-bila. Stok lampin ada yang
masih belum buka lagi tapi kata MIL dan kakak ipar simpan je untuk kegunaan
adiknya nanti. Huhu…2 saiz dan ada lebih kurang 5 beg lampin belum buka lagi.
Banyak tak? :p
Ok setakat ni je la yang aku mampu taip, panas tau menaip
malam-malam ni. Cuaca pun memang tak berapa elok sejak beberapa minggu lepas.
Syukur juga Allah turunkan hujan petang tadi di pejabat dengan agak lebat kalau
tidak makin teruk jerebu aku lihat. Moga pokok pun kembali segar setelah dapat air. Dek kerana hujan tadi hampir pukul
7.00 malam baru keluar pejabat. Sabar je la sebab tiada payung di pejabat sana.
No comments:
Post a Comment