Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, March 6

Aktiviti Bila Dear Pulang.

Assalam...

Walaupun dear balik Cuma 2 malam 2 hari tapi hakikatnya memang terasa tersangat cepat masa berlalu.

Malam Sabtu.

Dear sampai sini lebih kurang pukul  10.00 malam, aku  sengaja biarkan anak-anak bermain lagi pun esok aku cuti jadi sesekali biarkan mereka tidur  lewat sedikit. Melihatkan mereka seronok menyambut ayahnya pulang hati lagi terasa syahdu. Bayangkan kalau aku tidurkan mereka bila pagi mereka terjaga mula lah ada yang buat muka terkejut. Hahah…memang tak boleh tahan.

Sudahnya malam tu kami tidur pukul 12.00 malam tapi paginya anak-anak tetap bangun seawal jam 7.00 pagi.

Sabtu.
                                                       
Pagi bersarapan roti canai mamak di Kota Kemuning, kemudian bawa anak-anak bermain di taman sepuas-puasnya. Seronok tengok mereka bermain.



Tengahari masakkan sup ayam je, sebab ini je lauk yang dear minta. Petang selepas anak-anak tidur dear bawa mereka pergi gunting rambut sebab mamanya dah tak tahan tengok rambut yang dah panjang  menyucuk ke telinga…erk.

Malam minggu keluar pergi baiki dan tukar bateri jam tangan aku walaupun niat dalam hati nak minta jam baru. Haha….dear belanja RM12.00 je untuk kos tukar bateri dan baiki. Jimat dah katanya. Kemudian pergi cari tiket bas untuk balik ke Pahang esok harinya. Mujur masih ada kerusi kosong lagi. Sebelum balik singgah makan di restoran makanan cina halal Mohd Chan di Kota Kemuning. Syukur juga kami sampai awal sebab memang ramai orang malam tu.

Ahad.

Merancang mahu tengok baby tapi terlampau ramai orang yang ada dalam klinik Barakah jadi patah balik rumah dengan perasaan yang hampa. Maunya tak hampa sebab teringin nak bagi dear tengok  pula walaupun kata dear ada je klinik lain yang boleh dia tunjuk tapi aku selesa dengan khidmat Dr Khiriah yang tersangat lemah lembut dan banyak membantu menyenangkan hati.

Balik rumah dear pergi basuh kereta dikedai aku pula siapkan makan tengahari sambil mengemas rumah. Wah…dah lama tak kemas rumah kan, sesekali dapat peluang habis semuanya aku kerjakan sampai tingkap dan peti ais pun aku bersihkan. Hehe ada hikmah tak dapat jumpa Dr. Khiriah ni.

Petang selepas anak-anak tidur kami gerak ke Stesen bus seksyen 17, Shah Alam untuk hantar dear balik Pahang. Pukul 5.00 petang baru dear gerak balik sana setelah bas terlewat setengah jam. Alhamdulillah selamat sampai pukul 8.30 malam.

Aku dan anak-anak balik rumah tapi sebelum tu sempat singgah beli kek dulu. Kempunan….

Oh….sekarang baru masuk 24 jam dear pergi pun terasa rindu sangat.

No comments: