Alhamdulillah petang Jumaat dear balik menjenguk kami bertiga, syukur juga sebab aku kerja setengah hari jumaat tu. Sempat pergi ambil dear di stesen bas seksyen 17, shah Alam yang memang sentiasa dekat bila untuk dear. huhu...
Sejak dari ambil dear hingga hantar dear naik bas semula aku memang jadi mem besar. Dear jadi driver kemana sahaja.
Petang jumaat dan sabtu tiada aktiviti luar bersama dear. Kecuali dear bawa anak-anak pergi rumah MIL sebab MIL minta tolong dear tanamkan anak pisang. Kemudian dear bawa anak-anak pergi gunting rambut, jadi sebagai ganjaran sebab tak menangis gunting rambut dear belanja mereka cendol pulut. Hehe...
Hari Ahad pukul 8.30 pagi kami keluar cari tiket bas dear untuk hari tu. Ada pagi tapi kata dear tak nak sebab rasa belum puas berjumpa. Allahuakbar, memang payah nak melepaskan seseorang kan, itu yang pasti kita akan rasa. Jadi dear buat keputusan balik pukul 7.00 malam memang trip terakhir ke tempat dear bekerja. Haih....waktu magrib plak tu.
Selesai beli tiket kami pergi makan lontong klang, depan pasar jawa di pekan Klang. Memang ramai orang setiap hari Ahad. Rugi tak minta bungkus, kalau tidak boleh makan lagi sekali bila balik rumah. Haih takkan nak kena ulang tiap-tiap minggu ni?
Cadangnya nak pergi pasar besar Meru yang dah tak jauh dari pekan Klang tapi bila fikir lagi, nak buat apa pergi sana sebab aku jarang sangat masak bila dear tak de ni. Lagi senang beli bungkus je. Bukan malas tau tapi masak pun penat je, sebab aku seorang diri je yang nak makan.
Jadi dear rancang nak bawa anak-anak main di taman, masalahnya malam minggu tu cuaca hujan sepanjang malam. Akhirnya dear bawa anak-anak ke Giant Bukit Kemuning. Main la mereka berdua puas-puas disana.
Penat main, kami balik rumah rehat-rehat dan makan tengahari. Sempat tidur memangdangkan tiket dear pukul 7.00 malam kan.
3 comments:
Melayan anak2 terutama sesekali berjumpa memang menjadi agenda penting.
Oh, tinggal berjauhan dengan suami ke? Mesti terasa sukar sikitkan tapi takpa, sesekali bertemu tentu rasa bahagia :D
Sukar memang sukar sebab masih baru ber pjj ni sejak awal bulan 10 lepas. Sekrg dah selesa dan tau nak uruskan semuanya.
Post a Comment