Tak dapat apa-apa email tau-tau dapat surat dari posmen minta aku ambil surat berdaftar di Pejabat Pos Shah Alam, persiaran Dato' Menteri sana. Bukan masalah jauh, dekat je cuma tak ada masa nak pergi sana. Kaunter cuma buka Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Aku kerja la masa tu, jadi nak tak nak pergi ambil hari bekerja. Paling tak suka kalau kereta banyak, lewat sampai dan lewat balik pejabat. Eh...aku baru 2 bulan kerja jadi takkan nak main-main masuk lewat sesedap hati je kot. Huhu...mujur kerja di Shah Alam juga.
Keluar pejabat pukul 12.45 tepat, sampai pejabat pos sana pukul 1.30 petang. Ha....ini yang aku tak suka, bila kereta banyak jalan pun tersangat perlahan.
Eh pergi aku ikut jalan biasa dari Sri Muda terus ke Bulatan Kayangan, kemudian terus ke jalan Persiaran Dato' Menteri. Nasib baik sampai senang dapat parking. Kalau tidak mesti aku blocking kereta orang lain sekejap.
Sekali pegang sampul ingatkan pamper, tapi bila masuk kereta aku buka tengok-tengok dapat tisu. Eh....terkejut pula, sebab dalam surat posmen tak tulis pengirim pun. Jadi tertanya-tanya la kan.
Alhamdulillah menang sebagai pemenang harian. |
Tisu ni memang aku suka guna, peraduan ni kalau tak silap aku cuba masuk bulan Mei atau Jun yang lepas. Tak rezeki menang yang utama dapat saguhati pun boleh la kan dari tak menang apa-apa. :p
Jadi boleh guna tisu untuk lap peluh panas pergi ambilnya, cuma baliknya cuaca hujan hingga ke pejabat. Mujur ada payung Dutch Lady sebagai penyelamat. Haha...payung tu pun dapat hasil dari tebus barkod susu kotak Dutch Lady.
P/s: sesekali menang tanpa disangka rasa seronok juga ek, walaupun hadiah nya tak cecah RM10.00 pun tapi tetap ada nilai sentimental kata orang. Haha...
No comments:
Post a Comment