Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, August 21

Salam Aidilfitri 2013

Assalam...

Selamat hari raya semua, agak terlewat juga tapi lebih baik lewat dari tak ucap langsung kan...hehehe..maklum saja sebelum raya hingga lepas raya sibuk je. Konon la...padahal sibuk berebut laptop dengan anak-anak. Tetiba terasa patut ke belikan mereka tablet murah-murah seorang satu? huhu....tak sanggup nanti mereka sudah tidak suka main diluar rumah lagi.

Sebelum raya sibuk siapkan baju tempahan orang. Alhamdulillah sempat menyiapkan semua baju tempahan dan mujur dapat siapkan baju aku dan anak-anak di minggu akhir puasa.

Selepas raya pula sibuk berjalan beraya kerumah saudara mara. Kalau tidak pergi menjenguk bila lagi kan, sekurang-kurangnya masa ni la nak berjumpa dan berbual panjang kan. Meriah sangat setiap rumah yang kami pergi.

Walau pun terasa kehilangan arwah opah dan juga arwah bapa pada syawal 4 tahun lalu tapi itu semua sudah takdir. Sudah tiba masa mereka di jemput Ilahi. Kita di sini belum tahu bila lagi kan, entah hari ini atau esok...bila berjumpa sempat bermaaf-maafan, mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Sangat berharap blog ini tidak lagi tertinggal tanpa ada sebarang coretan tapi setakat ini aku mampu berharap je. Masa tersangat sukar mahu di kejar....hehe...tapi masih belum kurus-kurus juga.

Ok...Selamat hari raya, maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa dan terguris di  tulisan blog ini.

2 comments:

Yaati Nor said...

Selamat Hari raya yan..jemput la dtg rumah kat puchong..

nurbijen said...

selamat hari raya... maaf zahir dan batin, andai ada salah silap :)