Setiap tahun bila tiba bulan Julai memang tidak boleh aku lupakan. Haih....memang tak akan di lupakan sama sekali rasanya.
Alhamdulillah tahun ini tahun ke 7 kami sudah bernikah, mendirikan rumahtangga yang telah di rintangi dengan pelbagai dugaan. Haih...dugaan sangat pada aku sebab sakit telinga dengar kata-kata orang pasal lewat dapat anak.
Tapi dengan ikatan perkahwinan juga banyak mematangkan aku. Mendewasakan aku dalam banyak hal. Dapat lesen kereta, dapat kerja yang sempurna, dapat mengajar erti jerit perit seorang ibu dan isteri. Kadang-kadang aku terfikir kalau aku kahwin lewat mampu tak aku dapat semua ni....
Pergi beraya rumah jiran-jiran ada yang tanya pasal majlis perkahwinan kami dulu....ada yang ingat majlis kami ada ikan bakar. Ini buktinya....
Arwah FIL makan ikan bakar sahaja. |
MIL dan adiknya makan nasi berlauk ikan bakar. |
Asyik sangat tayang gambar di tempat aku je kan, sekarang ni gambar sebelah tempat dear pula. Tapi ada masalah sikit, aku tak selesa dengan tudung yang akak andam tu bawa...tapi nak buat macam mana kan, aku pun tak bawa spare tudung sendiri pula. Tak pe...pengalaman.
Pengapit kami adik ipar dear dengan tunangya... |
Sebelah malam ada majlis potong kek. |
P/s: Kami nikah 23/7/06 dan ulangtahun tahun ini jatuh bulan ramadan....sekadar mengingati tarikh sahaja la.
No comments:
Post a Comment