Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, December 10

Rawang Burger Bakar - Kota Kemuning

Assalam...

Yes akhirnya dapat juga merasa apa yang sedapnya dengan burger bakar. Petang semalam dear balik awal konon nak bawa anak-anak keluar bermain tapi hujan pula jadi kami bertukar rancangan sekadar bawa anak-anak keluar pusing-pusing dan cari makan. Kalau ikut perancangan aku cuma mahu bungkus lauk saja sebab masih ada baki nasi tengahari tu tapi alang-alang kata dear aku ikutkan saja.

Dear pergi bank sekejap kemudian mahu makan ayam penyet tapi gerai tutup petang ahad tu. Hampir mahu bungkus lauk sahaja tapi mulut tiba-tiba kata 'kedai burger bakar tu di sebelah sana' hehe...dear plak terus kata jom! huhu...

Kami sampai pukul 5.45 petang lebih kurang la...masa sampai nampak belum ada orang lagi tapi asap/api sudah hidup bermakna mereka sudah mula berniaga la kan. Dear order sendirian aku dan anak-anak menunggu dalam kereta. Walau pun dapat no 1 tapi kami menunggu hampir 1/2 jam tau. Ish.... lama betul!

Kata dear patty tu derang bulat-bulatkan di situ, bukan bulatkan siap-siap dari rumah. Ayam kisar yang di tambah dengan lada hitam dan rempah lain, daging juga di bawa dalam 1 bekas. Patut la, dah tu patty nya tebal sebab tu ambil masa yang lama untuk masak. Hehe.. cuma tak tahan masa untuk menunggu tu je la, jadi lain kali kalau nak makan mungkin perlu order terlebih dahulu dari rumah kemudian lebih kurang 1/2 jam ke sejam baru keluar rumah (itu kalau memang merancang mahu makan di sini)



Dalam kereta kami menunggu sambil makan Twisties sebab anak-anak sibuk mahu keluar walau pun cuaca gerimis di luar. Ha....ini yang susah bawa budak-budak ni berjalan.

Kami tak makan di kedai sebab cuaca gerimis tambah lagi dear dah janji nak tolong kakak ipar malam tu. Makan di rumah lagi selesa bukan apa dapat melayan kerenah anak-anak juga. Huhu... Amar makan banyak juga tapi dia lebih suka burger daging sebab patty burger ayam ada lada hitam...pedas!


Semua gambar aku ambil dari FB Rawang Burger Bakar.
 
Total untuk 2 biji burger RM 16.00 tapi sebab dear minta tambah chesse jadi tambah lagi RM 1.00 untuk setiap burger. Huhu...macam mahal tapi pattynya yang tebal tu memang puas hati. Hehe...

Yang ni dah dapat tapi teringin nak cuba 1 lagi burger di Seksyen 7, Shah Alam. Hehe...dah lama ajak tapi sebab dear asyik sibuk kerja siang malam tak kira hari minggu pun kerja juga. Nanti ada rezeki boleh dapat juga rasa kan. Sekadar merasa je, nak tahu apa yang sedap sangat. :)

Pada siapa yang tinggal berdekatan boleh datang cuba di Mama Kandar, sebaris dengan Domino's Pizza, Pizza Hut. Kalau rasa malas nak menunggu macam aku boleh call dahulu 012-6678900 atau 017-3359975, setengah jam kemudian datang makan/ambil. Senang cerita kan.

Takde Apa Apa...

Assalam...


 
 

Sunday, December 9

Auto Vs Manual

Assalam...

Huhuhu...bukan nak beli kereta baru dah, masih berangan lagi pakai kereta baru tapi setakat ini masih dapat guna kereta orang lain punya je. Hehe....kereta akak aku. Maklum saja LA kesayangan perlu di hantar servis bila ada saja yang tidak kena. Kali ini demam pula, suhu terlebih tinggi naik mendadak-dadak walau pun cuma ulang alik pergi kerja. Jadi bersabar lagi la wahai hati pasti ada rezeki untuk mu nanti...hehe...

Ok bila sembang-sembang dengan kawan-kawan 1 office ramai juga yang pilih kereta auto dari manual. Macam dah sinonim perempuan je mesti nak beli kereta auto. Macam kakak aku juga la kan, masa beli belum ada lesen (merasa bawa kereta baru hampir 4 bulan) abang aku cadangkan beli kereta auto sebab mudah tak perlu dia nak susah-susah tukar gear. Hehe...

Bagi aku pandai pandu kereta manual cuma alasan untuk mendapatkan lesen. Haih...bukan aku sorang, termasuk juga dengan kawan-kawan yang lain.

Sekarang sudah hampir 6 tahun aku ada lesen memandu, hampir sama dengan ulang tahun perkahwinan aku tau. Sepanjang 6 tahun ini entah berapa kali je aku pandu kereta manual. Hehe...kalau tak silap 3 biji kereta manual yang telah aku pandu tapi untuk jarak yang tidak terlalu jauh aku rasa.

Kereta pertama ialah kereta adik ipar aku, masa ni encik LA ada masalah jadi terpaksa pinjam kereta adik ipar ulang alik pergi kerja. 2 hari ulang alik rasa takut sangat dalam hati tau.

Kereta kedua yang aku guna kereta abang aku yang ada di kampung dan sekarang sudah menjadi kereta milik syarikat abang aku pula sebab dia gunakan untuk bawa pergi kerja. Hehe... kebetulan masa ni aku dan mak mahu ke rumah abang aku jadi aku beranikan diri memandu dari kampung ke rumah abang aku dengan keadaan jalan yang sangat baik. Hehe....mak aku je yang takut mula-mula sebab aku excited gila nak bawa kereta manual masa tu sebab dah bosan duduk rumah.

Kereta ketiga aku pandu tersangat dekat, kereta adik ipar aku..kereta BLM baru aku pandu undur dan masuk parking rumah MIL. Haha...memang terlampau dekat sebab dia balik selepas aku sampai rumah MIL, dah la masa tu hujan gerimis.

Paling aku suka bawa kereta manual sebab cepat pick up, tekan minyak je berdesup pergi. Haha....tapi dear kata lain kali kalau beli kereta dear nak beli kereta auto juga. Senang kalau jalan jauh...boleh rileks sikit.

Teringat sorang kawan di office lama, dia dah biasa guna kereta auto sekali suaminya beli kereta manual pula. Huhu...terpaksa belajar sampaikan setiap hari masa keluar makan sanggup dia offer diri nak bawa kami semua. Hehe...Hasilnya tak sampai 2 minggu memang sudah pandai. Kata orang bila gigih belajar dan buat berulang-ulang memang cepat tangkap

Abang-abang aku pula semuanya guna manual (eh...jap tak pasti dengan kereta baru abang aku yang sulung tu sebab belum sempat naik lagi) Tapi kalau ikut kereta yang sebelum ni memang kereta manual. Tak pernah nak gatal tangan pinjam kereta orang lain lagi.

Ha...akak ipar aku pula yang sorang ni tak boleh bawa kereta auto. Kang silap-silap dia masuk gear undur tapi nak kedapan...kes dah terbiasa dengan gear manual tu kan. Bahaya juga kalau begini, sebab dia dah terbiasa bawa kereta manual dan tak pernah bawa auto tu yang langsung tak boleh bawa auto tu.

Kebanyakkan lelaki aku tengok boleh bawa kedua-dua jenis kereta ni. Tapi adik ipar aku pompuan 2 orang tu pandai juga bawa auto dan manual tau. Hehe...apsal aku tak sama macam derang ni? Erk....ruginya!

Tapi serius aku cakap la kan, kebanyakkan perempuan suka guna kereta auto ni. Hehe...ini ikut pengalaman aku berkawan dengan ramai perempuan yang pandu kereta auto. Huhu....dan ini adalah kereta mereka sendiri bukan pinjam orang lain punya. Ahaks!

Apsal tiba-tiba cerita pasal kereta ni ek? Pasal budak office baru ni la, tanya apsal bawa kereta baru la macam-macam la. Bila bagitau kereta demam terus diam....selepas tu buka cerita pasal kereta, enjin dan segala macam berkaitan dengan kereta. Huih....paling tidak best bila dia kata kereta auto kalau mati tak boleh hidup memang tak boleh tolak, kecuali tukar bateri lain la kan...(itu kalau masalah bateri, kalau masalah lain?) Kalo kereta manual mati tak boleh hidup boleh tolak lagi...tolak sampai hidup terus bawa pergi bengkel!

Mati tengah jalan memang aku sudah ada pengalaman. Huih..sangat tidak mahu ianya berulang lagi tau. Tayar pancit di tepi jalan pun pernah, sampai lunyai tayar kereta tu...siap keluar dawai-dawai lagi. Ish...mujur ada dear tolong tukarkan tayar nak harapkan aku tukar? eh.....maunya aku tinggalkan kereta tu dan terus pergi kerja jalan kaki je. Hahaha....

Berharap akan datang dear akan beli kereta auto lagi sebab mudah aku melayan anak-anak. Yup sebelah tangan pegang stereng dan sebelah tangan layan kerenah anak-anak. Nak gula-gula, nak makan itu ini...macam-macam la. Terpaksa dari pada mereka menggangu lebih baik aku layankan saja kerenah mereka.

Saturday, December 8

Banjir

Assalam...

Link untuk kisah banjir ni, memang aku tak ambil tahu pun banjir kat Jalan Kebun ni.

Sudah lama tidak mendengar radio setiap pagi mendengar celoteh DJ bukan apa sejak anak-anak pandai menekan dan mencabutkan radio dalam kereta aku sudah sakit hati. Tidak mahu lagi pasang radio, biar suasana senyap sepanjang perjalanan. Hehe...akhirnya aku pula yang bosan dan tidak mengetahui perkembangan semasa. Kesian.

Pagi-pagi dapat tahu kisah banjir yang sudah semakin surut. Pernah juga dengar kawasan Jalan Kebun banjir tapi aku tak tau di sebelah mana. Kalau tak silap awal bulan November lepas rumah jiran depan naik air itu pun sebab rumah betul-betul bersebelahan dengan parit. Memang air naik terus masuk rumah. Sudahlah mak andam dan punya banyak barang-barang pelamin semua habis permaidani basah lencun. Penat aku tengok dia menjemur permaidani tu sebab ambil masa entah beberapa hari tau nak kering.

Baru-baru ni kata ada banjir lagi? eh bila masa pula Jalan Kebun hujan lebat sampai banjir ni? terkedu jap, lepas tu teringat pula dear ada bagitau kawasan sebelah depan sekolah menengah dan kawasan jalan ke Johan Setia memang rendah. Yup! dulu hari-hari lalu jalan tu selalu nampak rumah tu tenggelam bila hujan lebat. Padang sekolah pun tenggelam itu tak apa sebab tak menyusahkan orang kan, tapi kalau rumah masuk air? sapa nak tolong...huh...penat!

Pernah ada pengalaman banjir masa kecil-kecil tapi syukur sekarang rumah mak sudah tinggi. Tak perlu risau pasal banjir. Eh rumah mertua pun kawasan bukit, memang takkan banjir la. Kalau rumah mertua banjir habislah kawasan Jalan Kebun tu. Hehe...

Dulu-dulu masa aku masih kecil dan masih bersekolah rendah pernah rumah mak di kampung banjir. Huh...mujur rumah mak 2 tingkat boleh kami duduk bahagian atas rumah. Paling aku takut masa banjir ni kalau ada ular atau pun lipan. Huhu...memang seram nak celup kaki dalam air walau pun sedalam setakat atas sikit buku lali tu la.

Walau pun rumah mak 2 tingkat tapi tandas tetap di bawah. Huhu...sedih rasanya tapi nak buat macam mana kami bukan dari golong orang berada kan. :p

Berharap sangat bila ada rumah sendiri nanti tidak lah di tempat yang rendah. Hehe...masih belum merancang lagi mahu ada rumah di mana. Erk...teruk betul, anak sudah 2 tapi rumah belum ada rancangan.

Friday, December 7

HLK Warehouse Sales

Assalam...

Sudah masuk bulan Desember ni bukan main banyak lagi jualan gudang sana-sini di kawasan Kota Kemuning ni, Huhu...larat dengan tidak je nak pergi. Tau-tau je la kan kalau pergi mesti ada barang yang berkenan pasti mahu bawa pulang juga. Minggu lepas jualan gudang di Wah Ha (jenama mamalove) lorong sebelum jumpa office aku. Sangat menarik sebab jual barang bayi dan kanak-kanak. Aku tak pergi tapi tau bila nampak banner yang derang gantung di tiang lampu sepanjang jalan di Kota Kemuning ni.

Tapi rasa rugi pula tak pergi sekurang-kurangnya boleh belikan basikal untuk anak-anak. Kesian mereka bila pinjam basikal anak buah yang lain bila di rumah nenek. Kalau anak sorang boleh juga aku bawa pusing-pusing kampung. Haha...kalau larat nak bawa la kan.

Minggu ni ada 2 tempat yang buat jualan gudang. Berpinar-pinar mata gedik-gedik rasa nak pergi. Huhu....esok nak pergi juga la ikut kawan-kawan 1 office ni. Rupanya mereka dah pun pergi hari ni, wah....tengok keterujaan mereka aku pun jadi teruja sama. Tapi aku sekadar mahu cuci mata, hehe... mungkin tak beli apa-apa tapi siapa tahu kan.

Hujung minggu nanti ada jualan gudang HLK pula. Kalau tak silap ini pertama kali HLK buat jualan gudang di sini sebab ini office baru mereka. Sebab aku selalu ulang alik jadi aku tau la. Dalam website mereka pun ada tulis. Tak pasti mahu pergi ke tidak, sebab dah semestinya dear kerja walau pun hujung minggu. Tapi teringin nak ajak dear pergi jualan lain cuma belum pasti lagi. Hehe.. masih berharap dear cuti hari Ahad nanti. Bosan pula bila hampir setiap minggu dear bekerja kan.

Sila lawati Link ini untuk info lebih lanjut.


Kalau aku rajin keluar dengan Amar nanti aku cerita kan lagi, tapi kalau tak dapat pergi sorry lah ye. Aku belum pernah pergi jualan gudang HLK, aku pernah pergi sekali jualan gudang jenama Haier di Puchong. Huh...lastnya terbeli mesin basuh yang ada di rumah sekarang. Hehe..

(Update : hasil ke HLK Warehouse Sale ni)