Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, December 6

Bercuti?

Assalam...

Alamak...semua orang dah sibuk bagitau hari ni dia tak masuk la, dia ni tak ada la...huhu..dah hujung tahun semua dah pakat sibuk nak pergi bercuti. Dah la pula cara bos di sini tak boleh bawa cuti ke depan, alamak...nak dapat kelulusan cuti tu pun payah. 

Tambahan pula setiap department tidak di benarkan ambil cuti serentak. Huih...sesiapa nak ambil cuti akan bagitau awal-awal 2 minggu lebih awal. Mana tidaknya kalau nanti tiba-tiba cuti bertindih bos akan bising-bising. Haa...masa tu terkial-kial pula nak menjawab.

Minggu ini seorang sudah pun memulakan percutian, minggu hadapan department aku ada 2 orang akan bercuti tapi bos department akan bercuti untuk satu minggu (dua-dua mahu bawa keluarga jalan-jalan - aku dengki!), tingkat atas pula 2 orang akan bercuti lagi bosan sebab selama ni geng surau aku tetiba nak bercuti panjang. Huhu....bosan la lepak di surau nanti...sebab selama ni akak tu paling lambat siap sebab nak pakai make up dulu...hehe...aku je yang terlampau simple sangat. Siap solat terus pakai tudung duduk tunggu masa sampai sambil berbual-bual kosong. :)

Hujung bulan pula sorang lagi budak department aku nak cuti pergi Vietnam katanya. Haih la....bercuti sakan la ek korang ni.

Aku pula?

Masih tidak tahu, bila merancang sesuatu terjadi pula sesuatu yang tidak aku mahu. Jadi sekarang aku tak mahu merancang ke mana-mana takut nanti kecewa.

Buat mereka yang bercuti, selamat bercuti! semoga percutian anda menjadikan hubungan kekeluargaan bertambah erat dan penuh dengan kasih sayang.

Buat aku pula, bersabarlah hati...dugaan Allah sangat perit dan pahit, tapi di hujungnya aku pasti akan ada kemanisan :)

(lunch nanti nak pergi warehouse sales! huhu...cuci mata di Kota Kemuning je la)

 

Wednesday, December 5

Nasi Goreng

Assalam...

Yuhu....malam tadi sudah masuk malam ke 2 berturut-turut memasak nasi goreng untuk anak-anak. Sama seperti malam kelmarin tak sangka dear balik awal pula tapi mujur telah kupersiapkan nasi goreng yang banyak untuk di makan.

Nasi goreng dalam keluarga aku sangat sinonim, lebih-lebih lagi keluarga mertua. Hehe...MIL rajin masak nasi goreng bila nasi malam sebelum tu tak habis di makan. Ye la, siapa nak makan nasi putih pagi-pagi kan. Tapi MIL punya nasi goreng sedap cuma MIL suka buat pedas sikit.

Sekarang aku dah mula ikut cara MIL masak nasi goreng, huhu...senang je bukan susah sangat tapi antara rajin dengan malas je la. Cara mak aku lagi senang tapi sesekali tukar ikut cara MIL sebab dear ni kan nak kene ikut cara mak dear sendiri masak. Huhu...jangan aku menjadi menantu hantu sudah! :p

Cara MIL masak nasi goreng senang sangat. Ambil bawang merah (MIL guna bawang besar), bawang putih, ikan bilis, belacan dan cili padi kemudian ditumbuk sehingga lumat. Cara masak pun senang, panaskan minyak, tumiskan bahan yang sudah di tumbuk dan masukkan nasi. Digaul nasi sehingga sekata dengan bahan tumis kemudian boleh di masukkan bahan perisa. MIL rajin goreng telur sebiji demi sebiji untuk anak-anaknya makan.

Cara mak pula hiris bawang merah, bawang putih, sedikit halia kemudian tumiskan dalam kuali. Masukkan cili yang sudah di kisar kemudian pecahkan sebiji telur dan ikan bilis akhir sekali barulah di masukkan nasi dan perisa dan juga sayur.

Cara aku adalah kombinasi kedua-dua mak. Hehe...
Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis/udang kering dan belacan sampai lumat. Tumiskan dan masukkan fish cake/fish ball/sosej/hirisan ayam sampai lembut. Pecahkan sebiji telur masukkan nasi dan di gaul rata. Masukkan kacang panjang yang di hiris nipis, lobak merah yang di potong halus dan juga bahan perisa.

Sangat senang masak nasi goreng sebab sekali masak je sudah siap lengkap semuanya. Aku tak rajin nak guna sayur campur (jagung, kacang peas dan lobak merah) yang boleh di beli dari kedai sebab rasa tak segar. Hehe...lagi pun aku tak suka makan kacang peas tu sebenarnya.

Pendek kata senang untuk aku tetapkan masa dari pada nak menggoreng ikan kan sudah ambil masa yang agak lama. Hehe...dasar orang mahu cepat saja, ye la aku pun nak juga curi-curi masa nak bermain dengan anak-anak. Tambah-tambah sekarang hujan beralih ke sebelah petang setiap kali mahu balik rumah. Huhu.. tak boleh singgah mana-mana nak beli makanan siap masak. (pemalas sungguh kan)

Ok, tunggu minggu depan baru masak nasi goreng, kalau tidak anak-anak jemu makan masakan yang sama je tiap-tiap hari.
 

Tuesday, December 4

Cuci Telur Sebelum Di Gunakan

Assalam...



Hehe...apasal pula pagi-pagi buka cerita pasal telur ni ek? eh...pagi-pagi dah masak telur dadar tau, hehe...dasar malas masak lauk yang leceh. Malam tadi tak masak cuma masak nasi goreng je itu pun rasa macam tak cukup pula. Ingatkan dear balik lewat sekali balik cepat memang jadi tak cukup la... :p

Eh..melalut pula pagi-pagi ni. Ok berbalik pada cerita kita pasal telur ni dalam rumah memang mesti ada simpan telur, sebab hampir setiap hari akan gunakan telur. Yup untuk masak megi, untuk anak-anak sama ada telur goreng atau rebus atau pun untuk lauk yang terpantas sekali. Hehe...pantas ok!

Setiap kali aku nak gunakan telur aku mesti basuh dahulu. Ya, ini pesanan dari mak setiap kali nampak aku pegang telur bila nak masak dahulu. Hehe... mak sentiasa mengingatkan je dan aku tahu setiap telur yang keluar dari b****t ayam tu kat tak bersih jadi apa salahnya kalau telur tu di bersihkan bila mahu digunakan. Perkara mudah tapi ada orang kata susah.

Contoh ada juga perniaga menjual burger tidak mencuci telur ayam. Hehe...cuba bayangkan kalau terjatuh bulu ayam kedalam telur yang di goreng tu? eiiiii geli kan anak tekak, rasa kembang semacam je kan. :)

Atau pun kalau korang masak-masak di rumah menggunakan telur tiba-tiba masa nak pecahkan telur di kulit ada tercalit sedikit t**k ayam? cam ne tu nak basuh ke tidak? hehe.... biar semua tekak geli sekarang ni.

Bukan nak mengelikan semua tapi ini sekadar peringatan, kebersihan makanan adalah tanggungjawab kita sendiri kan. Kalau termasuk semut seekor dalam makanan pun kita dah kecoh tapi kalau termasuk bulu ayam / t**k ayam tak pula ko heran? hehe...

Setakat ini aku sentiasa basuh telur setiap kali mahu gunakan walau pun untuk buat kek sekali pun. Yes! itu mesti, lepas basuh aku lap biar kering sebab kalau nak buat kek kat sensitive tak boleh ada air. Tak susah pun kan asalkan kesihatan terjaga sempurna.


Monday, December 3

Kambing Hitam

Assalam...

Pernah dengar perumpamaan ini?

Aku pernah dengar dahulu tapi sekarang tiba-tiba designer aku pula cakap peribahasa ni. Wah...mereka pun teruja menggunakan peribahasa melayu juga tau. Eh...kenapa tiba-tiba keluar peribahasa yang kurang elok maksudnya ye? :)


Bukan nak kata aku ni bagus sangat tapi setakat ini apa yang di minta buat aku buat sahaja. Cuma tidak sedap bila ada yang mengata belakang pula.

Tak mahu nak menyalahkan orang lain sebab mempersendakan aku sebab jawatan 'kecil' aku di sini tetapi aku masih punya maruah ok. Hmmmm kalau ikut hati memang marah dan mood sudah 2 hari memakai tudung hitam. Sakit hati tau bila ada orang buat pada kita begitu.

Kenapa perlu takut mengaku salah? Yup aku buat kerja salah berjuta-juta dulu dulu pun aku pernah mengaku, siap cakap terus terang dengan General Manager lagi. Bukan nak kata aku ni terlalu baik tapi kita perlu ada pendirian sendiri, bukan ke lebih baik kalau mengaku dari menyalahkan orang lain. Kalau di selidiki bukan nanti memakan diri?

Sepanjang malam aku tak lena tidur, bukan tidak penat tapi terlalu letih dengan orang yang bersikap begini.
Hal ini terjadi hari Khamis lepas dan pagi Jumaat dia panggil aku masuk bilik bagitau pasal ini. Bila aku jawab dia kata lain kali tolong buat baik-baik. Pulak dah....tetap mahu kata aku salah! ok lah aku la yang salah sebab aku orang baru di sini dan masih belum kenal hati budi orang-orang disini.

Di sebabkan terlalu moody aku bawa anak-anak ke rumah kakak aku di Puchong. Jalan-jalan waktu malam walaupun aku tahu anak aku tidur awal. Biarkan mereka sesekali tidur lewat sedikit dan bawa jumpa dengan saudara sendiri. Dapat berjumpa dengan abang dan makan durian. Bawa balik banyak durian, rambutan, langsat, manggis dan juga baju baru yang mak aku baru siap jahit. (baju ni aku bagi mak sebelum puasa lalu) Mak tak sempat nak jahit jadi sekarang baru dapat siapkan. Ok, boleh pakai pergi kenduri pengantin atau pergi kerja. :p

 

Saturday, December 1

Asah Gigi Semasa Tidur

Assalam...

Pernah tak korang alami masalah ini? sejujurnya aku kata aku pernah, walau pun dulu tak pernah tapi sejak lepas kahwin dan ada anak aku pula berjangkit. Kalau tak silap dulu masa remaja abang aku memang rajin asah gigi bila tidur. Selepas kahwin dapat pula laki yang rajin juga asah gigi. Tapi aku sampai sekarang masih tak tau apa penyebab boleh jadi begitu. Aku perasan aku asah gigi bila tertidur...dengar-dengar bunyi gigi tu berlaga-laga. Ada orang kata ngilu...yup ini yang aku rasa masa dengar orang lain asah gigi tapi bila sendiri alami tak ngilu pun...hehe..

Aku cuba cari sedikit info tapi tak banyak pula yang aku jumpa. Terjumpa laman web ni komuniti.iluvislam.com, terkejut pula dah lagi sibuk aku nak cari info lagi.




Tapi bila aku jalan-jalan cari info lagi aku jumpa laman ini. Di harapkan masalah ini dapat dikurangkan. Sudah tidak tau macam mana mahu buat lagi. Tidak pasti ini kebiasaan atau pun penyakit...takut juga.