Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, May 15

Kami Ke Zoo Negara

Assalamualaikum...

30.4.2017 yang lepas kami sekeluarga pergi ke zoo negara. Lama dah tak pergi, last pergi masa kami masih berdua lagi belum berkahwin kot masa tu. Maklum saja la kan, masa tu sanggup je nak habiskan masa berdua lama-lama ke mana je. Kali ni dear dah janji dengan anak-anak nak bawa pergi tengok binatang secara langsung. Maklum saja di rumah dear rajin buka saluran discovery yang banyak siarkan cerita tentang binatang. Tetiba teringat arwah bapak aku yang suka sangat tengok cerita binatang ni. Al-fatihah.

Kebetulan 1.5.2017 dear nak pergi memancing jadi ambil kesemptan luangkan masa untuk anak-anak seharian. Kami pergi awal pagi, lebih kurang pukul 8.30 pagi juga kot baru keluar rumah. Sampai sana pun hampir pukul 10.00 pagi sebab dear ni sibuk je ada je orang yang call masa dalam perjalanan kami ke sana. Sampai sana pun orang dah agak ramai. Hari ahad kan, lagi pun esoknya cuti hari pekerja memanglah ramai yang akan ambil kesempatan bawa anak-anak ke sana.

Tiket masuk dewasa RM 44.00, kanak-kanak umur 3 tahun ke atas RM 16.00. Amsyar dah masuk 3 tahun jadi kena bayar penuh. Dear kata tak pe bukan tiap-tiap tahun pergi zoo kan. Haha..dear terasa la tu kos tiket je dah mahal. Belum masuk dalam lagi. Kami bawa 2 botol air, itu pun tak cukup dan dear terpaksa beli lagi air sebab anak-anak merengek nak air sejuk dan air botol kami dah habis sebab cuaca panas. Kos beli minuman pun berganda mahao dari beli di kedai di luar. Kat sini dear memang mengeluh juga, tiket masuk mahal lepas tu kos air dan makanan pun mahal juga. Sepatutnya dah bayar tiket masuk air dan makanan janganlah terlampau mahal.

Tempat pertama kami pergi tengok monyet, burung yang bermacam jenis besaiz besar-besar. Teruja anak-anak 3 orang ni. Tiba kat kawasan monyet apa ntah namanya dia tetiba jerit kuat hala ke orang ramai menuju ke tempat pertunjukkan. Haha yang paling takut Amsyar la, terus lari dapatkan dear. Gerak ke tempat pertunjukkan tapi sementara belum bermula lagi kami jenguk ikan dan burung penguin. Tapi tak lama pun sebab anak-anak bosan dengan pertunjukkan tu. Kami gerak pergi jenguk tempat lain.


Budak yang dah bosan menunggu lama sangat pertunjukan nak mula.

Kami jalan-jalan tengok panda sebab tiket masuk dah termasuk pakej untuk panda juga. Orang memang ramai, panas dan penat. Nak sampai pun jauh juga, tengok zirafah dulu kebetulan pulak selipar Amar putus. Haha..redha je la dear diy masa tu. Kebetulan dalam beg tangan ada cable tie boleh la guna. Duduk sekejap sambil tunggu dear selesai, dengan cuaca panas tu fuh memang dahaga je. Kat sini air 2 botol dah selesai kami minum. Dear beli air lagi untuk anak-anak seorang 1, kami berdua kongsi. Air mineral 500ml tu je rm 3.++ sebab tu kami berkongsi.


Dalam ni sebelum masuk dah diberitahu jangan bising,  makanan dan minuman pun tak dibenarkan bawa masuk. Tapi sebab kami bawa beg sandang boleh je simpan dalam beg dan bawa masuk. Petugas bagitau kalau nak simpan pun boleh cuma nanti keluar dibawah dan agak jauh nak datang ambil balik beg. Jadi dear pun bawa saja lah beg tu dari ditinggalkan nak ulang alik ambil pula dan penat. Comel sangat panda ni, masuk je terus nampak dia tengah makan/ragut buluh. Aku pulak yang terasa ngilu. Ye la buluh kot, bukan rebung. Ada 3 ekor panda, dalam ni memang selesa cuma orang ramai kan jadi tak dapat nak ambil gambar yang lebih baik. Semua rebut-rebut nak ambil gambar dengan panda. Comel kan.

Keluar je jumpa kedai aksesori panda, kedai ni di luar pun ada. Harga sama je kot, cuma yang ni dalam kawasan panda la. Tempat pun berhawa dingin rasa macam tak nak keluar. Lepas tu jumpa pulak kedai makan/restoran, ada hidangkan pau berbentuk panda. Haih, geram dah tu tengok orang yang makan tapi tak singgah pun sebab dear bagitau mesti mahal dan rasa belum tahu sedap ke tak. Haha ada saje la dear ni, kedekut punya pasal.


Ini di kawasan gajah dan beruang. Besar gajahnya, cumanya nampak kesian pulak sebab ada wayar elektrik di tepi pagar gajah tu. 2 ekor gajah tu nak ambil pisang pun agak takut. Dear kata gajah tu dah pernah kena letrik kot sebab tu dia takut dan tau nak pergi sampai mana. Bau busuk je yang tak best, nak buat macam mana zoo kan, kalau ikutkan mesti lah bersih tapi ada juga tempat untuk haiwan ni buat macam habitat sendiri kan. Mungkin tu salah satu sebab di biarkan.






Dah nak habis satu zoo kam jelajah tiba-tiba Ashraf bagitau nak pergi tengok kelawar, Amsyar dah keletihan tapi Ashraf bersungguh nak pergi. Awal tadi sungguh-sungguh nak tengok harimau. Tapi dek kerana harimau jauh dan ada yang tidur dia tukar nak tengok kelawar pula. Jauh juga kalau terpaksa berjalan nak tengok kelawar. Dear boleh cakap lain kali kalau dah besar boleh datang sendiri tengok 1 jenis binatang tu lama-lama. Lagipun masa tu Amsyar bagitau dia nal buang air besar. Tu yang kami kelam kabut jalan cepat sikit.

Sebagai kesimpulannya, memang seronok..best je dapat tengok binatang ni. Sesekali lupakan kerja, sibuk ngan urusan rumah..seronok bila tengok anak-anak seronok.

No comments: