Assalamualaikum..
Hujung minggu terakhir sebelum cuti sekolah Ashraf dipilih untuk memasuki pertandingan bola sepak wakil pasti cawangan untuk bertanding peringkat kawasan. Pemenang dari peringkat kawasan akan bertanding ke peringkat negeri. Walaupun latihan di adakan setiap hari tapi cuma ambil masa lebih kurang 2 jam sahaja.
Bayangkan la anak-anak kecil 6 tahun bermain bola untuk pertama kali mengikut undang-undang. Memang penat dan perlukan kesabaran tinggi sebagai jurulatih. Aku yang tengok dari jauh pun penat inikan yang mengajar.
Walaupun menang 2 perlawanan tapi tiada rezeki untuk melangkah ke peringkat suku akhir. Ada saingan yang memang lagi hebat dari pasti cawangan lain. Memang salute main dah macam orang dewasa. Memang bersemangat siap kasut bola dan baju jersi sedondon.
Pasti Ashraf pun ada jersi, ada ibu bapa yang sponsor. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya jadi pembakar semangat untuk anak-anak kecil ni bermain.
Diharapkan akan datang Ashraf kekal aktif dan masih teruskan minat untuk bermain bola seperti jejak ayahnya.
No comments:
Post a Comment