Alhamdulillah…Allah
masih memberikan aku kesempatan untuk meninggalkan jejak setelah hampir sebulan
tidak menaip. Bila anak ada 3 sibuknya jadi lain macam pula. Syukur anak-anak
sentiasa memberikan kerjasama bila ayah mereka jauh di mata. Tempoh pantang pun hampir ke penghujung. Semoga Allah berikan kekuatan nak menghabiskan sisa baki yang tinggal 2 hari je lagi.
Malam
ni tiba-tiba terasa nak menulis mungkin gian nak menaip maklum saja bila
hari-hari sebelum ni sentiasa memandang dan menggunakan computer jadi rimas pun
ada. Tapi bila berehat lama jadi gian jadinya.
Terasa
nak bercerita tentang kelahiran terindah putera ke 3 keluarga kami. Syukur
sekarang anak dah 3 dan tanggungjawab datang bersama untuk mencorakkannya agar
menjadi anak yang soleh dan sentiasa mengingati Allah. Bak kata kak Nur Bijen
anak ada 3 memang terasa ramai. Realiti!
27.4.2014
8.00 Pagi
Dear
bawa Amar dan Ashraf untuk ditinggalkan dirumah nenek sebab kami tak pasti
kalau-kalau aku tiba-tiba boleh bersalin hari tu juga. Jadi MIL dan kakak ipar
pun kami dah maklumkan awal-awal nak tinggalkan anak-anak dengan mereka.
Alhamdulillah senang berurusan dengan keluarga sendiri kan.
Sampai
di Poliklinik Barakah hampir pukul 8.30 pagi walaupun jadual urusan berjumpa Dr
bermula pukul 9.00 pagi tapi seawal itu sudah ada begitu ramai ibu mengandung
yang datang. Selesai daftar kami pergi minum di kedai makan berdekatan dengan
poliklinik. Dear beli surat khabar, jadi sambil minum kami baca surat khabar
tapi yang pasti dalam hati masing-masing dah berdebar-debar. Masyallah…memang
rasa seram masa tu, seram kenapa tu taktau nak jawab kenapa.
Lebih kurang
pukul 10.00 lebih kami masuk ke klinik dan menunggu sehingga nama dipanggil.
Hampir pukul 11.00 pagi baru dapat berjumpa Dr Khiriah. Dalam hati berharap dapat
bersalin hari itu juga. Biar cepat jangan lambat sebab dah tak selesa nak bawa
perut pergi kerja mengadap kerja yang taksudah-sudah.
Jumpa
Dr dia Tanya pasal kandungan sedikit kemudianscan. Selepas scan Dr kata masih
boleh tunggu hingga hari due iaitu hari Rabu (30.4.2014) tapi tak tau kenapa aku
mintak Dr buat VE (Vagina Examination) sebab aku macam ada rasa
sakit tapi tak begitu kuat. Selepas Dr cek VE memang jalan dah buka 4cm…Huhu…4cm
tau masa tu langsung tak rasa sakit yang kerap atau kuat.
Dr
masih kata sama ada mahu tunggu atau terus masuk wad, jadi dear buat keputusan
terus keluarkan hari itu juga takut kalau balik tiba-tiba sakit jadi
masalah pula. Makanya terus daftar masuk wad setelah bayaran di poliklinik
kami selesaikan.
Terus
diminta masuk bilik bersalin bukan masuk wad seperti nak melahirkan Ashraf dulu.
Mak ai…terkejut tau, lagi jadi takut rasanya. Mula-mula buat CTG selama 20minit
kemudian nurse bagi ubat buang air besar dan terus dapat uniform klinik.
Selesai
urusan ditandas dan tukar uniform segalanya bermula…huhu dear pun nampak macam
cemas walaupun ini anak ke 3 kami. Adatlah kan, kelahiran setiap anak pasti tak
sama prosesnya. Masuk IV dan terus berada di atas katil dengan alat CTG
sentiasa meneaman. Dear sekejap keluar dek kerana suhu dalam bilik bersalin
tersangat sejuk tapi bila aku minta tolong sesiapa hantarkan baju tebal dear tak
mahu. Haih…sabar je la mujur aku tak sakit lagi masa tu.
Tengahari
kami diberikan bubur nasi dan air kosong sebagai santapan tengahari kami.
Paksa dear pergi makan tak selera katanya
sebab aku tak makan sama. Ceh! Jadi sama-sama makan bubur nasi klinik je la.
Dari
pukul 12.00 tengahari hingga ke 4.00 petang air ketuban masih belum pecah. Dr tak
nak pecahkan kalau boleh tunggu pecah sendiri sebelum pukul 5.00 petang.
Setiap
kali nurse masuk bilik dia cek IV mesti tanya taksakit kuat lagike? Mana taknya
aku masih boleh tengok Facebook lagi. Huhu…siap baca mastika yang dear beli. Nurse
siap pelawa tak nak ambil ubat tahan sakit ke…maaflah aku tak nak sebab aku mampu
tahan sakit ni lagi.bukan berlagak tapi aku lagi selesa merasa sakit yang
sementara tu untuk ingatan diri sendiri kelak.
Pukul
4.30 petang segala sakit mula terasa, wah….macam tak terduga sakit datang
sebelum air ketuban pecah. Sebelum ni Amar dengan Ashraf sakitnya datang selepas air
ketuban pecah tapi kali ini sakitnya datang sebelum pula.
Dr jangkakan
aku bersalin selepas pukul 5.00 petang, bukaan VE pukul 4.00 petang masih 6cm
jadi mereka jangkakan mungkin aku bersalin lewat petang. Dr pun tiada di klinik
petang tu mungkin on call agaknya lagi pun hari ahad kan. Mahu luangkan masa
dengan keluarga agaknya.
Sakit
yang amat sangat aku rasa sampaikan dear pun pelik, nurse kat sana lagi la terkejut
aku dah sakit-sakit. Paling tak boleh tahan bila dear pun sama panik tengok aku.
Nurse datang cek VE dan memang aku dah
nak bersalin masa tu, tunggu masa nak teran je. Alamak Dr tak ada la pula masa tu tapi
nurse yang ada cepat-cepat siapkan apa yang patut.
Dah siap apa
yang patut terus minta aku teran bila dia tanya aku ada rasa nak teran tak..
Alhamdulillah
3 kali teran terus keluar. Syukur Allah permudahkan perjalan aku
untuk bersalinkan anak ke 3 kami ni. Sebenarnya Dr sampai lebih kurang 5 minit
selepas aku bersalin. Wah….dia pun terkejut tapi dia tak marah pun asalkan baby
dah keluar tinggal nak keluarkan uri je kan. Hehe…
Siapa
namanya? Nanti aku sambung lain kali ye, gambar pun banyak dear yang ambil
sebab aku tiada hati nak ambil gambar semasa mengandung kali ni. Teruk betul bila fikir balik sebab
tiada kenangan.
No comments:
Post a Comment