Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, April 5

Bila Air Dicatu

Assalam...

Semenjak masuk bulan Mac lepas kawasan Jalan Kebun terlibat untuk program catuan air oleh pihak Syabas dan kerajaan negeri Selangor. Nak buat macam mana, merungut pada siapa....siapa yang mahu dengar rungutan kami ni? jadi terpaksa bersabar je la.

Sepanjang Mac masih boleh bersabar lagi mana tidaknya air mati dan hidup semula boleh kata ikut jadual tapi bila masuk April ni mula jadi tak menentu. Tak tahu kenapa sampaikan air tangki bilik air dan semua air simpanan dalam tong, baldi dan segala jenis bekas yang boleh simpan air pun habis digunakan...bukan setakat rumah aku je termasuk rumah kakak ipar sebelah rumah pun sama.

Haha....bila musim air dicatu ni semua jadi malas nak memasak, makan pun siap guna pinggan pakai buang...melampau bunyinya kan tapi tak sanggup nak biarkan pinggan disinki selama lebih 2 hari. Bak kata akak ipar kalau ada kuali pakai buang memang dia beli punya, nampak sangat ketara jadinya bila tiada air.

Rumah aku setakat ini bil air bukan tinggi mana pun, paling tinggi RM3.00 je tak pun percuma. Bayar RM 3.00 tu pun sebab anak-anak jiran rajin guna paip rumah aku untuk basuk kaki atau tangan lepas main. Biarlah lagipun bukan ketara sangat beza bil kami. Tapi terpaksa jadi mangsa catuan air juga.

Paling tak boleh tahan sejak masuk april ni hampir setiap hari hujan turun dengan lebat. Seronok tak terkata ye la mesti lepas ni mesti tiada lagi catuan air ni tapi meleset sebab sambung juga sampai hujung april...uwa......penat sangat tau nak jimat air yang memang dah boleh dikatakan tersangat jimat cermat.

Sebab apa aku kata jimat? sejak dear kerja jauh mana ada aku masak setiap hari, baju basuh sekali atau 2 hari sekali je. Nak kata rajin siram longkang pun tak de maknanya, basuh kereta lagi la jauh sekali. Siram pokok? ish...tak de pokok kat rumah yang aku nak siram.

Paling sakit hati bila Amar atau Ashraf terkencing, mak aiiii seksa bila nak basuh cadar ngan baju derang yang hancing tu.

Kakak ipar siap minta anak-anak dia kencing dalam mangkuk tandas dan akan siram selepas beberapa kali derang buang air kencing. Huhu...terpaksa la buat macam ni kalau tak memang cepat habis air.

Aku pula sekarang dah mula kerap ulang alik ke tandas tapi apa boleh buat pergi juga la, takkan nak tahan pula.

Apa pun tersangat mengharapkan catuan air ni dihentikan sebab bagi aku lebih banyak menyusahkan lagi memudahkan. Tak pasti mengapa masih disambung sedangkan hujan turun semakin kerap dan lebat. Semoga Allah membantu aku dan orang lain bersabar menghadapi ujian ini.


No comments: