Sejak berpindah kerja ditempat lain ni memang menjadi sedikit masalah untuk aku solat, mana tidaknya bos dan rakan sekerja semuanya berbangsa cina tiada seorang pun bangsa melayu melainkan aku. Makan memang senang tinggal bungkus dari rumah atau beli saja dikedai makan melayu.
Sejak mula aku dah minta kebenaran untuk solat dan isteri bos benarkan aku guna bilik yang ada di tingkat 1. Alhamdulillah...beberapa minggu sempat bersolat disitu tapi lama kelamaan bos mahu guna semula bilik itu. Dek kerana itu aku ambil keputusan untuk solat diruang pantry yang jarang sekali digunakan. Hehe....masih ada tempat asalkan aku mahu laksanakan rukun Islam yang ke 2 tu. Alhamdulillah setakat ini tiada sesiapa pun yang mengganggu.
Ini ruang solat aku. |
Pandangan dari ruang solat aku, nampak sinki. |
Sentiasa bersyukur, sekurang-kurangnya bos tetap mempermudahkan urusan aku untuk melaksanakan apa yang wajib aku laksana. Bukan sekadar kerja tapi ibadah yang wajib mesti minta izin dari bos, walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi mereka tidak keberatan memberikan peluang dan juga ruang.
Kalau tiada ruang ini terpaksa bersolat di surau Giant nampak gayanya. Huhu...tak larat hari-hari menapak ke Giant pulak.
No comments:
Post a Comment