Assalam...
Lama rasanya aku terfikir macam mana aku boleh bekerja semula...huhu..memang kalau ikutkan hati seronok menjaga anak-anak dirumah tapi tiba-tiba bila dapat tawaran yang agak baik terus rasa macam nak sambar je.
Dah hampir 2 minggu aku kerja di sebuah syarikat kontraktor yang hampir sama macam tempat kerja aku di Klang dulu. Paling best dapat belajar banyak perkara baru lagi sebab aku bukan setakat kerani je, aku jadi pembeli...aka Purchaser... Wah!!! ini memang kerja baru pada aku.
Kenapa aku pilih kerja di sini?
Sebab tempat kerja agak dekat dengan rumah, walau pun tak perlu nak ulang alik balik rumah tapi sekurang-kurannya 10 ke 15 minit dah sampai rumah.
Sebab bos yang agak senang difahami, lagipun dia bekas pekerja syarikat yang sama dengan aku kerja di Klang dulu. Setakat ni kerjasama aku dengan dia masih berjalan dengan lancar.
Sebab mak duduk rumah kakak aku, jadi hujung minggu aku akan ke sana buat kerja-kerja menjahit. Ha...sayang rasanya kalau tak teruskan kerja yang 1 ni.
Jadi setakat ni sangat-sangat berharap dapat menjalankan kerja dengan penuh berhemah, penuh dedikasi dan penuh kesabaran...huhu...bekerja menghadap tender, segala bagai dokumen dan ragam manusia. :p
1 comment:
kesimpulannya ko keje dengan dedikasi jadikan menjahit pendapatan sampingan ko yan...good luck..
Post a Comment