Sejak beberapa minggu lepas aku tengok tandas rumah asyik susah nak turun selepas flush. Jadi bila terasa sangat-sangat tidak selesa aku minta dear carikan jalan penyelesaian. Mujur bila dear tanya pada adik ipar dia ada kenalan yang bekerja di IWK. Ha..senang nak uruskan.
Dear buat temujanji dengan En. Atan, staff IWK untuk datang hari Isnin minggu lepas tapi En. Atan ada kerja yang perlu diselesaikan jadi tertangguh pada keesokkan harinya. Tak kisah lah kan asalkan tak terlalu lama lagi menunggu.
En. Atan datang hampir pukul 4.00 petang selepas selesaikan tugasannya. Terus bincang apa yang patut dan dia pun terus mulakan kerjanya. Tidak mengambil masa yang lama rupanya eh nak sedut sisa kumbahan tu tapi sempat juga la sembang sikit-sikit cuma anak-anak takut bila dengar bunyi lori tu masa sedut kumbahan tu....sabar je la.
Tuan rumah simen penutup atas jadi En. Atan minta kebenaran untuk pecahkan sedikit simen. |
Sisa kumbahan sedang di sedut. |
Setelah kerja selesai IWK pun balik...hehe |
Alhamdulillah, memandangkan rumah sewa kami tidak membayar perkhidmatan IWK setiap bulan jadi ini jalan penyelesaiannya. Tinggi lubang kumbahan tak dalam sekadar tinggi orang dewasa sahaja tapi bahaya pada kanak-kanak. Mungkin sebab itu juga tuan rumah menyimen penutupnya.
Sisa kumbahan ni akan di buang ke Banting kata En. Atan....tapi bahagian mana aku tak pasti. Katanya akan di gunakan sebagai baja. Baja apa? dia pun tak bagitau...haha
Bau? ada la sikit-sikit, tak adalah ketara sangat setakat bau di bawa angin lalu je. Tapi cuba fikir logik takkan sisa kumbahan ni tak ada bau langsung kot...hehe
Syukur juga kami tak perlu bayar harga penuh, dapat diskaun sikit katanya. Ha...semua kos ni kami cas balik pada tuan rumah. Dan yang penting tuan rumah telah diberitahu terlebih dahulu takut akan datang tuan rumah bising-bising pula.
*selesai 1 masalah, ada lagi 1 masalah...masalah bumbung pulak*
1 comment:
Kalau harga tanpa discount berapa kak
Post a Comment