Assalam...
Sudah 2 minggu aku dan mak mulakan projek menanam jagung di tepi dan belakang rumah baru abang si Teluk Panglima Garang, Klang. Huh penat juga sesekali berpanas terik dan buat kerja kebun ni. Nampak sangat jenis duduk bawak kipas dan sofa empuk kan. hahaha....
Walau pun baru seminggu tapi daun sudah mula keluar dan kami mulakan aktiviti membaja pula. Seronok sambil buat kerja dapat belajar hal baru. Mak ada banyak pengalaman tanam jagung di kampung sampaikan setiap kali lalu kawasan lapang mesti mak kata "ruginya tanah tu terbiar, kenapa tidak ditanam jagung ke ubi kayu ke" ha...sampai kesitu tau.
Kebetulan tanah kawasan rumah abang belum ditanam apa-apa dan mak dapat benih pemberian peniaga jagung di tepi jalan Sekinchan semasa kami singgah beli jagung. Rezeki kata mak, mana tahu kalau buahnya sedap dan manis.
Untung-untung boleh buat jual pula...ha..ini pun idea mak, semua hal mendapatkan duit memang mak laju je. Aku je yang tak ikut sangat sebab tu la begini je sampai sekarang.
Pokok jagung ni semua aku dah letakkan baja. Baja ni pun baja buah sawit yang terahkir arwah bapa aku dapat sebelum meninggal dunia. Sayang sangat sebab baja ni masih ada banyak. Nak dijual dimana pun aku tak pasti. Bila tanya mak kenapa tak jual pada orang yang pajak kebun sawit arwah, mak cuma kata orang itu tak nak. Aduhai...ada lagi lebih 10 kampit kalau tak silap, tak pasti berapa kilo setiap beg baja.
Sekarang tunggu lagi beberapa minggu aku akan tunjuk perkembangan pokok jagung kami. Berharap sangat jagung hasil usaha kami sekeluarga ni menjadi dengan jayanya. Hasilnya semoga menjadi jagung manis boleh di rebus. Beli di pasar malam setongkol dah RM1.80 tau. Anak-anak pula jenis yang suka makan jagung lagi semangat la aku nak tanam.
No comments:
Post a Comment