Assalam...
Ada pengalaman menonton wayang dengan anak kecil tak? ha...ini pengalaman pertama aku.
Sekadar merancang tetapi Allah memudahkan urusan kami berempat pagi tu. Alhamdulillah Amar dan Ashraf tidak bising atau terkejut dengan apa yang aku buat. Hehe...lagi pun kami menonton rancangan kartun memang sesuai dengan jiwa kanak-kanak la kan. Yang kasihan kakak aku la sebab tak dapat tonton cerita yang dia minat. Tapi katanya dia tetap enjoy bila dapat bawa anak-anak aku tonton wayang bersama.
Kami menonton pagi Selasa lepas, yang sememangnya tidak ramai orang yang ada. Masa kami sampai ada 2 pasangan duduk sebaris dengan kami dan baris depan. Haih...ingat kenangan lama dulu rajin tengok wayang cerita kartun dengan dear untuk hilangkan stress.
Beli siap-siap air minuman 2 dan dua bekas aku letak siap 2 straw sebab tak nak bagi dua orang ni bergaduh pulak dan beli pop corn satu bekas tapi cuma Amar dengan akak aku je yang makan. Mujur kakak aku tolong jaga Amar kalau tidak kelam kabut juga.
Ashraf belum sampai 15 minit cerita bermula dia sudah mengantuk. Mungkin kerana suasana gelap dan sejuk air cond buat dia lena sampai ke hujung cerita. Sempat untuk aku layan cerita The Croods ni. Menarik dan jadi rindu pada arwah bapa pula sebab mengisahkan seorang bapa yang terlalu mengambil berat/menjaga anak-anaknya sebaik mungkin tapi ditolak oleh anak perempuan dengan alasan cara bapanya agak kolot. Jalan cerita memang biasa tapi biasalahkan...kartun! mesti ketawa terbahak-bahak juga.
Kami orang terakhir keluar panggung, mana tidaknya Amar siap buka tali pinggang seluar bila nak jalan terlondeh pula. Terpaksa betulkan dahulu dan mujur juga staff yang ada sekadar melihat dan tidak menegur kami..haha... macam pertama kali masuk panggung pula. :p
Balik rumah petang tu aku bagitau dear kami pergi tengok wayang. Terkejut dear...hahahaha..mana tidaknya sebab selama ini kami belum pernah bercadang mahu bawa mereka tengok wayang. Dear kata kenapa tak tengok cerita bola kampung? eh...haah la kan...terlupa langsung bila dah nampak iklan The Croods ni. Nak ajak dear mungkin dear tak nak, nak aku bawa 2 orang sekali memang aku tak kuasa. Huhuhu..tunggu je la bila dear yang ajak kan
Mujur beli 1 tiket kanak-kanak sebab Ashraf sepanjang masa duduk diriba dan bila tidur lagi la...terpaksa di riba juga, mujur bawa selendang boleh buat selimut Ashraf.
Hehe....menarik juga ek, ingatkan mereka akan buat perangai tapi bila duduk diam dan boleh tidur memang senang kerja kami nanti kalau terasa nak menonton wayang. :p
No comments:
Post a Comment