Assalam...
Banyak perkara nak cerita kat sini, sejak masuk awal tahun 2012 ni ada banyak aktiviti yang aku dah lakukan dengan keluarga mertua aku. Kakak ipar yang sporting habis jadinya memang havoc la rumah mertua bila tiba hujung minggu.
Awal tahun di mulakan dengan Ashraf turun tanah.
(bakal di ceritakan akan datang).
Minggu ke 2 awal tahun kakak ipar buat makan-makan pulut kuning sebab anak sulungnya sudah naik baca Al-Quran. Alhamdulillah
(bakal juga di ceritakan akan datang).
Hari ini nak cerita yang mudah saja, santai dan cukup relax. Pasal aku memang tengah sibuk dan terkejar-kejar dengan masa.
Kelmarin dear belikan mee kari, kuih putu bambu, kuih peneram (betul ke eh namanya ni?) dan soto untuk anak-anak. Kebetulan malam kelmarin jiran sebelah rumah hantar laksa. Ish...semuanya sedap kan!
 |
Kuih peneram. |
 |
Kuah laksa |
 |
Kuih putu bambu perisa pandan |
 |
Teh panas |
Agak dasyat juga menu malam tu pasal aku makan seorang diri. Anak-anak aku dah bagi makan awal-awal pasal pukul 8.00 malam je aku dah ajak masuk tidur. Senang aku nak makan dengan aman. Lagi 1 hal siapa suruh mereka bangun pagi awal-awal kan, jadinya malam aku paksa tidur lebih awal. Setakat ni mudah, cuma kadang-kadang susah juga la nak tidurkan mereka ni sampai maknya pun tertidur sekali.
Ok, perlu mulakan kerja untuk hari ini... :)