Assalamualaikum...
Salam Aidiladha semua, semoga sihat sahaja hendaknya. Alhamdulillah tahun ni berpeluang mama beraya bersama adik beradik dan mak di rumah abang di Klang. Seronok dapat masak lemang, rendang dan laksa macam di rumah mak kat kampung.
Cuma rumah je berbeza, tapi masakan tetap sama dari air tangan seorang mak. Sedap sentiasa walaupun ringkas masakkannya.
Mama balik kampung untuk jemput opah beraya seminggu awal. Lagipun raya jatuh hari Ahad sebab tu lebih senang ambil awal untuk elakkan kesesakan jalan raya. Lagi pun kan nak masak tu hari Sabtu jadi kalau ambil minggu raya risau nanti tak sempat nak masak lemang.
Dapat berkumpul 4 beradik, abang yang nombor 3 balik kampung di Kedah jadi tak dapat nak join sama. Insyaallah lain kali kalau di izinkan Allah.
Raya pertama ayah sibuk menolong orang berkorban. Adik beradik ayah berkongsi untul sempurnakan ibadah korban untuk arwah atok Rahmin. Semoga niat kami semua di terima. Ayah cuma bawa balik tulang, katanya daging semua agihkan pada adik beradik ayah. Alhamdulillah, yang penting semua dapat merasa sedikot sama sedikit, banyak sama banyak.
Ayah tak nak ambil banyak daging sebab raya ke 2 ada lagi aktiviti korban. Ayah bagitau lagi 2 hari nak raya yang ayah masuk untuk korban tahun ni. Alhamdulillah ayah letak nama Zikri Amar untuk tahun ni. Insyaallah niat ayah untuk teruskan tahun akan datang dengan giliran yang lain pula. Kalau ada rezeki lebih boleh ayah letak nama semua.
Mama tak berniat pun nak pergi tengok aktiviti korban ni tapi bila Amar dah balik rumah dari rumah pak cik terus mama nal bersiap bawa semua pergi. Allah duga mama tayar kereta belakang pancit habis. Mujur belum keluar lagi, risau juga kalau bengkel kereta yang terdekat masih tutup. Jadi terpaksa pinjam kereta mak ngah.
Sampai di sana masih belum berakhir, ada 3 lembu belum di sembelih lagi. Syukur dapat bagi anak-anak mama peluang untuk tengok aktiviti korban di jalankan. Banyak soalam yang anak-anak mama ajukan. Alhamdulillah semua anak mama semua faham.
Mama dan anak-anak balik awal sebab cuaca dah panas dan lembu pun dah habis di sembelih cuma tunggu untuk proses membungkus dan menimbang. Melapah pun masih ada yang belum selesai.
Ayah balik bawa banyak daging dan sedikit tulang. Alhamdulillah rezeki opah untuk masak rendang tok.
Ok selamat hari raya!!!
Lahir Dari Hati
Berehat Sebentar
Saturday, August 17
Korban
Sunday, August 11
Salam Aidiladha
Assalamualaikum...
Salam Aidiladha buat semua.. Alhamdulillah di izinkan Allah SWT untuk merayakan raya korban tahun ni. Syukur juga buat dear yang dapat melaksanakan ibadah korban tahun ni. Insyaallah nak teruskan setiap tahun kalau di izinkan Allah swt.
Tahun ni tak balik kampung tapi mak yang datang beraya di sini. Alhamdulillah dapat beraya 4 beradik di sini.

Wednesday, July 3
Bila Uzur Berterus Terang Atau Bohong?
Assalamualaikum...
Ini post yang tertunda je nak release, ada sja halangan. Semoga menjadi kenangan manis kelak.
Dah masuk hari ke 23 puasa sekarang, alhamdulillah.. Allah mudahkan juga urusan berpuasa kami sekeluarga. Masak ala kadar sebab sayang bila makanan banyak sampai terbuang. Biasa masak nasi 2 cawan untuk sekali makan tapi sekarang untuk berbuka dan sahur pun kadang kala masih ada baki. Baki tu aku goreng untuk Nur Aisyah dan Amsyar makan.
Syukur juga Amar dan Ashraf dah mula nak puasa walaupun awalnya dulu agak susah tapi sekarang dah selesakan diri. Boleh tahan diri kalau tengok adik-adanya minum atau makan. Kebiasaan aku akan minta adik-adanya makan di dapur tapi kadang-kadang ternampak juga. Kalau tak silap mereka cuma tak puasa 2 atau 3 hari awal puasa lepas. Termasuk 1 hari tu terlajak tidur dek kerana jam loceng tak berbunyi. Set jam tapi tak set hari apa pulak, sudahnya terlajak tidur tak sempat nak sahur. Bagitau mereka kalau tak tahan berbuka la, jangan menyiksa diri lagipun cuaca agak panas.
Kisah yang aku nak ceritakan perihal bila uzur di kala anak-anak dah pandai berpuasa.
Fuh lap peluh kejap...
Ujian kot pada aku sebab ini dikira tahun pertama puasa anak-anak..malu la kot nak makan minum depan mereka. Walaupun mereka dah mula diajar apa perkara yang tidak mewajibkan kita bersolat dan puasa tapi kadang-kadang aku buntu kalau ditanya banyak-banyak soalan.
Ashraf memang rajin bercerita dan bertanya jadi dia pernah bagitahu ustaz di SRA pernah bagitau tentang haid. Huhu...
Alhamdulillah, kalau tengok cara cerita macam faham tapi aku risau bila ditanya soalan yang pelik-pelik pula.
Amar jarang bercerita kecuali bila masa dia dah beria-ia sangat baru dia bagitahu.
Buatnya aku makan mereka nampak terus mereka nak berbuka pulak. Hah... Tidak!!
Cara terbaik banyakkan masa kat dapur. Haha dah mula cuti sekolah kan, boleh mula buat biskut raya. Sambil tu boleh la curi-curi minum. Makan aku tak berani takut mereka nampak.
Alhamdulillah semalam dapat 1 jenis, dalam kepala nak buat macam-macam jenis biskut tapi entah la dapat buat ke tidak.
Sekurang-kurangnya aku banyak habiskan masa didapur, sambil tu curi-curi makan belakang anak-anak. Tapi ada 1 hari tu aku sakit kepala sangat dan memang tak buat biskut pun jadi aku bagitau kepala mama sakit sangat dan mama nak makan ubat jadi mama tak puasa hari tu. Mereka dah tau jadi masa berbuka mereka tak kisah kalau mama minum awal dari mereka.

Labels:
Keluargaku,
Nur Aisyah,
Puasa,
Surirumah,
Zikri Amar,
Zikri Amsyar,
Zikri Ashraf
Tuesday, July 2
Selamat Hari Raya
Assalamualaikum...
Selamat hari raya!!
Belum habis bulan Syawal lagikan, jadi masih boleh ucap lagi. Haha ye sibuk yang amat mama 4 anak ni. Mana tak nya dari hujung puasa bawa ke 2 minggu raya.
Sebelum raya sibuk menjahit baju raya, buat biskut raya dan kemas rumah. Dah raya sibuk beraya je pula. Alhamdulillah tahun ni dapat jumpa ramai saudara mara. Giliran beraya di Klang tahun ni jadi lagi pantas dapat menggunjungi hampir semua saudara beramai-ramai. Memang kebiasaan belah dear kalau beraya beramai-ramai baru meriah.
Raya pertama pusing rumah jiran dan saudara dekat kawasan rumah MIL. Sekali pergi 6 keluarga kami serang. Seronok menyembang sampaikan lupa nak balik. Ye setiap rumah kami target duduk 1/2 jam je. Kalau lebih susah pulak sebab ada banyak rumah nak pergi. Raya pertama petang tu kami kunjung 6 rumah termasuk 2 rumah abang dan kakak dear.
Malam pula kami kunjung 4 rumah adik beradik MIL. Sampai rumah hampir 12 malam. Anak-anak dah keletihan seharian beraya.
Raya ke 2 biasanya kami akan gerak balik kampung aku tapi kali ni dear minta nak ikut MIL beraya lagi beberapa rumah. Ikut saja la kan sebab balik kampung aku cuma makan dan layan saudara yang datang berkunjung. Kami pergi 6 rumah dari pagi hingga ke senja. Penat sangat rasanya tapi seronok bila dapat jumpa saudara. Masa ni lah kita nak berbual bermesra kan.
Malam tu aku sibuk kemaskan pakaian untuk bawa balik kampung. Rancang nak balik awal pagi tapi bila ada anak kecil ni agak lewat juga jadinya. Alhamdulillah jalan tak berapa sibuk, ada kesesakan disana sini tapi masih lagi lancar.
Raya ke 3 tu kami habiskan di atas jalan dan makan di rumah mak. Hehe..
Raya ke 4, bila dah berkumpul ramai-ramai lebih baik kita abadikan. Alhamdulillah tahun ni rezeki kami 5 beradik bertemu lagi di minggu awal raya. Selesai bergambar keluar beraya 5 rumah dari pagi hingga ke petang. Dari kampung hingga ke Ipoh kami tuju.
Balik dari rumah terakhir selepas maghrib, huhu... Berlaku 1 kisah sedih.
Adik lelaki mak aku meninggal dunia selepas lebih kurang 1 jam kami keluar dari rumahnya. Ye kami di kira tetamu terakhir yang bertemu dengan arwah petang tu. Selepas kami balik arwah keluar minum bersama-sama kawan dia. Tiba-tiba arwah jatuh dan disahkan meninggal oleh pihak ambulan.
Kami di rumak mak memang terkejut sangat, ye walaupun kami tak rapat tapi ada juga rasa sayang. Simpati dengan keluarga yang arwah tinggalkan tapi redha kerana sudah tiba ajalnya.
Terus ingat kenangan 10 tahun lepas, aku kehilangan bapak semasa 10 syawal. Pedih rasa nak terima tapi itu realitinya, bila sampai masa kita tak mampu melawan takdirnya.
Alhamdulillah sekurang-kurangnya arwah sempat beraya sekeluarga dengan gembira. Sempat merasa bermain mesra dengan cucu.
Raya ke 5 sepatutnya kami nak gerak balik ke Klang, tapi awal pagi kami dah keluar ke rumah arwah.
Selesai jenazah dikebumikan kami terus gerak balik Klang. Kali ni perjalanan memang letih, kereta agak banyak dan semua laluan pun sesak. Gerak dari Ipoh pukul 12 tengah hari tiba di rumah 7.30 malam. Letih sangat rasanya mujur sekolah masih tutup lagi. Yang bekerja cuma dear sahaja.
Seronok raya tahun ni, meriah sangat rasanya walaupun ada kehilangan tapi itu memang tak dirancang. Semoga roh pak cik ku, Zahari Bin Rani di tempatkan dikalangan orang-orang yang beramal soleh.
Al-Fatihah

Thursday, May 30
Letak kereta bertindan
Assalamualaikum...
Maaflah, entry kali ni agak panas sikit. Aku bukan apa kadang - kadang rasa nak marah pun ada. Ni kisah letak kereta bertindan (double parking) . Huhu penat tau kalau kena. Sebab tu awal - awal aku dah geram.
Ni kisah depan mata ye, melalui pengalaman sendiri aku belajar. Ye, hal memandu semua dear yang ajar dan sendiri pandai fikir.
Pertama kali aku belajar tentang letak kereta bertindan ni masa aku pergi temuduga SPA di putrajaya, aku bawa kereta sendiri sebab dear kerja. Aku keluar rumah awal sebab jauh kan lagipun nak elak kesesakan. Sampai kawasan letak kereta aku pun letak la situ. Kisahnya masa nak balik kereta kakitangan dibelakang kereta aku, jadi sangkut la sekejap. Mujur ada pengawal kat situ aku cuba minta tolong. Alhamdulillah, dari sini aku belajar. Orang yang letak kereta belakang kereta aku ada tinggalkan nombor talifon di cermin hadapan. Aku talifon dan tunggu hampir 15minit baru dapat keluarkan kereta.
2 benda aku belajar hari tu, pertama letak kereta mengundur lebih senang dikawasan sibuk. Walaupun kadang kala kita rasa leceh tapi itu sangat memudahkan urusan bila kita nak keluar nanti. Tambah lagi dengan sibuk melayan kerenah anak - anak. Kedua yang aku dapat sentiasa tinggalkan nombor talifon yang boleh dihubungi supaya mudahkan urusan orang lain. Jangan pula dah ada orang talifon bagitau nak keluar tapi kau buat - buat tak tau atau sengaja melengah - lengahkan.
Hal yang saja melengahkan tu aku dan dear dah pernah kena. Allah, memang rasa geram macam nak sumbat kasut dalam mulut orang tu. Kisahnya, kami ke sukan tahunan Pasti. Kami sampai awal jadi kami letak kereta berhampiran pagar masuk. Bila masa kami nak balik ada kereta yang diletakkan belakang kereta kami. Tiada nombor talifon jadi dear pergi ke urusetia untuk buat pengumuman minta alihkan kereta. Hampir 5 minit kami tunggu je dalam kereta, setiap kali nampak orang lalu kami ingat itu tuan punya kereta. Dear dah bosan menunggu dear pun nak masuk lagi sekali minta bantuan pihak urusetia tapi tuan punya kereta tiba - tiba datang. Yang sangat menyakitkan kami tuan tu ada ditepi pagar dan nampak kami menunggu dia. Sangat geram bila sengaja melengahkan urusan orang lain. Dear cuma cakap terima kasih je dah dia alihkan juga kereta kan. Dalam hati tengah tahan sabar kot.
Kawasan rumah aku pun tak boleh nak sukahati letak kereta. Dah padat sejak ada rumah baru depan tempat letak kereta aku. Dulu sesekali masuk bontot tapi sekarang memang hari - hari mesti buat. Rumah baru ada pagar, ye aku faham untuk keselamatan tapi kalau 1 rumah ada 2 kereta tu agak susah sebab 1 diletakkan diluar pagar. Dalam bukan tak boleh masuk tapi nak bagi anak ruang untuk bermain. Ok ni la masalahnya pada kami yang dah disediakan tempat letak kereta behadapan dengan orang yang terpaksa letak kereta di luar pagar. Setiap hari setiap kali keluar masuk je mesti masukkan bontot kereta dulu sebab mudah bila nak keluar nanti.
Ada masa geram juga bila ada orang lain datang melawat dan letak kereta bertindan. Aduh kadang kala boleh keluar, kadang kala kena tunggu la. Ada masa macam sengaja je letak padahal boleh je tinggalkan kereta jauh sikit. Tapi tak nak, nak yang mudah je kan kita ni.
Ye, lagi - lagi kalau ke pasaraya. Ada je kereta yang nak berebut letak kereta betul - betul depan pintu masuk. Alahai orang kita ni memang nak mudah je kan. Ye termasuk la aku tapi harap - harap jangan la sampai menyusahkan orang lain. Tunggu punya lama semata - mata nak minta alihkan kereta. Kan mengundang kemarahan tu. Semua orang pun nak berseronok, nak beli barang, nak makan dan nak berhibur jadi apa kata kita mudahkan urusan orang lain. Senang je kan.
Kalau pergi bank pun sama la, selalu ada letak kereta bertindan ni. Kot ye pun nak masuk sekejap tapi tolonglah mudahkan urusan orang lain, bukan apa kita fikir nak masuk ambil duit di ATM sekejap je, tapi ada kita fikir kot la kereta yang kita letak tu sedang sekat salah seorang yang beratur lebih awal dari kita.
Ha ni penting nya sikap timbangrasa ye, bukan setakat pada kita tapi orang lain pun sama, agak - agak kalau kita tak buat orang lain tetap buat kan sebab dah jadi kebiasaan sebab tu tak ada rasa bersalah. Kita tak tau kan kalau orang yang kita sekat mungkin nak cepat pergi ke tempat lain. Atau pun mungkin ada urusan kecemasan, tiada siapa pun tau.
Kawasan letak kereta masa aku kerja dulu selalu la terpaksa sekat kereta orang lain, kawasan sempit dan tempat letak kereta pun kurang. Keluar makan pun bergilir dengan kawan lain bawa kereta. Balik makan kalau tak ada ruang kosong terpaksa letak jauh sikit tapi agak menakutkan bila masa balik selalu ada anjing liar kat situ.
Pendek kata apa salahnya kita tinggalkan nombor yang boleh dihubungi kalau kita terpaksa sekat kereta lain

Subscribe to:
Posts (Atom)