Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, January 21

Kisah Anak-Anak Bersekolah

Assalam...

Sekarang dah masuk minggu ke 3 Amar sekolah, alhamdulillah sebab tak susah juga nak ajar biasakan diri dengan kawan baru. Ada juga kawan lama dari Pasti yang sekolah sama. Jadi sedikit sebanyak membantu juga. Cuma berlainan kelas tak kira masa sekolah agama maupun sekolah kebangsaan.

Ashraf masih lagi belajar di Pasti, insyaallah sampai hujung tahun ni dan tak pernah terfikir nak tukarkan ke Pra sekolah sebab biasanya Pra sekolah di sini sentiasa penuh. Ada yang gosip bagitau pra sekolah kebanyakan untuk anak-anak guru yang mengajar di sekolah tu. Entah yang ni aku tak pernah ambil tau, sekolah kak ipar di kampung memang terbuka jadi anak-anak yang asal dari yang kurang mampu boleh masuk, tadika kemas pun ok juga.

Buat masa ni aku di rumah jaga Amsyar. Ini pun terkejar juga sebab lepas abangnye sekolah aku terus kemaskan rumah dan mula masak sebab pukul 11.00 pagi dah gerak ambil Amar, bawa pergi mengaji iqra' dan terus hantar balik rumah mandi dan makan. Pukul 12.00 kejar ambil Ashraf dan hantar pergi mengaji iqra' baru balik rumah. Di rumah kejar masa untuk pergi sekolah petang. Setakat ni masih senang lagi la, buku memang aku yang kemaskan. Masih belum boleh harapkan Amar kemaskan sepenuhnya. Ashraf buku banyak tinggal di Pasti. Jadual pun cikgunya tak bagi lagi.

Pukul 1.00 keluar lagi hantar pergi sekolah kebangsaan. Penat juga kadang-kadang sampai nak makan pun tak de selera, baru nak makan dah nak keluar. Penyelesaian keluar selesaikan dulu hal anak-anak balik baru makan, selesa sikit tak ada gangguan.

Baju sekolah sorang ada 2 pasang, Ashraf setiap jumaat pakai baju sukan jadi setiap ari Selasa dan Rabu mesti basuh baju dia. Amar ada sukan setiap Rabu dan Khamis buat masa ni, jadi setiap Isnin boleh la basuh cuma baju sekolah agama je mesti basuh setiap hari. Sebab hari-hari guna baju tu. Rasa macam nak beli lagi 2 pasang sebab tak larat nak basuh je, tapi tengok dulu macam mana. Kang dear bagi tau dah duduk rumah pun malas nak membasuh.




Abaikan la gambar semak yang belakang tu. Gantung situ sebab senang nampak kalau ada yang dah terkurang boleh terus tengok dan gosok. Sekarang dah bertambah sebab ada 2 pasang baju sukan.

Harap-harap dapat bertahan sebab malam nak ngajar derang buat kerja sekolah. Cumanya Amar jam baru jejak pukul 8.00 malam je dah mula nak tidur. Konon nak baring kat bilik sebab letih tapi 2 kali dah tertidur.