Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, February 16

Di Uji

Assalam...

Dugaan dari Allah bila-bika masa je boleh dapat kan, kami di uji setelah bergembira di kampung. Tayar kereta tercucuk paku, kemudian belum sempat cari bengkel tayar lain pecah pula. Nak kata apa, dear dengan bantuan Amar terpaksa tukar tayar.

Banyak kereta lalu lalang memang tiada 1 kereta pun berhenti aku perhatikan. Silap-silap kalau ada kecemasan atau pun masa tu aku sendirian atau dengan anak-anak memang kesian.


Tenang je kan, kami tersadai sini dekat setengah jam juga la. Kata dear kalau dapat mancing best juga. Aduhai laki aku ni.



Kesian Amar, brrpeluh-peluh semangat tolong ayah tukarkan tayar. Aku tak boleh keluar nanti Amsyar pun sibuk nak keluar sama.

Sebelum masuk highway kami cari kedai tayar, Alhamdulillah di pekan Bidor ada kedai cina yang jual dengan harga agak murah berbanding kedai lain. Dear angguk je kepala terus cina tu arahkan pekerja dia buat. Dia terus ambil colok pergi sembahyang. Aik, tanda syukur sebab kami datang singgah ke?

Masuk highway plus jalan lancar tapi sampai ke Sungkai jalan agak perlahan, kereta banyak tapi tak ada kemalangan. Sampai rumah pukul 7.30 malam, terus kemas barang, makan dan tido

Sunday, February 14

Yang Jelik

Assalam...

Sejak ada anak aku rasa memang dari dulu aku suka tengok, tak tau kenapa. Tapi ada orang kata elok tengok sebab boleh tahu sejauh mana tahap kesihatan anak-anak. Kadang-kadang aku sengaja pakaikan lampin kain supaya senang aku nak monitor makanan yang anak aku ambil.

Lagi pula sejak lahirnya Amsyar aku beli lampin kain baru 10 helai terus, dear melarang tapi aku cakap aku akan basuh sendiri. Tak akan mengharap dear basuhkan. Alhamdulillah bila hujung minggu aku cuti aku pakaikan Amsyar lampin kain. Jimat pun ye, yang penting aku boleh tau 1 hari Amsyar buang air besar ke tidak, buang air kecil warna pekat ke cair. Najisnye macam mana, sekarang dia minum susu coklat kat rumah mak lang jadi najis confirm kaler coklat juga. Tapi bila kat rumah, memang berbeza sebab susu badan kan. Najis lebih lembut warnanya.

Pernah sampai 1 tahap bila Amsyar tak buang air besar dekat 1 minggu, masa ni memang risau. Jadi bila dah tau susu ibu bagi kesan aku rileks je la. Cumanya MIL dengan kak ipar risau sangat. Bila aku kata itu normal mereka pelik.
Jadi aku ni normal ke tidak? Najis anak pun nak ambil tau, yang dah besar dan tak pakai pampers pun aku tau sebab bila derang buang air besar jarang nak flush sendiri.

Kebetulan Amar 2 hari ni diserang cirit birit, tak sengaja buang air di depan pintu bilik air, dalam bilik tidur. Adoi..sabar je la bila anak-anak tak sihat ni

Friday, February 12

Tidur

Assalam...

Sejak dari petang semalam, Ashraf susah nak suruh tidur siap tanya kenapa asyik suruh kita tidur je ni?

Wow! Mula-mula aku pujuk layankan je perangai die tapi memandangkan dia baru balik dari rumah mak lang dengan esakan sebab mak lang paksa tidur. Hai anak..tidur la supaya boleh merehatkan badan dan minda, kalau 24 jam/7 hari seminggu tak nak tidur apa akan jadi? Dia diam tapi aku tau dia tak ada jawapan.

Di peluk dan ditepuk baru tidur, hal ini berulang juga hampir setiap malam. Kadang-kadang aku berangan nak bangun buat kerja rumah selalu tinggal angan-angan dek kerana nak menepuk dan memeluk dia hingga aku pun lena sama.

Malam tadi hal yang sama jadi lagi. Dari jam 10.00 malam hingga 12.00 malam belum boleh tidur. Alasan sejam pertama sakit perut, dear sapu minyak tapi bila nampak dear nak makan dia bagitau lapar.

Usai makan pukul 11.00 malam, maklum aja makan pun perlahan sebab tak mahu tidur. Masuk bilik tapi cuma berguling-guling sahaja. Amar dan Amsyar lena cuma dia sahaja susah nak tidur.

Kadang-kadang kami suami isteri pernah ugut kalau tak nak tidur dalam bilik dengan tilam empuk pergi baring di depan rumah, ada rumput yang menyucuk kulit dan nyamuk yang menggigit.

Tapi cara ni kadang kala dia tak ambil kisah..mungkin dia fikir kami tak akan berani buat

Duhai anak, makin besar makin banyak akalmu