Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, May 16

Selamat Hari Guru

Assalam...

Ucapan buat semua dan guru-guru tersayang

Terima kasih cikgu


Anak-Anak Mama Hebat

Assalam...

Bila dah bercuti panjang blog pun ikut sama cuti panjang. Walau pun duduk di rumah je tapi tetap tiada masa terluang untuk diri sendiri. Terasa macam masih belum selesa lagi nak menguruskan anak 3 orang ni.

Lagi pulak sekarang ni musim demam, batuk dan selsema. Ketiga-tiga mereka berjangkit termasuk aku juga hinggakan hilang suara. Haih...memang pertama kali dalam sejarah batuk hingga hilang suara. Huhu...nak jawab telepon pun takut orang lain tak faham apa yang aku cakapkan.

Budak-budak memang lah mereka suka makan ubat tapi aku tak larat tengok derang sentiasa makan ubat je. Ada niat nak beli vitamin tambahan buat mereka sebab vitamin sekarang ni nampaknya kurang serasi.





Friday, May 15

Minggu peperiksaan

Assalam...

Sejak minggu lepas cikgu dah beritahu ibu bapa anak2 akan ada ujian dari 19 hingga 22 mei ini. Hati mula risau sebab ujian cuma untuk Amar seorang je, Ashraf 4 tahun tiada ujian pun. Lagipun macam tak berapa nampak perkembangan Amar ni berbanding Ashraf walaupun terkadang masa main tiba-tiba mengaji sendiri.



Sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak, walaupun ini permulaan mereka menghadapi ujian

Sunday, May 10

Di Tepian Pantai

Asssalam..

Sejak kebelakangan ni dear rajin pergi tarik ikan di pantai morib, aku teringin nak ikut tapi cuma melangut di tepi melayan amar dan ashraf je la.



Seronok dua orang ni dapat main pasir. Siap amar ulang tanye mane airnye ni ma... air laut tengah surut masa ni


Saturday, May 9

24/7

Assalam...

Yeah..dapat juga tinggalkan jejak ari ni, bila kerja sibuk la sangat bila balik rumah sibuk dengan anak2.. banyak yang nak diceritakan tapi tu la, masa terlampau ketat. Baru nak bernafas dah kena buat itu ini, memang meletihkan.

Harap2 nanti ade masa untuk ceritakan perkembangan anak2.