Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, November 26

Buah Manggis

Assalam...

Antara banyak buah-buahan tempatan yang ada selain durian aku paling suka buah ini...memang sedap bagi aku sebakul pun aku boleh habiskan. Alhamdulillah tak pernah sakit perut mau pun kembung sebab makan buah ni.



















































Buah manggis! nyum nyum....memang manis lebih lagi bila ini air tangan arwah bapak aku yang tanam dan jaga dulu.

Tuesday, November 25

Sepetang Makan Laksa

Assalam

Ada yang dah kali ke 3 kami berjumpa, tapi ada aku kisah...langsung tak kisah sebab bukan selalu dapat jumpa macam ni.

Kali ini gerak ke rumah lagi seorang kawan di bandar saujana putra, Alhamdulillah aku tak sesat sebab raya puasa dulu pernah sampai ke rumahnya. Walaupun majlis kali ini tak ramai tapi yang penting kami dapat berjumpa dan berbincang tentang aktiviti yang kami pernah cadangkan. Tak boleh bagitau sebab belum tahu jadi atau tidak lagi.
Aku je datang bawa anak-anak, yang lain datang dengan suami. Nak buat macam mana, dear kerja lagi pun aku lebih rela datang sendiri. Eh..budak tembam tinggal dengan mak lang sebab takut nanti meragam dalam kereta.
Seronok Amar dan Ashraf main dengan kawan-kawan. Mereka pun dah kenal bila mama bagitau nak jumpa kawan mereka yang seronok sebab dapat jumpa kawan juga.
Sesi makan laksa, nyum nyum...memang sedap hasil air tangan puan rumah ni.



Encik suami jaga anak yang isteri makan dulu.
Laksa, nugget dan kuih muih ini je jamuan kami petang tu tapi syukur yang penting kami dapat berjumpa. Selepas ini tak pasti lagi di mana kami boleh berjumpa.  Fuh!!3 entry berturut tentang kawan sekolah pula. Ok...mood update family belum sampai.

Monday, November 24

Kecoh Di Petang Raya

Assalam

Hari raya haji dapat balik kampung, walau pun sekejap tapi sekurang-kurangnya dapat lepas rindu kat mak di kampung. Sambil tu tau juga kawan-kawan nak buat aktiviti melawat kawan kami yang tak sihat di rumahnya. Terus ajak dear pergi join kawan-kawan memang seronok. Bukan saja dapat jenguk kawan tapi dapat jumpa kawan lain sama.
Ini kawan-kawan perempuan yang ada, memang tak ramai tapi cukup memeriahkan juga la.
Di hidangkan dengan nasi impit kuah kacang, bihun tom yam dan juga biskut raya...ye la kan hari raya.
Kami kumpul sedikit wang untuk meringankan beban kawan kami. Semoga tabah dengan ujian yang melanda.





Sesi makan dan berbual panjang.
Ini sorang lagi geng asrama sekolah yang nakal dulu. Aih...memang nakal gila aku dulu ye. Tengok budak tembam tu semua geram nak pegang tapi cepat lenguh kata derang. Ha....tengok badan la.

Sunday, November 23

Amsyar yang Tembam

Assalam...

27.11.2014 yang lepas bermaksud si tembam saya Zikri Amsyar sudah pun berusia 6 bulan. Sudah boleh makan bubur nasi tapi terpaksa di kurangkan sukatannya sebab obesiti. Hehe...ok ini memang nurse di klinik desa tak boleh komen lebih-lebih sebab Amsyar menyusu badan sahaja tiada campuran susu formula. Alhamdulillah berjaya untuk peringkat pertama dan berdoa agar Allah permudahkan hingga usia 2 tahun pula.

Kalau ikutkan bubur memang dia makan cuma ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Sekali makan cuma habiskan 2 sudu besar atau lebih kurang setengah senduk. Jadi aku tak kisah sangat asalkan dia masih mahu makan bubur nasi walaupun kuantiti bukan aku yang kurangkan tapi dia sendiri yang menolak untuk makan lebih banyak.


Ini dia si tembam ke geraman semua orang. Berat sudah cecah 10 kg masuk 6 bulan sekarang ni. Tapi paling seronok sudah ada 2 batang gigi bawah dan sudah pandai duduk sendiri. Sekarang sibuk memanjat kerusi pula. Haih...pening sekejap

Friday, November 21

Jumpa Kawan Lama Di Putrajaya

Assalam

Beberapa bulan selepas raya puasa kawan baru wujudkan group whatsapp untuk kawan sekolah menengah dan sekolah rendah. Riuh rendah 2 3 minggu dalam group kami hari-hari ada saja yang nak bercerita. Sekarang sudah masuk 3 bulan nampak senyap sedikit tapi setiap hari mesti ada yang diceritakan. Seronok bila ada kawan-kawan dalam kesusahan kami bantu mana yang mampu. Insyaallah kami kawan-kawan tak pernah lupa pada kawan-kawan sepermainan maupun sepengajian.

Ini pertemuan pertama kiranya untuk kami. Ada yang hampir 15 tahun tak pernah jumpa, ada yang 10 tahun tak berjumpa dan ada juga yang dah bertahun-tahun tak berjumpa. Pendek kata perjumpaan kali ini memang mengeratkan lagi ukhwah yang ada antara kami.

Berlangsung di rumah sahabat kami suami isteri rakan sekolah kami...jodoh mereka pula kahwin kawan-kawan 1 sekolah.
Gambar berterabur, jadi sila jangan pening kepala tengok ye.

Fuh....tengok muka aku bukan main seronok lagi berborak dengan geng nakal masa duduk asrama sekolah dulu. Hakikat...memang kami geng nakal.
Ini semua yang ada datang petang tu, walau pun kes sebenar cuma untuk sesi hantar barang yang di kirim tapi jadi sesi perjumpaan pula. Tak apa sambil menyelam minum air.
Sahabat dan geng nakal di asrama dulu, sekarang jadi cikgu baru tahu perasaan cikgu kita dulu kan. Alhamdulillah, anak pun dah nak masuk 2.

Makan mee kari, kuih muih dan juga buah-buahan yang dah di siapkan oleh tuan rumah. Tapi kuah mee kari memang pedas terangkat!
Tiba-tiba ada pula budak tembam ni, semua geram macam nak kunyah-kunyah je paha dia ni.
Bersantai sambil tonton tb, lama tak buat begini sesekali memang seronok berbual.
Aku paling lambat sampai sebab sesat! sabar je la...
Sesi makan sambil bergosip...lama tak jumpa kan, mesti banyak cerita nak di kisahkan.
Tu dia sambung sembang lagi sambil makan-makan.
Encik suami-suami dan anak-anak menonton sambil tengok anak-anak main.

Yang pakai baju biru tu mengandung tapi tak nampak plak sebab tengah pegang baby kot.
Peluk cium sebab lama sangat tak jumpa mereka ni. Rindu



Kek batik tuan rumah sediakan, nampak tak sekaya dalam tipuware tu? itu la alasan sebenar tapi terus jadi sesi perjumpaan.
Alhamdulillah Allah masih berikan kami hubungan yang erat lagi, sempat berjumpa walau pun telah hampir 15 tahun tidak berjumpa. Syukur sebab kami masih ingat dengan kisah lama kami sewaktu sekolah dulu. Kenangan zaman persekolahan memang manis untuk dikenang.