Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, April 19

Bila Anak Tidak Sihat

Assalam...

Alhamdulillah kerana Allah masih berikan aku kekuatan untuk menjaga 2 orang permata hati aku setakat ini. Mana tidaknya sejak hari khamis minggu lalu Amar diserang HFMD kemudian hari Ahad berikutnya Ashraf pula. Memang tidak dapat dielakkan sebab mereka sentiasa bersama. Jadi terima dengan penuh syukur dan redha.

Terus terang memang Amar jarang-jarang sangat main diluar rumah tapi sekali terkena HFMD ni terus keliru. Dari mana dia jangkit? Dengan siapa di main hingga terjangkit? Oh....macam-macam soalan. Kebetulan anak bos pun baru je lepas kena...eh musim ke? Tak tau la

Menjaga Amar sebelum dear balik tidak sesusah menjaga Ashraf. Amar lebih cepat pulih dari Ashraf yang sudah hampir seminggu. Paling teruk jangkitan ulser di dalam mulut, sana-sini ada ulser hinggakan tiada daya untuk hisap susu dari botol jadi sebagai alternatif aku bancuhkan susu dalam cawan. Biar mereka minum setakat yang mereka mampu dan kurang memedihkan dinding mulut mereka.

Kasihan tersangat kasihan lebih-lebih lagi Ashraf, hinggakan tidak lagi berceloteh macam biasa. Abang dan kakak saudara pun terasa sunyi bila mulut becok dia tidak lagi berkata-kata. Dear sempat bawa Ashraf pergi klinik dan jaga sehari. Malam Isnin dear dah balik ke Pahang terpaksa aku jaga Ashraf sendirian.

Minum susu memang dipaksa sampaikan perlu aku takutkan kalau tak minum susu dan makan ubat ayah nak balik bawa Ashraf pergi hospital...biar doktor cucuk di tangan untuk masukkan air. Laju-laju terus minum susu. Berjaya juga taktik kotor tu aku guna.

Tapi bila dirumah mak lang memang gagal, bermacam-macam cara pujuk langsung tak jalan. Sampaikan mak lang naik pening fikir apa cara lagi untuk buatkan Ashraf minum susu atau sekurang-kurangnya air kosong.

Alhamdulillah Amar dah pulih, jadi sekarang tumpuan lebih kepada Ashraf. Tiap malam bila tidur mesti tak lena, siang pun sama kata mak lang.

Aduhai lah anak, kalau mama boleh ganti tempat kamu dah lama mama terima tapi Allah mahu uji mama menjaga kamu bila sakit begini mama terima juga. Kata kakak ipar sebelah rumah mungkin ini ujian dari Allah sewaktu menunggu saat tibanya bersalin. Harap-harap proses bersalin nanti dipermudahkan.

Sentiasa berdoa agar anak-anak kembali sembuh seperti sediakala. Memang rindu nak dengar celoteh Ashraf tapi bila sakit begini sabar saja lah kan.

Friday, April 18

Makan KFC Bersama Anak-Anak

Assalam...

Ini kisah kami bertiga 2 minggu lepas, aku cuti rehat dirumah...eh, sengaja minta doktorbagi kebenaran untuk cuti rehat dirumah sehari je. Itu pun esoknya masuk kerja semua kerja menanti untuk aku selesaikan. Kejamnya la mereka-mereka ni, banyak betul beli barang bulan ni. Agak-agak bila aku cuti panjang nanti mesti ada yang rindu.




Seronok dapat makan ayam goreng, dapat mainan jadi lagi seronok. Amar kenal KFC tapi bila lalu Mc Donald dia tetap sebut kedai burger.




Jangan ditanya kenapa Ashraf makan baring, dah suruh bangun tapi mujur sekejap je dia baring. Seronok juga sesekali puaskan hati anak-anak ni. Selesai makan mereka ajak main gelongsor disana....ok ikutkan saja.

Bila dah penat barulah kami balik kerumah, tapi malanya bila balik air tiada...haih macam mana mahu mandi setelah berpeluh-peluh bermain diluar. Sabar je la.

Isu air masih belum selesai, kalau ikutkan hati mahu saja ambil cuti panjang balik kampung rehat lama-lama. Di kampung sentiasa ada air, sungai Perak pun berdekatan dengan rumah kalau ada apa-apa kecemasan. Oh...rindunya dengan kampung halaman. Mungkin sebulan lagi baru dapat menjenguk kampungku. Sabar ye wahai hati. :p

Thursday, April 17

Hisap Susu Bersama?

Assalam...

Ada masa mereka bergaduh, ada masa mereka teman  rapat sesama sendiri...hehe..ini lumrah adik beradik kan.


Rasa bahagia tengok mereka baring bersama-sama minum susu...semoga mereka sentiasa menyokong sesama mereka hingga dewasa kelak.

Monday, April 7

3 : Check up Minggu Ke 36

Assalam...

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 36 minggu ni. Ha...seram dah mula ada ni ye la walaupun ini kali ke 3 tapi tetap juga seram. Dear pun aku siap ingatkan kalau tiba-tiba aku minta balik tu balik je la. Hehe...

Alhamdulillah setakat ini baby membesar dengan sempurnanya, dan sudah mencecah 3kg. Ini buat aku seram sebab aku takut makin membesar dengan jayanya pula nanti. Haih...pape pun ini perancangan yang Allah dah aturkan untuk aku kan. Terima je apa pun yang di berikanNya.

Hari Rabu lepas cek up di Barakah dan sepatutnya ke klinik desa tapi aku tak pergi klinik desa pun. Cuma pergi Barakah sahaja. Sebab sudah masuk 36 minggu ni mesti jenguk klinik desa setiap minggu. Tak kuasa aku nak minta bos keluar awal je tiap minggu. Bos pun kalau boleh tak mahu bagi sebab kerja memang dah berlonggok-longgok menunggu.

Jadi sekarang memang tak nak jejak kaki ke klinik desa lagi, menunggu tiba masa bersalin dan cek up last dengan Dr. Khiriah pada 27 april nanti. Harap-harap semuanya berjalan lancar walaupun berkemungkinan tiada peluang baby keluar disambut oleh dia. Hehe...dia bercuti seminggu masa due.

Saturday, April 5

Bila Air Dicatu

Assalam...

Semenjak masuk bulan Mac lepas kawasan Jalan Kebun terlibat untuk program catuan air oleh pihak Syabas dan kerajaan negeri Selangor. Nak buat macam mana, merungut pada siapa....siapa yang mahu dengar rungutan kami ni? jadi terpaksa bersabar je la.

Sepanjang Mac masih boleh bersabar lagi mana tidaknya air mati dan hidup semula boleh kata ikut jadual tapi bila masuk April ni mula jadi tak menentu. Tak tahu kenapa sampaikan air tangki bilik air dan semua air simpanan dalam tong, baldi dan segala jenis bekas yang boleh simpan air pun habis digunakan...bukan setakat rumah aku je termasuk rumah kakak ipar sebelah rumah pun sama.

Haha....bila musim air dicatu ni semua jadi malas nak memasak, makan pun siap guna pinggan pakai buang...melampau bunyinya kan tapi tak sanggup nak biarkan pinggan disinki selama lebih 2 hari. Bak kata akak ipar kalau ada kuali pakai buang memang dia beli punya, nampak sangat ketara jadinya bila tiada air.

Rumah aku setakat ini bil air bukan tinggi mana pun, paling tinggi RM3.00 je tak pun percuma. Bayar RM 3.00 tu pun sebab anak-anak jiran rajin guna paip rumah aku untuk basuk kaki atau tangan lepas main. Biarlah lagipun bukan ketara sangat beza bil kami. Tapi terpaksa jadi mangsa catuan air juga.

Paling tak boleh tahan sejak masuk april ni hampir setiap hari hujan turun dengan lebat. Seronok tak terkata ye la mesti lepas ni mesti tiada lagi catuan air ni tapi meleset sebab sambung juga sampai hujung april...uwa......penat sangat tau nak jimat air yang memang dah boleh dikatakan tersangat jimat cermat.

Sebab apa aku kata jimat? sejak dear kerja jauh mana ada aku masak setiap hari, baju basuh sekali atau 2 hari sekali je. Nak kata rajin siram longkang pun tak de maknanya, basuh kereta lagi la jauh sekali. Siram pokok? ish...tak de pokok kat rumah yang aku nak siram.

Paling sakit hati bila Amar atau Ashraf terkencing, mak aiiii seksa bila nak basuh cadar ngan baju derang yang hancing tu.

Kakak ipar siap minta anak-anak dia kencing dalam mangkuk tandas dan akan siram selepas beberapa kali derang buang air kencing. Huhu...terpaksa la buat macam ni kalau tak memang cepat habis air.

Aku pula sekarang dah mula kerap ulang alik ke tandas tapi apa boleh buat pergi juga la, takkan nak tahan pula.

Apa pun tersangat mengharapkan catuan air ni dihentikan sebab bagi aku lebih banyak menyusahkan lagi memudahkan. Tak pasti mengapa masih disambung sedangkan hujan turun semakin kerap dan lebat. Semoga Allah membantu aku dan orang lain bersabar menghadapi ujian ini.