Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, September 27

Sekadar Melepaskan Lelah

Assalam...

Dah nak masuk penghujung bulan september rupanya, Allahuakbar!!! bukan dilanda kesibukan tapi kemalasan yang teramat sangat. Faham-faham aje la sekarang telah ditinggalkan oleh dear buat sementara waktu....berpisah untuk mencari sesuap rezeki yang halal...huhu...tak de la jauh sangat tapi sehingga ke hari ini masih belum bertemu lagi sejak pergi awal bulan september lalu.

Sedih juga, rindu juga tapi anak-anak perlukan aku sentiasa kuat di sisi mereka. Ha....sebab tu la aku jarang ada masa di blog sekarang, malam lepas ambil derang aku makan apa yang patut dan apa yang seadanya je. Jimat? bukan la...sebab kalau masak cuma untuk aku seorang yang makan kan dah membazir. Tak kuasa aku nak masak beria-ria sekadar untuk isi perut aku sendiri je. Anak-anak sentiasa jadi keutamaan.

Hujung minggu akan aku masakkan sesuatu untuk mereka makan, nasi lemak, spagetti dan juga mee goreng...ini antara kegemaran mereka. Yang lain-lain buat penat je aku masak sebab derang bukan nak makan sangat.

Bila malam tidurkan mereka aku pun mesti tertidur sama...haha..nak buat macam mana, nak borak tak de geng, nak tengok tv pun tak de geng jadi tidur lagi baik dari buat semua tu. Yang penting semua kerja sudah pun aku selesaikan.

Ok, minggu ni bakal sibuk dengan majlis perkahwinan adik ipar. Harap-harap semuanya berjalan lancar terutama masa majlis akad nikah nanti. Insyallah bila dear tak de di sini aku akan jadi mata dan telinga dear untuk majlis minggu ni. Minggu depan dear akan balik sini untuk menolong mana yang patut dan meraikan majlis adiknya.

Tapi mana cukup kan kalau dear cuti 4 hari je? tak berbaloi tunggu sebulan kan...haha.

 

Friday, September 13

Sedih

Assalam...

Rasa sedih tengok berita malam ni, ini linknya... tak tau la nape....tapi bila tengok ada gambar bayi kena masuk tiub sana sini rasa kesian sangat. Rasa tersangat menderita bayi tu, kita yang dewasa ni pun kalau kena masuk tiub pun rimas, sakit dan tak selesa ini kan pula bayi kecil yang belum jangkau usia setahun lagi.

Sentiasa bersyukur anak-anak aku dijaga oleh saudara dan mertua sendiri...atas sebab ini juga MIL merelakan diri menjaga Amar. Alhamdulillah!

Semoga orang yang berbuat buruk pada anak ini diberikan hidayah oleh Allah, agar tidak lagi melakukannya pada bayi lain pula.

Wednesday, September 11

Tetap Berjalan Lancar

Assalam...

Erk...bila malam je mula tak keruan tak boleh tidur, nak buat macam mana sahabat baik, teman sebantal kerja jauh pula sejak awal minggu ni. Haih...sudahlah aku baru mula kerja dear pula tiba-tiba pergi kerja jauh nun di Pahang sana. Sabar je la kan.

Mujur rutin harian aku tetap berjalan dengan lancar,  bezanya aku tak perlu masak setiap hari. Eh, bukan tak masak langsung cuma masak mengikut selera aku sendiri la. Maklum je kalau dear kerja di sini setiap hari perlu siapkan makanan tengahari. Walaupun biasanya aku masak lebih sebelah malam untuk aku dan dear buat bekal makan tengahari tapi tetap terasa penatnya kan.

Cuma sekarang penat menguruskan anak-anak je, tapi Alhamdulillah setakat ni mereka masih belum buat perangai lagi.

Urusan rumah pun selesai dengan baik, baju kerja gosok seminggu sekali, setiap malam akan basuh kain, jemur dan lipat...cuma lipat kain ni memang tersangat memalaskan bila aku sudah mula kerja ni. Haih...apsal ni ye?

Sekurang-kurangnya hari-hari aku berlalu dengan pantas...pagi seawal jam 6.30 pagi sudah bangun siapkan apa yang patut, siapkan anak-anak dan keluar rumah sebelum pukul 8.00 pagi walau pun aku masuk kerja pukul  8.30 pagi tapi aku lebih suka menunggu 5 minit awal depan office.

Balik kerja pukul 6.15 petang dah sampai rumah MIL, ambil anak-anak dan lebih kurang 6.40 petang dah pun berada di rumah. Terus hidangkan anak-anak dengan upin ipin sambil aku ambil masa untuk siapkan apa yang patut.

Paling santai bila hujung minggu....hehhe..tiap sabtu pergi rumah kakan di puchong jadi tak perlu masak. Masak untuk hari ahad je, jimat sikit tong gas aku tu...takut juga kalau-kalau harga gas naik pula kan....ahahaha

Pendek kata walaupun aku bekerja dan menjaga 2 orang anak tapi aku tetap bersyukur sebab masih mampu menguruskan rumah. Rumah kecil je kan memang la senang...:p

Hujung minggu ni ada kenduri doa selamat semperna adik dear yang bakal berkahwin awal bulan depan. Berharap agar majlis perkahwinannya nanti akn berjalan dengan lancar.

 

Perubahan Lagi

Assalam...

Lama rasanya aku terfikir macam mana aku boleh bekerja semula...huhu..memang kalau ikutkan hati seronok menjaga anak-anak dirumah tapi tiba-tiba bila dapat tawaran yang agak baik terus  rasa macam nak sambar je.

Dah hampir 2 minggu aku kerja di sebuah syarikat kontraktor yang hampir  sama macam tempat kerja aku di Klang dulu. Paling best dapat belajar banyak perkara baru lagi sebab aku bukan setakat kerani je, aku jadi pembeli...aka Purchaser... Wah!!! ini memang kerja baru pada aku.

Kenapa aku pilih kerja di sini?

Sebab tempat kerja agak  dekat  dengan rumah, walau pun tak perlu nak ulang alik balik rumah tapi sekurang-kurannya 10 ke 15 minit dah sampai rumah.

Sebab bos yang agak senang difahami, lagipun dia bekas pekerja syarikat yang sama dengan aku kerja di Klang dulu. Setakat ni kerjasama aku dengan dia masih berjalan dengan lancar.

Sebab mak duduk rumah kakak aku, jadi hujung minggu aku akan ke sana buat kerja-kerja menjahit. Ha...sayang rasanya  kalau tak teruskan kerja yang 1 ni.

Jadi setakat ni sangat-sangat berharap dapat menjalankan kerja dengan penuh berhemah, penuh dedikasi dan penuh kesabaran...huhu...bekerja menghadap tender, segala bagai dokumen dan ragam manusia. :p


Monday, September 9

Urusan Harta Pusaka

Assalam...

Alhamdulillah walaupun harta arwah bapa tidaklah sebanyak mana tapi boleh juga kami adik beradik merasa sedikit kenangan dari jerit perih arwah menjaga tanah-tanah yang ada. Ini untuk harta ketinggalan selepas perbicaraan pada tahun 2010 yang lepas semasa aku sedang mengandungkan Zikri Ashraf dan ditimpa kemalangan  semasa balik ke Shah Alam.

Agak cepat juga prosesnya, kalau tidak silap borangnya aku hantar  lebih kurang 2 bulan lepas dan terus dapat panggilan untuk perbicaraan sekali lagi.


Selesai juga walaupun ada sedikit rasa tidak puas hati dengan surat panggilan oleh pihak pejabat tanah. Syukur antara aku dan adik beradik lain tidak ada sebarang pertelingkahan.


Bagi abang dan kakak yang tak hadir perlu mengisi borang persetujuan keputusan dan perlu di sahkan oleh pesuruhjaya sumpah / majistret atau pun pentadbir tanah. Yang penting borang perlu ditandatangani depan mereka.

Kos untuk perbicaraan pertama aku rasa percuma, tapi bila ada harta ketinggalan ni kami perlu bayar RM 54.00 untuk kos mengikut nilai tanah semasa.

P/s : lepas ni perlu siap sedia bayar duit cukai tanah la jawabnya.