Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, August 30

Setelah Sebulan Bercuti..

Assalam...

Setelah sekian lama tak pergi main di taman mari kita cergaskan diri...huhu...Sebulan sebab bermula dari sebelum puasa hingga ke raya...kesian kat anak-anak.


Gaya 'peace' dari Ashraf





Haih....lepas ni tunggu hujung minggu pula jawabnya kalau nak bawa anak-anak pergi main di taman lagi....suka tengok gelagat mereka yang kelihatan sangat seronok bila bermain.

Sunday, August 25

7 Tahun Lalu

Assalam...

Setiap tahun bila tiba bulan Julai memang tidak boleh aku lupakan. Haih....memang tak akan di lupakan sama sekali rasanya.

Alhamdulillah tahun ini tahun ke 7 kami sudah bernikah, mendirikan rumahtangga yang telah di rintangi dengan pelbagai dugaan. Haih...dugaan sangat pada aku sebab sakit telinga dengar kata-kata orang pasal lewat dapat anak.

Tapi dengan ikatan perkahwinan juga banyak mematangkan aku. Mendewasakan aku dalam banyak hal. Dapat lesen kereta, dapat kerja yang sempurna, dapat mengajar erti jerit perit seorang ibu dan isteri. Kadang-kadang aku terfikir kalau aku kahwin lewat mampu tak aku dapat semua ni....

Pergi beraya rumah jiran-jiran ada yang tanya pasal majlis perkahwinan kami dulu....ada yang ingat majlis kami ada ikan bakar. Ini buktinya....


Arwah FIL makan ikan bakar sahaja.

MIL dan adiknya makan nasi berlauk ikan bakar.
 Sebenarnya kata  dear ikan bakar ni pemberian kawan dear atau pun berpangkat sepupu kalau tak silap aku la. Orangnya rajin memancing, kebetulan menyimpan stok ikan yang dipancing di rumah beberapa minggu sebelum majlis kami di tempat dear. Jadi dari tidak termakan dia sedekahkan untuk dimakan beramai-ramai. Aku dapat makan ikan keli bakar kalau tak silap malam tu.

Asyik sangat tayang gambar di tempat aku je kan, sekarang ni gambar sebelah tempat  dear pula. Tapi ada masalah sikit, aku tak selesa dengan tudung yang akak andam tu bawa...tapi nak buat macam mana kan, aku pun tak bawa spare tudung sendiri pula. Tak pe...pengalaman.

Pengapit kami adik ipar dear dengan tunangya...

Sebelah malam ada majlis potong kek.
Alhamdulillah semoga Allah memberkati ikatan perkahwinan kami yang telah mendapat restu kedua ibu dan bapa kami. Semoga ikatan ini kekal buat selamanya.

P/s: Kami nikah 23/7/06 dan ulangtahun tahun ini jatuh bulan ramadan....sekadar mengingati tarikh sahaja la.

Saturday, August 24

Kisah Jagung....Sedih

Assalam...

Ingat tak beberapa bulan lepas aku ada ceritakan mengenai projek tanaman  jagung mak. Haih....sedih sekali bila tengok keadaan pokoknya yang kurang cantik. Nak buat macam mana kan, mujur ada juga hasil dan masih boleh dimakan cuma kurang elok pada pandangan mak aku.

Pokok nampak kekuningan mungkin sebab kurang mendapat air.

Putik jagung yang dapat dimakan dimasak lemak atau  pun masak tom yam.


Mak sedang petik buah jagung.
Maknanya selepas ini kami perlu bersihkan semula tapak ini dan buat projek tanaman jagung semula..huhu...ambil masa juga ni, letih!

Wednesday, August 21

Salam Aidilfitri 2013

Assalam...

Selamat hari raya semua, agak terlewat juga tapi lebih baik lewat dari tak ucap langsung kan...hehehe..maklum saja sebelum raya hingga lepas raya sibuk je. Konon la...padahal sibuk berebut laptop dengan anak-anak. Tetiba terasa patut ke belikan mereka tablet murah-murah seorang satu? huhu....tak sanggup nanti mereka sudah tidak suka main diluar rumah lagi.

Sebelum raya sibuk siapkan baju tempahan orang. Alhamdulillah sempat menyiapkan semua baju tempahan dan mujur dapat siapkan baju aku dan anak-anak di minggu akhir puasa.

Selepas raya pula sibuk berjalan beraya kerumah saudara mara. Kalau tidak pergi menjenguk bila lagi kan, sekurang-kurangnya masa ni la nak berjumpa dan berbual panjang kan. Meriah sangat setiap rumah yang kami pergi.

Walau pun terasa kehilangan arwah opah dan juga arwah bapa pada syawal 4 tahun lalu tapi itu semua sudah takdir. Sudah tiba masa mereka di jemput Ilahi. Kita di sini belum tahu bila lagi kan, entah hari ini atau esok...bila berjumpa sempat bermaaf-maafan, mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Sangat berharap blog ini tidak lagi tertinggal tanpa ada sebarang coretan tapi setakat ini aku mampu berharap je. Masa tersangat sukar mahu di kejar....hehe...tapi masih belum kurus-kurus juga.

Ok...Selamat hari raya, maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa dan terguris di  tulisan blog ini.