Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, June 29

Bila Di Landa Jerebu

Assalam...

Selepas balik dari kampung kami bertiga duduk rumah je, kalau keluar pun hanya pergi ke pasar raya besar. Econsave yang dekat dengan rumah pun aku tak kuasa nak pergi. Dear bawa kami pergi pun sebelah malam...kurang kelihatan sangat jerebunya.

Sempatlah melihat anak-anak berlarian dengan bebas...hahaha...maklum je la dah lama tak bawa pergi main ditaman permainan. Mesti mereka pun rindu nak pergi kan... :p



Merempit naik motor....best je kan. Nak pulak motor siap boleh goyang kiri kanan pula tu. Jealous!!! tau la mama tak pandai bawa motor...huhu

Syukur sekarang jerebu sudah pergi jauh...Alhamdulillah Allah turunkan hujan untuk kurangkan jerebu.

 

Friday, June 28

AEON Member Day Bukit Tinggi - 27/6/13

Assalam...

Berkesempatan pergi ke AEON Member Day di AEON Bukit Tinggi hari Khamis lalu. Aku pergi dengan kakak, anak-anak tinggal dengan MIL sebab lebih senang nak memilih. Ini hasil yang aku dapat sebab orang memang tak ramai jadi sekejap je dah selesai. Kami sampai pukul 10.30 pagi pukul 12.00 tengahari selesai...aku rasa kalau ramai orang mesti lewat lagi kami gerak balik.








Sekarang baju raya anak-anak dah siap...tinggal nak siapkan baju melayu je. Tak pe buat sendiri kan tak payah susah-susah nak tempah. :)
 

Thursday, June 27

Tempat Bermain Di AEON Big Bukit Rimau

Assalam...

Kisah beberapa minggu lepas, keluar dengan mak, kakak dan anak-anak ke AEON Big Bukit Rimau....Oh..anak-anak bila terpandang tempat bermain mula sibuk mahu main. Mula-mula ingatkan percuma sekali penjaganya datang minta duit.

Kalau murah tak pe...setengah jam RM 3.00 untuk seorang kanak-kanak. Mainan yang ada cuma ini je langsung tak berpadanan dengan harga yang di cas. Kalau sejam RM 5.00 dan kalau mahu main sepanjang hari boleh bayar RM 9.00... ini harga maksimum la kot. Jadi nak tak nak bayar la RM 6.00 untuk 2 orang kanak-kanak.

Masuk je derang bukan main tapi sibuk  tengok anak-anak cina yang main...huhu...lagi terasa rugi dan membazir bayar duit. Harap-harap lain kali kalau datang lagi Amar tak ingat lah nak main di sini. Pernah terjadi masa dear bawa Amar seorang ke Giant Bukit Kemuning dia siap minta nanti kalau dah selesai kerja ayah abang nak pergi main gelungsur...aduhai hampir setengah jam juga tapi percuma la kan.



Motor dan kereta ni harga lain akan di kenakan...tak kuasa nak ambil lagi.
Ragam anak-anak sesekali ikutkan la juga kan...biar mereka gembira.


  

Tuesday, June 25

Dugaan Dari Allah

Assalam...

Lama sangat pula tak meninggalkan sebarang jejak walaupun ada juga berkali-kali membaca blog orang lain. Masa tersangat terhad, ditambahkan lagi dengan kesihatan anak-anak yang baru pulih. Sekarang kesihatan tekak aku je masih belum baik lagi...sekarang dah hampir 2 minggu belum hilang.

Hujung minggu lepas macam-macam  hal yang berlaku....ujian dari Allah kan terima saja dengan redha.

Pertama...hari Jumaat rumah abang di Teluk Panglima Garang dipecah masuk orang...terkejut sangat mak masa dapat tahu tu, rasa senak perut pun ada katanya...mungkin terbayang keadaan rumah kampung yang orang pecah masuk. Kehilangan harta benda hampir RM10,000.00 ....barang kemas, komputer riba dan juga duit tunai. Haih....sudah lah pintu di kopaknya duit pun diambil. Geram betul!

Kedua....malam minggu lepas tok sebelah mak telah selamat kembali ke rahmatullah. Sedih sangat sebab masa balik kampung seminggu sebelum mak tok meninggal dia kelihatan sihat mampu bangun, makan dan tidur dengan lenanya. Tapi Allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk mak tok meninggalkan kami semua. Alfatihah...semoga roh mak tok di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Kesimpulannya....minggu ni mood sangat tiada. Hasil jahitan pun jadi merudum...sekarang mahu memulihkan kembali semangat yang hilang...semoga Allah memberikan kami semua kekuatan setelah di berikan kami ujian. InsyaAllah. :)

Gambar kenangan arwah mak tok menyuapkan Amar makan nasi....kurang 10 hari sebelum arwah minggalkan kami semua.

Tuesday, June 4

Rindu Mak

Assalam...

Baru beberapa hari mak pergi mengikut keluarga abang bercuti di Tioman sudah terasa rindu....bayangkan sekarang 24/7 mak sentiasa ada depan mata. Tak perlu lagi nak telefon bertanya mak sihat ke tidak.

Sejak mak duduk sama ni setiap hari aktiviti selepas memasak tengahari kami akan layan menonton filem P Ramlee...ha...seronok sakan bermula dari pukul 12.00 tengahari sampai pukul 2.00 petang. Sesekali dapat layan filem P Ramlee kan, memang seronok lah kalau tengok cerita yang kelakar.

Makan pun teratur sangat sebab bila tak makan mak yang bising-bising. Ye la kadang-kadang mak yang masakkan, sesekali aku bagi mak peluang masak apa yang mak nak masak.

25/5 yang lepas  hari lahir mak, kata mak tak nak sambut-sambut jadi ahad tu aku ajak dear sarapan di luar. Kami sarapan di Lontong Klang depan Pasar Jawa dan berhampiran dengan Masjid Pasar Jawa. Pagi pun orang dah ramai maklum saja la hari ahad.

Ha...teringat 1 kes yang sangat terkesan pada aku.

Ada sekumpulan orang yang boleh aku kategorikan alim sebab pakai  jubah dan berserban. Mereka sudah selesai makan dan macam biasa la di sini pasti ada kereta yang parking berlapis. Nampak tidak sabar dia turun minta alihkan kereta, tapi mak cik yang duduk dalam kereta mungkin tak pandai atau pun minta tunggu sebentar. Tiba-tiba lelaki tadi buka pintu kereta mak cik tu terus tekan hon! mak aih.....sangat beradap punya orang. Semua yang ada di situ memang  memandang je. Mujur si suami mak cik tu senyum dan angkat tangan je...bagus kan! cool je pak cik tu.

Jadi pakaian tak melambangkan peribadi seseorang tu kan...haha...mujur mak tak nampak tapi aku ceritakan juga.

Selesai makan kami pergi pasar borong Meru mencari lauk untuk makan tengahari dan juga bekalan untuk seminggu. Banyak juga yang di beli tapi tak sampai RM 50.00 keluar. Ha....kalau pergi kedai atau pun pasaraya lain mesti tak cukup.

Kalau orang lain sibuk minta kek mak cuma minta kami doakan yang terbaik untuk mak. Hadiah paling senang tapi kalau boleh memang nak mak sentiasa senang hati dan ceria selalu.
 

Monday, June 3

Sarapan Bersama Keluarga Mertua

Assalam...

Hari Jumaat lepas keluarga mertua buat sarapan  beramai-ramai. Aku cuma bawa cucur badak je, itu pun banyak mak yang buatkan. haha...

Pukul 8.00 pagi gerak pergi rumah MIL, makan-makan bermula pukul 9.00 pagi. Tapi tengoklah anak-anak siapa yang duduk depan awal-awal..































Anak-anak aku lah....haha...sabar je lah. Orang belum baca doa derang dah makan siap-siap.


Mereka orang terawal dan mereka orang terawal selesai makan.

Menu pagi tu... laksa, kue tiew goreng, bihun goreng, nasi impit kuah kacang, kuih pau, karipap, agar-agar, kek coklat dan juga cucur badak.

Sunday, June 2

Bila Tidak Sihat

Assalam...

Sejak dari minggu lepas rumah aku dan juga rumah kakak ipar aku mengalami demam, batuk dan selsema. Kesian kami semua kan....tapi nak buat macam mana, kalau dah nak kena tu tak boleh nak elak. Kakak ipar sebelah rumah memang semua kena dari anak sampai ke ayah dan kemudian sampai ke maknya. huhu...lagi sedih

Bila ambil masa lama masih belum baik makanya dear ajak juga pergi klinik semperna cuti Keputeraan Agung. Masa ni tinggal Amar je yang belum baik.

Bila di fikirkan rasa macam Amar memang ikut aku, bukan setakat mukanya tapi kesihatannya pun sama. Bila diserang batuk tersangatlah susah untuk hilang. Aih...tetiba rasa macam tak tahu nak buat macam mana la kan bila ada anak mengikut macam ni.


Tengoklah tu ditangan Ashraf ada batang ais krim... eh bukan yang ni DR punya dia bagi derang main. Klinik ni setiap kali pergi bawa anak-anak mesti mereka bagi sebiji vitamin. Mula-mula ingatkan seorang DR je rupanya bila dah banyak kali pergi baru tahu itu cara mereka nak ambil hati pesakit kanak-kanak.

Poliklinik Shaik....abaikan muka orang lain tu eh
Kesimpulannya, bila anak-anak sakit mak paknya la yang risau....jadi jaga sajalah kan, yang paling susah nak jaga mereka tak suka berpantang makan. Terpaksa kawal masak tanpa goreng-goreng sangat dan tiada air sejuk dalam peti ais.