Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, May 29

Temuduga SPA PPTN27

Assalam...



Setelah sekian lama tak dapat panggilan temuduga akhirnya dapat lagi. Kalau tidak silap kali terakhir temuduga jawatan dari SPA ni 5 ke 6 tahun lepas. Sejak bekerja terasa malas lagi mahu mencuba, kiranya berehat sebentar.

Walaupun setiap tahun tetap update permohonan tapi tiada panggilan temuduga aku masih tak terasa hati. Bila sekarang di panggil mula menggelabah kucing mengingatkan semula pengalaman temuduga sebelum ini. Huhu...kecut perut.

Insyaallah kalau ada rezeki buat anak-anak adalah kan, tapi kalau tiada pun aku tidak kisah sebab ramai calon yang terpilih untuk temuduga kan...

Tuesday, May 28

Ajak Anak Buat Bersama

Assalam..


Sejak kebelakangan ni dear jarang ada masa untuk di habiskan dengan anak-anak. Bila sesekali balik kerja awal  anak-anak lah yang paling seronok mana tidaknya mereka pasti tidak duduk saja dalam rumah. Ada saja aktiviti di luar rumah yang dear ajarkan.

Beberapa hari lepas dear cuti dan tolong tukarkan tayar kereta Viva kakak. Anak-anak pun apa lagi mereka lah yang paling suka. Dear pun jenis yang tak kisah sangat dari mereka mengacau kan lebih baik mereka menolong. Huhu…jadi tukang ambil barang pun Amar dan Asyraf dah suka.




Nampak tak Amar begitu bersemangat sekali mahu cuba buka skru tayar. Selalu tengok aku isi angin tayar dan isi minyak je kali ini ayahnya ajarkan cara tukar tayar pula. Seronok tengok gelagat mereka, walaupun tangan kotor tapi sekurang-kuranya mereka dapat membantu dari mengganggu.


Tak sabar nak menolong sampaikan pamper pun tak nak buka. Aku pakaikan Amar pamper bila tidur sebab tak larat asyiknak mencuci tilam. Ha...dasa maknya yang pemalas gitu. Rasanya lebih elok ajar tidur tanpa pamper supaya lagi cepat dia pandai kan.


Tapi bukan sampai ke sudahnya mereka berdua ni menolong. Sekejap je, Dear tukar 2 biji tayar tapi baru siap sebiji dah hilang Asyraf main basikal. Amar pula tolong buka tayar ke dua je kemudian dia pun ikut Ashraf main basikal dia pula.

Tak kisah la kan, asalkan mereka dapat tengok dan belajar.  Aku pulak setakat tengok dari dalam rumah walaupun sepatutnya aku perlu belajar untuk elakkan kejadian tidak diingini berlaku. hahaha...

.

Monday, May 27

Projek Tanam Jagung

Assalam...

Sudah 2 minggu aku dan mak mulakan projek menanam jagung di tepi dan belakang rumah baru abang si Teluk Panglima Garang, Klang. Huh penat juga sesekali berpanas terik dan buat kerja kebun ni. Nampak sangat jenis duduk bawak kipas dan sofa empuk kan. hahaha....



Walau pun baru seminggu tapi daun sudah mula keluar dan kami mulakan aktiviti membaja pula. Seronok sambil buat kerja dapat belajar hal baru. Mak ada banyak pengalaman tanam jagung di  kampung sampaikan setiap kali lalu kawasan lapang mesti mak kata "ruginya tanah tu terbiar, kenapa tidak ditanam jagung ke ubi kayu ke" ha...sampai kesitu tau.


Kebetulan tanah kawasan rumah abang belum ditanam apa-apa dan mak dapat benih pemberian peniaga jagung di tepi jalan Sekinchan semasa kami singgah beli jagung. Rezeki kata mak, mana tahu kalau buahnya sedap dan manis.

Untung-untung boleh buat jual pula...ha..ini pun idea mak, semua hal mendapatkan duit memang mak laju je. Aku je yang tak ikut sangat sebab tu la begini je sampai sekarang.


Pokok jagung ni semua aku dah letakkan baja. Baja ni pun baja buah sawit yang terahkir arwah bapa aku dapat sebelum meninggal dunia. Sayang sangat sebab baja ni masih ada banyak. Nak dijual dimana pun aku tak pasti. Bila tanya mak kenapa tak jual pada orang yang pajak kebun sawit arwah, mak cuma kata orang itu  tak nak. Aduhai...ada lagi lebih 10 kampit kalau tak silap, tak pasti berapa kilo setiap beg baja.

Sekarang tunggu lagi beberapa minggu aku akan tunjuk perkembangan pokok jagung kami. Berharap sangat jagung hasil usaha kami sekeluarga ni menjadi dengan jayanya. Hasilnya semoga menjadi jagung manis boleh di rebus. Beli di pasar malam setongkol dah RM1.80 tau. Anak-anak pula jenis yang suka makan jagung lagi semangat la aku nak tanam.

Tuesday, May 14

Berhenti Akhirnya

Assalam...

Syukur Alhamdulillah sekarang sudah masuk 2 minggu Amar tidak lagi menghisap puting.

Sebab apa berhenti?
Ha...dah masuk 3 tahun kan tak elok la kalau masih berputing  lagi.

Macam mana hentikan?
Hehe...tengok la gambar ni...


Putingnya telah pun selamat putus sebab rajin sangat menggigit puting. Bila putus memang ada Amar minta puting  baru tapi aku dan dear bagitau kedai  dah tak jual puting jenis ini lagi. Walau pun kami memang masih ada simpan satu lagi dalam peti ais.

Genap usianya 3 tahun 1 bulan berhenti hisap puting akhirnya.

Tidur malam pun tak menangis sebab aku sudah ingatkan putingnya sudah putus jadi kalau terjaga jangan cari puting dan menangis. Huhu....mujur Amar dengar kata, dia terjaga dia bangun duduk peluk bantal kemudian sambung tidur  lagi. 2 malam je Amar begitu...kemudian dia  sudah ok.

Pernah beberapa hari lepas dia minta tapi aku ingatkan putingnya dah putus. Sampai sekarang memang masih simpan untuk mengingatkan dia bila dia minta lagi.

Jadi tak perlu pening kepala fikir cara nak berhentikan Amar hisap puting.

Monday, May 13

Pecah Masuk Sekali Lagi

Assalam...

Hari Khamis minggu lalu berkesempatan balik kampung menjenguk barang-barang mak yang tertinggal terutamanya telefon. Biasalah bila kemas barang dalam keadaan kelam kabut pasti ada barang yang tercicir.

Semasa mak  balik mengundi rumah mak sudah pun di pecah masuk orang. Haih memang menguji kesabaran kami sekeluarga, mujur juga mak di sini bersama aku.

Ini keadaan tempat dimana pencuri masuk, boleh kata pencuri sebab ada beberapa barang yang diambilnya.


Engsel tingkap  tertanggal sepenuhnya.

Nampak lubang tu tak? yang ni mungkin mereka sedang pilih mahu kupil tingkap sebelah kiri atau kanan.

Keadaan besi tingkap bengkok sepenuhnya kebawah dan cukup muat untuk pencuri masuk.

Bukaan besi menyebabkan dinding bawah tingkap retak.

Keretakan hampir dua kaki panjangnya.

Besi tingkap sebelah kiri terangkat sebab tekana dari besi tingkap kanan.
Kata mak masa mak sampai kampung bilik memang bersepah, walau pun abang aku dah tau tapi dia tak kemaskan pun...hehe lelaki kan. Jadi ambil masa juga untuk mak kemaskan semula semua baju, tilam kekabu, selimut dan juga cadar katil.

Tak tau nak kata apa...semoga orang yang mencuri mendapat setinggi-tinggi rahmat dari Allah. Semoga dia berubah dan menyesal dengan perbuatannya.

Kami sekeluarga tidak ambil  peduli dengan barang yang sudah pun diambil, yang kami kisahkan keselamatan mak jika duduk semula di kampung.

Sunday, May 5

Sibuk La Sangat...

Assalam...

Fuh!!!! berabuk gile hampir sebulan tak ada cerita kan. Hehe...ada ke pun orang nak baca blog ni ek? huhu...nangis guling-guling pas ni kalau ada orang kata rindu nak baca plak.

Kemana menghilang?
Ada je di rumah, sibuk melayan anak-anak dan sedang memulakan perniagaan dari rumah kecil-kecilan.

Berniaga apa?
Bukan barang tapi memberikan perkhidmatan je.

Perkhidmatan apa pulak?
Hahaha...jadi tukang jahit je, setakat ini alhamdulillah sambutan dari adik beradik dan juga jiran-jiran sangat menggalakkan. Bahkan MIL dah hantar3 pasang baju! syukur sangat dengan rezeki yang Allah berikan ini. Alhamdulillah!

Anak-anak pun makin suka menyibukkan diri bila aku sibuk nak buat kerja. Jadi apa yang penting biarkan mereka senang kemudian aku pun senang nak buat kerja. :p

Alhamdulillah juga, 4 Mei lepas sudah menjangkau usia 3 series...ouh..pantasnya masa berlalu. Semoga Mei ini aku mampu menulis kembali.