Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, April 11

Menonton Wayang Bersama Amar Dan Ashraf

Assalam...

Ada pengalaman menonton wayang dengan anak kecil tak? ha...ini pengalaman pertama aku.

Sekadar merancang tetapi Allah memudahkan urusan kami berempat pagi tu. Alhamdulillah Amar dan Ashraf tidak bising atau terkejut dengan apa yang aku buat. Hehe...lagi pun kami menonton rancangan kartun memang sesuai dengan jiwa kanak-kanak la kan. Yang kasihan kakak aku la sebab tak dapat tonton cerita yang dia minat. Tapi katanya dia tetap enjoy bila dapat bawa anak-anak aku tonton wayang bersama.

Kami menonton pagi Selasa lepas, yang sememangnya tidak ramai orang yang ada. Masa kami sampai ada 2 pasangan duduk sebaris dengan kami dan baris depan. Haih...ingat kenangan lama dulu rajin tengok wayang cerita kartun dengan dear untuk hilangkan stress.

Beli siap-siap air minuman 2 dan dua bekas aku letak siap 2 straw sebab tak nak bagi dua orang ni bergaduh pulak dan beli pop corn satu bekas tapi cuma Amar dengan akak aku je yang makan. Mujur kakak aku tolong jaga Amar kalau tidak kelam kabut juga.

Ashraf belum sampai 15 minit cerita bermula dia sudah mengantuk. Mungkin kerana suasana gelap dan sejuk  air cond buat dia lena sampai ke hujung cerita. Sempat untuk aku layan cerita The Croods ni. Menarik dan jadi rindu pada arwah bapa pula sebab mengisahkan seorang bapa yang terlalu mengambil berat/menjaga anak-anaknya sebaik mungkin tapi ditolak oleh anak perempuan dengan alasan cara bapanya agak kolot. Jalan cerita memang biasa tapi biasalahkan...kartun! mesti ketawa terbahak-bahak juga.

Kami orang terakhir keluar panggung, mana tidaknya Amar siap buka tali pinggang seluar bila nak jalan terlondeh pula. Terpaksa betulkan dahulu dan mujur juga staff yang ada sekadar melihat dan tidak menegur kami..haha... macam pertama kali masuk panggung pula. :p

Balik rumah petang tu aku bagitau dear kami pergi tengok wayang. Terkejut dear...hahahaha..mana tidaknya sebab selama ini kami belum pernah bercadang mahu bawa mereka tengok wayang. Dear kata kenapa tak tengok cerita bola kampung? eh...haah la kan...terlupa langsung bila dah nampak iklan The Croods ni. Nak ajak dear mungkin dear tak nak, nak aku bawa 2 orang sekali memang aku tak kuasa. Huhuhu..tunggu je la bila dear yang ajak kan


Mujur beli 1 tiket kanak-kanak sebab Ashraf sepanjang masa duduk diriba dan bila tidur lagi la...terpaksa di riba juga, mujur bawa selendang boleh buat selimut Ashraf.

Hehe....menarik juga ek, ingatkan mereka akan buat perangai tapi bila duduk diam dan boleh tidur memang senang kerja kami nanti kalau terasa nak menonton wayang. :p

 

Thursday, April 4

Mengaji Dan Mewarna

Assalam...

Lama pula menghilang, entry birthday Amar mujur sempat buat juga. Ashraf demam sudah 4 malam, syukur sekarang sudah kembali sihat. Kemudian sibuk dengan kedatangan mak di rumah baru abang. Bukan sibuk tapi lebih kepada menyibuk! :p

Jadi untuk minggu ni akan cuba menulis dengan lebih rajin lagi. Haha...

Amar tak pakai baju sebab cuaca petang yang panas.

Sampai terlepas crayon sebab mahu kejar kamera.

Sambil mewarna kami dengar ustaz Zambri mengajar.


Patah-patah dek kerana berebut.

Simpan dalam mangkuk senang nak cari.


Huhu..minggu ni rumah dah jadi macam tadika pula aku rasa. Nak tengok tv pun perlu berebut...hehehe Bukan sebab apa sekarang aku suka pasangkan vcd mengaji di tv sebab Amar dah pandai tekan di laptop, lagi pun kalau tengok di tv senang aku nak buat kerja. :p

 

Tuesday, April 2

Zina? Jauhkanlah Dari Kami

Assalam...

(Maaf sebab entry ni aku terpaksa luahkan rasa hati yang terbuku. Sudah seminggu lebih aku perhatikan mereka, gerak geri dan tingkah laku tak ubah seperti pasangan suami isteri)

Semakin hari semakin rasa kurang senang dengan jiran-jiran dekat rumah ni. Bukan apa kalau buat hal yang elok aku tak kisah sangat tapi kalau menggalakkan berlakunya zina memang aku menyampah sangat-sangat. Sekarang ni sampai rasa tak nak tengok muka dia tahu. Eh...ke aku ni terlampau emosi sangat ek?

Tapi ada aku kisah? nak emosi ke terpulang la kan, bila cerita pada dear, dear pun naik angin juga dengar. Ish....sesuka hati mahu mencemarkan kampung dear pula. Aduh...lagi dasyat pendapat dear ni.

Bukan apa....kalau dah sah suami isteri kami semua tak kisah tapi ini bertunang pun belum apatah lagi bernikah. Kalau aku kata abangnya bodoh sangat benarkan adiknya bawa teman lelaki masuk rumah dan tidur bersama pun pasti tak salah kan.

Lagi satu, kakak ipar pun kenapa tidak bersuara? bukan jenis tak bercampur dengan jiran lain, setiap petang duduk lepak-lepak berbual sama hingga ke maghrib. Tak tau ke ada mata-mata sedang perhatikan? Tak tahu ke hukum hakam islam semudah ini pun? Sudah lah dirumah ada anak kecil, jangan nanti perangai mak cik mereka ditiru pula.

Sekarang kami menunggu masa sebab dear, abang ipar dan juga jiran lain sudah mula rasa kurang senang...mana tidaknya anak saudaranya panggil teman lelakinya 'uncle'. Amboi...bukan main lagi kau ek! nanti kau...

Seronok ek, keluar masuk rumah tak ada yang tegur...tunggu tiba masanya nanti!