Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, March 31

Selamat Hari Lahir Amar ke 3

Assalam...


Tak sangka sudah masuk 3 tahun Amar hari ini….haih..pejam celik, tau-tau dah 3 tahun sekarang. Huhu..walaupun bermacam dugaan nak  membesarkan Amar tapi Alhamdulillah Allah permudahkan dan berikan  kami kesabaran.

Amar sudah tinggalkan lampin cuma untuk waktu  sedar, maksud aku bila tidur aku akan pakaikan tak kira tidur siang atau pun malam. Tak sanggup nak membersihkan cadar, dan masih awal lagi untuk ajarkan. Yang penting sekarang sudah jimat lebih banyak duit untuk beli  lampin.

Bercakap masih belum fasih, masih ada pelat lagi mesti sebab menghisap puting. Haih….1 hal ni yang aku tak tau kenapa susah sangat nak berhentikan dia menghisap puting. Dah buat macam-macam cara….tapi mungkin kami suami isteri tidak sanggup dengar tangisan dia kot. Hehe….

Sekarang Amar dan Ashraf hampir fasih bercakap, nampak mereka bersaing sesama sendiri pula. Ok lak tu kan….beza umur pun setahun jadi memang tak hairan la ye.

Masih menyusu seperti biasa, jenama dumex dan tak pasti lagi sama ada nak tukar bulan depan atau tidak. Tapi dear ada minta aku belikan susu pek kecil untuk Amar (3-6). Insyaallah kalau ok, apa salahnya tukar kan.

Perangai dengan adik memang memeningkan. Cuma ada masa Amar boleh diharapkan, untuk pujuk adik dan tolong adik buat itu ini. Hehe…ini rupanya bila ada anak 2 ni ye.

Paling menekankan pakaian Amar setiap 2 bulan mesti beli baru. Haih…badannya aku tengok tak naik sangat tapi nampak makin tinggi pula. Tu pasal perlu juga beli baju.

Biarpun  tiada sambutan meriah semperna hari lahir Amar mama dan ayah sentiasa doakan Amar menjadi anak yang soleh, bijak dan sentiasa menjaga kebajikan keluarga kelak. :)


Wednesday, March 27

WW - Ais Krim

Assalam...


Cuaca panas-panas sangat sedap makan ais krim kan....layan kan je la permintaan anak-anak ni. Untuk mamanya dapat ais krim perisa strawberi dan anak-anak dua-dua mahu perisa coklat. Nyum nyum!:p

Sunday, March 24

Tolong Menolong

Assalam...

Penatnya.....walaupun bukan aku yang pindah dan bukan juga aku yang tolong angkat almari besar tu....tapi penat juga sebab melayan kerenah anak-anak sambil membuat kerja. Huhu....semalam berkesempatan menolong abang aku berpindah ke Teluk Panglima Garang. Haih...itu yang letih semacam rasanya, dear tak dapat membantu sebab ada kerja luar pula. Mahu tak mahu aku dan kakak bawa anak-anak pergi menolong.






Walaupun tak banyak yang penting sambil menolong aku boleh tunjukkan jalan pada kakak aku. Akan datang kalau ada apa hal tak kira rumah abang aku atau rumah aku pasti akan di tuju. Paling seronok rumahnya agak dekat dengan rumah sewa aku sekarang. Syukur...Allah dekatkan kami jadi insyaallah hubungan adik beradik kami pastinya akan lebih erat.

Rumah baru lebih lapang, lebih selesa....sekurang-kurangnya berbaloi dengan harga dan juga penantian mereka. 2 tahun menanti rumah siap dan sekarang sudah pun berpindah walaupun belum ramai lagi jiran-jiran yang pindah masuk.

Insyaallah akan datang rumah abang akan jadi tempat berkumpul kami adik beradik...

   

Friday, March 22

Mesyuarat Tingkap

Assalam...


Hampir setiap hari aku melihat jiran dan juga kakak ipar duduk ramai-ramai berbual dirumah seorang  lagi jiran. Setiap kali mereka berkumpul setiap kali hati langsung tidak teringin mahu turut serta. Tak tau kenapa. Bingung juga bila aku tengok mereka boleh berkumpul setiap petang. 

Apa yang aku pasti aku mengikut jejak emak aku bukan jenis suka duduk kumpul dan berbual-bual kosong. Aku tahu bukan sekadar berbual kosong tapi sambil itu dapat tahu maklumat terkini yang dikongsikan bersama jiran-jiran. Maklumat yang berguna sangat aku alu-alukan tapi kalau sekadar hal jiran yang lain aku sendiri muak nak dengar.

Bukan nak kata aku ni baik sangat tapi dari pada aku duduk buang masa berbual atau pun dengar hal-hal orang lebih baik duduk rumah melayan kerenah anak-anak. Atau pun lebih bagus kalau dapat masak,kemas rumah atau pun lipat kain kan elok. Malam boleh berehat dan santai dengan anak-anak dan suami.

Sikap kita sesama manusia ni memang tidak sama jadi ada orang suka duduk berbual  dari masak dirumah. Ini yang tersangat aku tidak suka.  Pernah sekali anak jiran masuk dalam rumah ketika aku sedang menyuapkan makanan pada anak-anak. Dah nampak sedang makan jadi suap sekali mulut mereka. Malangnya mak mereka marah, terus anaknya di ajak balik. Haih….dah maknya duduk berbual memang lah anak-anaknya lapar. Hahahha…tak de la, kanak-kanak kan memang begitu. Ingat aku dulu masa kecil-kecil selalu selera makan bila dirumah orang, sangat beza makan di rumah sendiri.

Pada aku bukan ada kesan sangat pun kalau aku join atau tidak…yang penting bila berkumpul dapat mengeratkan hubungan kami dan dapat juga tahu hal semasa yang berlaku. Tapi masalahnya aku lagi suka duduk dalam rumah layan anak-anak ataupun menonton tv. Biarlah mereka selesa dengan cara mereka, aku dengan cara aku.

Hampir 2 tahun aku pindah ke sini cuma 2 kali je kot aku pergi join mereka tapi tak ada apa yang menarik aku rasa...sekadar bual-bual kosong.

Thursday, March 21

Balik Kampung 15-17/3/13

Assalam...

Alhamdulillah,syukur sangat-sangat sebab bulan ni berpeluang balik kampung lagi. Tapi bukan dengan dear, aku dan anak-anak balik kampung dengan kakak aku. Jadi mahu atau tidak aku akan menjadi pemandu. Mujur anak-anak pun selesa dengan mak ngah mereka. :p

Kami bertolak pagi jumaat, dear balik pagi Khamis dari Pahang dan insyaallah minggu depan akan ke sana semula jika di pilih bos. Hehe...tapi kata dear memang dear nak offer diri pergi sana. Haih....

Kami sampai kampung pukul  2 petang, sedang elok orang kampung baru mahu keluar dari Masjid selepas solat jumaat. Boleh di kira agak laju juga pemanduan aku. Maklum saja kereta agak kurang jadi perjalanan kami pun lancar sehingga ke kampung.

Sepanjang petang di kampung kami semua cuma berbual-bual dan berehat saja. Tambah lagi anak-anak semakin suka bila dapat berjumpa dengan sepupu mereka.

Pagi Sabtu kami pergi pasar tani dan ke Tesco Seri Iskandar untuk mencari sedikit barang dapur untuk mak. Anak-anak pun dapat habuan juga....mainan la apa lagi yang mereka mahu.

Balik kerumah letrik tiada jadi dari bosan kami keluar pergi rumah opah aku yang tak jauh dari rumah. Sesekali menghabiskan masa sambil berbual sangat seronok di tambah dengan keletah 2 orang budak ni.

Semua orang tegur tanda di dahi...kesian Ashraf

Add caption


Amar tolong tok man sapu sampah belakang rumah nenek.
Tok Man la yang menjadi peneman opah di rumah, sekurang-kurangnya bila ada kawan tidaklah takut sangat kalau ada apa-apa hal kan.

Ashraf yang teruja dapat main dengan pensil warna kak Damia
 Ahad kami masak lemang, rendang daging dan juga mee kari. Mak memang begini setiap kali kami balik kampung. Jadi mahu atau tidak ikut saja arahannya untuk menunggu semuanya masak dan boleh kami bawa bekal dan juga berikan pada kakak ipar dan juga mak mertua.

Kami bertolak setelah masuk waktu Zohor, takut hujan sebelah petang tapi terpaksa tunggu sebab kakak mahu keretanya dihantar cuci enjin dahulu. Haih.... Mahu atau tidak kami perlu juga redah hujan sepanjang perjalanan balik ke Shah Alam. Kami sampai rumah pukul 5 petang kemudian terus menuju rumah baru abang aku yang bakal pindah sepenuhnya minggu depan. Ha.....kelam kabut juga rumahnya sekarang, insyaallah minggu depan mahu ke sana menolong sedikit apa yang mampu.


Tengoklah Ashraf yang buat aksi comel ditambah dengan tanda jatuh motor mak lang. Haih...bukan motor yang bergerak tapi dah nak jadi terima sajalah kan. :)


 

Tuesday, March 19

Ramainya Orang

Assalam...

Isnin minggu  lepas aku hantarkan anak buah ambil BRIM di Bandar Botanik, Klang. Kami keluar rumah pukul 8.00 pagi, sampai sana hampir pukul 8.30 pagi. Huhu...sekali sampai tengok begitu ramai orang rupanya.


Ini tempat anak saudara aku ambil, close up sikit nama pejabatnya.


Nampak dah kan? huhu....semua dari kawasan banting, jenjarom dan sekitarnya datang ambil disini. Kalau ikut kes anak buah aku ni dia dapat surat lambat dari tarikh, lagi satu masalah tarikh ambil sudah lepas bila surat sampai.


Ramai sungguh yang datang, tak mengira bangsa semua kaum ada.


Kami yang kebosanan menunggu dalam kereta sebab duduk diluar pun panas.

Amar tunjukbakat mahu jadi mekanik.

Main syiling dengan Ashraf

Mengajar Ashraf mengira menggunakan syiling yang ada. Sekurang-kurangnya masa tidak terbuang begitu sahaja.
Menurut kata anak buah aku orang terlalu ramai jadi pekerja yang ada pun ada kala nada mereka meninggi. Tapi pada aku itu tugas mereka jadi perlukah kawal perasaan buat masa ni.

Monday, March 18

Menu Mudah Buat Anak-anak

Assalam...

Ha..dah lama tak tayang menu dirumah aku kan...hehe...bukan menarik sangat asalkan mampu kenyangkan perut kami semua cukup la kan. Ini menu hari rabu lepas, tak tahu nak masak apa jadi habiskan  baki makanan yang ada dalam peti sejuk lagi pun Jumaat nanti mahu balik kampung. Lebih baik habiskan stok makanan dari rosak begitu saja.

Ada daging lebhian buat kuah makaroni untuk anak-anak, ada kentang yang sudah hampir busuk dek kerana dijadikan bola oleh Ashraf. Tengok-tengok jadi terfikir mahu buat bergedil cuma tiada daun sup, tapi aku bukan suka sangat pun bau wangi daun sup tu. Haha...kesian kan.

Goreng kentang kemudian tumbuk campurkan bawang merah, garam, gula dan lada hitam. Kemudian gaul dan di bulat-bulatkan. Aku simpan sekejap dalam peti sejuk sejam dua.


Kemudian goreng dibalut dengan telur, nampak tak telur tu hampir sama besar dengan bergedil aku maksudnya bergedil ni sangat comel la. Bagus buat kecil-kecil untuk anak-anak.


Kemudian goreng dalam minyak panas sampai garing dan kemudian boleh makan.


Gambar selepas siap goreng tak ada sebab semuanya sudah di pegang anak-anak. Sekurang-kurangnya aku tak terasa penat sangat masak bila apa yang aku masak mereka habiskan.


 

Friday, March 15

Hiburan Anak-Anak

Assalam...

Bila sentiasa ada dirumah aku sentiasa pastikan anak-anak menonton rancangan tv yang ada unsure kebaikan berbanding dengan sekadar hiburan semata-mata. Yang pasti Upin ipin memang menjadi pilihan aku sejak masih belum ada anak lagi.

Apsal upin ipin ek? Entah lah, yang pasti setiap cerita/episode akan ada pengajaran yang berguna. Walaupun kita nampak biasa-biasa tapi bila ianya diajar secara santai memang sangat-sangat menarik hati. Contohnya bila guru mahu memberikan cabutan kepada anak murid untuk mendapat watak masing-masing. Cikgu tak beritahu itu kertas cabutan undi tapi hadiah….ha…lagi satu hadiah bila menang pertandingan Cuma dinding…mahu  buat apa? Sekadar cap tapak tangan dan kaki je. :) menarikkan.

Selain upin ipin, cerita pada zaman dahulu pun menarik juga kalau dibandingkan dengan  kartun spongebob tu. Haha…sekurang-kurangnya kancil yang bijak tu sentiasa memberikan idea bagaimana mahu mengalahkan orang lain yang lebih besar dan kuat hanya dengan akal/mindanya sahaja. Bijakkan…

Bukan bermakna aku langsung tak benarkan anak-anak menonton kartun lain. Sesekali aku benarkan la juga, seperti Baby toons, tom & jerry atau pun ultra man yang sememangnya sangat tidak logik tu.

Haha….nak buat macam  mana itu minat mereka, aku kecil-kecil dulu pun sibuk layan power rangers!
Setiap hari kini aku hidangkan mereka dengan cerita upin ipin, alif ba ta dan juga video mengaji. Semoga mereka menjadi anak-anak yang bijak kelak. Amin!



Mereka sedang menonton upin ipin, tak sampai beberapa  minit menonton Ashraf sudah pun tertidur.


Kasihan sangat, sejak dear pergi pahang sampai hari ni belum baik selsemanya.Harap-harap cepat sembuh, nanti nak balik kampung.
 

Thursday, March 14

Berusaha Atau Tidak

Assalam...

Belum pun cukup sebulan duduk rumah sudah ada jiran-jiran berikan spekulasi kurang enak pada aku. Bukan apa pada aku hak masing-masing sama ada mahu bekerja atau tidak dan bergantung juga pada perihal kewangan keluarga kami.

Memang sejak pindah sini aku masih bekerja di Klang kemudian setelah masuk 2 tahun pindah sini aku berhenti kerja dan tukar tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah. Tapi kata orang dah tiada rezeki lagi lebih baik aku berhenti je kan.

Kalau ikutkan hati memang tak mahu kerja lagi sebab anak-anak pun sudah selesa tinggal di rumah bawah jagaan aku. Ye la walaupun aku pernah juga bising-bising tapi yang pasti aku tetap berikan apa juga yang mereka minta jika aku mampu bagi. Kalau yang mahal-mahal harap maaf  la ye anak-anak mama tak akan beli, kalau nak juga tunggu kumpul duit raya sendiri selama 2 3 tahun atau lebih. :)

Sejak dari dulu sibuk dengar jiran yang sorang ni asyik kata suaminya pemalas, tak pandai cari duit hinggakan dia perlu keluar berniaga untuk menyara keluarga. Terdetik dalam hati aku kalau betul tak pandai cari duit kenapa suaminya pergi kerja pagi balik petang dan malam keluar selepas maghrib dan balik rumah selepas tengah malam? tak tahu pula kalau suaminya pergi berseronok pula.

Entah kenapa si isteri sibuk nak kutuk bila suami keluar bekerja ek, pada aku adat la tu...anak dah ramai jadi   hal kewangan pun mestilah lebih juga. Tapi tolong lah jangan sampai buat cerita yang tidak elok tentang suami sendiri. Baik buruk dia tetap suami, pilihan sendiri yang telah direstui keluarga.

Dengar kata sekarang suaminya kerja tempat lain jadi kenderaan syarikat akan di pulangkan. Sibuk pula si isteri minta suaminya mohon dari syarikat baru supaya berikan kenderaan syarikat seperti syarikat sebelumnya. Bukan tiada kereta tapi bila sudah ada anak ramai macam-macam masalah kewangan yang terjadi. Tapi agak lucu  juga, kerja apa ye suaminya hinggakan dapat kereta  dari syarikat? haih....

Bukan nak mengata, tapi ini hakikat yang bakal aku jadikan panduan untuk masa akan datang. Sekurang-kurangnya aku bersyukur ada LA walaupun sudah hampir usia remaja umurnya. Siapa yang tak mahu senang? jadi sekurang-kurangnya kesusahan orang lain menjadi  pedoman buat  kita.

Punca Berhenti

Assalam...


Kenapa aku berhenti kerja ek? Tak tahun nak kata mulanya keputusan ini tepat atau tidak tapi bila fikir aku sudah tiada hati lagi mahu kerja di sana kan…lebih baik aku berhenti saja. Dari pada kerja di sana menambahkan kesakitan di hati setiap hari.

Ini antara faktor yang buatkan aku mengukuhkan niat mahu tinggalkan syarikat tu.

Sikap pengurus.

Asalnya aku duduk di bahagian pemasaran yang sememangnya sudah mula menjadi minat aku dan selari dengan bidang yang aku belajar semasa di Politeknik dulu. Cuma setelah 6 bulan tiba-tiba bos besar minta aku ditukarkan untuk membuat kerja di tingkat atas yang lebih kepada sebagai kerani pentadbiran. Semua panggilan  masuk dan KELUAR aku akan jaga. Semua panggilan KELUAR adalah perlu  direkodkan tau. (ini  pengalaman pertama aku kerja yang tidak memberikan kelonggaran kepada staff untuk membuat panggilan).  Bukan setakat ini je banyak lagi kekurangan mereka yang aku nampak tapi tak boleh nak memberikan cadangan sebab nanti silap-silap ditendang keluar begitu sahaja. Ini dari pada apa yang aku dengar dari orang yang sudah kerja lebih dari 5 tahun di sana.

Setiap hari masuk pejabat sebelah  pagi masih elok tapi bila tiba petang hari  mood akan menyinga, pantang ada sesiapa yang buat salah  sedikit pun pasti akan menjadi mangsa.

CCTV

Ini pun merimaskan aku, sepanjang masa terikat dengan CCTV. Nak berbual sebentar pun tidak dibenarkan. Katanya datang kerja untuk buat kerja bukan  untuk berbual, jadi masa lenggang yang ada silalah buat kerja. Haih….pening juga melayan kerenah bos yang begini.

Bayangkan kalau turun  ke bawah cuma hantar barang atau dokumen kemudian terus naik atas. Memang sombong gila la kan namanya, sesekali apa salahnya berbual sekejap bukan lama sangat. Tau-tau je bos intercom minta naik atas buat kerja. Erk....

CCTV ni bukan setakat menjaga keselamatan je  tapi pekerja langsung tidak dibenarkan menggunakan internet  sesuka hati. Ha....ini yang bos tu sengaja pindahkan aku ke bahagian lain. Katanya tempat aku tiada kerja, lagi rugi.

Kekeluargaan.

Pada aku tiada masalah kalau bos mahu semua yang bekerja dibawahnya adalah bersaudara dengan dia. Cuma yang buat aku tak puas hati dengan sesuka hati dia akan pindahkan orang lain untuk kepentingan saudaranya tu.

Tambahan pula paling aku tidak suka bila hampir di semua bahagian ada orang  yang mempunyai hubungan saudara. Eih…tak selesa langsung!

Keagamaan.

Bukan masalah sangat cuma agak tidak berpuas hati sedikit sebab tiada kelonggaran untuk melaksanakan solat asar yang bukan mengambil masa yang lama. Bahkan ada yang kata orang sesama bangsa menjadi mata-mata bos besar. Erk….sangat-sangat tidak suka orang bersikap begini.

Gaji

Eh..keje sini 15 ke 20 tahun pun kan, gaji memang ciput…macam langsung  tak mendapat penghargaan je aku tengok. Sebab tu dia rela anak-anak, anak saudara kerja dengan  dia. Mengkayakan  sesama mereka sahaja.

Bukan berniat mahu memburukkan syarikat ini yang telah memberikan rezeki sepanjang 7/8 bulan disana cuma ini pandangan aku yang sangat-sangat tidak selesa berada di sana.

Jadi untuk kerja akan datang pengalaman kini sentiasa menjadi panduan aku. Hehe...


Wednesday, March 13

Wordless Wednesday - Merindui

Assalam...


Mood merindui dear yang sudah masuk hari ke 9 tiada disisi kami...semoga masa berlalu dengan pantas dan mempertemukan kami semula.

Monday, March 11

Salah Ke?

Assalam...

Sejak tidak bekerja ni segala urusan rumah teratur, mampu akusiapkan mengikut kesesuaian masa aku. Cumanya makin hari makin tidak berpeluang mahu  menaip sebarang kisah. Sesekali teringin nak minta dear belikan tab….tapi nanti kalau  ada berebutpula dengan anak-anak. Haih….

Malam sejak dear tak ada anak-anak tidur seawall pukul 9.00 malam. Aku pun akan join tidur  sama
sebabnya sepanjang siang hari aku tak tidur sibuk melayan mereka. Bukan tak nak bangun tapi bila fikirkan
tiada kerja lagi untukaku buat jadi lebih baik tidur.

Sekarang ada juga jiran-jiran yang sibuk Tanya kenapa tak kerja lagi….huhu…agaknya mereka pelik kot
tengok aku sentiasa ada dirumah lagipun aku bukan jenis nak berkumpul dan menyembang dirumah jiran
jiran. Rumah kakak ipar sendiri pun aku datang sekejap-sekejap je. Kalau anak-anak nak main aku biarkan
saja dan akuakan tunggu depan rumah sebab takut kalau-kalau ada kereta/motorsikal lalu.

Kata jiran rugi duduk rumah…sebab

Penat
Ada juga jiran yang kata lebih baik kerja dari duduk rumah sebab penatnya duduk rumah ni berganda
ganda.  Yang ini memang aku setuju tapi bukankah ada kebaikan pada anak-anak bila ibu/mamanya tidak
bekerja dan sepanjang hari melayani mereka. Pada aku bila kerja pun penat juga sebab balik rumah perlu
buat semua kerja. Jadi berganda kerja ada la kan.

Duit
Jiran yang sorang lagi pula kata duduk rumah tak ada duit. Yup! Memang tak ada pendapatan tetap setiap
bulan tapi sekurang-kurangnya bila tidak bekerja tak banyak duit yang mahu dibelanjankan. Ye la…minyak
kereta, makan minum, tol dan juga pakaian baru yang  boleh dikatakan akan dibeli hampir setiap bulan oleh
sesetengah orang.

Masa.
Memang duduk rumah masa banyak dihabiskan untuk melayan anak-anak tapi setakat ini aku masih
bersyukur jika aku sentiasa diberikan peluang untuk menjaga anak-anak. Dan sememangnya ini impian
semua ibu/mama kan? Hehe…

Lagi-lagi masa dear out station ni, sepanjang masa aku yang akan jaga anak-anak.Ada juga yang pelik
macam mana aku boleh jaga.....aih...apa susah kalau bosan aku keluar bawa anak pergi rumah nenek
mereka. Nak tidur rumah nenek macam malas sebab kalau kat rumah sendiri boleh buat/masak apa aku nak
jadi sekadar menjenguk sejam dua je la.

Bukan aku tak terlintas lagi mahu cari kerja tapi buat masa ni memang nak berehat panjang. Tambahan pula
anak-anak sudah pandai dan tahu kalau aku cakap aku nak pergi kerja mereka sudah sedih…lagi tak
sampai hati nak tinggalkan mereka. Tapi kalau ada tawaran yang lebih baik apa salahnya kan… :)


Mood merindui belahan hati saya...penat nak jawab soalan anak-anak 'ayah mana?' huhu 

 

Sunday, March 10

Bila Suami Tiada

Assalam...

Sudah genap seminggu dear tinggalkan kami dan kebetulan masa dear tiada anak saudara dear pula meninggal. Dear tak balik langsung sebab kata dear bos bagi balik cumanya nanti perlu pergi sana semula. Tambahan pula bila dear balik semua urusan jenazah pun sudah selesai jadi dear tolak kebenaran bosnya untuk dear balik.

Seminggu pergi sudah macam-macam soalan dari anak-anak. Insyaallah hujung minggu ni kami bertiga mahu balik perak. Yup...dear pun mungkin akan balik hari Ahad, jadi kami pulang ke sini hari yang sama. Kesempatan yang ada boleh menjenguk rumah kampung takut hal tempohari berulang lagi. Sekarang kami berlima beradik agak ketakutan juga dengan keselamatan mak.

Kenduri tahlil arwah Adam punsudah selamat dijalankan selama 3 malam berturut-turut, tapi sayang 1 malam pun aku tak dapat nak turut serta sebab jauh tambahan pula pergi sebelah malam selepas isyak. Tak mengapalah sebab sempat juga tolong MIL buat karipap untuk majlis malam ke 3.



Berbalik pada anak-anak menu mereka langsung tidak menyusahkan aku. Apa sahaja yang aku masak semuanya mereka makan sebab akujarang masak menggunakan cili lagi. Kecuali bila ada dear semuanya perlu lebih pedas kalau tidak tak sedap pada selera dear.

Paling ketara bila dear tiada dapur pun semakin jarang berasap...Sarapan pagi beli di kedai atau pun makan roti atau pun biskut. Tengahari kalau rajin masak juga tapi yang ringkas, kalau rasa malas pergi kedai makan beli. Malam aku jarang sangat nak makan sebab penat melayan anak-anak. Mereka pun tidur awal jadi bila tidurkan mereka aku pun tidur sama. :p

Ingatkan aku je yang begini rupanya bila berbual dengan kakak ipar mereka pun sama bilasuami kerja jauh. Ha....adat la kan, tugas memasak biasanya untuk memenuhi kehendak selera suami. Lagipun rata-rata anak masih kecil jadi memang boleh sediakan makanan yang mudah.

Biasanya menu aku dirumah sama ada mee/meehun sup, kuey tiew goreng, bubur nasi atau pun sandwich. Ringkas je kan, yang penting berkhasiat untuk anak-anak dan juga aku.

Sesekali rajin aku masak juga la ikut selera tapi sudah seminggu dear pergi belum pernah jejak kaki lagi pergi kedai beli ikan atau ayam. Ha...ketara sangat la ni kan.

Berharap minggu ke 2 ni anak-anak masih berkeadaan baik. Biasa la kan, ayah jauh mesti anak-anak sibuk tanya. Hehe...
 

Wednesday, March 6

Terasa Bila Kehilangan

Assalam...

Hari ini sangat menyedihkan, terasa kehilangan 2 orang dalam satu  hari. Allah lebih tahu perancangannya yang telah ditentukan untuk kita semua.




Hari ke  tiga ditinggalkan dear, terasa sangat rindu  kehilangan dear beberapa hari ni. Entah apa lagi  perasaan orang lain yang menjadi isteri pejuang negara yang meninggalkan keluarga untuk menjaga keselamatan negara. Semoga mereka yang terkorban ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Kehilangan ke dua yang sangat dirasai ialah kehilangan seorang anak saudara suami. Anak kakak ipar sebelah rumah aku sewa sekarang ni. Haih…dia anak kurang upaya dan sangat istimewa di mata kami semua. Pemergiannya petang tadi setelah masuk hari ke 2 diserang muntah cair bewarna hitam. Kalau ikut kata doctor  di hospital Columbia Asia Bukit Rimau muntah hitam  menunjukkan ada organ dalaman yang rosak tapi kalau untuk anak istimewa memang agak biasa. Cuma arwah pernah sekali muntah seperti ini kalau tak  silap tahun lepas.


Arwah Adam Azhari Bin Nor Azmi yang lahir pada 26/2/2003 di hospital klang. Dek kerana arwah lahir bermasalah MIL terus terasa takut kalau ada lagi anak-anak MIL yang bakal bersalin di sana. Sejak  dari itu memang semua kakak ipar bersalin di hospital swasta. Alhamdulillah proses bersalin aku dipermudahkan Allah.

Arwah belum lagi dikebumikan dan insyaAllah esok pagi kami akan pergi ikut MIL dan adik beradik lain. Dear tak dapat balik sebab kerja masih belum selesai.


 

Monday, March 4

Ditinggalkan

Assalam...

Haih...malam pertama kami bertiga tidur tanpa ayah disisi....dear pergi kerja luar pula jauhnya di raub, pahang sana. Oh...pagi ni baru pergi sedang elok aku dan anak-anak bersiap mahu keluar bawa kakak pergi bank selesaikan urusan kat ATM/debit.

Mahu atau tidak urusan rumah tangga aku pikul seorang untuk seminggu ni, sekarang tengah takut pun ada...takut sebab takut tak terlayan anak-anak nanti bila aku seorang je yang melayan. Biasanya bila malam dear sudah ada dirumah boleh lah aku rehat-rehat sekejap sebab dear bawa anak-anak pergi rumah nenek. Hehe...bukan lama pun kan, seminggu dua je pun...mengada-ngada pula rasanya nanti.

Malam ni tidur bertemankan kakak aku, esok dia cuti lagipun tadi urusan sudah selesai kami cadang nak tengok wayang tapi tak berkesempatan pula.

Ok la...mahu urut kaki yang kepenatan jadi pemandu tidak bertauliah sejak semalam. Mood sedih sebab kena urut kaki sendiri. :p

 

Cita-cita

Assalam...


Sejak kecil semua orang  bertanya pasal cita-cita kita kan…pastinya ada juga antara kita yang mampu mencapai cita-cita yang kita idamkan tu kan. Sayangnya setakat ini cita-cita aku masih belum tercapai lagi.

Masa Kecil

Masa aku kecil aku suka tengok mak potong kain, jahit baju orang dan dapat tengok riak wajah orang bila dapat baju yang ditempah mengikut kehendak mereka. Pernah juga aku curi perca kain untuk buat baju anak patung dan juga teddy bear. Bila main dengan kawan-kawan teddy bear aku je ada baju lain dari yang lain.
Teringat masa sekolah rendah, masa masuk kelas pertama kali dalam darjah satu pastinya cikgu akan bertanya mengenai cita-cita ni. Hehe…masa ni hampir satu kelas akan jawab mahu jadi cikgu, askar, ataupun jururawat.

Bila usia bertambah semakin bijak, ada yang jawab mahu jadi doctor, pensyarah, arkitek atau pun jurutera. Alhamdulillah ada juga antara kami yang Berjaya capai cita-cita tersebut.

Seorang kawan baik sangat berminat mahu menjadi seorang ustazah kerana terpikat dan minat dengan cara pengajaran seorang ustazah di sekolah kami. Menarik kan? Bermula dari sekolah rendah terus ke sekolah menengah berasaskan islam seterusnya matrikulasi dan yang terakhir menyambung pelajaran di UIA. 

Alhamdulillah sekarang menjalankan tugas sebagai seorang ustazah di sekolah di Perak. Maksudnya….bila dia ada impian dia meletakkan seluruh minat dan azamnya hingga berjaya. Ingat senang nak berjaya? Huhu….macam-macam dugaannya. Bukan setakat kawan yang ni je tapi mesti semua orang akan rasa kan perkara yang sama.

Masa remaja.

Bila mengajak usia dan masuk sekolah menengah lain pula impian masing-masing kalau dibandingkan dengan masa sekolah rendah. Haha….memang la kan, sebab masa ni semua sudah tahu apa lebih atau kurangnya sesuatu pekerjaan itu. Takkan sekadar mahu bercita-cita mahu jadi guru biasa, apa salahnya bercita-cita menjadi seorang guru besar pulak. :)

Masa remaja ni aku dengan jiran sebelah rumah yang sebaya kami  pernah menulis sebuah cerpin panjang. Wah.. teruja sangat masa tu, aku baca cerpin dia dan dia baca cerpin aku pula. Seronok sangat tapi cuma satu cerpin  tu je la yang aku tulis. Jiran aku tu aku tak pasti pula berapa banyak cerita yang dia karang.

Masa belajar di politeknik berjumpa dengan berbagai ragam rakan-rakan lagi. Ada yang belajar bukan sebab minat tapi terima dengan apa juga tawaran ketika itu. Haih….kalau ikutkan masa ni la kan kita perlu pilih arah haluan pelajaran kita kan.

Contohnya macam kelas aku kelas pemasaran, sekarang bukan semuanya yang meneruskan kerja dalam bidang pemasaran ni tapi sudah berpecah kepada pelbagai cabang kerja tak kira ada kaitan dengan pemasaran atau tidak. Ada yang jadi guru, tentera dan tak kurang juga suri rumah….aku la tu! Hahahaha

Ok, cita-cita aku masa kecil mahu jadi arkitek tapi bila dapat keputusan PMR yang subjek sains tak berapa baik terus terpaksa batalkan niat mahu masuk sekolah teknik. Walau pun selepas habis SPM masih minat lagi tapi tiada panduan langsung untuk aku rujuk masa tu. Bukan macam pelajar sekarang ni, boleh rujuk dari internet. Masa aku dulu internet ni macam agak terhad sangat. Bila sambung belajar baru kenal internet. Alhamdulillah sekurang-kurangnya tidak terlambat untuk aku kenal internet.

Kerja di syarikat pendawaian elektrik sangat menyeronokkan, selari dengan minat aku sebab masa tu aku perlu sentiasa melihat lukisan pelan rumah/bangunan. Selapas itu dapat berkenalan dengan kakak satu pejabat yang memang ambil bidang lukisan pelan. Sangat seronok melihatnya membuat lukisan pelan bila bos minta. Tapi bila diselidiki itu bukan bidang yang dia impikan. Haha….

Sekarang berminat nak meneruskan semula cita-cita masa kecil lagi pun mak jadi tukang jahit, opah pun tukang jahit termasuk juga arwah moyangku pun menjadi tukang jahit juga. Berkemungkinan minat ini sudah mengalir mengikut darah keturunan agaknya…sebab mak cik aku 2 orang menjadi tukang jahit cuma sepupu aku sahaja yang belum ada tunjukkan minat ni lagi.

Pendek kata bukan semua yang kita cita-cita/impikan menjadi kenyataan. Lagi pun tak semestinya cita-cita kita akan sesuai dengan kita nanti. Yang pasti kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan.



 

Saturday, March 2

Potty Train Amar

Assalam...

Sudah hampir 2 minggu aku amalkan potty train untuk Amar ni, syukur Amar berjaya masuk tandas dengan mudah sekali. Buat pertama kali mahu mengajar Amar dan masih belum ada pengalaman lagi aku cuba membuat perancangan persediaan sendiri. Ada baca dari internet tapi kata orang lain budak lain caranya.

Tersangat teruja juga bila Amar pandai lebih awal dari jangkaan kami suami isteri.

*Persediaan Minda*

Nak ajar potty train ni aku perlu siapkan minda yang paling penting. Kata orang jangan marah anak kalau terkencing merata-rata kan. Jadi aku persiapkan minda aku agar aku tak marah Amar bila terkencing. Alhamdulillah berjaya dan Amar cuma terkencing 2 3 kali sahaja semasa minggu pertama.

Hati juga perlu tenang dan sabar sebab hal-hal membersihkan lagi mana nak melayan adiknya lagi. Haih….memang menduga.

*Menyediakan Seluar Dalam*

Ada orang kata susah kan, tapi pada aku sangat-sangat senang…mana tidaknya kalau terbuang air besar tak perlu nak membasuh beria-ria pada satu tempat. Ajar pakai seluar dalam juga lebih senang sekurang-kurangnya akan datang dia sudah tahu tiada lagi diapers tapi tang ada hanyalah seluar dalam.

Seluar dalam untuk kanak-kanak sekarang sudah bermacam-macam corak jadi lagi senang mahu menarik perhatian mereka untuk pakai.

*Barangan Rumah*

Pada aku barangan rumah lebih kepada tilam tidur dia dan juga tempat bermain. Tilam tidur untuk ajar tidur siang tanpa diapers. Yang ni pun Amar berjaya dan cuma sekali terkencing semasa tidur.

Rumah aku tak guna permaidani jadi lagi senang nak bersihkan. Sekadar tikar biasa cuma perlu bersihkan dengan air je. Lain la kalau guna permaidani memang leceh sebab berat nak basuh dan jemur.

Mahu ajar Amar buang air besar pun tidak menjadi satu masalah besar.untuk beberapa kali aku ajarkan buang air besar di lantai sahaja tapi bila lihat dia sudah tahu aku ajarkan dia duduk di mangkuk tandas. Lagi pun mangkuk tandas tinggi bahaya pada Amar kalau terjatuh pula nanti. Mungkin perlu sediakan tangga untuk memudahkan dia panjat dan duduk di mangkuk tandas. Kalau tandas cangkung lagi senang kerja. :)

Pada sesiapa yang mahu ajar anak buang air ditandas kenal potensi anak dahulu. Macam Amar aku tahu dia suka bila aku minta dia mask bilik air. Sentiasa mengingatkan anak-anak bila mahu kencing perlua masuk tandas sebab bila mereka sudah ralit/leka bermain mereka akan lupa dan menyebabkan mereka terkencing. Ada yang kata mulakan dari 15 minit sekali kemudian setengah jam sekali dan seterusnya sejam sekali sehingga dia faham.

Setakat ini masih belum ajar Amar keluar rumah tanpa diapers sebab kami jarang-jarang sangat keluar jalan-jalan pergi pasaraya. Sekadar pergi kedai dan rumah nenek memang sudah berjaya. Lampin yang ada pun memang jimat, sebab dipakai waktu malam sahaja.  Ok ada siapa-siapa tahu macam mana nak ajar anak berhenti pakai diapers 100% tak? Hehhe…sebab anak-anak abang aku masih pakai bila tidur malam.


 

Friday, March 1

Hagemaru

Assalam...


Sejak duduk rumah terlayan pula kartun ni, ish...kalau ikutkan kakak ipar aku semuanya tak berapa suka dengan kartun ni. Mula-mula tak tahu juga kenapa tapi bila aku sendiri tonton memang buat menyampah pun ada..

Pada aku kartun ni tak berapa sesuai untuk kanak-kanak. Selalu memberikan pengajaran yang tidak baik. Kanak-kanak ni perlukan pelajaran yang lurus ( straight) bukannya berkias-kias macam kartun ni.

Contohnya.
Selalu bersikap kedekut tak kira dengan sesiapa pun.
Suka mengambil kesempatan.
Ibu bapa yang selalu sekelapa dengan perangai anak-anak.

Huih....boleh gila kalau hari-hari layan cerita ni :p