Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, February 27

Rutin Harian Bila Jadi Suri Rumah

Assalam...

Alhamdulillah pejam celik sudah lebih 2 minggu menjadi suri rumah. Memang masa tersangat terhad untuk diri sendiri bahkan nak catatkan sesuatu dalam blog pun akan ambil masa yang panjang. Ye la kalau masa bekerja dulu boleh draft banyak-banyak entry bila masa lapang. Sekarang ni ambil masa juga untuk menaip, muat naik gambar lagi dan nak edit-edit ejaan sebab lappy ada masalah sikit. Sabar je la kan.

Pagi
Seawal pukul 7.00 pagi mesti dah bangun...ini kalau ikutkan dah terlewat sangat tapi bila masa tak solat boleh la. Haha... mesti lah bangun seawal pukul 6.30 atau pun 6.45 pagi. Kalau tidak tak dapat nak siapkan sarapan dear walaupun dear jenis yang tak berapa nak sangat makan sarapan ni. Aku paksa juga dia makan, sebab kerja dia berat...kalau tak ada tenaga macam mana mahu buat kerja. :p

Dear pergi kerja pukul lagi 5 minit pukul 8.00 pagi sebab tempat kerja dekat sangat dengan rumah. Aku pula terus siap-siap mandikan anak-anak, jemur kain, lipat kain atau pun basuh pinggan mangkuk yang ada. Tapi sejak duduk rumah ni kain jarang nak berlonggok tunggu di basuh maupun di lipat.....bagusnya la kan.

Anak-anak biasanya akan tonton upin ipin tak kira dari lappy atau pun dari TV. Tiap-tiap hari pukul 8.30 pagi sudah ada Upin ipin di TV9. (ha....dah boleh hafal rancangan TV untuk anak-anak dan juga aku). Sambil melayan mereka aku keluarkan bahan untuk masak tengahari nanti. Dear sentiasa balik makan kalau tidak ada kerja luar.

Kalau malas nak masak sarapan aku keluar beli nasi lemak, kuih dengan anak-anak. :)

Mula memasak seawal jam 10.30 pagi atau pun 11.00 pagi. Awal kan, ye la pukul 12.00 tengahari dear sudah balik rumah makan. Yang penting masak nasi dahulu, lauk tu kemudian baru masak. Biasanya dear yang akan belikan lauk setiap 2 atau 3 hari sekali. Senang kalau dear yang pergi sebab kalau aku yang pergi leceh sebab nak usung 2 orang ni pergi sama.

Tengahari
Biasanya lepas dear balik makan tengahari aku akan mandikan lagi anak-anak kemudian akan tidurkan mereka. Syukur Amar pun sudah pandai tidur siang tanpa diapers lagi. Setakat ni sudah seminggu aku ajar cuma sekali dia terkencing semasa tidur siang.

Bila anak-anak sudah tidur aku akan buat kerja aku pula. Solat dan kemaskan dapur atau pun tonton TV/online. Masa ni je la boleh nak online sebab kalau  mereka nampak aku buka lappy mesti sibuk minta bajak atau upin ipin. Haih...

Petang
Jarang-jarang sangat nak bawa mereka keluar, jadi pergi jalan-jalan rumah kakak ipar je senang. Tak pun main depan rumah dengan anak-anak jiran. Sesekali kalau rajin aku bawa mereka pergi main di taman. Balik rumah mesti kepenatan bermain... hahhahah.

Sesekali keluar juga beli pisang goreng dan keropok lekor. Huhu....mujur boleh pandu kereta kalau tidak memang mati kutu hari-hari fikir nak masak apa.

Malam
Biasanya dear balik sebelum maghrib, jadi selepas maghrib kami bersiap-siap untuk makan malam. Kami memang sentiasa makan awal sejak ada anak ni. Sudah terbiasa pula. Lagi pun lepas makan boleh rehat-rehat tonton tv, main atau pun melayan kerenah anak-anak. Pukul 9.00 atau 9.30 malam kami sudah masuk tidur kalau tiada aktiviti.

Anak-anak tidur terkadang kami suami isteri pun tertidur sama. Sebelum tidurkan anak-anak aku hidupkan mesin untuk basuk uniform kerja dear. Jadi  kalau tertidur pun tak rugi sebab kain dah siap di basuh. Kadang-kadang kami bangun tonton tv lagi tak pun kami suami isteri bual-bual kosong...ini la masa nak bercerita perkembangan anak-anak selepas seharian melayan mereka.

Mesti ada orang kata bosan duduk rumah jaga anak, tapi setakat ini aku tak menyesal dengan keputusan yang sudah aku ambil. Lebih baik melayan kerenah anak-anak di rumah dari melayan peel bos yang menggila setiap hari.

 

Tuesday, February 26

Perihal Jiran

Assalam...

Tengahari tadi hujan, masa nak solat terpandang kain yang masih tersidai di ampaian jiran sebelah rumah. Haih....hujan sudah lebat, akak ipar nak tolong angkat kakinya sedang sakit. Mau atau tak tengok sajalah kain yang sudah pun basah disiram hujan.

Ini akibatnya kalau tidak bermesra dengan jiran. Kalau aku tahu dia keluar aku tolong ambilkan juga kainnya tu tapi kata akak ipar mereka keluar masa tu cuaca pun memang dah mendung. Kalau ikut kata akal aku kenapa tidak ambil kain kemudianbaru keluar....haih...atau pun mungkin mereka mahu keluar sebentar je kot.

Sekurang-kurangnya sejak aku duduk rumah ni  memang kami langsung tidak bertegur sapa, jangan kata tegur sapa...nak senyum kalau terserempak bila menjemur kain pun tidak. Aku pernah juga  2 3 kali senyum-senyum tapi bila dah tiada balasan yang baik lebih baik aku buat tak tau. Kalau jiran-jiran yang lain semua ok, senyum je bukannya nak berlari sampai keluarkan peluh pun susah ke? adat la tu kan...manusia ni mana ada yang sama hatinya.

Bukan tak pernah nak tolong kejutkan jiran ambil kain bila hujan, pernah juga aku ambilkan kain mereka bila mereka keluar. Terpulang sama ada aku bawa masuk rumah atau pun letakkan ditempat yang tidak terkena hujan. Mudah bila mereka balik nanti. Senang hati tak perlu risau baju basah di rumah.

Lagipun mereka ni dengar kata memang jenis yang tak banyak cakap.Eh...tak  kan dengan jiran dekat rumah pun tak cakap? tapi ini hakikatnya....pelik/terkejut mula-mula sebab tak sangka terjumpa dengan orang yang perangainya begini. Bukan setakat suami tapi dengan isterinya sekali.

Jauh terlintas dalam hati nak mengata mereka, tapi kasihan dengan mereka. Hampir semua orang tidak sukakan perangai mereka.

Paling ketara bila sampah di tempat letak kereta dibuang begitu saja. Kawasan tempat letak kereta sebelah kanan kereta abang ipar dan aku sebelah kiri. Hampir setiap minggu pasti ada sampah tak kira tisu atau pun kertas suratkhabar lama. Kalau aku rajin aku tolong lah bersihkan/kutipkan tapi bukan selalu...kalau dah nampak semak sangat dimata aku ni.



Kesimpulannya la kan, kalau berjiran silalah rajin-rajinkan senyum sesama kita. Bukan susah sangat kan. Sekurang-kurannya kalau tak mahu bertegur sapa, cukup lah sekadar senyum je. :)


 

Sunday, February 24

Pecah Masuk Sekali Lagi

Assalam...

Ha....tak tahu kenapa berlaku sekali lagi dan yang paling menyedihkan kali ini habuan yang mereka dapat agak lumayan juga. Haih....penat bekerja siang malam mencari rezeki mereka dengan mudah terus ambil.

Yup...masa dapat panggilan dari mak tengahari Ahad lepas rasa macam nak tunggu sekejap lagi akan aku call semula sebab aku sibuk nak masak dan kejar masa nak keluar dengan  kakak ipar dan anak buah. Tapi entah kenapa berat hati terus buat call tu. Terkejut sangat bila mak  kata ada berita baik yang mak nak bagitau. Rupanya rumah mak dipecah masuk sekali lagi. Syukur semua yang ada di rumah malam itu selamat dan tidak diapa-apakan.

Kebetulan malam tu abang dari Bukit Beruntung balik kampung sebab mahu pergi majlis jemputan kahwin kenalan mereka di Lahat. Mereka sampai hampir tengah malam dan kejadian dijangka berlaku lingkungan pukul 1.00 pagi hingga pukul 4 pagi. Syukur tiada siapa diganggu cuma kehilangan duit sahaja.

Abang perasa bila mereka sudah mahu bergerak ke rumah pengantin. Kononnya mahu masukkan duit untuk hadiah pada pengantin nanti. Haih.....terkejut sangat mak bila dapat tahu ada duit yang hilang. Mujur HP masing-masing bawa tidur sama kalau tidak memang hilang sama.

Bila pusing-pusing satu rumah mak dapat jumpa pintu utama atas tidak berkunci seperti biasa. Aduhai.....disini mereka masuk pula. Maksudnya masuk kali pertama beberapa bulan lepas mereka sempat mencari beberapa jalan masuk lagi rupanya.

Sangat licik kan, tapi itu cara mereka mencari rezeki. Dengan cara yang sangat-sangat dibenci orang ramai. Mereka tu aku tak tau siapa....berkemungkinan besar orang kampung aku juga.

Kebanyakan jiran yang dipecah masuk rumah adalah mereka yang keseorangan macam mak aku, atau tiada lelaki dirumah ketika itu. Rumah yang ada suami/lelaki mereka tidak jejak masuk. Yes...sebelum ni masa arwah ada memang tidak pernah lagi mengalami pecah masuk ni.

Sekarang tidur malam mak sangat membimbangkan...kami di sini jauh, hanya mampu berdoa agar mak sentiasa selamat di lindungiNya. InsyaAllah kami adik beradik merancang yang terbaik buat keselamatan mak.
 

Friday, February 22

Potty Train - Hari ke 3 & 4

Assalam...

Semakin hari semakin banyak perubahannya. Manatidaknya lebih cepat Amar pandai dari tempoh yang kami jangkakan. Alhamdulillah...untu hari ke 3 dia terbuang air kecil sekali je...dan untuk hari ke 4 tiada lagi terbuang dan mahu buang air besar pun pandai bagitau nak berak.

Aku target mungkin akan ambil masa seminggu dua untuk dia membiasakan diri buang air kecil dan besar dalam bilik air tapi tahu-tahu lebih awal dari jangkaan.

Rasanya mungkin sebab dia suka main air, ha.....bila rasa nak terkencing aku terus ajak dia lari masuk bilik air main air. Hehe...maunya tak seronok! Lagi satu mungkin selesa bila pakai seluar kecil dari diapers. Petang semalam tidur aku pakaikan diaper masih bersih, tak kencing....mungkin selepas ini aku mahu latih  tidur siang tanpa diapers pula.



 

Gelegat Mereka.

Assalam...

Boleh dikatakan sepanjang hari semalam hujan turun mencurah-curah. Tak lebat sangat cuma renyai-renyai dari pagi sampai ke malam. Kain yang dibasuh pun tak kering langsung. Hari ini nak tak nak perlu la jemur lagi. Mujur tak kerja boleh la kerjakan kain-kain ni semua.

Petang terasa lapar lagi walau pun dah  makan nasi tengaharinya. Makan tengahari pukul 12.00 pukul 3 petang tentu dah terasa lapar semula. Tengok apa yang ada dalam peti sejuk....jadi ini saja hasilnya, masak jemput-jemput cendawan. Senang cerita, bancuhan tanpa cili biar anak-anak boleh makan sama.


Sementara siapkan bahan anak-anak aku biarkan mereka makan kuey tiew goreng paginya. Eh....syukur Amar nak suapkan Ashraf makan sama. Terasa sangat comel gelagat mereka berdua ni.


Harap-harap Amar sentiasa menjadi pelindung buat adiknya kelak. :)

 

Wednesday, February 20

Aktiviti Anak-Anak

Assalam...

Syukur sejak menjadi surirumah sepenuh masa ini aku dapat meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Hehe...ye la, amar boleh dilatih tidak lagi memakai diapers, Ashraf pula dilayan lebih sempurna lagi.

Minggu lepas pergi Giant Bukit Kemuning kami belikan buka warna dan krayon untuk mereka mewarna. Seronok bila dapat lihat hasil tangan kecil mereka.



Ashraf dapat beg pooh Amar pula beg angry birds.


Sekurang-kurangnya bila mereka ada aktiviti mereka sendiri tidaklah terasa bosan sangat. Sambil-sambil mengajar mereka aku pun boleh berehat sama.

Ashraf sedang membelek buku. 
Walaupun terbalik asalkan dia ada minat dengan buku.
Sekarang dirumah Amar dan Ashraf tidur sekali sehari selama hampir 3 jam. Ashraf sudah 3 hari tidak tidur dalam buaian tapi sebelum tidur hisap susu badan. Tak pasti nanti dengan mak lang mahu tidur atas buai atau tilam. Sedang berkira-kira mahu buka buai dan simpan dalam plastik boleh digunakan adik-adik yang akan datang.

Seronok juga duduk rumah, boleh bergolek-golek dengan anak-anak...:p
 

Tuesday, February 19

Kemalangan

Assalam...

Tiba-tiba teringat pula, ye la sekarang setiap hari ada macam-macam kes kemalangan membabitkan kereta, motorsikal, lori mau pun orang yang berjalan kaki. Cuak juga sebab sangat takut kalau membayangkan bila diri terlibat dengan kemalangan. Tapi kalau sudah ditentukan kita mahu atau tidak tak mampu melawan takdir.

Ini pengalaman tidak seberapa dari aku setahun lebih yang lalu. Bulan April 2011 masa ni aku di kira tengah sarat mengandungkan Ashraf. Ouh...memang diduga sangat-sangat dan mujur kami semua tidak cedera hanya kereta abang aku sahaja yang kemek.

Aku, kakak dan abang balik kampung untuk menyelesaikan urusan pembahagian tanah arwah bapa aku yang tak seberapa banyak tu. Mak lah orang yang meminta kami supaya menyelesaikan segala masalah berkaitan harta pusaka arwah ni. Syukur sekarang semuanya sudah selesai cuma ada 1 bahagian belum di selesaikan dengan rasminya lagi. Kami 5 beradik bukan tamak tapi kata mak ini sahaja harta yang ada jadi gunakanlah dengan sebaiknya. Pada aku harta yang di tinggalkan arwah memang tidak banyak tapi kenangan memang tersangat banyak termasuk juga harta ilmu pengetahuan yang aku miliki. Haih....rindu pada arwah pula.

Selesai urusan sebelah pagi, kami bertiga terus balik Klang selepas Asar. Kata orang perjalanan petang atau senja ni agak bahaya tapi kalau nak jadi memang jadi juga kan. Kami balik juga petang tu sebab esok hari Jumaat mahu bekerja. Lastnya aku ambil cuti sakit sebab memang menyakitkan kesan dari pelanggaran tu.

Ok, aku langsung tak ingat dimana tempat kejadian ini berlaku. Langsung sampai sekarang lalu 10 ke 20 kali aku masih belum ingat lagi tempatnya. Yang pasti selepas tol keluar ke Bukit Beruntung mahu menghala ke Rawang di PLUS Highway.

Kami tiba di sini ketika hampir pukul 6.30 petang dan tinggal kurang sejam lagi untuk sampai rumah aku. Abang aku mahu hantar aku terus ke rumah kemudian hantar kakak aku pula di Puchong dan abang balik rumah dia di Seri Kembangan. Kiranya mereka sehaluan tapi aku tersasar sedikit tapi janji abang aku dengan dear mahu hantar balik jadi tetap dia akan hantar balik kan. Mana tahu pula jadi hal lain pula.

Cuaca petang tu hujan agak lebat, kami tiba di tempat kejadian hujan sudah reda dan ada sedikit renyai-renyai. Ouh....aku duduk di kerusi belakang sebelah penumpang. Sebelah belakang pemandu ada beg baju aku dan akak aku. Aku baru je terjaga dari tidur masa tu, angkat kepala tengok kenapa lori treller tu masuk lorong tengah ek sebab masa tu abang aku tengah drive di lorong paling kanan. Lori dari lorong paling tepi (kiri terus ke tengah dan ke kanan.) ish....belum sempat nak kata apa, tiba-tiba nampak kepala lori di sebelah. Dengar abang aku melaung Allahuakar

Kejutan sangat masa tu, yup aku mengaku memang aku tak pakai tali pinggang keledar masa tu. Jadi masa selepas di langgar kereta abang aku berpusing juga atas jalan raya. Aku tak pasti berapa kali tapi kalau ikutkan kata saksi mungkin sekali. Syukur abang aku mampu mengawal kereta dengan baik dari pada melanggar tiang jambatan di tengah-tengah jalan atau ke arah bawah jambatan yang mana ada ramai orang berkumpul berteduh dari hujan. Saksi yang ada tu kebetulan orang tempat kami, orang kawasan Perak Tengah juga jadi senang nak berbahasa.

Abang keluarkan kakak aku dan kemudian cuba keluarkan aku pula tapi pintu sebelah aku memang tak boleh buka. Jadi terpaksa keluar ikut pintu sebelah kanan. Hehe....kene alihkan barang dahulu baru aku dapat keluar. Terkejut sangat masa ni, tangan pun terketar-ketar. Tau je la masa tu baru je sms dengan dear bagitau lebih kurang sejam kami akan sampai rumah. Dear dah pun ada di rumah dengan Amar masa tu.

Kemalangan ini melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori barangan lebih 5 tan kalau tak silap aku. Selepas kejadian jalan jem tapi tak lama sebab peronda lebuh raya datang dengan pantas untuk mengelakkan jem. Masa ni aku dan kakak duduk di bawah jambatan berbual-bual dengan saksi. Huhu....terkejut mereka bila tengok aku yang tengah bawa perut tu  terlibat sama. Erk...nak buat macam mana kan, terima je la.



Lori hijau ni punca utama kemalangan kami

Pintu belakang memang 100% langsung tak boleh buka, kebetulan aku duduk di situ masa tu.

Lori barang warna putih tu kenderaan ke 3 yang terlibat sama.

Malang kami bila abang tak bawa kamera jadi gambar yang di ambil guna kamera HP nokia aku je. Aih...jadi gambar kurang jelas berbanding dengan gambar dari kamera. Peronda lebuh raya ada ambil gambar juga tapi tak pasti boleh minta ke gambar dari mereka tu ya?

Polis datang dan kes bersambung ke balai polis. kejadian bermula pukul 6.30 petang, bawa ke waktu maghrib dan masuk hampir ke isyak baru selesai. Dari tempat kejadian mahu ke Balai Polis pun terasa sangat jauh. Kereta abang aku tak boleh naik ramai sebab tayar belakang bergesel dengan bumper. Jadi kami minta tolong abang aku yang tinggal di Bukit Beruntung bawa aku dan kakak ke Balai Polis Rawang.

Di sana masa menunggu memang lama, kalau tahu yang akan di soal siasat cuma abang aku sahaja dah lama aku minta dear ambil aku dan kakak bawa balik rumah. Tapi dek kerana tidak tahu apa-apa prosedur jadi kami menunggu sehingga selesai. Kereta abang akan di baiki di bengkel terletak di Rawang dan akan claim insurance kemudian. Kami semua di hantar oleh abang aku yang sulung terus ke rumah abang aku di Seri Kembangan. Hampir pukul 12.00 malam kami tiba di rumah abang aku dan abang sulung aku terus balik Bukit Beruntung sebab esok mahu kerja.

Mahu atau tidak aku perlu ambil cuti sakit hari Jumaat. Pagi-pagi Jumaat dear datang ambil, Amar dear tinggalkan dengan MIL dan kami terus ke klinik sebab semua orang risau. Bahkan MIL pun risau juga bila tahu aku kemalangan. Eh....kami berempat tak bagitau mak di kampung, walaupun masa mak call masa kami tersadai tepi jalan dan juga balai polis kami tetap tak bagitahu mak. Kami tak nak mak terkejut dan terus-terus risaukan kami bertiga. Yang pasti semua adik beradik tahu hal ini termasuk abang di kampung, abang yang cadangkan supaya tidak bagitau mak takut mak terlebih risau pula. Setelah seminggu baru abang di kampung bagitau mak dan mak call kami bertiga untuk dapatkan kisah sebenar. Aku bagitau kat mak kami tak nak mak risau, sekurang-kurangnya selepas seminggu baru mak tahu dan kes sudah pun selesai. Kereta sudah masuk bengkel dan kandungan aku pun selamat.

Dari Seri Kembangan terus ke klinik berdekatan rumah, dapat cuti sakit dan beritahu office. Semua terkejut di sana tapi mujur bukan bos yang terkejut...hehe... Dear ajak pergi klinik Barakah tapi aku rasa tak perlu sebab masa tu appoiment seminggu sekali. Jadi aku tunggu hari Rabu minggu depan dan hasilnya syukur semuanya selamat cuma kejutan sahaja.

MIL orang yang paling risau, bila aku sampai terus tanya itu ini...hehe...sama la kan perangai mak-mak ni tak kira anak mau pun menantu walau pun ada masa aku ni menantu hantu juga. :p MIL minta dear jumpa seorang atok ni agar aku tak terkejut. Atok tu doakan air masak yang dear bawa dan aku perlu minum je. Ini bukan keperluan sangat tapi MIL yang minta jadi dear turutkan juga. Takut apa-apa berlaku pada kandungan kata MIL. Fine!

Kesan kemalangan tu memang teruk pada kereta abang aku. Haha...sebulan juga tiada kenderaan pergi kerja, terpaksa ulang alik naik motorsikal. Kereta lagi satu memang kegunaan akak ipar aku ulang alik pergi sekolah.


 

Monday, February 18

Potty Train - Hari Ke 2

Assalam...

Alhamdulillah hari ini hari ke 2 melatih  Amar ke bilik air dan tidak memakaikan lagi diapers. Sebelah pagi terbuang sekali dan selepas itu dia makin teruja sebab aku pakaikan dia 'seluar kecil'. Syukur...Allah permudahkan walau pun baru hari ke 2.

Sebelah petang pula boleh dikatakan berjaya cuma selepas mandi petang sebelum Maghrib Amar terbuang air besar. Haih....mungkin belum biasa lagi, lagi pun masa tu aku tengah sibuk sediakan makan malam. Langsung tak perasan sama ada Amar ada cangkung atau tidak. Mujur ada seluar kecil jadi tidaklah bertabur merata-rata dan perlu mengambil masa untuk membersihkan. :p

Lepas Maghrib dan makan malam dear bawa Amar dan Ashraf ke rumah nenek dan masih tidak dipakaikan diapers. Berjaya masuk tandas buang air kecil!.....good try Amar, mama seronok sekurang-kurangnya bila mama tak kerja ada sesuatu yang membanggakan berlaku. :)

(p/s: dulu 1 hari 3-4 diapers akan kami guna, tapi untuk 2 hari ni kami cuma guna 2 sahaja. 1 untuk tidur siang dan 1 lagi untuk tidur malam. Sekurang-kurangnya jimat sikit belanja untuk beli diapers Amar kan.)

 

Harta Tidak Ternilai

Assalam...

Ini harta yang tidak ternilai pada saya.
Ini harta yang tersangat-sangat saya nantikan dahulu.
Ini harta yang cukup membahagiakan hidup saya.
Ini harta yang sangat memberikan semangat buat saya.
Ini harta yang yang menberiakan hari-hari saya.
Ini harta yang sentiasa memberikan ilmu baru buat saya.




Merekalah harta tidak ternilai buat saya. Kehadiran mereka sangat-sangat memberikan 1001 kegembiraan. :)

 

Sunday, February 17

Potty Train - Hari Pertama

Assalam...

Fuh....berpeluh-peluh juga ek nak mulakan Amar meninggalkan diapers. Sejak dari bulan lepas  dah rancang nak ajar Amar tinggalkan diapers ye la....makin lama makin besar saiznya. Sekarang sudah guna saiz XXL jadi dah sesuai sangat la untuk aku ajar dia. Dear setuju je, dan paling best kami dah sedikan hampir 10 helai 'seluar kecik' untuk dia. hahahahaha....

Palang yang ada pun dear sudah buka, lagipun Ashraf sudah pandai panjat lagi bahaya. Memang niat kami nak buka palang bila Ashraf sudah pandai panjat. Tau-tau balik rumah petang tu dear dah buka....yahoooo...suka lah anak-anak. Senang nak bawa Amar pergi masuk tandas kalau nak buang air.

Cacatan ini cuma untuk kenangan akan datang, hehehehe... ok untuk hari pertama aku cuba selama 2 jam je. Itupun 2 kali ter'buang' luar tandas. Haih...ini baru hari pertama kan.. perjalanan masih panjang. :)

Esok mahu ajar lagi, biarlah Amar mahu buang dimana-mana pun asalkan ada hasilnya nanti. Huhu....tengah menyediakan diri juga ni nak mengemas, membersihkan tempat yang bakal di tuju Amar nanti.

Semoga Allah berikan kemudahan pada kami.

 

Friday, February 15

Hari Terakhir Saya Di Sini...

Assalam...

Hari terakhir bekerja disini...Haih...memang rasa sedih juga sebab tiada lagi punca pendapatan bulanan untuk aku. Perlu mencari tempat makan gaji yang lebih baik dan sempurna dari sini. Bukan disini tidak bagus cuma aku tak suka dengan cara pengurusannya sahaja. Kerja pada aku semua sama tapi bos dan sikapnya sentiasa berbeza. Lupakan sebab sekarang sudah jadi sejarah pada aku.

Tengahari kami semua makan bersama sampaikan kami masuk office lewat 1/2 jam. Masing-masing masuk buat tak tahu je...hahaha...pengurus akaun pun tak pula bising-bising, mungkin mereka tahu kami keluar makan beramai-ramai agaknya. Kami makan di Restoran Mohd Chan, Kota Kemuning. Hmmmmm makanan biasa-biasa je la dan orang yang datang makan masa tu kebetulan ramai la pula.




Yang melayu tu kak Jasmine dan yang india ni akak Prema. Dua-dua keje jaga bahagian servis. Semua komplen mereka berdua akan ambil alih. huhu....

(Korang nampak ke nama company tempat aku kerja ek? hahahaha)


Ini maid aka tukang cuci office....orang filipina. Dia orang paling sedih bila tahu aku nak berhenti. Haih....sabar je la kan. Dia pun tahu situasi aku di sini macam mana.

Semoga hubungan kami terjalin erat walaupun aku tidak lagi bekerja di sana. :)

 

Thursday, February 14

Balik Kampung - 7-11/2/13

Assalam...

Alhamdulillah sudah hampir seminggu berlalu aku pulang ke kampung. Huhu....tersangat sesak masa untuk mencatat sebarang coretan.

Aku balik dengan kakak dan anak-anak, dear tak balik sebab ada kerja perlu dibuat. Kami bertolak pagi Khamis pukul 10.00 pagi. Sampai kampung pukul 3.00 petang sebab kami singgah beli barang di Giant Teluk Intan.

Aktiviti di kampung yang wajib mestilah makan, makan dan makan....heheheheh nasib la kan bila dapat mak yang rajin masak-masak bila anak-anak balik. :p

Ashraf bermain dengan sepupu





Kuih tungku, senang je buatnya...hhahaha..

Amar yang sentiasa berselera makan



Dodol durian....nyum nyum

Jalan-jalan temankan mak dan abang serta kakak ipar beli langsir untuk rumah baru.

Palinh best, mak buatkan lemang!
Ha...ini la aktiviti kami, baru 4 keluarga yang ada macam-macam menu yang mak siapkan. Ehm....mahu tak mahu makan saja lah kan.

Kami balik Shah Alam hari Isnin sebab kakak nak kerja hari Selasa. Syukur perjalanan balik dan pulang kami berjalan dengan lancar, tiada jem yang melampau kami alami.

(p/s: tak kuasa nak taip panjang-panjang bila di rumah ni, kejap-kejap tengok anak-anak idea nak tulis pun hilang :) )


 

Friday, February 8

Perlu Merancang Ke Tidak?

Assalam...


Merancang apa ni? Haaa....merancang keluarga la. Huhu....aku kan dah punya 2 anak lelaki sekarang ni. Itu pun orang lain sibuk tanya bila mahu tambah lagi, mana tahu dapat anak perempuan ke lepas ni. Aih...penat tau nak jawab bila hampir semua orang akan tanya.

Yup orang ni tak pernah putus-putus nak bertanya itu ini kan, sejak dari kecil dulu sampai sekarang.

Soalan yang biasa aku perlu jawab masa kecil

Sekolah dapat nombor berapa? duduk kelas mana? Baju cantik beli di mana?

Soalan yang biasa aku perlu jawab masa remaja.

Nanti nak sambung belajar mana? Dah ada pakwe ke belum? Apsal badan berisi macam ni?

Soalan yang biasa aku perlu jawab masa nak kahwin

Dah sedia ke nak jadi isteri orang? Dah belajar masak ke belum ni?

Soalan yang biasa aku jawab bila sudah bernikah/kahwin

Dah ada isi ke belum? (ini soalan yang paling top sekali sampaikan memang aku akan sentap bila ada 10 orang bertanya tau. Eh...aku sentap tapi cuma tunjuk pada dear, orang lain langsung tak tau kecuali mak dan kakak aku je. Maunya tak sentap, setiap kali raya orang akan tanya)

Soalan yang biasa aku jawab bila sudah melahirkan Amar.

Lepas ni nak tambah lagi ke? Bila nak tambah seorang lagi? (ada ke patut masa dalam pantang di tanya soalan gila ni....apa la yang mereka ni nak sebenarnya kan)

Soalan yang biasa aku jawab bila sudah mengandungkan Ashraf

Mengandung lagi ke? Apsal rapat sangat? (Erk...pun tak kena juga ek)

Soalan yang biasa aku jawab bila sudah melahirkan Ashraf dan sehingga sekarang.

Bila mahu tambah lagi?

ok....banyak kan soalan orang akan ajukan pada kita. Hampir sepanjang hayat pasti ada yang mahu tahu apa rancangan kita.

Sebelum kahwin aku dan dear langsung tak pernah merancang untuk ada anak dalam jangka masa cepat atau lambat. Kami serahkan pada takdir, lagi pun kedua-dua belah kami ada sejarah keluarga yang tidak ada anak langsung. Kalau ikut adik beradik kami memang tiada tapi mak cik dan pak cik ada sejarah tu.
Tahun pertama kahwin kami masih boleh gelak ketawa lagi bila orang sibuk tanya. Walau pun masa tu kami masih baru sebulan dua berkahwin. (aku kahwin bulan 7 dan kemudian bulan 10/11 raya puasa...soalan yang sentiasa ada bila berjumpa saudara mara kan). Masuk tahun ke dua aku sudah bekerja, kewangan kami sudah agak sempurna untuk kami berdua...jadi boleh di kira belum bersedia sepenuhnya untuk ada anak sekarang. Tapi kalau sudah rezeki kami tidak akan menolak.

Tahun ke tiga kami sendiri berusaha sebab dear fikir umur dear sudah hampir 30 tahun. Kalau lengah-lengah dapat anak nanti lagi penat perlu bekerja lebih lama. Haaaa...kan, dear kata biar dapat anak sekarang dari kemudian sebab nanti anak masih sekolah dear sudah tidak makan gaji lagi. Huhu...sabar je la aku dengar.
Syukur Allah kurniakan kami anak juga. Tahun pertama ada Amar kami tinggal di rumah mertua yang pada aku sangat seronok walau pun hakikatnya sangat terkongkong. Apa-apa yang tak kena pada Amar MIL terus masuk campur. Haaa...masa tu la aku dah tak boleh nak senyum-senyum lagi. Erk...maaf ye mak.

Kami pindah ke rumah sewa sekarang dan aku mengandungkan Ashraf masa tu. Sengaja tak mahu di heboh-hebohkan, walau pun aku dah pernah buat UPT test sendiri di rumah tapi aku dengan beraninya mengajak dear ke klinik bila kandungan sudah hampir 5 bulan. Boleh aku katakan bukan setakat dear je yang tak tau...hampir semua orang pun tak tau. Pernah bagi dear hint tapi dear mungkin tak perasan kot masa tu. Bila Ashraf mula gerak-gerak aku terus ajak dear pergi klinik. Hehe... kenapa buat begini? Sebab aku tak sanggup nak jawab soalan orang lagi. Bila dah tau dan sah mengandung dear terus bagitau semua keluarga dia. Sebab tu la aku tak nak bagitau dear awal-awal.  Dear boleh di katakan terlalu teruja kot.
Berbalik pada kisah merancang, kami langsung tak merancang mahu tambah anak secepat itu. Tapi aku sebenarnya teringin nak tambah cepat-cepat. Sebab apa? Hehe.....sebab aku kahwin awal dari kawan-kawan, orang lain dapat anak dan sekarang dah besar...ada yang sudah sekolah tapi aku masih belum ada anak lagi.

Pada aku lebih baik rapat dari jarak untuk anak pertama dan kedua. Sejarah keluarga aku dan dear hampir kebanyakkan kami ada anak pertama dan kedua jarak umur setahun. Bestkan! Sebab tu aku nak anak rapat juga, kemudian aku boleh rehat panjang. Tak kisah langsung anak lelaki atau perempuan asalkan sihat sempurna. (bos lama aku kata aku hebat sebab ada 2 orang anak lelaki... orang cina memang suka dapat anak lelaki berbanding perempuan – ini kawan-kawan 1 office yang bagitau)

Eh orang sibuk kata bila ada anak rapat penat, tak ada masa nak rehat la apa la kan. Yup! Aku setuju sangat-sangat.

Apa untungnya ada anak rapat?

    Senang nak jaga, sebab mereka membesar hanya jarak usia setahun sahaja. Pada aku mudah sebab boleh ajar kedua-duanya sekali gus. Contoh ajar bercakap....sekarang Ashraf lagi pandai cakap berbanding Amar.

    Jimat duit nak beli baju, tak perlu selalu beli selalu....lagi pun baju yang abang dah tak muat boleh bagi pada adik. Bukan semua la aku akan bagi, aku bagi baju yang masih elok sahaja. Buat masa ni Ashraf lebih banyak baju dari Amar tau.

    Lampin Amar yang sudah tidak muat aku pakaikan pada Ashraf dan susu pun sekarang sudah berkongsi. Cuma tahun ni mungkin mahu tukar susu Amar sebab sudah mahu masuk 3 tahun. Kalau masih berkongsi pun tiada masalah aku rasa.

    Nanti bila dah besar kalau ada adik, dua-dua boleh jaga adik...hahahha ini berangan je sebenarnya sebab aku merancang mahu tambah anak seorang lagi bila Amar sudah cecah 5 atau 6 tahun. InsyaAllah kalau diizinkan dan ada rezeki kami.

    Yang penting aku mahu hubungan mereka rapat, erat sama macam abang aku dan kakak aku, sama macam anak-anak buah aku.

Tapi apa yang tak bestnya bila ada anak rapat.

    Letih! Sebab sibuk nak melayan kerenah mereka. Yang abang minta ini yang adik minta ini... sabar je la kan.

    Susah nak kesana sini sebab kalau anak seorang senang, bila dan pandai jalan boleh la bawa jalan ke pasaraya dengan mudah. Nak layan makan di restoran pun mudah tak perlu mak ayah melayan sangat-sangat.

    Belanja yang besar....ha ini yang paling ngeri patut aku akui. Belanja bila ada anak rapat memang besar. Tambah-tambah lagi bila berjangkit sakit mereka tu lagi pening kepala nak keluarkan duit beli ubat dan juga nak ambil cuti menjaga mereka. Bukan setakat ubat, baju, lampin dan susu pun perlu di ambil kira.

    Tiada masa rehat, bila abang tidur adik pula bangun. Bila abang mahu mandi adik pula mahu susu. Macam mana tu? :p

Elok juga kalau ada perancangan masa depan untuk keluarga ni, sekurang-kurangnya boleh menyimpan kewangan lebih baik. Merancang masa depan bukan setakat merancang untuk dapat anak sahaja tapi melibatkan kos dan juga masa. Hehe...dah ada anak 2 baru aku betul-betul faham apa erti merancang. Kalau sebelum ni aku merancang tapi selalu tidak mengikut apa yang aku rancangkan. Ha...rugi kan tapi sekurang-kurangnya aku belum terlambat untuk merancang masa depan keluarga aku.
Rancangan untuk anak serius aku katakan aku serah pada takdir, tapi boleh dikatakan kalau boleh aku nak tambah bila Amar sudah 5 atau 6 tahun nanti. Biar mereka tahu apa erti ada adik. Lagi pun masa tu aku masih lingkungan 33 atau 34 tahun. Masih sesuai untuk dapatkan anak, dan berharap dapat anak perempuan pula. Ini jika di izinkan Allah tapi jika terawal kami suami isteri terima dengan tangan terbuka dan lapang dada. :)

Jadi pada aku lebih baik merancang dari tidak. Sekurang-kurangnya bila merancang kita tahu masa bila sesuai boleh dapat anak sekurang-kurangnya kewangan sudah kukuh. Jadi akan datang tidak terasa membebankan sangat. Penting bila sudah berkahwin mulakan hidup baru, berdikari sendiri dan jangan sentiasa ambil mudah. Masa berdua sentiasa berjimat cermat sebab sara hidup sekarang makin meningkat tahun demi tahun.

(P/s : dah macam mak nenek pula aku nasihatkan orang ek...jangan nanti dah ada anak baru tahu apa rasanya pula...hahahaha)


 

Wednesday, February 6

Kenduri Tahlil Arwah FIL

Assalam...

Awal januari lepas kami adik beradik telah pun sempurnakan kenduri tahlil untuk arwah FIL semperna tahun ke 3 kami kehilangannya. Cepat sangat masa berlalu, masa tu aku belum mengandungkan Amar lagi, sekarang sudah 2 orang anak aku.

Kami buat hari Ahad selepas Isyak, mulanya MIL nak buat lepas maghrib tapi surau ada majlis pula dan kami tunda dari maghrib ke isyak. Kalau buat lepas maghrib cepat sikit selesainya sebab esoknya ada yang nak sekolah pula.

Pagi tu hujan renyai turun hampir sepanjang pagi, haih...terasa malas sangat nak buat kerja. Tapi semua kerja perlu di mulakan segera. Pagi kami sediakan bahan-bahan untuk memasak, petang kami masak pula. Ayam siap goreng tengahari tu takut nanti busuk pula. Sempat makan ayam goreng juga untuk makanan tengahari.

Menu kami malam tu kari ayam, sayur campur, sambal udang, buah tembikai, kuih muih dan air oren suam. Ada macam-macam lagi makanan yang saudara mara kami bawa. Haih....memang kenyang makan walau pun makan agar-agar. Hehe...

Anak-anak orang paling gembira sebab mereka dapat makan sepuas-puasnya dan juga dapat main dengan sepupu yang ramai. Adik beradik dear ada 10 orang dan anak buah dear sudah lebih 20 orang. Maunya tak meriah kalau cuma 2 3 keluarga yang balik pun dah meriah inikan kalau semuanya berkumpul.

Keluarga besar dear ni kalau buat makan-makan sesama kami memang perlu siap banyak. Tapi memang seronok kan bila dapat berkumpul dan berbual bersama-sama bila lama tak berjumpa.

'semoga arwah FIL di tempatkan di kalangan orang-orang beriman' - Al-fatihah

Tuesday, February 5

Adik Beradik Kecil Saya

Assalam...

Keluarga saya kecil, ada 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Sangat berbeza kalau di bandingkan dengan keluarga besar dear yang ada 12 beradik. Ha...sila jangan terkejut tau ini kenyataan tapi 2 orang sudah meninggal dan tinggal 10 orang sahaja sekarang. 2 orang tu meninggal semasa kecil lagi kata MIL. Dear pun tak pernah jumpa sebab yang meninggal tu abang dan kakak dear. Adik beradik dear tinggal 2 orang belum berkahwin lagi insyaallah seorang akan bernikah hujung tahun 2013 nanti.

Aku anak bongsu dari 5 beradik, orang lain kata aku manja tapi langsung aku tak rasa manja. Sebab apa? Sebab bila aku bandingkan manja aku dengan adik ipar aku langsung tak sama tau... hahahaha...

boleh di katakan apa yang aku minta belum tentu dapat, ha...itu kalau minta barang. Kalau minta makanan memang mak boleh buatkan sebab keluarga aku bukan orang berada. Tambah pula mak memang rajin memasak, kawan sebelah rumah pun dengki sebab mak akan masak masakan yang agak remeh pada mak dia. Jadi bersyukur sangat di lahirkan dalam keluarga aku sekarang ni. Kami dari golongan sederhana je jadi apa yang aku minta belum tentu dapat mak bapa aku tunaikan. Arwah bapa dulu bekerja sebagai mandur kilang getah je sampai pencen kemudian kerja sebagai pengawal keselamatan sebab nak tanggung aku belajar di Politeknik. Syukur bila aku habis belajar arwah tidak lagi bekerja cuma duduk rumah dan kerjakan kebun getah dan kebun sawit hingga ke akhir hayatnya. Sekarang dah faham sangat-sangat apa erti susah mak bapa aku dulu. :p

Paling seronok bila abang nombor 2 aku bagi guna telefon dia, abang sulung aku bagi top up setiap bulan RM60.00 sehinggakan kawan-kawan lain cemburu dan akak aku pula tempat aku mengadu domba dan tumpang tidur bila hujung minggu. Walau pun kami berbeza jauh umur... kakak aku sekarang sudah 45 dan aku baru nak masuk 30 kami tetap rapat dan ramai kata muka kami seiras. Ni aku percaya sebab Amar dan Ashraf pernah keliru bila pandang kami berdua. :))

Dulu masa aku belajar abang aku nombor tiga selalu jadi tempat rujukan, maklum saja dia pun belajar sama di politeknik cuma cawangan lain je. Ha....syukur sekarang dia sudah menjadi orang berjaya antara kami berlima.

Dulu kami berlima semua duduk di selangor tapi sekarang abang nombor 2 pindah duduk Perak dekat dengan mak. Dia banyak membantu masa arwah bapa meninggal 3 tahun lepas. Sekejap je tau-tau dah 3 tahun juga abang aku tu pindah duduk kampung.

Hubungan kami berlima agak erat sesama kami kecuali abang sulung yang jarang-jarang dapat berjumpa. Aku, kakak dan abang aku nombor 3 rapat juga sebab kami rajin jumpa lagipun kami duduk tidak jauh antara 1 sama lain. Abang aku di Seri Kembangan, akak aku di puchong dan aku di Shah Alam. Biasanya tempat kami bertiga berjumpa di rumah akak aku la. Hehe....itu memang tempat kegemaran. Abang nombor 2 kami selalu jumpa bila kami balik kampung. Dia tempat kami tanya pasal kebun arwah dan juga keadaan mak.

Insyaallah tahun ini atau tahun depan abang nombor 3 akan pindah rumah sendiri di Banting. Ha....lagi seronok sebab lagi dekat, papehal senang nak cari.

Biasanya bila ada antara kami bertiga balik kampung pasti ada kiriman dari mak buat kami. Untuk aku sekurang-kurangnya daun kunyit, serai dan limau nipis mak akan bekalkan. Hehe...bukan sebab susah nak dapat di Klang ni cuma terpaksa beli je. Lain la kalau di kampung boleh petik terus. Jimat kan lagi pun dah terbiasa sejak dari awal-awal kahwin dulu.

Bila raya puasa kami agak kelam kabut, ye la semua teringin nak beraya bersama tapi ada komitmen masing-masing. Haih dah kahwin kan...kalau masih bujang lagi boleh la. Kami semua dah berkahwin kecuali kakak aku yang masih belum bertemu jodohnya. Jadi setiap tahun kakak memang ada di kampung, kami yang lain-lain mengikut giliran balik kampung suami atau isteri masing-masing. Mujur abang nombor 3 aku isterinya orang Teluk Intan dan boleh di kira berdekatan dengan kampung cuma ambil masa sejam perjalanan. Ulang alik pun boleh kan....dan mujur juga kakak ipar jenis tak berkira sangat. :)

Bila raya haji kami jarang-jarang balik sebab biasanya cuti raya haji tidak panjang seperti raya puasa. Jadi siapa yang balik mak akan kirimkan makanan. Abang nombor 2 setiap tahun akan balik Kedah sebab keluarga mertuanya rajin buat korban setiap kali raya haji. Jadi setiap kali abang balik Kedah mak pasti dapat banyak daging hasil korban besan. Haha...kesian mak nak menghabiskan daging yang banyak tu.

Sebenarnya aku dengan akak aku merancang nak bercuti di pulau pangkor cuti tahun baru cina ni, tapi dear pula perlu bekerja. Tak tahu sama ada kami jadi pergi atau tidak, memang mak boleh tengok-tengokkan tapi kalau pergi sama dengan keluarga abang nombor 2 memang tak terkawal. Hehe...dia nak kawal anak dia sendiri pun terkejar-kejar.

2 hari lepas abang nombor 3 telefon tanya mahu balik kampung sama atau tidak hari jumaat malam nanti. Haih...anak dia 2 orang, anak aku 2 orang....muat tapi kalau balik malam mesti budak-budak ni nak tidur, kesian pula kalau mereka tak selesa nanti. Jadi aku balik kampung dengan kakak hari Khamis ni dan balik Shah Alam hari Selasa depan dengan abang aku. Hehe...syoknya balik kampung cuti panjang....mengharapkan anak-anak berkelakuan baik sepanjang dear tiada. :p

Saturday, February 2

Bosan Ke Duduk Rumah Bila Hujung Minggu?

Assalam...

Tak lama lagi bakal menjadi suri rumah sepenuh masa semula. Haih...bila fikir jadi suri rumah ni, masa sangatlah terhad. Kadang-kadang langsung tak ada masa untuk diri nak makan dan kemaskan diri. Tapi ada juga orang lain yang cakap duduk rumah ni bosan....eh bosan ke?

Antara alasannya yang aku rasa patut berikan

1. Penat.

Penat sangat buat kerja rumah maklum je la anak sudah 2 kan. Huhu...bermacam-macam kerja nak buat kan mana tidaknya tengah buat kerja nak melayan budak-budak plak. Mana nak masak, mana nak kemas rumah, mana nak makan dan mana-mana kerja pun terkadang buat terkadang main ikut sempat je.

2. Mahu rasa di hargai.

Alamak....ini memang la kan, setiap minggu aku pun akan rasa nak minta dear bawa aku keluar jalan-jalan. Tapi seperti biasa dear akan bawa tapi kawasan yang dekat saja la. Nak bawa jauh-jauh sikit tunggu balik kampung. Lagi best kalau dear bagitau minta aku sendiri pergi jalan-jalan dengan anak-anak...huhu..

3. Semua kerja dah selesai.

Yes! Ada kalanya anak-anak menurut perintah dan berkelakuan baik sepanjang hari. Jadi masa yang ada pasti terasa bosan bila tiada kerja lagi mahu di buat.

Konon senaraikan 3 alasan dan huraian yang kukuh ingat dear bagi juga ke keluar setiap hari. Ok pada aku sekarang dah tiada istilah bosan duduk di rumah ye. Ada masa terasa bosan jugak tapi lebih kepada selalu mencari kerja. Pergi dapur jumpa kerja, pergi bilik jumpa kerja, pergi tandas pun akan jumpa kerja lagi. Haih...pendek kata memang tak senang...lagi-lagi pula ada anak-anak ni kan, suka tul menyepah-nyepahkan mainan.

Mahu tak mahu kalau dah tak ada kerja sangat aku akan join anak-anak bermain sama. Seronok juga kan, sambil-sambil main kita tau perangai anak-anak sekarang ni. Haih...macam-macam ragam anak-anak ni sebenarnya. Masa kerja tak pernah dapat tengok tapi bila cuti je dapat tengok gelagat mereka seharian.

Kadang-kadang pelik juga, masih ada juga orang yang kata duduk rumah bosan. Yang bujang mungkin juga la kan, nanti pergi dapur asyik makan-makan je la pulak tapi kalau yang dah ada keluarga pun bosan juga ke duduk rumah ni? Haih....dulu masa tak ada anak terasa sangat bosan dan sunyi rumah tapi sekarang riuh rendah bukan setakat suara anak-anak tapi suara aku pun naik sama. :p

Percaya tak ada orang anak dah 4 tapi masih bosan lagi? Aku sendiri tak faham...apa yang di bosankan bila di rumah....bosan ke penat? ha...jauh beza tu, pada aku penat tu mungkin. Tapi sebenarnya la kan kalau keluar jalan-jalan lagi letih/penat. Tambah mahu melayan kerenah anak-anak lagi. Kalau terpaksa berdukung atau kejar mengejar....penat tu :)

Friday, February 1

Hari Lahir My Dear Suami...

Assalam...


Dah hampir 2 minggu berlalu hari lahir dear. Haih....kesibukkan teramat sampai terlupa nak coretkan kenangan. Tak ada kenangan sangat la, tarikh hari lahir dear jatuh hari bekerja jadi tiada acara makan-makan atau pun potong kek.

Awal-awal aku dah tanya sama ada mahu kek atau tidak. Mahu makan apa aku akan cuba masakkan tapi dear tetap senang di jaga sentiasa dengan jawapan nya. Tak mahu! Hehehe...tapi bila aku offer nak buatkan kek span coklat untuk dear mula-mula nak tapi bila minta tunda masak hujung minggu terus tak jadi sebab jiran sebelah rumah MIL buat kenduri kahwin

Pengantin siap buat kambing dan ayam golek. Ha....tak kuasa aku nak masak-masak lagi. Minta tunda hari Isnin cuti Thaipusam pun dear sendiri kata tak nak. Lastnya petang tu balik dari pergi taman Amar minta kek. Dapat la 2 potong kek dari kedai kek dekat dengan rumah.

Esoknya aku pergi Giant Kemuning Utama dengan kakak aku, aku belikan lagi kek secret resepi 2 potong. Macam biasa Amar juga yang menghabiskan. Dear langsung tak merasa....chait sampai hati Amar.

Jadi kesimpulannya kami suami isteri memang tak de niat langsung nak raikan hari jadi dear tambah pula kenangan 3 tahun lepas. Arwah FIL meninggak sehari selepas hari lahir dear sebab tu dear tak berapa suka di raikan kot. Aku sekadar wish je, nak belikan hadiah pun tak tau. Bukan sebab tak de yang nak di beli tapi dear dah pesan awal-awal jangan beli apa-apa. Aku pun ikut je la kan.... :p

Ok tunggu bulan 3 atau 4 nanti. Kami raikan hari lahir Amar dan Ashraf serentak. Senang....memang lain bulan tapi apa salahnya buat sekali kan. Tak rajin nak berbelanja beli kek tiap-tiap bulan. :)) (kedekut ke ek?)

Untuk suamiku tersayang...
' Selamat hari lahir ke 35, insyaAllah tahun ini akan lebih mematangkan kita berbanding tahun sebelum ni. Yang penting tahun ini akan meraikan tahun ke 7 kita bernikah'