Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, December 31

Bila Hati Di Landa Resah...


Assalam...


Hati terasa sangat sakit, otak mula ligat berfikir...yang pasti dunia belum berakhir lagi. Semoga Allah memberikan rahmatnya buat aku dan kami semua di sini. Ujian Allah tidak menentu, tidak tahu bila dan di mana. Jujur aku katakan aku terima dengan redha. :)

 

Saturday, December 29

Miskin Atau Kaya

Assalam...

Pernah terfikir kenapa aku dilahirkan dari keluarga sederhana. Mana tidaknya sekarang sudah bekerja dengan syarikat yang selalunya membawa atau pun memberikan kelebihan pada anak-anak mau pun saudara.

Mula-mula memang terasa janggal tapi sekarang bila masuk syarikat ke 2 buat perkara yang sama jadi aku sudah terbiasa. Eh...dulu-dula masa sekolah menengah ada tonton cerita cina di TV3 setiap petang pukul 2 kalau tak silap, tak macam sekarang sudah tayang cerita indo je...asyik-asyik sinetron! bosan sampai jemu nak layan. Tapi pernah juga layan yang bawang merah bawang putih tu, itu pun tak abis aku layan. Penat nak tunggu final episod.

Berbalik pada cerita tu tadi, kisah mengenai 1 keluarga besar. 1 rumah ada ibu, bapa dan 3 orang anak yang sudah berkeluarga. Bapa menetapkan syarat anak-anak tidak berpindah keluar dan bekerja dengan syarikat bapanya. Haih....dah kaya kan, apa pun dia boleh arahkan anak dia. Rumah memang besar maklum saja 4 keluarga dalam 1 rumah. Paling kesian menantu la, tiada pilihan lain. Ish... mujur itu drama tapi realiti aku tahu pasti ada juga kan. :)

Ok, kalau bapa ada perniagaan dan harta yang banyak kan seronok. Heh terlebih berangan! mana tidaknya apa juga yang kamu mahu pasti akan kamu dapat. Minta apa sahaja makanan, pakaian dan juga tempat tinggal yang bagaimana kamu mahu. Bahkan kereta pun mungkin juga akan ditaja. Syok kan...pada orang yang tidak pernah merasa senang mestilah syok. Cuba tanya pada orang yang sudah merasa? hehe....ada yang kata suka pasti ada juga yang kata tidak suka.

Sebab kata tak suka? macam drama tadi tu la...ada juga anak-anak yang memberontak tapi sibapa terpaksa terima. Sekarang macam tempat aku ni anak tak memberontak tetapi aku boleh nampak ada riak muka tidak suka, rasa terpaksa berbuat sesuatu. Haih....di paksa kan, hidup dah ditentukan memang tak seronok, rasa tak mencabar.

Haa....cite pasal mencabar, meh sini ko jadi orang biasa-biasa. Bukan berbapakan ahli perniagaan tu, baru kau tahu hidup ini indah ke tidak. Hidup ini senang ke susah. Memang ada yang nak rasa kan, bila kita miskin kita mahu jadi orang kaya tapi bila kita kaya mesti ada juga rasa mahu jadi seperti orang miskin. Tapi aku rasa tak semua orang kaya mahu jadi miskin....mungkin segelintir je kot.

Ingat pula cerita puteri impian lakonan Amy Mastura, huhu...yang miskin mau jadi kaya dan yang kaya mahu hidup seperti orang biasa-biasa. Ha.... ini realiti kan dalam hidup ni mana ada orang yang sentiasa berpuas hati dengan apa yang di miliki.

Di sini, anak-anak bos jadi director/manager, saudara mara jadi manager/supervisor dan juga isteri jadi PA...ha....kan senang bila ada apa-apa masalah tinggal buat mensyuarat keluarga je kan. Hehe....

Aku? sentiasa bersyukur dilahirkan dalam keluarga sederhana yang penting ada kasih sayang yang cukup dan ikatan kekeluargaan sangat erat. Mujur keluarga mertua pun berkeadaan sama. Sangat seronok walau pun tak kaya tapi tetap bahagia (siapa tak nak kaya kan? :P)

 

Friday, December 28

Celoteh Pasal Kerja

Assalam...

Kerja sekarang semakin lama semakin banyak sepatutnya tetapi yang aku rasa sekarang sama macam dulu. Cuma paling tidak best warranty card dan barcode pun dah jarang-jarang sangat ada untuk aku printkan. Ehm...dengar kata sales menjunam jatuh 4 bulan terakhir tahun ini. Ada yang dengar kata salesman bagitau sales semua jenama teruk sebab pengedar nak tunggu pilihanraya. Eh....aku tak mahu masuk cerita hal politik di sini ok tapi ini realiti yang mereka bagitau.

Paling tak seronok bila sales teruk, mungkin bonus pun tiada. Eh...aku memang belum cukup setaun lagi kerja di sini jadi dah pasti tak ada bonus kan. Hehe....argh bila ingat bonus ingat dengan tempat lama. Serius bila masuk awal tahun kami staff jadi kaya sebab dapat gaji 1 bulan, bonus 1 bulan dan juga ang pow 1 bulan. Hehe...tapi itu sejarah sekarang ni.

Serius aku bagitau kerja sekarang makin lama makin kurang. Aku tak salahkan bos aku sebab masa interview memang dia dah bagitau apa tugas-tugas yang akan aku buat disini tapi sekarang tugas tu dah berubah sama sekali.

Sebab sekarang ada yang kata ekonomi tengah menurun, jualan tidak memberangsangkan dan juga banyak barang baru ditahan untuk sementara waktu ni. Jadi tugas aku untuk print semua warranty card tu pun tergendala seketika.

Setakat ini aku rasa macam buat kerja budak-budak pula, sebab apa aku diminta tanya pada orang lain kalau tak ada kerja nak buat. Ok, boleh tapi ada masa aku tengok orang lain pun relax je. Hehe...

Jadi setakat ini aku kerja masih boleh bersabar lagi, tapi dalam masa yang sama terasa mahu cari kerja lain yang lebih bagus (bukan di sini tak bagus tapi rasa macam tak selesa, datang kerja tak ada perancangan mahu buat apa). Berbeza dengan tempat lama, sebelum balik kerja sudah buat perancangan kerja untuk esok hari. Haih....sekurang-kurangnya tidak la seminggu datang kerja tapi buat kerja untuk sehari sahaja. Macam makan gaji buta pula tapi bukan aku yang minta, bos yang tetapkan...terasa di pinggirkan pula. hahahah

Thursday, December 27

AEON Member Day Bukit Tinggi 26-27/12/12

Assalam...



Eh....pagi semalam terlihat di Facebook AEON, wah ada sales lagi la sekarang ni. AEON Member card day. Wah....sekarang dah buat tiap-tiap bulan ke ek? Maklum saja kali terakhir aku pergi awal bulan lepas. Sebelum ni pernah ada buat awal bulan Mei. Tu yang terasa pelik sangat tu, sebab makin lama makin dekat jaraknya.

Tak pasti AEON member card day ni untuk musim perayaan terdekat atau apa ye. Kalau bulan Mei mungkin untuk persiapan raya puasa, bulan November untuk persiapan Depavali dan Krismass dan mungkin bulan Disember ni untuk persiapan tahun baru cina nanti. Hehe...

Aku bukan sentiasa pergi AEON member card day ni, dulu masa kerja di Klang rajin la nak pergi. Tinggal bagitau dear, dear bagi duit dan minta keje half day dengan HR. Senang cerita tapi sekarang tempat kerja dah jauh dengan AEON Bukit Tinggi tu tambah-tambah lagi tak boleh nak lari kerja setengah hari. Jadi sila jangan cari pasal.

Hari ni hari ke dua AEON member card day, jadi kalau sesiapa ada kelapangan masa nak pergi silakan. Eh...aku tunggu bulan Mei, sebab masa tu memang nak buat persiapan untuk raya puasa. Persiapan yang utama untuk anak-anak la kan sebab masa sales ni harga lebih murah.

 

Kalendar Puasa Sunat

Assalam...

Sekarang dah masuk bulan kedua islam, serius aku bagitau aku belum pernah jumpa ada jadual puasa sebenarnya ek. Sekurang-kurangnya memudahkan untuk sesiapa yang mahu berpuasa sunat. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga memanjangkan kepada orang lain sebagai pengetahuan.

Kalau mahu lebih jelas sila 'save' ye.
 Hehe...berniat rasanya tahun ini mahu lebih rajin lagi berpuasa sunat. Moga-moga Allah permudahkan. :)


 

Wednesday, December 26

Bila Cuti Di Hari Krismass

Assalam...

Bukan main lagi suka bila dapat berehat puas-puas di rumah.

Pagi sarapan nasi lemak, kue tiew goreng dan kuih muih.
Tengahari makan nasi lauk ikan tenggiri masin, sambal kicap, mee sup untuk anak-anak.
Petang baring-baring depan tv menonton segala cerita yang ada di Astro.
Petang-petang dapat bubur jagung semangkuk, jadilah untuk di buat minum petang kami 4 beranak.
Malam seawal pukul 9.30 malam sudah masuk tidur.

Yes...ini aktiviti aku sepanjang hari cuti krismas semalam. Mana tidaknya cuti Sabtu Ahad tak dapat rehat jadi semalam memang dapat rehat sangat-sangat. Baru semangat masuk kerja pagi ni.



Ini durian crepe yang akak ipar aku buatkan, dapat makan 2 ketul je sebab tak kena sangat rasanya dengan tekak aku. Sekarang teringin sangat nak makan durian lagi, kata mak musimnya di kampung sudah habis. Huaaaaa....

Monday, December 24

Hujung Minggu Yang Memenatkan

Assalam...

Rancangan untuk hujung minggu lalu mahu duduk rumah dan bersenang-senang. Mahu masakkan sup ayam untuk anak-anak dan dear. Tapi semua rancangan tergendala sebab kakak mahu datang tidur di rumah dan bermain dengan anak-anak aku. Argh.....orang nak datang rumah tak kan kita nak halang pula kan lagi-lagi kakak aku yang nak datang.

Pagi Sabtu masakkan sarapan untuk anak-anak dan dear. Pukul 10.00 masuk dapur lagi untuk masak tengahari pula sebab biasanya akak datang rumah awal sebelum tengahari sebab mahu elak jem. Maklum saja orang belum mahir hal pemanduan ni.

Hari Sabtu tengahari selepas kakak sampai kami pergi ke Econsave beli barang tapi sebenarnya lebih kepada jalan-jalan. Hehe...anak-anak paling suka dapat beli apa yang mereka mahu. Haih...belum sempat bayar lagi sudah berebut-rebut mahu minum air kotak. Ish...budak-budak ni kan.

Tengahari belum makan di rumah, sebab kakak mahu makan di luar. Nak belanja kami makan katanya jadi kami berempat makan nasi ayam sahaja di kedai berdekatan dengan Econsave. Itu pun kami berdua dah tak menang tangan nak melayan kerenah budak berdua ni. Haih...

Petang sampai malam kami bermain sahaja di rumah. Kakak belikan lego baru, jadi anak-anak masih teruja mahu main. Sampaikan Amar langsung tak mahu tidur tapi aku pujuk-pujuk akhirnya tertidur juga dia. Hehe..

Malam anak-anak tidur lebih awal walau pun agak susah juga mahu tidurkan mereka sebab mahu bermain dengan mak ngah lagi. Bagai tiada esok bagi mereka. Huhuhu...mujur tidur juga akhirnya mereka. :)

Pagi kami sarapan jemput ikan bilis dan juga kentang goreng. Ringan-ringan sahaja. Tengahari tak plan nak makan kat luar jadi pergi kedai dekat rumah sebab kakak nak beli minyak tak jumpa-jumpa. Akhirnya terbeli sayur dan juga keropok untuk anak-anak. Haih..mesti mereka yang dapat habuannya.

Selepas makan tengahari kami berehat sebentar. Lebih kurang pukul 3 petang keluar jalan-jalan pergi cari makan di Klang. Dah lama tak makan rojak dan cendol klang. Sejak sakit gigi tu la kan, mujur dapat juga makan semalam kalau tidak menangis kempunan...hahahaha..

Balik rumah cuaca hujan lebat, jadi mahu tak mahu perlu juga hantar kakak balik Puchong. Cuaca hujan lebat jadi kami pun hantarkan juga guna 2 buah kereta, aku, kakak dan Ashraf naik kereta kakak aku tapi aku yang pandu. Dear bawa LA dengan Amar berdua. Sampai sana kami biarkan anak-anak bermain dahulu sebab Puchong belum hujan lagi, cuaca masih mendung. Kami sampai rumah hampir magrib, sepanjang jalan balik rumah cuaca mendung.

Malam tadi selepas mandikan anak-anak dan nasi siap masak, tanya pada dear mahu makan atau tidak. Dear kata nak makan lepas tidurkan anak-anak. Aku pula jenis jarang sangat nak makan selepas tidurkan anak-anak ni kecuali bila aku dah lapar sangat-sangat. Dear kejutkan juga malam tu tapi aku malas sangat nak bangun, mahu atau tidak dear makan seorang malam tadi.

Dengan itu aku merancang Selasa nanti yang jatuh hari Krismass nak duduk rumah berehat sahaja. Pagi sarapan nasi lemak beli di kedai dan tengahari serta malam mahu masak sup ayam untuk dear dan aku, anak-anak pula aku celurkan mee kuning. Senang cerita....mama mau berehat. Lagi best kalau dear bawa anak-anak keluar pergi rumah MIL. Hehe..
 

Saturday, December 22

Sabun Mandi Jenama Drypers

Assalam...


Sejak dari Amar kecil sudah terbiasa menggunakan lampin pakai buang jenama Drypers. Huhu....sampai sekarang bukan tak pernah cuba jenama lain tapi terasa lebih sesuai anak-anak dengan jenama Drypers jadi kami teruskan sahaja. Kita beli untuk keperluan dan keselesaan mereka jadi pasal harga tutup mata saja. Pernah cuba jenama Hey Baby sebab syarikat yang sama mengeluarkan Drypers tapi tidak sesuai dengan apa yang kami mahukan.

Sekarang memang dah sentiasa beli jenama yang sama je. Pelik juga kan sebab orang lain asyik kata jenama Mamy Poko lebih baik tapi baiknya pun ada harga juga la kan. Erk...ini pun dah di kira-kira yang kami suami isteri mampu beli.

Sejak 4 bulan lepas anak-anak selalu gatal-gatal. Amar sebab alahan peluh tapi nak hilangkan tunggu hilang sendiri kata Dr. Jadi yang mampu cuma sapukan krim sahaja. Ashraf paling teruk sebab bila gatal dia akan menggaru sentiasa 1 tempat sampai puas. Ish....sekarang dah ada parut-parut dah kaki tu. Belum tambah lagi parut main bila dah besar nanti.

Sebelum ni aku mandikan mereka guna sabun mandi jenama Johnson sejak dari kecil lagi. Sesekali guna jenama lain sebab mahu habiskan hadiah dari orang la biasanya. 2 bulan lepas beli lampin Dryper percuma 1 botol sabun mandi Head to Toe Drypers. Wah....barang percuma aku ambil saja lahkan. Kebetulan sabun mandi mereka sudah habis jadi sementara ada sabun lain aku pakaian je la.

Syukur...dear kata sabun ni serasi kot dengan anak-anak. Jadi bulan ni aku belanja beli barang dapur, susu anak-anak dan juga lampin sekali terus beli 2 pek promosi tapi bukan shampoo head to toe. Ok....tak kisahlah kan nak juga beli sebab nak cuba. Mana tahu kalau ok juga akan datang boleh guna lagi. Kalau tak boleh guna juga sampai habis kemudian baru tukar jenama lain. Ayah dan mama korang bukan kaya ok, nak guna separuh-separuh je barang ni tau. :p

Setakat ini sangat berpuas hati, alahan peluh Amar memang tak boleh elak tapi sekurang-kurangnya kami mengelakkan dari Ashraf sentiasa tergaru-garu setiap pagi selepas bangun tidur dan juga selepas mandi pagi. Mahu atau tidak perlu sapur juga krim.

Harap-harap sabun mandi jenama Drypers ni boleh serasi dengan anak-anak aku la. Tak payah pening kepala fikir nak beli sabun mandi jenama apa.
 

Friday, December 21

Makaroni Goreng

Assalam...



Ini makaroni goreng mudah yang aku masak untuk makan malam beberapa hari lepas. Itu pun mujur anak-anak mahu makan. Sambil makan pun mereka boleh main lagi. Main apa? hmmmmm main tiup-tiup dari corong makaroni tu. Ayark....ok boleh main la yang penting kemudian korang makan.

Amar tak suka sayur, dia suka isi ayam atau udang sangat berbeza dengan Ashraf yang suka makan sayur lobak merah. Eh...kacang buncis tu pun dia tak berapa nak makan sangat. Haih...jagung suka la dia.

Haih...bila ada anak 2 ni pening juga nak sediakan menu mereka. Hari-hari mencari menu untuk anak-anak tapi masih belum jumpa apa yang mereka suka makan melainkan makanan ringan.

 

Thursday, December 20

Kenangan Lama

Assalam...


Kenal tak buah apa ni? haa....dulu masa kecil-kecil selalu bergelumang dengan buah ni. Oh...terasa sedap sangat buah ni pada tekak aku sekarang ni sebab dah lama tak makan buah ni segar-segar. Pergi kebun petik buah ni yang kulitnya berwarna kekuningan. Balik rumah mak, arwah bapa atau abang akan kopekkan. Isinya kami jemur ditengah panas sehingga beberapa hari biar betul-betul kering. Kami jual hasil yang telah kering untuk di buat serbuk koko.

Ouh...rindu zaman kecil dahulu, sudah hampir 30 tahun berlalu tapi kenangan tetap kenangan yang tak boleh nak di jual beli. Tak mampu nak ulangi lagi sekarang ni. Kalau tak silap aku sekarang mana ada orang jemur buah koko lagi, mana ada orang jemur padi lagi dan mana ada lagi orang jemur buah asam gelugur untuk di buat asam...ini di kampung aku la yang dahulunya hampir setiap rumah pasti ada halaman yang luas di gunakan untuk membentang tikar untuk menjemur pelbagai barang.

Hehe...sekarang halaman rumah penuh dengan kereta sama macam kawasan rumah orang pekan, rumah kampung pun kebanyakkan sudah ada pagar maklum saja berbagai kes kecurian telah terjadi. Padahal yang ada pagar lagi la kaki curi tu kerap aim. hahaha....

Kebun arwah yang ada tanam pokok koko ni pun sudah di bersihkan. Sayang sangat sebab pokok-pokok yang ada di kawasan itu memang banyak kenangan. Ada pokok kat situ yang tak ada lagi di mana-mana kebun lagi. Haih....kerja siapa lah ek membersihkan kebun tu. Sebab tu aku sentiasa berangan nak ada kawasan rumah yang luas, boleh tanam macam-macam pokok...

Sekadar berangan..... :)
 

Wednesday, December 19

Guna Kupon Parking Di Klang

Assalam...

Hari Sabtu lepas pergi ke Klang sendirian untuk ke klinik gigi (dari entry lepas) berhampiran dengan The Store, berdekatan dengan Jalan Taiping. Terus parking kereta berdekatan dengan klinik dan mahu membeli parking tiket tapi sayang ada notis di tampal di mesin. Aik...baru 6 bulan tak pergi klang sudah tukar sistem pula. Huh....mahu atau tidak bertanya di kedai 7-11 terdekat kalau-kalau mereka jual kupon. Sayangnya mereka tidak jual, terpaksa menunggu beberapa buah kedai buka terlebih dahulu sebab biasanya kedai di sini di buka seawal pukul 10.00 pagi. Jangan nanti penguat kuasa MPK datang sudah la kan.





1 buku kupon ada 5 keping kupon, 1 buku RM2.50 dan seperti biasa 1 jam RM0.50 masih belum naik lagi cuma tukar kaedah dari mesin kepada kupon. Ada 2 kedai je yang aku tau jual kupon ni, itu pun kedai sebaris sebelah pizza hut dan juga kedai sebaris dengan KFC. Aiyo...itu pun terpaksa menunggu hampir 10 minit untuk mereka buka kedai.

Pada aku yang jarang-jarang nak ke pekan klang ni rasa macam leceh juga tapi mahu atau tidak sudah terpaksa pula jadinya. Ikutkan hati mahu saja parking di dalam The Store tapi takut level parking masih belum buka lagi jadi jalan selamat tunggu sajalah untuk dapatkan kupon. Kali terakhir tempat yang aku lawat perlu guna kupon ialah di Melaka. Hehe...masa tu Amar dalam perut lagi tapi kupon yang berlebihan kami beli memang tak digunakan langsung.

Aku selesa guna mesin sebab senang, letak kereta terus pergi mesin tekan no plat kereta dan letakkan di atas dashboard. Mudah tapi perlu sentiasa bawa syiling. Tinggal masukkan duit dan automatik mesin akan berikan tempoh masa mengikut duit yang kita masukkan. Contohnya masukkan RM0.50 untuk sejam tapi kalau RM0.70 dapatlah sejam setengah.

Gunakan kupon pun mudah tapi perlu tau kedai mana yang jual kupon. Takkan nak pergi pejabat MPK untuk dapatkan kupon sekadar 1 atau 2 jam tu kan. Yup...adik ipar ada kerja MPK tapi takkan mahu menyusahkan orang lain pula. Kalau guna kupon senang, tinggal gores dan letakkan beberapa keping kupon atas dashboard. Kalau rasa nak jalan-jalan 2 jam letak 2 kupon yang telah digores. Senang!

Ok, sekarang aku dah tau kat mana nak beli kupon parking. Lagi 1 lain kali boleh ajak dear jalan-jalan pergi Pekan Klang gunakan baki 4 helai kupon parking tu. Eh...ada lagi tempoh sehingga tahun 2013 lah.

Eh...aku tak pasti parking berkupon ini untuk kawasan pekan klang sahaja atau sudah digunakan meluas. Nanti-nanti kalau ada masa aku pergi kawasan Bukit Tinggi pula tengok-tengok kalau di sana pun menggunakan kupon ini sebab Bukit Tinggi kawasan MPK juga.

 

Tuesday, December 18

Klinik Gigi Yap, Klang

Assalam...

Akhirnya setelah sekian lama menanti kini tiba masanya. Hehe...selesai sudah masalah yang membelenggu sejak 2 bulan lalu. Hari sabtu lepas aku pergi Klang, walaupun telah sekian kalinya tidak pergi ke Klang sendirian. Mungkin masih awal pagi jadi kenderaan pun tidak banyak lagi. Seronok sebab mudah nak dapatkan parking yang dekat dengan klinik. Yup! aku ke klinik gigi swasta akhirnya, walaupun konon-konon mahu ke klinik gigi kerajaan. Jadi bukan setakat itu saja kedatangan aku ke klinik gigi kerajaan, lain kali mahu bawa Amar dan Ashraf periksa gigi di sana. Biar nanti dah besar tak takut jumpa Dr. gigi. :) (pengaruh tengok cerita upin & ipin la ni)

Aku keluar rumah pukul 8.15 pagi, kalau ikutkan mahu keluar awal lagi tapi maklum saja pagi-pagi mesti ada perkara mahu di buat. Anak-anak dear bawa pergi rumah MIL dan kakak ipar, aku dah maklumkan petang jumaat sebelum balik rumah. Rasa macam mahu bawa Amar tapi tak sesuai pula takut nanti dia mengacau atau ketakutan dengar bunyi-bunyi alat Dr gigi tu. Alang-alang aku tinggalkan mereka terus lebih baik.

Sampai pekan Klang pukul 8.45 pagi, klinik gigi buka pukul 9.00 pagi. Mahu terus ke klinik tapi perlu bayar parking dahulu. Eh....bila sampai di mesin parking ada notis pemberitahuan pula. Alamak guna kupon pula ke sekarang ni? gelabah sekejap maklum saja konon nak jadi orang terawal sampai ke klinik sekali jadi no. 5 pula. Tak kisah la walau pun terpaksa menunggu hampir 1 jam tapi yang penting aku puas hati. Kalau pergi klinik gigi kerajaan menunggu 2 jam tapi tak selesai juga masalah.



Seperti biasa klinik gigi yang tuan empunya bangsa cina mesti ramai pesakit bangsa cina juga. Pagi tu hanya aku seorang bangsa melayu yang ada. Buat tak tau, baca surat khabar dan menanti dengan penuh sabar. Sekurang-kurangnya 1 jam tu tak lama pada aku bila ada sesuatu untuk di baca.

Pukul 10.00 pagi masuk bilik rawatan, pukul 10.30 pagi sudah siap. Hah..pantas kan, aku yang kat dalam tu tak tertahan di godek-godek gigi. Tampal 2 tempat dan sepanjang rawatan memang selesa, sebab last aku datang sini bulan jun lepas sepatutnya aku datang lagi bulan julai atau ogos tapi tak berkesempatan nak pergi. Akhirnya aku beranikan diri pergi juga. Yup...pergi pagi-pagi memang best sebab senang nak parking dekat dan kereta masih kurang. Jalan di pekan besar ni kadang-kadang boleh buat kepala serabut.

Jumlah keseluruhan rawatan RM140.00, ha....aku tersilap dengar mula RM240.00 tapi bila tanya sekali lagi cuma RM140.00 fuh.....boleh tahan mahal juga. Kali terakhir aku datang cuma RM35.00 je. Tak kisah la pada aku yang penting gigi tak sakit lagi dan selesa nak makan. Baru ada kesedaran mahu jaga gigi bila sudah ada kes begini. Dear cadangkan aku cabut tapi aku tak sanggup sebab kalau Dr. kata boleh tampal apasalahnya aku tampal dulu. Bukan tak pernah ada pengalaman cabut gigi tapi sayang sangat dengan gigi yang ada tu kan. (cabut gigi pertama kali di klinik selepas bersalinkan Amar dan di klinik gigi di perak)

Dear kirim belikan rojak dan juga cendol pun aku tak beli sebab kedai masih belum buka. Nak jalan-jalan dulu pun tak ada mood jadi lebih baik aku balik rumah terus sebab hati asyik teringatkan anak-anak je. Ye la hari cuti tapi terpaksa tinggal dengan nenek.

Balik rumah makan-makan dahulu sebab pagi tak sempat nak sarapan SMS akak ipar kata Amar tengah tidur jadi aku tunggu dear balik makan dahulu kemudian baru ambil anak-anak. Lebih kurang pukul 1.00 petang baru dapat bermain semula dengan mereka.

 

Monday, December 17

Shah Alam Atau Klang?

Assalam....

Mahu panggil Klang ke Shah Alam ek?

Kalau ikutkan persempadanan semula yang telah dibuat kerajaan negeri 6 tahun lepas kawasan aku duduki sekarang berada di kawasan Shah Alam. Bahkan alamat kami pun sudah masuk ke kawasan seksyen 30 Shah Alam. Pendek kata kami kawasan sempadan antara Shah Alam dan juga Klang.

Aku masih selesa panggil aku tinggal di Klang. Yup sebab sejak berkahwin 6 tahun lalu aku sudah membiasakan diri memberitahu orang lain aku tinggal di Klang. Tetapi sejak sepupu tegur kata aku tinggal di Shah Alam rasa macam eh....eh....haah la kan. :p

Keluar simpang rumah aku kalau ke kanan kami menghala ke Shah Alam, kalau ke kiri kami menghala ke Klang. Hehe...dekat je 2 tempat ni kan.

Teringat dengan tempat lahir akak ipar aku, kodiang, Kedah. Rumah keluarga di Kodiang tapi rumah kakak kepada kakak ipar di Perlis. Erk....rupanya mereka tinggal di sempadan negeri. Hehe...kalau macam tu siapa nak anaknya jadi anak kedah bersalin la di hospital di kawasan kedah, kalau nak anak jadi anak perlis bersalinlah di hospital perlis. Haha....boleh tak?

Sama kes juga dengan aku kan, dahulu duduk di Shah Alam kerja di Klang. Hehe...Sekarang dah duduk dan kerja di tempat yang sama. Sempadan kawasan kan, jadi agak keliru juga mulanya.

Ok....sekarang aku nak guna perkataan aku tinggal di Shah Alam bukan lagi Klang. :)

 

Sunday, December 16

Nenek Tak Mahu Jaga Cucu

Assalam...

Sejak kebelakangan ini aku mula rasa kesian sangat pada MIL maklum saja sudah tua tapi terpaksa menjaga cucu pula. Memang mulanya aku langsung tak terfikir mahu biarkan MIL jaga Amar tapi bila dear kata MIL yang merelakan hati mahu menjaga Amar aku marah juga mulanya tapi bila MIL yang bersungguh-sungguh mahu sebab mahu buat teman jadi aku ikutkan juga. Lagi pun masa tu kami duduk sebumbung dengan MIL sebab kami pindah duduk rumah MIL selepas aku bersalinkan Amar. Kesian jiran-jiran lama aku tak dapat tengok Amar masa baby. Tapi ada jumpa di kedai masa ni dia pula mengandung dan aku sudah punya 2 orang anak. :p

Syukur sebab MIL tawarkan diri sebab MIL takut masa tu banyak kes baby jatuh buai dan tersedak susu. Jadi aku pun rasa selamat sangat bila MIL dah tawar diri nak jaga Amar. Mulanya MIL jaga anak adik ipar aku tapi setelah 2 bulan MIL jaga kedua-duanya adik ipar aku berhenti kerja jadi sampai sekarang MIL cuma jaga anak aku seorang.

MIL pernah tolong jagakan anak angkat mak cik dear selama 2 bulan. Kiranya masih bayi lagi masa tu. Memang ambil selepas sehari dua maknya bersalin terus bawa balik ke Kuala Lumpur. MIL jaga sebab mak cik dear cikgu dan tak boleh ambil cuti sesuka hati. 2 orang anak angkat mak cik dear dua-dua MIL yang jaga, memang tip top bila MIL yang jaga.

Teringat dulu masa duduk sebumbung, pagi-pagi selepas aku mandi kadang-kadang kalau ada masa aku mandikan Amar kemudian aku akan bersiap-siap pergi kerja. Tapi masa tu MIL selalu bising-bising, katanya biar MIL yang mandikan sebab takut aku terlambat pergi kerja. Haih....sayang nenek ni lain kan gaya dia. Memang sampai sekarang manja terlebih-lebih budak sorang tu. Mujur masa mengandungkan Ashraf kakak ipar yang tawarkan diri mahu jaga. Masa tu aku dah kelam kabut fikir nanti kalau dah bersalin nak letak kat mana kan, kebetulan rumah akak ipar dekat sangat dengan rumah MIL jadi aku berikan pada kakak ipar biar dia jaga Ashraf. Kalau bagi MIL jaga kedua-duanya mahu pening kepala MIL.

Alhamdulillah sampai sekarang masih orang yang sama menjaga anak-anakku, harap-harap kekal hingga mereka bermula sekolah nanti. Amar sekarang dah tak susah nak jaga cuma sekarang rajin nak main di luar rumah.

Eh...apsal cerita panjang lebar pasal orang yang jaga anak-anak aku ni ek?

Hehe....kesian pada jiran aku. Selama ini aku tertanya-tanya kenapa dia tak tinggalkan anak-anak dia di rumah nenek mereka. Rumah nenek sebelah mama derang juga kan bukan sebelah ayah. Kata kakak ipar sebelah rumah aku ni, neneknya yang tak mahu jaga maklum saja kanak-kanak usia 4 tahun dan 2 tahun pastinya aktif dan cergas bermain kan. Jadi neneknya terlampau rimas agaknya jadi dia tidak mahu jaga cucunya walau pun untuk setengah hari.

Sekarang jiran tu sudah bersalin secara cser, sangat kasihan aku tengok. Berpantang di rumah sendiri walaupun rumah maknya dekat sangat. Pada aku lebih selesa pantang di rumah mak berbanding rumah mak mertua kan (hakikatnya aku selesa pantang di rumah MIL sebab dapat betul-betul pantang)

Sekarang masih belum balik rumah lagi sebab baby ada masalah masa bersalin tu, katanya induce 2 kali masuk ubat tapi jalan masih buka 3cm saja lastnya Dr tengok bacaan jantung baby agak pantas Dr cadangkan czer. Kesian sangat sebab dia ni rajin bekerja dan kiranya perlu sentiasa angkat-angkat barang berat. Sudah ada 4 orang anak dan anak ke 5 pula terpaksa bersalin czer.

Tapi memang aku kesian sangat kalau mak sendiri yang mengenepikan anak cucu sendiri. Walau pun maknya jaga cucu dari anak yang lain tapi tolong lah jangan membanding-bandingkan perangai dan sikap kanak-kanak ni.

Sentiasa berharap bila mana aku dah tua nanti kalau terpaksa menjaga cucu aku akan jaga dengan penuh kasih sayang. Hehe....anak sendiri sekarang pun kadang-kadang macam tarzan inikan pula cucu nanti kan. Hehe....kes jadi tarzan ni bila dah penat sangat. :p tapi kebanyakkan masa mama mereka ni jadi tempat melepaskan geram. (cubit-cubit, tampar-tampar, dan juga henyak-henyak belakang) sabar je la kan, sapa suruh nak sangat anak kan, bila dah dpt jgn nak bising-bising.
 

Saturday, December 15

CCTV

Assalam...


Pernah bagitau kat dalam pejabat baru ni ada banyak CCTV, sampai naik rimas aku di buatnya. Tak kira la sama ada bos tengok semuanya atau tidak itu terpulang pada kehendak hati bos la kan. Yang aku tau terasa seperti setiap gerak geri di perhatikan (Allah pun nampak kita sepanjang masa kan)


Bayangkan mana tak rimasnya...tiap ceruk ada CCTV sampaikan 1 tahap paling tak best ada CCTV di dalam pejabat dan betul-betul di belakang aku. Aku buat-buat tak tau je, sebab dari pada aku kebosanan lebih baik aku online. Curi-curi log in Facebook, blog dan juga mencari info tentang perkara yang aku mahu. Huhu...tapi sampai sekarang bos belum pernah panggil aku dan tanya pasal ni, kecuali orang lain dengki bila aku bagitau pc aku boleh buka Facebook. Hehe...mungkin sebab CCTV belakang aku jadi bos tak kisah nak unblock pc aku ni kan. Haha..


Sebenarnya kan, kalau ikut kata orang lain di sini bos jarang-jarang tengok CCTV untuk level aku ni. Ha....selamat aku setakat ni tapi tak tau la kalau akan datang bos tiba-tiba terbuka dan nampak aku tengah sibuk di Facebook memang kena la aku rasanya.


Jangan ingat sepanjang masa aku di Facebook eh...bila sudah selesai semua kerja aku akan pergi tapi bila ada kerja aku akan selesaikan dahulu. Semua kerja adalah penting dan itu punca rezeki aku jadi lebih baik mendapat rezeki yang halal dengan titik peluh yang telah aku curahkan. (titik peluh ni sebab ulang alik naik/turun, turun dan naik sepanjang hari dalam 3 4 kali).


Sebelah pagi biasanya bos untuk sales akan ada dalam office, meriah termasuk dengan salesman dan bising dengan kerenah bos-bos sales department ni je la. Bos department marketing sangat rileks, cakap pun lemah lembut tau. Huhu...jangan buli bos walau pun dia baik tau!


Tapi sejak masuk desinger sorang ni kami pun kecoh sama sebelah petang, sebab salesman paling lewat pukul 1.00 derang akan keluar. Huhu...bos aku siap kata, kalau designer ni tak masuk bunyi lalat terbang pun dengar tapi kalau desinger tu masuk memang macam pasar tani! Erk....bos perli ke apa ni eh....hahaha...jangan risau sebab bos pun ketawa sama dalam bilik dia. Jangan ingat dia tak dengar tau, hehe...sesekali dia pun menyampuk buat lawak jadi bertambah lawak tau. Kan elok begitu tidaklah stress jadinya dengan kerja yang ada. :p


Kawan 1 office ni pernah tegur, agak-agak kalau la CCTV ni boleh rakam suara memang dah kene tangkap kami semua sebab kami selalu ketawa terbahak-bahak. Terutama designer tu la, hish...ada je akal nak buat lawak dia tu. Jadi kalau tiada internet memang kebosanan sangat la jawabnya. Dari pada duduk melangut depan pc langsung tak tau nak buat apa lebih baik habiskan masa dengan online. Hehe...bos sila jangan marah ek.


Kalau office lama dulu CCTV terletak di bahagian depan kaunter jadi sesiapa boleh tengok gambar dari CCTV tu. Paling best tengok suasana pintu depan, kalau ada yang buat nakal nak usik sesiapa yang keluar awal petang tu. Pernah sekali engineer tu letak anak patung anjing kecil je depan pintu tapi bila member aku buka pintu terjerit juga dia. Huhu...ketawa terbahak-bahak kami sebab tau dia memang penakut dengan anjing liar. Kawasan office lama memang ada banyak anjing liar sampaikan kadang-kadang kami nak keluar kami tunggu dan tengok CCTV dahulu baru kami keluar lari-lari terus masuk kereta. Ha...itu kegunaan CCTV buat kami, bos tak tengok langsung tau.


Paling tidak suka bila aku bosan, jalan-jalan turun bawah bila tiada kerja sekadar mahu berbual seketika tapi bos nampak dalam CCTV? Erk....rasa macam jadi penjenayah pula di sini. Huhu....bersalah besar la agaknya pada bos aku. Kawan-kawan yang lain ketawa saja bila tengok muka aku terus berubah. Mau taknya bila bos sudah tegur tak kan tak takut lagi kot...hehe seram sekejap tau.

Haih...bos tolong la jangan terlalu berkeras hati dengan kami ni, kami ni mencari rezeki...tanpa kami siapa la bos tapi tanpa bos siapa pula kami ni kan... :p

 

Friday, December 14

Kepentingan Menyimpan Instruction Manual

Assalam...

Sejak bekerja dalam bidang yang aku belajar dahulu baru aku faham apa tujuan aku belajar dahulu. Maklum saja sebelum ini semua kerja aku tidak ada kaitan langsung dengan pemasaran. Yup! itu bidang yang aku belajar dahulu, tapi jujur aku katakan aku bukan antara pelajar terbaik. Masa tu hati aku sangat minat pada bidang IT dan juga Seni bina tapi aku di paksa juga belajar sebab mendapat tawaran. Syukur juga walau pun tak minat tapi masih mampu mendapat keputusan yang baik.

Bila di tempatkan di bahagian pemasaran rasa macam teruja sangat pada hari pertama bekerja. Di sini ada 2 orang sahaja yang menjaga bahagian pemasaran. Sangat kecil aku rasa tapi mungkin beban kerja menjadi banyak pada setiap orang.

Masuk bulan ke 3 aku di sini seorang dari kami telah di pindahkan ke bahagian jualan, mahu atau tidak aku perlu terima cabaran ini. Menggalas kerja sebagai pembantu dalam bahagian pemasaran. Hehe...walaupun hakikatnya pernah ada yang dengar kata pihak pengurusan tidak mahu bangsa melayu duduk di bahagian pemasaran. Aku buat tidak tahu dan buat tidak peduli.

Sejak bekerja di sini selama hampir 6 bulan ada seorang perempuan telephone minta kami berikan panduan berkenaan dengan cara penggunaan ketuhar. Haih....pening juga nak menjawab tapi terpaksa juga jawab. Akhirnya aku tak mampu nak menjawab sebab aku bukan pengguna ketuhar secara tegar jadi tak mampu sangat nak membantu.

Mujur rakan senior lebih mudah memberikan jawapan kepada semua pertanyaan. Kami di sini pun rasa kelakar, sebab soalannya bukan berkaitan dengan ketuhar tetapi cara menggunakan ketuhar berkenaan. Huih...sudah lah disini ada pelbagai model ketuhar. Dapat tahu model ketuhar yang di gunakan model lama, mujur aku tak tersilap beri panduan.

Kata yang menghubungi kali terakhir menggunakan ketuhar tu bulan Jan 2012 lepas, sekarang sudah masuk disember 2012 memang lupa la kan macam mana nak gunakan untuk memanggang ayam. Kami menanti-nanti orang tu call kami semula tapi sehingga kini tak tau apa beritanya. Aku rasa mungkin sudah berjaya atau malu-malu sendiri kot sebab kecoh sangat. Haha... tapi itu hak dia sebagai pembeli dan pengguna kan.

Pendek kata lain kali kalau beli apa juga barangan letrik perlu simpan segala manual penggunaan. Mudah untuk di jadikan rujukan pada masa akan datang. Bukan setakat mudah tapi menyenangkan orang lain juga kalau mahu meminjam.

Ada sesetengah syarikat menyediakan manual penggunaan dalam talian, pengguna sendiri boleh muat turun dari sana tapi syarikat aku kerja ni masih belum laksanakan lagi. Harap-harap dilaksanakan tahun 2013 nanti untuk kemudahan pengguna.

Manual penggunaan tersangat penting bukan sekadar mengajar cara penggunaan tetapi memberikan panduan apa yang boleh dan apa yang tidak. Ada sesetengah barangan letrik untuk kegunaan dapur menyediakan resepi bersama. Ini pengalaman aku membeli ketuhar jenama Pensonic.

Ada juga jenama lain yang sekarang aku tengok sediakan resepi dan juga langkah-langkah menyediakan makanan. Sangat menarik aku tengok.

Tapi hakikatnya aku akui, aku sendiri pun tak pernah menyimpan manual penggunaan ni. Sekadar masuk dalam kotak dan bila sampai 1 masa di perlukan aku perlu mencari semula. Biasanya aku baca untuk permulaan tapi bila sudah biasa guna aku pasti aku tidak akan simpan.

Contoh: Kalau beli kipas angin dinding perlu ke nak simpan manual ni? hehe...kalau nak selamat simpan saja lah buat rujukan akan datang. Mana tahu kalau-kalau cara nak buka kipas tu tak sama dengan kipas-kipas lain yang ada di pasaran. :p

Satu lagi yang tersangat penting ialah kad jaminan. Tersangat penting untuk di poskan dalam tempoh yang di tentukan. Biasanya ada yang dalam jangka masa 2 minggu atau mungkin lebih. Jika barang letrik baru di gunakan dalam tempoh sebulan dan sudah rosak tapi tak pernah poskan kad jaminan...memang sedih! terpaksa membaiki menggunakan kos sendiri.

Kad jaminan bukan setakat untuk barangan letrik sahaja tapi merangkumi semua barangan termasuk telephone bimbit.

Pernah terjadi telephone nokia aku rosak, aku hantar baiki di Nokia Centre cuma perlu bayar RM30.00 sahaja. Tak perlu bayar harga penuh sebab tukar barang.

Jadi jika membeli apa-apa juga barangan sila simpan manual penggunaan dan jangan lupa hantarkan kad jaminan walau pun tempoh cuma 1 tahun. 12 bulan terlalu lama dan tersangat rugi jika barangan tiba-tiba rosak.

(Sekadar peringatan buat diri sendiri dan juga orang lain)
 

Thursday, December 13

Mahu Ke I-City Tapi Sampai Ke AEON Bukit Raja?

Assalam...

Hari Ahad lalu dear balik kerja awal dan terus ajak anak-anak bersiap keluar. Rancangan dear mahu bawa kami ke I-City tapi bila kami sampai di Bukit Kuda, Klang hujan sudah mencurah-curah turun dengan lebat. Terpaksa batal mahu ke I-City. Kami melencong ke AEON Bukit Raja sebab di sana pastinya ada kawasan parking kereta berbumbung. Huhu...ramai juga tapi syukur masih ada banyak lagi parking di sana yang kosong.

Kami tak berjalan ke mana-mana kedai pun. Pergi makan di Food Court dan bayar bil broadband di Digi Store yang berdekatan dan terus balik rumah. Hehe... itu pun Amar dalam kereta sudah tertidur, kalau pergi I-City tadi mahunya masuk kereta terus minta susu dan terlelap.

Ayah jaga 2 anak, mama order makanan dan beratur bayar.

Kami makan cendol, laici kang, kentang goreng dan juga nasi goreng udang. Hehe...Amar suka sangat makan udang sekarang ni sebab tu pilih nasi goreng udang. Kentang goreng makan bersama-sama sebab aku tak nak makan nasi, petang tu dah makan keropok lekor dan juga goreng pisang.



Sebelum balik bagi la mereka naik sekejap tapi dah naik tak mahu turun pula.
Aktiviti luar minggu ni tak dapat di laksanakan berikutan cuaca hujan setiap petang. Selepas balik dari Warehouse Sales HLK Amar main air lopak di depan rumah. Haih la anak, lopak air pun sibuk nak main ke, orang lain tak main dia sorang pula pergi main.

Wednesday, December 12

Wordless Wednesday

Assalam...







Ada Apa Di HLK Warehouse Sales?

Assalam...

Akhirnya selepas tergedik-gedik sangat nak pergi walau pun bukan mahu beli apa-apa kecuali akan beli kalau barangan letrik bernilai RM100.00 setiap satu. Haha.... Aku pergi pun kebetulan sebab nak isi minyak dan nak cucuk duit untuk bayar mekanik upah baiki kereta LA tu. Haih...terbang RM500.00 pada LA tu.




Inilah bangunan HQ HLK di Kota Kemuning, tempat yang agak strategik..dari bulatan terakhir di kota kemuning sudah boleh nampak. Hehe..maklum saja bangunan ini baru siap tahun ini. Mula-mula nampak pun aku terkejut sebab eh ada pula HQ dia kat sini.

Jualan gudang di buat di kawasan parking, mujur aku datang sebelah petang lagi sejam nak tutup. Tapi aku pasti mungkin masa penutupan akan lebih lewat sebab masih ada orang lagi yang datang selepas pukul 4.30 petang tau. Beroperasi dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Cuaca sangat baik sebab aku datang selepas hujan tapi lecak sikit la kan.

Barangan yang dijual segala macam ada dari sekecil seterika sampai ke sebesar-besar peti ais. Pejam mata tengok harga, memang ada yang mampu tapi tak mahu la. Masa pusing-pusing tengok barang nampak juga barangan dari jenama tempat kerja aku di jual. Eh....rupanya barangan ini adalah barangan display bukan barangan yang sudah kemek atau pun di baiki. Ini yang aku dengar semasa seorang pelanggan bertanyakan status barangan yang dijual sebab harga jatuh tidak banyak beza sangat.

Berbaloi juga pada orang yang beli sebab ini cuma barangan display jadi kekurangan cuma pada rupa sahaja la kan, sebab mesti ada sedikit calar dan juga lebam-lebam sebab terkena sentuhan orang lain tapi kualiti masih sama seperti baru.

Ada banyak televisyen, kalau ikutkan hati mahu je beli. RM 1k boleh dapat tapi tak pasti LED atau LCD. Maklum saja tv di rumah masih belum di baiki lagi. Asyik lah menangguh dengan alasan sibuk memanjang.


Ada peti ais tapi yang ada masa aku datang cuma peti ais 2 pintu je, mungkin peti ais 1 pintu sudah habis dibeli atau pun memang tidak di tawarkan langsung. Cantik memikat peti ais warna merah tu, geram sangat!


Mesin basuh pun ada, pengering baju pun ada...pendek kata semua ada cuma bawa duit siap-siap atau pun sediakan kad kredit saja. Yang bersaiz kecil boleh bawa pulang terus tapi yang bersaiz besar tak pasti pula ada lori di sediakan atau tidak sebab aku tak nampak sebarang lori pun di kawasan tu. Atau mungkin penghantaran di buat selepas habis jualan gudang supaya tidak perlu bersesak-sesak mereka mahu mengangkat barang dengan orang ramai kan.

Pendek kata kalau ada buat lagi lain kali datang la, ini pandangan aku la kan. Sebab ini bukan barang yang sudah kemek sebab pengalaman sebelum ni pergi jualan gudang jenama Haier dia jual barang yang sudah kemek dan bercalar agak teruk tapi dengan separuh harga. Untung pada harga tapi barangan tetap kemek. Kalau barangan display ni pada aku masih nampak elok lagi, calar dan lebam-lebam pun tak ada la ketara sangat. Jadi sesuailah kan harga yang mereka tawarkan tu mungkin turun dalam 20 - 30% je dari harga asal kalau tak silap aku.

Semasa mahu balik ternampak satu keluarga sedang membawa vacuum jenama tempat kerja aku. Huhu....ada juga orang mahu beli ek, eh...jenama tu dah hampir 25 tahun ok ada di pasaran. Paling tidak menahan sebab pekerja sana nampak aku tak beli apa-apa mereka sempat promote induction cooker tapi maaflah aku tak berminat langsung.

Pergi tak sampai setengah jam, pergi dengan Amar lagipun bukan mahu beli apa-apa cuma mahu tengok-tengok dan cuci mata saja.
 

Tuesday, December 11

Warehouse Sales Kota Kemuning

Assalam...

Ini kisah hari Khamis lepas, tak sempat saja nak upload gambar jadi kisahnya pun terbengkalai je. Hehe... aku pergi tumpang member office dari service department sebab mereka memang dah pernah datang hari Rabu jadi datang lagi untuk membeli pula. Baguskan derang ni, rajin buat survey dahulu.


Yang pakai baju hijau tu la office mate, tengah sibuk nak memilih. Aku pula sekali datang terus beli handbag dan sarung tilam. Hehe...harga ok la 80% dapat jimat kan.





Pendek kata macam-macam ada jual kat sini tau. Baju/seluar lelaki (tshirt dan juga kemeja), baju perempuan, beg, handbag, mainan kanak-kanak, comforter, cadar, kasut sukan, kasut perempuan (sandal dan juga heels) alat-alat make up, makanan tambahan, mandian untuk kanak-kanak dan juga pinggan plastik/botol air untuk kanak-kanak. Hehe...banyak tapi tak ada baju budak je kalau ada lebih lagi la duit melayang. :P

Erh...gambar tetiba ada tangan plak sebab tangkap sambil sembang-sembang. Hehe...dah habis dah pun sales ni, jadi tunggu la tahun depan ye sebab kalau tak silap aku sales ni memang tiap-tiap tahun ada kat sini.

Esok mahu cuci mata tengok apa yang ada di Jualan gudang HLK pula. :)

 

Monday, December 10

Rawang Burger Bakar - Kota Kemuning

Assalam...

Yes akhirnya dapat juga merasa apa yang sedapnya dengan burger bakar. Petang semalam dear balik awal konon nak bawa anak-anak keluar bermain tapi hujan pula jadi kami bertukar rancangan sekadar bawa anak-anak keluar pusing-pusing dan cari makan. Kalau ikut perancangan aku cuma mahu bungkus lauk saja sebab masih ada baki nasi tengahari tu tapi alang-alang kata dear aku ikutkan saja.

Dear pergi bank sekejap kemudian mahu makan ayam penyet tapi gerai tutup petang ahad tu. Hampir mahu bungkus lauk sahaja tapi mulut tiba-tiba kata 'kedai burger bakar tu di sebelah sana' hehe...dear plak terus kata jom! huhu...

Kami sampai pukul 5.45 petang lebih kurang la...masa sampai nampak belum ada orang lagi tapi asap/api sudah hidup bermakna mereka sudah mula berniaga la kan. Dear order sendirian aku dan anak-anak menunggu dalam kereta. Walau pun dapat no 1 tapi kami menunggu hampir 1/2 jam tau. Ish.... lama betul!

Kata dear patty tu derang bulat-bulatkan di situ, bukan bulatkan siap-siap dari rumah. Ayam kisar yang di tambah dengan lada hitam dan rempah lain, daging juga di bawa dalam 1 bekas. Patut la, dah tu patty nya tebal sebab tu ambil masa yang lama untuk masak. Hehe.. cuma tak tahan masa untuk menunggu tu je la, jadi lain kali kalau nak makan mungkin perlu order terlebih dahulu dari rumah kemudian lebih kurang 1/2 jam ke sejam baru keluar rumah (itu kalau memang merancang mahu makan di sini)



Dalam kereta kami menunggu sambil makan Twisties sebab anak-anak sibuk mahu keluar walau pun cuaca gerimis di luar. Ha....ini yang susah bawa budak-budak ni berjalan.

Kami tak makan di kedai sebab cuaca gerimis tambah lagi dear dah janji nak tolong kakak ipar malam tu. Makan di rumah lagi selesa bukan apa dapat melayan kerenah anak-anak juga. Huhu... Amar makan banyak juga tapi dia lebih suka burger daging sebab patty burger ayam ada lada hitam...pedas!


Semua gambar aku ambil dari FB Rawang Burger Bakar.
 
Total untuk 2 biji burger RM 16.00 tapi sebab dear minta tambah chesse jadi tambah lagi RM 1.00 untuk setiap burger. Huhu...macam mahal tapi pattynya yang tebal tu memang puas hati. Hehe...

Yang ni dah dapat tapi teringin nak cuba 1 lagi burger di Seksyen 7, Shah Alam. Hehe...dah lama ajak tapi sebab dear asyik sibuk kerja siang malam tak kira hari minggu pun kerja juga. Nanti ada rezeki boleh dapat juga rasa kan. Sekadar merasa je, nak tahu apa yang sedap sangat. :)

Pada siapa yang tinggal berdekatan boleh datang cuba di Mama Kandar, sebaris dengan Domino's Pizza, Pizza Hut. Kalau rasa malas nak menunggu macam aku boleh call dahulu 012-6678900 atau 017-3359975, setengah jam kemudian datang makan/ambil. Senang cerita kan.