Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, October 31

Ashraf Sudah Setahun 6 Bulan

Assalam...

Syukur pagi ni aku sempat minta izin bos keluar sejam dua untuk bawa Ashraf pergi klinik. Aku keluar agak lewat sedikit sebab tak sanggup nak mengadap orang yang ramai di klinik sebab biasanya pagi memang ramai orang. Kebanyakkan orang yang bekerja mau pun suri rumah sebab lepas hantar anak yang lain pergi sekolah terus pergi klinik. Balik nanti dah boleh masak apa yang patut. Kalau aku suri rumah pun dah lama aku buat.

Hasilnya sekarang Ashraf sudah seberat 10.2kg berbanding semasa setahun 3 bulan 9.4kg. Ada naik juga dari tak ada kan, cik misi pun tak kata apa pun. Ambil berat, sembang-sembang dengan cik misi pasal perkembangan terbaru Ashraf. Insyaallah cik misi minta datang lagi bulan Jan 2013 nanti untuk timbang berat je. Ish...takkan nak timbang berat je kot?

Amar aku dah stopkan pun bawa pergi klinik ni, tak tau la kalau aku rajin pula nak bawa Amar dengan Ashraf pula akan datang sebab dah tiada lagi sesi cucuk menyucuk ni. Hehe...

Kesimpulannya semuanya ok. Masa inject mestilah aku peluk tapi bila cik misi cucuk je terus menangis. Ha....sakit la kan, aku sendiri pun terasa sakit. Ouh..boleh rasa walaupun dah lama tak kene cucuk ni lagipun aku teringat masa zaman sekolah dulu bila masa nak cucuk ni fuh....seram! hehehe...

Ok, cuaca sejuk-sejuk petang ni sebabnya tengahari tadi hujan maha lebat. Jom pekena kopi dulu... hehhee..


31/10/2012 *4 Tahun*

Assalam...

Syukur hujung bulan ini sudah 4 tahun usia blog aku. Wah...sangat pantas kan bermula dengan entry pertama tahun 2008 hingga sekarang. Memang sentiasa on off je berblog tapi masih meneruskan berblog walaupun dulu belum ada anak dan kini sudah ada 2 orang putera yang memenatkan tapi menyeronokkan. :)

Syukur sepanjang 4 tahun berblog tujuan aku tetap sama mahu mencatatkan kisah/kenangan peribadi untuk tatapan akan datang. Boleh juga menjadi rujukan buat anak-anak. Jadi mahu buat pertukaran sedikit dengan menukar nama blog dari Sweetpepatung kepada Lahir Dari Hati kerana semua catatan di sini adalah lahir dari hati nurani aku.

Semoga aku di berikan kesempatan dan kelapangan masa untuk berblog lagi di masa akan datang. Berblog juga dapat menambahkan ilmu dan juga kenalan. :)


Tuesday, October 30

Tanam Sayur Sendiri

Assalam...

Sudah lama teringin nak tanam sayur sendiri tapi asyik tergendala je. Tak tahu kenapa...sejak duduk rumah lama hingga pindah rumah sewa yang sekarang ni.

Kalau ikutkan dulu duduk rumah sewa lama aku dah tanam kunyit, serai dan daun pandan di tepi parit bawah ampai kain. Tapi tau-tau je la rumah dekat dengan parit dan kawasan pokok getah. Ada ular masuk rumah, bila minta adik ipar tolong pukul tapi ular lari menyorok dalam tanah dekat dengan kawasan pokok pandan. Huih...memang seram la nak ambil daun pandan lagi sejak dari hari tu. Biar dear saja yang ambil aku memang tak berani. Sampai la dear buat keputusan pindah rumah bila aku berpantangkan Amar di rumah MIL sebab bahaya ular, keadaan rumah yang sudah teruk dengan anai-anai dan juga jiran sebelah rumah.

Bila pindah rumah sewa lain teringin tanam semula, balik kampung ambil anak pokok kari, pokok kunyit dan daun pandan kami tanam belakang rumah. Tapi tanaman tak menjadi seperti sebelum ini, mungkin sebab ada semut aku rasa. Dear ambil anak pokok yang masih hidup dan tanam dalam pasu. Kekal sehingga kini tapi tinggal pokok serai je, dengan batang yang kecil sangat aku rasa. Nak buat macam mana, pantang gemuk aku dah ambil. Haha...

Belakang rumah sewa sekarang pun bukan boleh percaya, pernah sekali masa aku jemur kain aku terserempak dengan ular. Adoi....belakang rumah kawasan pokok sawit mungkin ular tu bersarang di sana. Ketakutkan masa tu, rasanya sejak duduk di rumah sewa ni sudah 2 kali ular datang masuk rumah. Orang kata ada benda tak baik tapi aku fikir positive mungkin ular tersesat kot. Mujur masa tu ular tu tak masuk rumah, sebab Amar tidur buai dan Ashraf tidur atas tilam je, kalau ular tu gigit anak-anak aku memang aku hilang akal kot jadinya.

Jadi harap-harap impian mahu ada kawasan tanaman untuk sayur-sayuran bila di rumah sendiri nanti. Masih merancang, jika di izinkan Allah teringin nak ada satu ruang. Aku nak tanam macam-macam sekurang-kurangnya memudahkan bila aku perlu jadi tak payah bersusah payah nak pergi ke kedai atau pun minta dear belikan. Dah cara masakan melayu memang begitu kan, kalau ikutkan nak juga aku tanam pokok kelapa tapi mesti dear tak bagi! Hehe....

Sambil makan hasilnya dapat juga keluarkan peluh kan... 

 

Monday, October 29

Perkembangan Amar Dan Ashraf

Assalam...

Huh...lama sungguh tak berceloteh pasal anak-anak berdua ni kan. Sekarang Amar sudah menjangkau usia 2 tahun 7 bulan dan Ashraf sudah 1 tahun 6 bulan hujung bulan ini. Insyaallah aku akan bawa ke klinik untuk dapatkan suntikan hari Rabu nanti.

Paling mencabar dengan 2 anak ni bila dua-dua berebut barang yang sama. Walau pun bola ada 2 biji tapi bola merah yang besar tetap menjadi rebutan mereka. Bila salah seorang tak dapat pasti akan menangis atau mengamuk. Haih...begini hidup bila ada anak 2 orang kan. Orang lain yang ada anak sorang boleh berlagak kata rumahnya tidak bising dan tidak bersepah-sepah. (merujuk pada jiran belakang rumah)

Amar sekarang masih memakai diaper, masih menghisap puting dan masih belum pandai bercakap lagi. Hehe.... bahasa yang Amar gunakan kadang kala aku faham tapi kadang kala aku tak faham.

Contoh masa kami di rumah MIL semasa raya aidil adha lepas.
Amar : mama kerja ke? (dalam bahasa dia)
Aku : haaaa...abang makan la ye.
Amar : mama kerja ke? (dalam bahasa dia)
Aku : abang nak tambah lagi ke?
Amar : mama kerja ke? (masih dalam bahasa dia)
Aku : eh...mama cuti, hari isnin nanti mama kerja.

(ketawa terbahak-bahak aku masa tu, kesian pada diri aku sebab aku tak faham apa yang Amar katakan. Lagi 1 hal aku nampak Amar bersungguh-sungguh bertanya sehingga dia dapat jawapan yang pasti. Bagus kan. :)

Kalau ikutkan percakapan sudah banyak yang boleh di tuturkan sejak aku dan dear selalu sorokkan puting. Cuma kami belum berani lagi untuk berhentikan puting bila malam hari. Ingat senang ke? siap guling-guling dan hentak-hentak kaki bila tak dapat puting tu. Geram pun ada bila jadi macam tu, lagi pun kalau dengan nenek memang nenek bagi je. Huaaaaaaa....cam ne ek nak berhentikan? Tolong......

Perbuatan buat masa ni memang kerap mengikut arahan, mudah mendengar arahan yang aku dan dear berikan.

Contoh
Aku : abang, tolong ambilkan mama kain lap kat atas meja dapur.
Amar : tak ada kain la mama, dah hilang
Aku : cuba abang tengok dekat almari
Amar : ada, nah!

Huhu...paling menarik Amar suka cakap terima kasih dan sama-sama bila bagi barang pada orang lain. Tapi pernah sekali aku buatkan susu dia cakap terima kasih. Wah....seronoknya!

Potty train...memang nak buat untuk langkah menghentikan pembelian diaper. Mana tidaknya sudah memakai saiz xxl tambah pula saiz makin besar kuantiti makin kurang. Huhu...menangis aku bila fikirkan kenapa dulu aku tak tetapkan hati beli lampin kain sebelum Amar lahir....ok hal yang lepas jangan di kenang. Insyaallah aku nak latih, minggu lepas buat sekali tapi tak sampai setengah jam. Amar leka main dengan Ashraf walaupun masa tu dear baru je ingatkan Amar bagitau kalau rasa nak kencing. Tapi tak berjaya. :(

Buat masa ni aku nak bagi Amar pandai cakap dulu baru nak latih potty train ni, kalau Amar tak boleh cakap dengan baik macam mana nak train kan? hehehe...

Sudah tumbuh semua gigi aku rasa sebab bila aku tolong gosokkan gigi nampak semuanya sudah rata. Patut la Amar pantang nampak makanan.

Ashraf pula sudah banyak mulut, kadang-kadang aku rasa macam Ashraf cakap lebih cepat berbanding Amar. Tambahan pula sebutan yang keluar jelas dan tepat.

Contoh
*cicak
*takut
*semut
*susu
*ikut
*makan

Kadang-kadang sempurna sebutan tapi kadang-kadang agak pelat juga. Ish.... paling tak tahan bila dia minta susu masa tidur, mata pejam tapi mulut sebut susu....hehehe...masa tu aku rasa macam nak ketawa je sebab comel sangat la anak yang sorang ni.

Sudah bermacam-macam akalnya, sudah kenal gambar-gambar binatang, kenderaan mau pun makanan. Hehee....buat masa ni aku rajin juga ajar mereka ABC dan juga Alif Ba Ta. Ye la takut ketinggalan kan sebab biasanya aku sibuk sepanjang hari cuma hujung minggu ada masa mengajar mereka.     

Alahai ajar ABC pun sambil menyanyi sambil tengok tv atau pun melayan kerenah mereka. Melekakan mereka sekejap bila ada masa terluang. Biasanya cuti hujung minggu sebab hari bekerja aku pula sibuk, balik kerja dan sibuk nak masak, basuh kain dan kemas dapur. Jadi hujung minggu adalah masa terbaik untuk aku ajar mereka.

Hajat di hati nak beli kain yang bercorak huruf rumi dan jawi tapi bila fikir nanti kalau beli kain nak jahit di mana? huh...di rumah MIL di tambah pula dengan 2 orang hero malaya tu memang tak jadi 1 kerja aku rasa.

Jadi penyelesaian aku belikan mereka papan tulis cuma tak seronok sebab Ashraf suka menggigit papan ni. Geram sangat tapi nak buat macam mana suka betul dia gigit papan ni.

Baru 3 hari lepas perasan Ashraf sudah tumbuh gigi geraham. Sebelum ni cuma ada 8 batang (4 atas dan 4 bawah) patutlah sepanjang bulan ni kerja dia asyik mengigit orang termasuk Amar juga tau. Rupanya nak tumbuh gigi geraham. Aku cuma nampak geraham atas sebab masa tu aku geletek dia tapi gigi bawah tak pasti pula sebab kalau aku masuk jari raba-raba mesti dia gigit jari aku sekuat hati. Eeeeeeiiii sakit tau!

Ramai orang dah tanya bila nak tambah sorang lagi, mungkin tambah anak perempuan ke. Huih....pada aku dan suami kami memang merancang sekarang ni, biar apa orang nak kata kami tetap dengan pendirian kami kecuali kalau Allah memang nak beri. Ye, jangan lupakan kuasa Allah ye. Hehe...adik ipar baru tahu dia mengandung minggu lepas, apa lagi terus rasa teruja dalam hati tapi cepat-cepat aku buang ketepi.

Alasan utama kami tak nak anak buat masa ni sebab.....cukup la dulu dengan 2 orang ni yang bikin aku suami isteri pening kepala, tak lena tidur, tak kenyang makan, tak kering gusi ketawa dan tak terlayan pun ada. Heh....kalau boleh kami nak kukuhkan dulu ekonomi keluarga kami, maklum saja sudah ada anak tanggungjawab pun bertambah. Perancangan kami mahu ada kereta baru dan rumah sendiri. Penat tau menyewa ni mana tidaknya tak boleh nak buat apa-apa. Dear tak bagi kebenaran nak hias ye. Langsir pun tak bertukar dan dah nampak tak cantik sekarang ni.

Insyaallah orang kata setiap anak ada rezeki tapi takkan nak ada anak lima kami masih duduk rumah sewa dan guna kereta sekarang? huh.....sangat tidak berpada-pada aku rasa.






 

Saturday, October 27

Puasa Hari Arafah

Assalam...



Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan nak berpuasa sunat tahun ni. Semoga mendapat keberkatan dari Allah. Amin....
 

Friday, October 26

Stok Susu/Lampin Anak

Assalam...

Selalu nampak bangsa Cina akan membeli 1 troli penuh stok susu anak-anak mereka tapi mereka minum susu jenama yang agak mahal. Mulanya aku ingat mereka beli bila ada promosi tapi bila nampak berulang-ulang pembelian aku fikir mungkin mereka mahu buat stok. Yup! kalau 1 jenama sampai 3 kotak besar takkan untuk pakai sebulan kot, kuat betul anaknya minum susu kan.

Bermula awal bulan lalu aku dan suami sebulat suara nak beli stok susu (Dugro 1-3) dan lampin (Drypers M dan XXL) untuk Amar dan Ashraf. Biasanya sebelum ini kami akan beli bila sudah hampir habis atau pun bila ada promosi dari mana-mana pasaraya. (kecuali bila sudah habis dan tiada promosi sudah jadi kes terpaksa beli)

Buat masa ni kami ambil 10 paket susu dugro sebab Amar agak kuat minum susu dan Ashraf pun dah mula minum susu formula. (terbatal rancangan nak menyusukan hingga 2 tahun) Biasanya Amar seminggu sekali minum sepaket 900gram di rumah nenek jadi untuk memudahkan kerja aku dan suami kelak aku beli terus 10 paket dan simpan di rumah. Bila MIL bagitahu susu dah kurang aku akan bawa keesokkan harinya. Setakat hari ini simpanan dirumah masih ada 4 paket lagi.

Susu jenama Dumex bukan antara susu mahal di Malaysia ni, jadi pergi mana-mana kedai pun boleh dapatkan harga di bawan RM 20.00. Cuma kami ada kerajinan dan masa nak survey kami pergi Speedmart 99, Giant dan kedai ubat cina di Kota Kemuning. Akhirnya bila kami bandingkan 3 kedai ni Giant antara yang termurah pada masa itu RM19.49 tapi kami bayar 4 resit berlainan sebab terhad untuk 3 paket seorang pelanggan.

Lampin Drypers sentiasa turun naik harga kalau bernasib baik dapat serendah RM 29.00 tapi setakat ini aku cuma dapat beli sekali dengan harga tersebut dan stok terhad kepada 3 paket untuk seorang atau 1 resit pembelian. Aku anggarkan 2 paket untuk Ashraf dan 3 paket untuk Amar. Ashraf kurang sebab aku guna lampin kain (Cloth diapers) yang membantu untuk berjimat jadi dalam hati terlintas nak tambah lagi stok lampin kain yang ada.

Kami beli lampin di kedai ubat cina yang rata-rata orang kata harga susu dan lampin lebih murah. Kami dapat dengan harga RM 31.90 dan tiada had pembelian. Dear ambil 4 paket, 2 untuk Ashraf dan 2 untuk Amar. Memudahkan kerja kami aku tinggalkan 1 paket untuk Amar dan Ashraf di rumah nenek dan mak lang. Kalau dah kurang mereka akan bagitau kami, tak perlu aku nak hadkan penggunaan satu hari 4 ke 5 keping sahaja sebab pernah Ashraf di serang cirit birit menggunakan lebih 5 keping lampin sepanjang pagi sahaja. Jadi itu kan sudah menyusahkan kalau tiada stok disediakan dengan lebih.

Pada aku biar lebih supaya senang orang yang menjaga mereka, tambahan pula yang menjaga adalah saudara sendiri. Memudahkan aku bila pergi rumah MIL tak perlu nak bersiap-siap bawa lampin lebih. Dear pun rajin bawa anak-anak bila hujung minggu jadi tak payah nak bersusah payah mengangkut lampin.

Buat masa ini stok lampin untuk Ashraf masih ada 1 paket dan Amar sudah separuh paket di gunakan. Amar terpaksa beli lebih akan datang sebab kuantiti lampin lebih sedikit berbanding Ashraf.

Rumusannya pada aku buat masa ini agak memudahkan kerja aku, bila tahu susu/lampin dah kurang perlu ambil dari rumah sahaja tak perlu pergi kedai beli. Setakat ni susu masih mencukupi kalau beli 10 paket, lampin perlu ditambah 1 paket lagi untuk Amar. Makanya setiap hujung bulan aku akan menyelak surat khabar dan melihat promosi terkini dari setiap pasaraya. Antara pasaraya yang menjadi pilihan Giant, Tesco atau pun Carefour.

Seronok beli stok banyak sebab senang untuk aku tak perlu ke kedai setiap 2 minggu untuk beli susu tapi akan terbeli barang lain pula. Cuma pelaburan kewangan yang banyak sekali beli agak terasa membebankan sedikit tapi kalau di kira adalah lebih untung beli banyak dari beli sedikit-sedikit. Jadi aku akan teruskan cara membeli secara pukal mulai sekarang.

(Nak buat untuk stok barang dapur tapi terasa macam berat sangat, tak apa perlahan-lahan kita berlatih dulu ye. :) )

- 19/11/12 * update untuk stok bulan nov 12, awal bulan lepas lampin aku beli 3 beg untuk Amar dan 2 beg untuk Ashraf dan 10 paket susu. Sekarang sudah pertengahan bulan masih ada 2 beg lagi untuk Ashraf dan 2 beg lagi untuk Amar dan masih ada 4 paket susu. Harap-harap mencukupi sehingga sampai 7hb Dec 2012 nanti. :p -
 

Salam Aidil Adha

Assalam...

Selamat hari raya haji buat semua. Hehe...tahun ini tahun ke berapa ntah aku tak balik kampung bila tiba raya haji. Setakat duduk rumah MIL dan melayan kerenah anak-anak je la.

Dear kerja hari Sbatu jadi tak semangat nak ambil cuti tambahan pula keadaan kenderaan kami sekarang tak mengizinkan kami melalui perjalanan jauh. Aduh....Harap-harap bulan depan dapat balik kampung nak makan durian.

Ok, Selamat bercuti dan selamat berhari raya!




Thursday, October 25

Belajar Mandarin Untuk Bahasa Ke 3

Assalam...

Sudah berapa syarikat aku bekerja kebanyakkan adalah berbangsa Cina. Pendek kata kalau dalam surat khabar, jobstreet ke, jobsb ke atau mana-mana iklan pasti akan ada syarikat yang meletakkan iklan perlua pandai mandarin atau paling tidak seraca terang-terang mahu bangsa mereka sendiri.

Hoh.... tak patut sangat kan, tapi nak buat macam mana, setiap bos, setiap syarikat ada hak masing-masing untuk menentukan dan memilih calon pekerja yang mereka mahu.

Jadi setelah beberapa syarikat aku kerja memang selalunya bos berbangsa cina kecuali ada 1 syarikat ni je mak dia berketurunan cina dan bapa dia orang melayu. Anak memang pandai berbahasa mandarin, ayah dia je yang tak pandai tapi pandai bahasa 'jawe' Hehe... Beruntung anak dia kan cuma tak bestnya terlampau sosial pada pandangan mata aku.

Untung sangat bila pandai mandarin, tambah-tambah pula kebanyakkan pembekal berbangsa cina tak pun macam tempat aku sekarang ni memang membeli barang dari China jadi mandarin tu satu keperluan selain perlu berbahasa inggeris.

Sedang mencari kalau-kalau ada kelas untuk hujung minggu tapi setakat ni belum ada lagi. Yang aku nampak ada di UiTM tapi biasanya untuk pelajar mereka. Masih dalam proses mencari lagi sebab kebanyakkan orang kata kalau belajar online pun boleh. Jadi teringin nak cuba, kalau-kalau boleh faham  sikit-sikit pun jadilah kan. Bukan berniat nak pergi melancong ke negara China :p

Kadang-kadang rasa macam tak selesa juga bila orang lain cakap mandarin, kadang-kadang aku boleh faham sebab derang ni cakap campur guna bahasa inggeris. :)

Hehe....agak-agak dah lama tak belajar ni senang ke nak tangkap ilmu baru ek? :p




Wednesday, October 24

Oh My Server!

Assalam...

Entah kenapa sejak 2 minggu ni aku panas hati dengan server office ni. Bukan apa setiap pagi aku perlu printkan report untuk 2 orang bos dan 1 untuk simpanan fail. Biasanya pukul 8.20pg aku dah siap print tapi sekarang ni pukul 8.45 atau lebih baru dapat buat.

Nak marah pada siapa? server sejak lepas di format setiap hari perlu di manual restart kalau sebelum ni auto restart. Leceh juga sebab orang yang pandai pasal server, komputer dan internet duduk di level 1 server pula di level 2. Haih...

Tapi yang pandai semuanya sibuk jadi orang yang ada di level 2 perlu buat sendiri. Kalau aku tahu memang aku dah pergi buat, cuma aku tak pasti nak tekan di mana je. :p

Berharap akan datang server akan restart dengan sendirinya. Sebab bila minta tolong orang lain ni susah juga. Mereka datang awal tapi makan dalam pantry tapi aku datang awal terus duduk hadap PC atau ini bermaksud aku perlu datang awal dan pergi makan dalam pantry juga? Hehe...tapi pantry level 1 ni kecil dan sempit hanya boleh muat 2 orang je kalau nak makan. Ugh...bercinta tunggu orang lain makan pula.




Tuesday, October 23

Untuk 3 Hari

Assalam...

Siapa dah tengok filem ni?



Dah lama keluar kat panggung tapi langsung tak berkesempatan nak pergi tengok tau-tau je la sekarang ni dear bukan nak layan sangat pergi tengok panggung tu. Cuti hari Ahad jadi terikat sebab 1 hari tu nak layan anak dan 1 tu nak berbual panjang dengan aku. Huih...pasti anak yang didahulukan.

Memudahkan jalan aku minta izin dear nak beli dari Astro First. Yup mudah, RM15.00 untuk 1 filem dan akan berulang-ulang cerita untuk 2 hari atau 48 jam. Ha...tengok sampai muntah jemu.

Jalan cerita boleh tahan juga la, sebab aku dengan dear suka tengok Aflin belakon tambah pula filem ni dia punya kan. Huh...Aflin memang kelakar, asyik ketawa je tengok gelagat dia walau pun nampak bersahaja. Mungkin rupa saja dah cukup lawak pada aku.

Kalau ikut pandangan aku jalan cerita boleh tahan sebab di tambah dengan agedan lawak dari Aflin tu. Tapi rasanya macam tak berapa sesuai untuk golongan yang belum berkahwin sebab banyak mengajar perihal malam pertama dan beberapa malam setelah bergelar pengantin baru. Ini pandangan aku, orang lain aku tak pasti pula sebab tak nampak ada orang lain cerita pendapat dia pasal filem ini.

Ini pendapat aku dan dear tentang filem ini.

*Pendek kata filem ni dapat mengajar kita kasih sayang akan wujud jika kita inginkan... ini dear setuju sebab kata dear orang dulu-dulu kahwin bukan kerana cinta tapi orang tua yang aturkan tapi bahagia hingga sekarang. (contoh terbaik mak dan dan mertua aku, jodoh mereka di tentukan oleh orang tua dan kekal hingga akhir hayat suami mereka)

*Mengajar untuk lebih belajar mengenali suami bukan berdasarkan sifat luaran.

*Jangan melawan cakap ibu bapa kita.

Ini yang aku dapat berikan, tapi kalau ada rezeki korang nak tonton silalah tapi segan kalau nak tengok dengan anak-anak yang dah faham bahasa ni. Jadi sesuai untuk di tonton suami isteri. :p

(filem ni di adaptasi dari novel ahadiat akashah 

 

Monday, October 22

Minggu Baru

Assalam...

Salam Isnin semua... Insyaallah minggu ni akan bekerja selama 4 hari sahaja memandangkan hari Jumaat yang berkat akan menyambut hari raya aidiladha. Aku tak ambil cuti tambahan untuk raya kali ini sebab dear terpaksa bekerja hari Sabtu dan kami tidak balik ke Perak.

Sedih kan, kesian bila teringatkan mak anaknya duduk tak jauh sangat kalau di bandingkan dengan orang lain tapi nak buat macam mana kan. Dear kata memang kalau ikutkan nak balik kampung sebab last kami balik Perak hari raya puasa lepas. Sudah hampir 2 bulan, tapi kami tak mahu balik sekarang sebab mak nak datang ke sini musim cuti sekolah nanti. Lagi pun ada hal lebih menarik untuk kami sekeluarga tunggu untuk berkumpul. Tak lama lagi akan tiba musim durian! yes...ini yang aku nanti-nantikan setiap tahun, bahkan kalau boleh setiap bulan.

Walaupun kebun durian tidak seluas mana tapi sekurang-kurangnya arwah bapa tinggalkan kenangan dan kesenangan juga untuk kami adik beradik. Jadi siapa yang bertanggungjawab kalau kami balik kampung mahu makan durian? sudah pasti abang yang tinggal di kampung. Setiap pagi mak akan kerah abang pergi kebun jenguk hasil sebelum orang lain ambil buah durian kami. Mak tak kisah kalau buahnya tak sedap atau sudah busuk tapi mak sedih kalau orang lain makan hasil kami. Ye la, kalau busuk masih boleh di buat tempoyak tau. Ugh...tempoyak!

Jadi cuti 3 hari pasti akan duduk dirumah sahaja. Jumaat selepas solat mungkin dear akan membantu proses ibadat korban di surau sehingga masuk waktu solat Jumaat. Petang hari boleh duduk rumah, kalau ada rezeki dapat tulang lembu boleh di buat sup...sedapnya.

Sunday, October 21

Aku Tidak Kejam

Assalam...

Kadang-kala kesian juga aku tengok anak-anak aku ni terpaksa memandang keluar rumah melihat kawan-kawan lain bermain di luar rumah. Kalau ikutkan hati memang nak bagi keluar tambah pula bukan selalu mereka ni keluar. Tapi bila fikir balik tak apa kot, anak jiran tu mak ayah pergi berniaga tinggal kakak dia je yang jaga. Anak jiran rumah hujung tu pula ayah dia kat luar lap-lap kereta jadi sambil lap-lap sambil tengok anak-anak main.

Lagi pun anak-anakku ni baru lepas mandi, gatal pula Amar buka pintu lagi pun masa tu dah nak maghrib sebab tu tak kuasa aku nak bagi derang keluar. Faham-faham je la kan time nak maghrib ni. Ni mesti sebab asyik kene bebel dengan mak aku la ni kan, padahal balik kerja pun dah nak dekat maghrib tambah plak sekarang maghrib kan awal.




Nak tau tak, lepas dah penat main kat luar dan kawan dia masuk rumah budak ni terus datang pintu rumah aku. Siap cakap 'acik, adam nak masuk' huih....ni mesti kes dah penat main kat luar datang main kat sini pulak. Mujur kakak dia cakap 'dah nak maghrib, balik rumah kalau tak akak kunci pintu' selamat aku.

Pernah juga aku belikan Amar dengan Ashraf ais krim seorang satu tapi bila sampai rumah anak-anak jiran dah serbu rumah aku dulu. Nak tak nak bagi lah derang masuk rumah tapi aku siap cakap awal-awal dengan anak-anak aku makan pergi dapur. Alhamdulillah mereka ikut je, hehe...jadi anak-anak jiran aku jamu dengan biskut dan aku siap bagitau ais krim acik tak beli lebih. :)

Kesian bila tengok anak-anak jiran makan dengan seleranya tapi aku selalu fikir aku dulu masa kecik-kecik pun sama kan, pantang pergi rumah orang semua orang hidangkan semuanya sedap! Sedekah sedikit rezeki kita pada orang apa salahnya kan? :-))

 

Saturday, October 20

Ragam Anak

Assalam...

Ini perangai anak-anak aku sekarang. Bermain permainan yang sudah terlebih untuk usia mereka. Rasanya kanak-kanak memang begini kot.



Amar nampak mainan ni dalam bilik belakang jadi nak tak nak dear keluarkan juga. Bila bagi main mesti berebut-rebut nak baring atau masuk bawah tu. Haih....kebetulan masa ni sebelum tidur jadi dear layan mereka aku pula kemas bahagian dapur. Bila semua dah kemas baru boleh berehat dan tidur dengan nyenyak. :)

 

Friday, October 19

Didik Anak

Assalam...

Mendidik anak bukan perkara mudah. Tersilap langkah masa depan kita sebagai ibu bapa tidak pasti lagi. Jadi ini yang ingin aku kongsikan, semoga kita menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita. Mendidik mengikut sunah adalah jalan terbaik.


Info aku ambil dari FB, dah lupa siapa yang share tapi tak apa...sekarang aku nak share untuk manafaat kita bersama.


 

Bicara Suami Isteri

Assalam...

Wah...tajuk nampak macam kisah berat tapi rasanya tak kot, setakat ni entry aku jarang berkisah hal-hal yang berat-berat ni. Semuanya kalau boleh yang senang-senang dan mudah orang lain nak faham.

Sejak ada 2 anak jarang kami dapat berbual-bual panjang, walau pun hujung minggu sekali pun. Ok, hari Isnin hingga Sabtu dear kerja dan aku sampai Jumaat saja. Malam kami sibuk melayan anak-anak, bayangkan sambil menonton TV pun kami terpaksa melayan mereka bermain, berbual dengan mereka dan sempat berjenaka dengan anak-anak. Makan malam biasanya kami makan asing-asing, sebab dear akan suapkan Ashraf dahulu kemudian baru dear makan (Ashraf selesa kalau ayahnya suapkan dari makan dari pinggan sendiri, lebih banyak main dari makan) kemudian baru dear makan sendirian atau di temankan Amar.

Bila anak-anak tidur kadang kala kami pun tertidur sama, letih dengan kerja dan tugasan seharian kan. Jadi sebelum tidur aku perlu bersihkan pinggan mangkuk, simpan lebihan makanan, kemaskan baju anak-anak untuk keesokkan hari dan letak dalam bakul, (mudah untuk dear bawa sebab naik motorsikal) basuh baju kerja dear, baju aku dan anak-anak. (aku asingkan untuk 3 basuhan sebab baju kerja dia tak sesuai bercampur dengan baju orang lain. Biasa baju dear aku basuh setiap hari, baju aku dan anak-anak aku basuh setiap 2 hari sekali), kadang-kadang sempat sediakan bahan untuk di masak keesokkan pagi dan angkat kain masuk dalam bakul dan kalau rajin aku akan lipat terus.

Banyakkan kerja bila malam hari? hehe...tapi itu dah jadi rutin, kata orang 'alah bisa tegal biasa'. Memang dah terbiasa jadinya sekarang ni.

Jadi bila masa kami nak berbual mesra? hujung minggu? Sabtu dear kerja sepanjang hari. Cuma hari Ahad je tapi itu pun tunggu masa anak-anak tidur.

Jadi sesekali dapat berbual rasa macam tak cukup pula. Sekurang-kurangnya seminggu sekali kami akan habiskan sejam dua berbual di bilik tidur. Bila berbual memang hilang mengantuk, best! maklum la boleh berbincang dari hati ke hati kan. Anak-anak dah lena jadi senang nak berbual panjang sambil boleh lentok-lentok kepala kan...hehehe..peluk suami ke...auw boleh dapat pahala tau!

Jadi nak juga tau kalau orang lain dah ada anak ramai ni macam mana nak berbual dari hati ke hati suami isteri ek? Sekarang ada 2 anak pun susah tak tau kalau dah bertambah nanti macam mana pula jadinya. Bila lama tidak berbual, jadi 1 masalah juga kan sebab tu penting sekurang-kurangnya tau apa masalah dan keadaan pasangan kita sekarang. :)

p/s : 2 malam lepas aku ngan dear berbual, dear kata teringin nak belikan aku bunga (sebab aku suka kata dear tak pernah nak bagi aku bunga :p) tapi rasa macam tak bestkan kalau dapat bunga sebab tak boleh makan! (dasar memang ingat makanan) jadi aku minta kalau nak belikan sesuatu, lebih baik belikan makanan, contoh terbaik aku bagi kek choclate indulgance Secret Resepi sebab dear pun suka makan kek tu. Tak rugi beli sebiji kek, boleh makan sekeluarga dan sedekah sedikit pada kakak ipar aku. Eh, jap...harga sebiji kek dengan harga sejambak bunga yang mana lagi mahal ek? aku tak pernah beli sejambak bunga. :)

 

Thursday, October 18

Terguris Hati

Assalam...

Terkejut juga pagi ni bila buka FB tengok-tengok member kamceng bangsa cina masa kerja tempat lama dah unfriend dengan aku. Hairan juga tapi itu hak masing-masing, aku perasan pun sebab teringat hari ni hari lahir dia jadi bila tengok wall FB dia aku dah unfriend rupanya.

Ouh...banyak benda yang kami kongsikan bersama tapi bila unfriend ni terasa macam di buang kawan je entah tak tau nak kata apa, sedih sangat rasanya tapi aku buat-buat tak tau dan tak nak ambil tahu lagi. Sekadar wish birthday di inbox saja, nak sms pun tak terdaya rasanya. Mungkin nama aku dah di buang juga dalam name list di phone canggih dia.

Sebenarnya memang tak ada sengketa antara kami, cuma bila di masa-masa akhir sebelum aku tamatkan kerja menunggu notis sebulan habis aku tak banyak cakap dengan dia. Memang kami bagai musuh tapi aku tak pernah anggap langsung dia musuh aku cuma aku dah tak nak berbuat baik dengan sesiapa dalam office tu lagi. Hati memang rasa berkecai sangat dengan sikap cakap belakang mereka. Aku lebih banyak mendiamkan diri menghabiskan masa bermain di FB sampai menang hadiah wipes dari Mamypoko.

Mungkin di sebabkan tekanan sangat dengan sikap bos dan tekanan sebab anak-anak yang asyik on off sakit masa awal tahun tu. Bayangkan kerja baru masuk bulan 3 tapi cuti tahun sudah habis. Orang kata kenapa tak ambil MC? tapi takkan setiap kali anak sakit nak ambil MC, berpada-pada juga lah kan. Silap-silap nanti Dr. pun tau aku dah malas nak kerja. Jadi penyelesaian masa tu memang duduk rumah. Mujur Ashraf di serang chicken pox bila aku sudah resign, kalau tidak lagi pening aku jadinya.

Sudahlah, mungkin aku dan dia hanya sejarah. Akan datang kami tidak kenal 1 sama lain lagi dan yang pasti hanya tinggal kenangan sahaja. Semoga dia berbahagia dengan keluarga dan kerjayanya.

(update terkini: aku tidak bersengketa dengan dia, sekarang dapat tahu dia mengandung aku pun wish tapi dalam inbox sahaja. Masih berharap antara kami boleh bersahabat semula seperti dahulu)

 

Wednesday, October 17

Jem Di Jalan Kebun

Assalam...

Ini gambar hari Jumaat lepas, entah kenapa tiba-tiba jalan jadi terlebih-lebih jem pula. Kalau ikutkan lorong sebelah tu biasanya lengang sebab banyak kereta masuk lorong ke kiri jalan. Depan memang ada trafic light tapi adalah kan ada juga kereta dari arah kiri datang himpit masuk ke lorong kanan ni.




Rupenya ada kerja pembaikan jalan di lorong kiri jalan, makanya derang tutup laluan masuk ke lorong kiri tu. Haih....teruk juga kalau 1 lorong di tutup sebabmasa tu kebanyakkan orang balik kerja ditambah dengan hujan lagi. Jadi bersabar lah kalau jem ye. :p

 

Main Air

Assalam...

Hari Ahad lepas makan tengahari dear tiba-tiba bawa Amar keluar ikut pintu belakang. Aku pelik juga rupanya dear siap bawa baldi dan berus nak basuh kereta. Yup dah masuk berapa minggu la kereta dear tu tak berbasuh, aku tahu bawa je. Hal-hal berkaitan langsung tak ambil tahu kecuali minyak. Hehe...

Aku pun join sama bawa Ashraf keluar sebab dah terlompat-lompat dia nak tahu abang nya buat apa kat luar sana. Jadi bila dapat lepas dah tentu akan main air. Huhu...seronok juga kan sekali sekala lepaskan anak-anak bebas main begini sambil tolong bersihkan kereta.




Jadi untuk seminggu ini kereta aku adalah bersih luar dan dalam kecuali bila hujan turun. Luaran tu memang aku tak pasti berapa lama nampak bersih sebab kalau kotor pun aku buat tak tau je.

Aku boleh je basuh sendiri kereta ni tapi faham-faham je la kan kalau membasuh dengan budak berdua ni. Ayah derang rajin melayan jadi lebih baik aku tunggu dear dan anak-anak yang bersihkan. Aku buat-buat sibuk kat dapur cukup la.

 

Tuesday, October 16

Jimat?

Assalam...

Sekarang memang hampir setiap hari aku tak keluar makan atau balik rumah. Malas sebab panas, penat dan leceh nak parking kereta bagai. Bawa bekal nasi dari rumah dan tengahari duduk office makan, lepas makan boleh pergi surau jadi tak perlu nak terkocoh-kocoh mengejar masa.

Tengahari tadi aku tengah makan kat pantry sorang bos sales ni tegur sambil cuci mug dia. 'Jimat ye'. Ish...kalau aku gaji besar macam dia mesti tak kuasa nak jimat begini tapi gaji kecik je kan. Hehe...takkan aku nak jawab macam tu kot, jadi aku kata malas nak balik rumah. Senang cerita sebab memang aku malas nak balik pun.

Seronok apa makan kat office ni sebab aku senang makan sorang-sorang sebab senang nak ejas masa. Nak pergi surau pun boleh je, kalau keluar makan pasti tak sempat nak jejak kaki ke surau. Pernah gak terfikir kalau masa datang bulan nak keluar makan tapi entah masih belum menjadi lagi.

Kebanyakkan kawan-kawan office ni derang keluar sekejap pergi bungkus makanan dan makan kat office ramai-ramai di level bawah atau level 2. Aku je tak join derang sebab kalau bungkus makanan dah ambil masa 20 minit termasuk drive pergi balik. Makan sambil borak-borak pasti sampai pukul 2 petang. Bila masa pula nak solat? Bukan nak kata aku ni alim sangat tapi dekat sini masa rehat tu la aku dapat pergi solat, masa lain tak dapat walaupun solat asar sekali pun. Sebab tu aku selesa makan sorang diri senang nak manage masa.

Lagi pun sekarang pun kan dah mula musim hujan, lagi lah malas yang amat nak keluar dalam hujan-hujan tu. Ingat nanti nak beli stok makanan (biskut, roti, jajan/kacang, gula-gula, maggi cup/maggi paket dan paket air 3 in 1). Sekurang-kurangnya kalau aku malas nak masakada la makanan yang boleh aku makan di sini sebab dear jarang-jarang kerja di kilang sekarang ni.

Dear pun kalau kerja dekat kilang je akan balik makan di rumah, kalau rajin dear siap basuhkan pinggan lagi tau. Hehe.... Jadi alang-alang aku masak untuk dear apa kata aku masak untuk diri aku sendiri juga. Biar sama-sama jimat walau pun bukan jimat banyak sangat, sama je berbanding beli makanan di luar. Yang penting aku boleh sediakan makanan terbaik untuk dear.

Jadi ada kelebihan kalau bawa bekal dari rumah, tak kisah la lauk yang mudah asalkan aku dapat buat apa yang aku selesa pada masa rehat. :)

(update: sebenarnya bos tu pun jimat juga, setiap hari selalu beli sarapan kat luar dan tengahari kalau tak keluar dia akan makan kat office. Makan apa? pasti la mee segera cawan je kan senang kecuali bila ada orang lain keluar dia akan tumpang bungkus makanan sekali. Semalam baru aku tahu kenapa, dia kata makanan dah naik harga...contoh mee sup yang dia makan dulu cuma RM3.00 tapi sekarang sudah RM5.50 jauh sungguh bezanya kan....*27/11/12*)
 

Monday, October 15

Kad Mesra Petronas Hilang

Assalam...

Aku pernah kata aku ada gunakan kad mesra di sini bulan julai lepas. Tapi sekarang aku dah ada kad mesra yang baru. Ini di sebabkan kad mesra yang lama sudah tidak di ketahui hilang entah kemana. Geram juga sebab dah pasti anak-anak aku rajin main kad aku tapi nak buat macam mana, terima saja la.

Cuba email pada Petronas kalau-kalau derang boleh hantar 1 lagi kad menggunakan no akaun yang sama. Padahal baki point yang tinggal dalam tu mungkin tak sampai 50 je kot. Sayang punya pasal la ni, ye la buruk-buruk pun tetap ada sentimental value kan.

Aku daftar di Perak, masa tu aku dengan dear balik kampung dan jalan-jalan pergi Ipoh. Kami jenis rajin isi minyak di petronas sebab di kota kemuning saja ada 2 stesen minyak petronas. Lagi pun dulu kan aku ulang-alik kerja area kota kemuning ni je. Tempat kerja lama pun ada petronas tapi biasanya aku isi waktu petang atau tengahari.

Sudah dapat kad yang baru minggu lepas jadi sekarang sesi mahu menambahkan point lagi. Dulu kumpul 3 tahun baru boleh tebus, sekarang tak tau pula kene tunggu 3 tahun lagi juga kot baru dapat tebus...heheheh..kalau tidak tak puas rasa sikit sangat je point tu bila dapat email statement balance untuk setiap 6 bulan sekali. Boleh cek online di sini juga ek.



 

Berkepit Dengan Anak

Assalam...

Wei....Isnin datang lagi!!! Seronok tapi rasa penat cuti 2 hari ni, penat padahal duduk rumah je pun. Ahaha... penat wei melayan budak 2 orang tu. Ntah nape sejak akhir-akhir ni kalau aku cuti atau ada kat rumah dengan derang asyik nak melekat je. Tak boleh nak jauh-jauh sikit. Bayangkan kalau nak pergi tandas pun sibuk juga nak ikut. Aku biarkan derang bising-bising kat luar atau pun biar la derang nak ketuk-ketuk pintu tandas tu kuat-kuat, nanti bila tangan dah sakit pandai-pandai la derang berhenti. Walhal sekejap je nak masuk tandas tu. Ish....

Jadinya menu untuk hari sabtu aku ambil jalan mudah. Makan nasi lemak untuk tengahari dan malam. Kalau ikutkan hati nak pergi Andalas nak makan nasi ayam yang dah lama aku tak makan. Dulu selalu makan dengan kawan-kawan office lama. Sekarang tempat agak jauh, tambahan pula nasi ayam tu cepat habis.

Sebab nasi ayam tu best?
1. Kuantiti ayam untuk seorang makan memang banyak.
2. Nasi pun sedap, lembut dan tidak berminyak sangat.
3. Harga murah....berbaloi sebab ayam dah letak banyak untuk seorang makan kan.

Opppppsss tercerita pasal nasi ayam plak. Tak pe lain kali aku rajin aku pergi sana beli bungkus makan kat rumah lagi bagus.

Masak nasi lemak pun awal pagi, pukul 10.30pagi dah siap semuanya. Mana tidaknya kalau lewat masak nanti lagi pening sebab aku pula kelaparan.

Dear kerja jadi aku tak ambil pusing dear pergi makan di mana, selalunya kalau dear kerja dekat kilang dear akan balik makan di rumah MIL sebab tak nak Amar ikut dear bila dear nak pergi kerja nanti.

Paling best bila siap masak, dapat la aku main dengan anak-anak. Berkepit la sepanjang hari sampaikan aku solat pun derang duduk main tepi dan depan aku, nak buat macam mana. Nanti dah besar rindu pula nak berkepit dengan derang kan.

Sunday, October 14

Rindu Kawan Lama

Assalam...

Sekarang rajin pula terkenang zaman 'muda mudi' dulu...hahaha...macam la sekarang ni dah tua sangat kan. Rindu nak jumpa kawan-kawan lama tak kira masa sekolah atau pun masa belajar di Politeknik Shah Alam dulu.

Yup! aku belajar di politeknik je, dalam hati memang jeles sangat dengan kawan baik aku dapat tawaran sambung belajar di UiTM. Pasti banyak beza kan antara 2 UPT ni. Tapi aku terima, belajar di poli pun apa kurangnya kan. Hah...belajar di mana-mana pun sama asalkan ada hati  nak belajar.


Bila buka folder gambar dalam pendrive nampak gambar ni, wah...muda gitu...tak ingat dah ini masa semester berapa ek. Syukur sebab ada FB, aku dapat jumpa balik kawan lama secara maya. Yes! nak jumpa sorang-sorang, nak dapat no HP terbaru sorang-sorang tu sangatlah susah. Jadi ada FB aku tau perkembangan semasa kawan-kawan lama.

Setakat ni masih ada lagi yang mampu untuk aku berjumpa, tau-tau saja lah duduk berdekatan dengan Shah Alam/Klang jadi lebih mudah sebab kebanyakkan sahabat lama tinggal di kawasan ini. Yup minggu lepas pun dapat jumpa sorang kawan lama yang baru dapat baby gurl ke 2.

Haih...bila raya pun payah nak berkumpul bertemu inikan pula bila kawan-kawan bersalin. Paling seronok sekarang semua dah ada baby. Setakat yang aku tau hampir semua sudah ada seorang anak atau pun dua/mengandung anak ke 2. Best! Kalau dapat kumpul reunion mesti kecoh bersembang sambil melayan kerenah anak-anak. Tapi bila nak buat ek? tunggu siapa nak jadi ketua dalam urusan ni, kalau tidak memang tak terbuat. Setakat mini reunion je masa raya.

Tetiba teringat kawan lama, mana tidaknya sudah hampir 10 tahun ada yang langsung tak jumpa. Insyaallah ada rezeki pasti dapat berkumpul beramai-ramai semula :)

 

Saturday, October 13

Ekzema

Assalam...

Sekadar mahu berkongsi sama ada betul atau tidak, ye la bila ada comment dari kawan lama seri pelangi dari entry allergi-atau-ruam

Info dari sini babycenter

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema,
asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan
alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.


Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.


Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.


Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu
tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.


Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.


Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.


Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.


Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.


Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.


Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.


Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat
pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.


Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Inilah apa yang kami tahu:

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.

• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.


• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti
diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.


Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:

• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.


• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai
alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.

• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.


• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.


• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang
bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Ok Buat masa ni aku belum pasti lagi betul atau tidak, mungkin hujung minggu mahu bawa pergi jumpa pakar kanak-kanak atau bawa jumpa pakar kulit. Tapi ini tengok pada budi bicara dear, sekarang tengah mencari rawatan/ubat yang sesuai. Bermakna pakaian anak-anak perlu tukar sabun, bukan setakat sabun mandi sahaja. Makanan tu memang masih belum pasti, masih dalam pemantauan lagi.

(update: sekarang aku pasti bukan lagi ekzema sebab anak-anak sebenarnya berkulit sensitive, Amar allergi pada peluh dan pasti ini akan hilang sendiri tapi Ashraf pantang di gigit nyamuk. Bila sekali gatal dia akan garu sehingga luka, kalau sekarang korang tengok kaki dia memang nampak bermacam-macam bekas garu. Hmmmmm macam dah kene dera pula. Penyelesaian adalah jangan bagi kuku dia panjang! :p)
 

Friday, October 12

Jumaat Yang Ceria

Assalam...

Sejak akhir-akhir ni di sebabkan mood sentiasa kelaut aku lebih suka pakai baju terang-terang bila masuk hari Jumaat. Wey....derang kat sini kalau hari Jumaat pakai jeans ngan t shirt je. Pergh....mula-mula tengok macam terkejut plak sebab ye la tempat lama sebelum ni tak pernah jumpa ke aku je yang 'jakun'  atau 'kampung' ek? hehe...

Dulu masa kat office lama tiap jumaat yang melayu biasanya pakai baju kurung la tapi kadang-kadang ada gak yang pakai seluar tapi bukan jeans! Office lama sabtu kerja jadi nak pakai jeans sila pakai hari sabtu, bos pun tak marah sebab bos pun pakai jeans tapi office ada bagi sehelai t shirt company untuk semua staff. Tahun pertama kerja aku dapat 2 helai warna hitam tahun ke 2 pula dapat warna merah. Cantik yang warna merah tu pun sebab HR orang lain kalau tidak mesti warna hitam lagi. Hampeh!

Bersama dengan ex-bos aku (yang muda tu anak seorang lagi ex-bos) Company secara berkongsi jadi sekarang bos-bos mula bagi anak-anak mereka ambil alih tugas. Rasa aku la kan, akan datang anak-anak bos ni mesti tak akan bekerja sama sebab dari sekarang nampak mereka ni tidak sekepala.

Yes! aku pakai pink hari ini....biar luaran nampak ceria sikit walhal dalam hati rasa macam nak meletup fikir masalah....hahahha...mengalahkan PM fikir masalah negara pula kan. Ok, mari mulakan kerja dengan mood yang ceria!!!! :)




Thursday, October 11

Allergi atau Ruam

Assalam...

Tengah kusut dan serabut dengan kerja, perut pula sudah beberapa hari rasa tak selesa. Sama sakit macam kalau period nak datang. Haih...baru je bersih takkan datang lagi kot. Ok lupakan pasal itu semua.

Sejak raya hari tu Amar selalu di serang ruam peluh di badan. Ish...anak yang seorang ni mana tau duduk diam. Hehe....hari ni MIL bawa pergi Segamat ambil adik ipar, suka la dia dapat tengok lori di highway sana. Kalau ruam peluh memang susah la nak hilang kan, jadi ambil masa juga untuk sembuh. Setakat ni sejak dari raya sampai sekarang setiap minggu pasti akan berulang datang dan pergi.

Pernah jumpa DR. katanya allergy makanan, tapi boleh tak macam mana aku nak fikir apa makanan yang silap aku bagi?padahal makanan yang sama je, ulang-ulang balik makan yang tu je pun. Kalau yang tak pernah makan tu aku tak pasti plak, setakat ni semua Amar pernah makan.

Aku minta pendapat ke 2 dengan jumpa ahli farmasi di Kota Kemuning dekat dengan kawasan office aku. Aku bawa Amar dengan Ashraf sekali. Dia kata memang ruam peluh jadi boleh sapu krim sahaja untuk hilangkan. Ada ubat air untuk kurangkan gatal tapi sehari boleh makan sekali je.

Sama juga kesahnya dengan Ashraf, tapi gatal bahagian lain di kaki. Bila bangun pagi dia menggaru punya lah sekuat-kuat hati aku tengok, padahal mata belum buka tapi tangan terus menggaru. Adoi!!!

Paling tidak best Dr. dan ahli farmasi kata kalau masih BF ibu kene jaga makan. Ayark....makanan yang aku makan sekarang sama je. Tapi tak tau la kalau ada pula makan kerang, sotong atau udang. Memang setakat ni aku kurangkan beli makanan laut ni. Biar berhenti buat seketika tengok kalau betul makanan laut bagi kami masalah.

Ok selain dapat krim sapu anak-anak aku juga cuba guna sabun mandi berubat. Ada ekstrak daun semambu yang aku fikir pastinya sesuai untuk sapa-sapa yang kene chicken pox!. Rajin-rajin mandi tau kalau ada chicken pox sebab badan jadi panas masa tu.



Setakat ni masih sama hilang sekejap kemudian datang lagi. Jadi nak tak nak, bila datang aku stopkan sapu krim dan minum ubat. Tapi aku try alternative gunakan minyak gamat pula. Hehe...setakat ni Ashraf memang nampak serasi dengan minyak gamat.

 

Wednesday, October 10

Mood Lari!

Assalam...

Tengah agak serabut sekarang ni, rasa macam masalah datang bertimpa-timpa pula. Macam-macam masalah yang timbul sekarang ni.

* 'dia' tu nak beli kereta tapi belum ada kerja dan pendapatan tetap bulanan.
 Akak aku guna viva elite ni, dah 2 tahun lebih dia guna, beli sama tarikh dengan hari lahir Amar dan lesen sam tarikh dengan hari lahir Ashraf.

* 'dia' tu terpaksa bayar hutang sebab jadi penjamin jika tidak bank akan sita guna geran tanah yang ada.

Belum tau kes bila jadi penjamin untuk Estima ni, harap-harap masalah 'dia' dapat di selesaikan dengan secepat mungkin dan mengunakan jalan terbaik.

* 'dia' ketakutkan kerana pintu rumah tidak berkunci dan di syaki di pecah masuk mujur tiada barang yang hilang, cuma hilang semangan seketika. (Alhamdulillah)

* 'dia' tak suka kerja sekarang, mahu cari yang lebih baik dan lebih selesa pengurusannya.

Ramai orang ada masalah masing-masing cuma pandai sorok-sorok la kan. Kalau tidak maunya jadi gila kan. Penat nak cerita panjang-panjang jadi lebih baik berhenti setakat ini.

Sampai bertemu kembali! :)

Tuesday, October 9

Patah Kaki (Tiada Kenderaan)

Assalam...

Aman sekejap hidup hari ini...tiada kereta dan tiada handphone....ahaks! Dear cuti sebab nak selesaikan urusan peribadi dear hari ini. Dalam hati rasa macam nak cuti je tak pun MC tapi tak sampai hati pula sebab minggu lepas pun aku ambil cuti kecemasan hari Selasa. Takut nanti mereka blacklist pula aku rajin ambil cuti pula.

Lagi pun kerja bukan ada tapi lebih baik datang kerja dari keluar berpoya-poya dan habiskan duit yang ada. Nak juga pergi tengok wayang tapi dear kata tak nak jadi lebih baik aku kerja. Hehe...

Makanan tengahari pun tak sempat nak bungkus, nasi putih ada kat rumah tapi ingat petang nanti nak buat nasi goreng makan malam nanti. Jadi tengahari nanti mahu keluar makan sama dear atau pun dear bungkuskan apa-apa...huh...tak boleh nak demand la kalau dear yang bungkuskan. Niat di hati memang nak ajak dear singgah beli nasi dagang dekat lorang rumah MIL tapi dear lewat sebab hantar anak-anak dulu.

Apsal la dear tak bawa Amar sama, tapi mesti dear tak suka kan...leceh bila bawa budak-budak ni, tiba-tiba nak susu la, gula-gula la...haih sabo je la




Monday, October 8

Dengki?

Assalam...

Ya Allah...dari tadi lagi tak ada mood langsung nak kerja. Maklum je la semalam dapat berbual panjang dengan kawan lama...dapat tahu pula gaji mereka lebih besar dari aku. Huih....dengkikah aku? tidak...

Tengah bayangkan kalau gaji aku macam mereka berpuas hatikah aku? atau jadi seorang yang boroskah aku? ehm....selayaknya aku ingat rezeki ini semua dari Allah.

Ok, sudah! jangan nak emosi...baik jalan-jalan jumpa orang. Turun naik tangga kot-kot boleh kurangkan lemak yang ada :p
 

AEON - Baby Girl - Sup Kambing

Assalam...

Isnin yang sejuk! hehehe...hujan sejak dari awal subuh lagi mujur masa masuk office hujan sudah pun reda. Ni yang mata rasa mengantuk sangat tambah pula dengan tak ada kerja pagi-pagi, nak online kat FB pun tak boleh takut nanti budak-budak sales nampak pula. Haih....

Cuti Sabtu Ahad sangat seronok sebab dapat tengok baby baru...anak hajar, kawan masa belajar di poli dulu...huih comel! geram sebab dia dapat baby girl lagi. Hehe....rezeki kita sama la kan, aku ada 2 orang anak lelaki dia pula ada 2 orang anak perempuan.

Seronok berbual sampaikan sejam tu tak terasa langsung, ye la asyik comment dalam FB je mana puas. Bila jumpa haaaa...lupa laki dan anak-anak tau, air minum pun tak pandang walaupun mak hajar hidangkan air ais....alasan je sebab mak hajar letak jauh aku malas nak bangun! hahaha...ye la takut nanti kalau mak dia letak dekat bawah anak aku buat main pula 1 hal takut hajar terliur pun jadi 1 hal aku rasa. hehe....itu pun siap tak berbengkung! hoiiii kalau lah dengan mak atau mertua aku...mati kene bebel sepanjang masa.

Awal-awal kami pergi AEON Bukit Tinggi sebab aku dah lama nak ambil voucher rebat aku dan kami beli hadiah baby dari voucher tu je, untung kan. Terus pergi rumah hajar sebab janji datang pukul 11.00 pagi tapi masa tu kami masih ada di rumah lagi sebab dear sayang nak tinggalkan perlawanan bola...ish! dah janji kan nak tak nak kene gerak pergi juga. Sampai rumah Hajar dah pukul 12.30 sebab jalan agak jem pula.

Dear bagi sejam je di sana sebab anak-anak biasa tidur awal sebab derang ni bangun kan awal. Hmmmm....tak puas sejam tu rasanya lain kali ada rezeki boleh jumpa lagi la.

Balik dari rumah Hajar kami pergi makan sup kambing. Yup sejak dari bulan lepas aku ajak dear makan kat sana tapi dear kan sibuk. Tau je la kedai ni area tempat kerja lama...aku rasa la kan, aku masih rindu pula dengan kerja yang lama tu. Haih!

Paling di rindukan kami suka makan-makan, bayangkan budak praktikal yang memang body ala model tu pun boleh terpengaruh dengan kami bertiga. Bila teringat rasa rindu tapi Allah dah berikan aku yang terbaik sebab itu Allah bagi aku kerja yang lebih dekat dari rumah. :)

Saat paling seronok kami tidak berkira nak makan di mana atau bila-bila. Berkongsi kereta dan bergilir-gilir bawa kereta masing-masing. Seronoknya saat itu!

Ok....stop! Nak buat kerja sikit, nanti petang ada mood aku story lagi panjang-panjang ye...

 

Sunday, October 7

Pokok

Assalam...

Terfikir sejenak sekali lagi, kenapa pokok yang ditanam sekitar office ni pokok berdaun? mengapa tidak di tanam dengan pokok buah-buahan atau pun paling tidak pokok bunga.

Pernah dulu tanya pada dear kenapa tepi highway PLUS derang tak gantikan pokok berdaun tu kepada pokok buah-buahan? kata dear takut nanti buah tu orang ramai curi atau makan. Haih....apa salahnya kan kalau hasil tu di makan orang lain, kan lagi baik dah di kira sedekah di situ.

Aku tak pernah tanya pada orang lain lagi, tak tau apa respon orang lain kalau aku tanya. Tak pun nanti ada yang kata aku ni dah tak betul. Huh!

Kalau tanam pokok berdaun cuma tambah sampah je, kalau tanam pokok berbuah kan hasilnya boleh kita makan. Paling senang nak jaga pokok mangga, tersangat senang nak di jaga kan. Kalau lah sepanjang highway PLUS derang tanam pokok mangga pasti makin ramai lagi orang yang gunakan jalan derang. Kan dah ada pemikat di situ? :)

Tanam bunga perlu keluarkan lebih belanja juga sebab nak letak baja tapi kalau tanam pokok buah-buahan terpulang la nak letak baja atau tidak. Sekurang-kurangnya menggalakkan lagi orang ramai ni berkumpul makan-makan dengan keluarga atau kawan-kawan. Tak kisah ada yang bawa pulang, asalkan dapat buat orang puas hati.

Hehe.... ini pandangan aku, tapi pihak yang buat highway pasti ada alasan tersendiri kenapa derang tanam pokok berdaun tu kan. Jadi nak tak nak ikut saja la, tunggu aku jadi CEO company tu tak mungkin la kan. Jadi tanam sendiri di kawasan rumah pun jadi la.

 

Saturday, October 6

Kiss

Assalam...

Amaran keras!!!
Ha....ini entry gedik a.k.a mengada-ngada tau. Tolong jangan baca kalau di bawah umur lagi! :p

Bestkan kalau suami balik kerja tiba-tiba datang kiss kat pipi walau pun masa tu kita tengah serabut, kusut masai dan busuk sebab belum mandi dan tangan tengah pijar sebab tengah potong cili padi? wah....dear ni seorang yang susah nak dijangka, maklum saja dulu kami lama berdua tapi bila ada anak nampak macam mesra-mesra jadi kurang/hambar sikit.



Yup! hambar sebab apa saja yang kami buat semuanya anak-anak kami nampak. Haih....nak kiss kiss pun malu la plak. Nak kiss cam kat pic tu sila buat belakang anak-anak dan orang lain ok! geli orang tengok tau. Ok mari kita berkasih sayang dengan orang tersayang biar bertambah romantik dan mesra hubungan. :)