Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, September 28

Bubble Tea

Assalam...

Tetiba pagi ni teringin nak cari info pasal bubble tea ala-ala Cool Blog tu tapi tak pasal-pasal jumpa benda lain. Yup! dulu budak-budak office lama rajin la pergi beli air dari Chatime ni tapi aku takut nak singgah beli di Jusco Bukit Tinggi sana sebab tengok yang kerja bangsa cina dan yang beli kebanyakkan berbangsa cina.

Tengok dalam laman sembang ni ada yang kata tidak halal jadi lagi takut nak mencuba tambah pula harga pastinya lebih mahal dari jenama tempatan kan. Heh...kata international mesti la mahal.

Sebenarnya Chatime ni halal, info aku ambil dari sini

Di Kota Kemuning ni pun ada juga Chatime ni maklum la sini tempat orang agak berada dan hampir di penuhi dengan bangsa cina. Jadi tak hairan la banyak kedai makan derang yang tumbuh bagai cendawan di sini berbanding kedai mamak atau pun kedai melayu masakan kelantan.

Buat masa ni belum pernah cuba dan belum teringin lagi nak cuba sebab bila lalu tengok ramai je orang yang beratur beli, tak pasti kami salah masa lalu ke ntah la. Cool Blog jenama tempatan yang halal tu selalu la aku beli lagi pun harga 1 cup tak sampai RM5.00, sesuai la beli sebab setakat air minum je kan.

Ha...tengah fikir nak cari di mana eh, buble tea tu....dekat Giant ada tak eh? hari tu beli Cool Blog tengok Amar suka betul sedut bubble tu. Bubble tu ubi kayu je kan? hehehe....nak bagi anak makan kene tahu juga ada khasiat ke tidak, nanti menyesal tak sudah kan dah payah.

Ok nak cari info lagi nanti kalau jumpa aku update lagi la ye.... :)


 

Thursday, September 27

Roti Jala

Assalam...


Oh bila eh aku masak roti jala ni....kalau tak silap hari sabtu minggu lepas. Maklum je la bila duduk rumah jadi rajin masak dan juga rajin makan. Payah sungguh la kan tang 'rajin makan' tu. Fikir-fikir nak bagi anak-anak makan juga tapi maknya yang lebih-lebih rasanya. Jadi tengok-tengok bahan nak masak kurang kami pergi kedai bertiga pukul 9 pagi. Tau-tau je la anak aku ni bangun awal kan.

Balik rumah terus siapkan kari daging dan bancuh tepung. Tunggu Ashraf tidur baru boleh men'jala' kalau tidak tak senang hati nak men'jala' silap-silap tak jadi jala tapi jadi lempeng pula. Hehe...

Resepi? kat mana ambil ek, dalam majalan kot. Nanti cari-cari lagi.
 

Kerenah Anak-Anak

Assalam...

Ini kejadian semalam aku tak larat nak layan Ashraf yang sekarang ni suka sangat la berdukung lagi-lagi kalau masa aku memasak. Masak nasi dan masak air tak apa tapi kalau masak goreng-goreng? huih....dia pun sibuk nak tengok sama apa yang aku buat. Ish... bukannya berat sangat budak ni tapi takkan nak masak dengan tangan sebelah je, mana boleh!




Habis idea aku dah bagi macam-macam tapi masih nak juga aku letak dia atas mesin basuh tapi budak ni penakut pula aku tunjuk cara nak buka pintunya lepas tu aku masukkan dia dalam mesin. Hehe...dah pastikan mesin ni tak bersambung dengan kuasa letrik kang tak pasal-pasal jadi kes lain pula. Hm.... mula-mula takut tapi lama-lama jadi lagi takut rupanya. Amar pun sibuk nak masuk sama, tapi tak larat la aku nak angkat dia, silap-silap aku takut mesin tu yang patah pula. Maklum la mesin 7kg je Amar pula dah berapa kg? lebih 15kg dah sekarang ni aku rasa. :)

Amar pantang kalau tau aku guna lesung batu tak bagitau dia sebab dia nak tolong tumbuk sama. Nak tak nak sebelum mula tumbuk aku pelawa la dulu, kang tak pasal-pasal kecoh 1 rumah dengar dia menangis. Tak nak!!! Dalam lesung tak ada cili, aku nak masakkan derang nasi goreng je malas nak masak yang leceh kebetulan perut tengah tak sedap bila datang bulan ni. Pantang di ajak tapi kebetulan anak jiran balik sekolah, dia pula sibuk buka pintu tengok tinggalkan lesung macam tu je. Bila aku buat dia marah, katanya 'abang nak buat' bila bagi boleh pula dia ambil nak masukkan dalam mulut 'ma abang makan ye' huih....dlm lesung ada bawang putih, udang kering dan belacan, ish.....



Ha penat melayan derang ni tapi perlahan-lahan aku sabarkan hati walau pun penat dengan kerja dan kerja rumah lagi. Sambil masak sambil layan derang, kami makan coklat yang sangat sedap. Aku tak pasti jenama apa sebab kakak ipar aku bagi 1 plastik je, Amar paling suka coklat bila nampak aku bagi Ashraf dan tinggal separuh mula la dia sibuk minta. Ehm.... takkan mama kene belajar cara-cara buat coklat kot? adoi....

 

Wednesday, September 26

Apa Yang Mereka Sudah Buat? :p

Assalam...

Sudah ada 2 anak lelaki memang agak mencabar. Mana tidaknya setiap hari selepas ambil derang dari rumah nenek nak bawa ke rumah mujur mereka ok, tapi bila sampai rumah lain pula ceritanya.

Macam-macam hal, biasa la balik rumah terus terkam dapur...sediakan apa yang patut dan terus masak nasi dan air panas. Sedang basuh nasi sempat juga intai-intai Amar dan Ashraf buat apa. Nampak Amar terbalikkan meja kecil sebelah tv. Letak je periuk nasi atas dapur tiba-tiba dengar Amar cakap nanti ayah marah.

Bila tengok sekali lagi rupanya meja tu Amar terbalikkan dan masukkan kaki ke dalam. Nak cakap macam mana eh tapi yang aku nak cerita ni habis tempat laci dah tak boleh nak masuk lagi sebab cover sebelah atas dah terperosok masuk ke dalam tempat laci. Haih.....lebih 6 tahun juga nyawa perabot yang aku gunakan ni, hehehe...dulu Amar koyakkan plastik kerusi meja make up, kemudian dia conteng seat kerusi dengan pen sekarang pula dia rosakkan laci pula. Ouh....ada anak begini la ye. Sabar je la, harap-harap nanti kalau duduk rumah sendiri dapat lah beli lagi perabot baru! :p

(p/s: nak update gambar tapi tak bawa pula memori kad jadi cerita tergantung jadinya, nanti aku cuba masukkan juga biar terang rupa meja tu.)


Inilah rupanya meja tu, adoi...malam tadi boleh pula Amar main lagi padahal dah tau meja tu dah rosak. Sabar je la.
 

Mahu Anak Sendiri!

Assalam...

Tengok blog orang lain terasa kesian tapi aku sendiri pernah merasa apa yang mereka rasa cuma nasib aku diduga tidak begitu lama berbanding mereka. Haih.....sekarang adik ipar sendiri pun ada masalah yang sama. Sudah berkahwin 5 tahun (selang setahun selepas aku dan dear nikah). Masih belum di kurniakan cahaya mata yang diidamkan. Apa usaha aku? apa usaha adik ipar aku? dan apa juga usaha orang lain? oh.....pastinya sudah pelbagai cara di gunakan tapi kuasa Allah maha kaya, maha mengetahui bila masa sesuai akan di kurniakan cahaya mata.

Tertekan?
Yup! memang tertekan, mana tidaknya semua orang bertanya setiap kali jumpa. Apa orang lain tak ada soalan lain ke eh? Tiap kali jumpa nak tanya bila nak datang rumah bertiga, bila nak ada anak la apa la. Sekarang dah ada anak 2 pun masih ada lagi soalan mereka. Haih pendek kata memang susah nak puaskan hati orang lain. Tahun pertama kahwin seronok, orang nak kata apa pun aku ambil positif je tapi bila masuk tahun ke 2 dan ke 3 memang rasa panas hati. Mana tidaknya semua mata pandang, kebetulan akak ipar dapat baby, lagi lah mulut orang ni nak bertanya je kan. Bertambah tertekan bila adik ipar dapat berita mengandung selepas beberapa bulan bernikah.

Bergaduh?
Huih....selalu masam muka dengan dear, mana tidaknya sebelah aku tak ada sapa pun nak komen. Ramai komen sebelah dear la....akak dear kan ramai, nak tak nak depan derang aku senyum tapi belakang dan dalam hati memang sakit! Menangis bila balik rumah, bertanya-tanya pada diri kenapa jadi begini. Tapi mujur dear pandai ambil hati, betul kata dear dulu...'nanti kalau ada anak tiba-tiba dapat kembar atau rapat macam mana? mesti masa tu menangis sebab penat pula' hahhaha....betul! tapi tak ada la menangis cuma merungut je sebab dear suka letak barang merata-rata terutama rokok. Bila Amar jumpa di patah-patahkan tak pun dia sepah-sepahkan je. Yang di marah aku dan yang nak mengemaskan aku juga. :p

Usaha?
Kata orang selagi mampu selagi itu lah kami nak berusaha. Bertanya pada orang lain, membaca majalah/buku atau pun pencarian di internet mau pun mendapatkan pendapat orang lain. Pelbagai cadangan idear yang orang berikan. Sampaikan mak aku hampir terpengaruh dengan cadangan jiran. Eh......nasib baik aku tak telan! Tapi aku mula usaha lepas 2 tahun, kiranya kami mahu rezeki dari Allah datang sendiri dahulu kemudian bila tidak ada hasil barulah kami mencari bantuan lain.

Tempat pertama aku dan dear pergi pun secara kebetulan. MIL jenis cepat terkejut tambah pula ada tekanan darah tinggi. MIL selalunya pergi ke rumah seorang atuk ni untuk minta air penawar. Hehe....dear pun gedik ajak kami cuba rawatan atuk ni bila masa kami sudah tiba di sana. Hui....sabar je la aku. Atuk ni tengok tangan guna pen dia tak pegang pun. Aku tak ingat apa katanya, tapi yang dia minta aku berpantang makanan yang masam tak kira asam atau minuman masam. Mula-mula rasa macam susah tapi bila fikir apa salahnya bukan teruk sangat kan. Dibekalkan dengan serbuk kopi buatan sendiri dan air untuk di minum sebotol. 4 bulan ulang alik tapi belum nampak hasil jadi kami cadang nak stop dulu. Lepas 2 bulan aku minta dear pergi pulak tanya pada atuk tu kot-kot dear pun kene pantang ke apa ke kan. Dear kene pantang minum ais, hmm...tak lama cuma 2 minggu je. Kesian dear dah la kerja berpanas-panas setiap hari memang minum ais tapi terpaksa tukar selera 2 minggu demi 'anak'. Tengok kot-kot hasilnya datang kemudian tapi selepas 2 bulan masih belum nampak jadi kami rancang ke tempat ke 2.

Saudara dear pernah cuba rawatan di sini dan berjaya hamil dan sudah ada anak juga. LPPKN kami pergi cawangan Shah Alam di Seksyen 11 kalau tak silap aku. Dah lupa dah, sebab kami pergi sekali je. Daftar dan dikenakan bayaran RM50.00 di beri buku untuk appoinment akan datang dan juga kami suami isteri di soal selidik. Aku perlu buat 1 pemeriksaan di klinik yang berdaftar tapi pembayaran ditanggung sendiri. Masa ni dear tanya aku nak buat ke tidak sebab perlu tunggu period bersih. Kebetulan aku tidak datang period sudah hampir 2 bulan. Tertangguh juga akhirnya.

Rupanya tertangguh ada makna sebab bila kami menanti masa period tiba tak juga datang. Akhirnya kami mendapat berita gembira setelah berhempas pulas menjaga hati masing-masing. Hehe....

Doa
Jangan putus berdoa pada Allah, pasti ada sesuatu yang tidak kene pada kita. Atau pun kata mak aku mesti ada silap salah yang dah di buat jadi Allah mahu menduga kita sekarang atau mungkin ada masanya kita lupa mahu ingat bahawa Allah itu maha kaya. Mak aku dan arwah bapa aku tak putus berdoa agar kami di kurniakan anak, pastinya opah mana yang tidak mahukan cucu. Allah ambil arwah bapa tapi Allah gantikan dengan anak, memang terasa payah bila kehilangan tapi Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

Mak cik dear sudah 15 tahun berkahwin sehingga sekarang belum ada anak sekarang usia dah berganjak ke 40an. Mujur dia ambil anak angkat hampir 10 tahun lalu ada teman untuk hari tua. Kaya harta tapi tiada zuriat tapi dia tetap bahagia. Sekarang anak angkatnya sudah 2 orang di ambil dari ibu yang sama sangat cantik dan kacak.

Dengki
Jangan percaya kalau aku kata aku tak dengki...adik ipar mengandung pun aku dah dengki. Bahkan bila tahu sesiapa mengandung pun aku boleh dengki rasa macam tak nak tegur dan cakap dah. Dengki sangat-sangat sampai rasa macam tak nak kawan tapi dah adik ipar aku tengok je la. Bila adik ipar mengandung kakak ipar pun sibuk la usik itu, usik ini la...masa ni memang hati sentiasa panas macam di siram bara api.

Ambil Berkat
Haih kita ni orang melayu pasti ada yang kata jenguk baby baru lahir nak ambil berkat la apa la. Tapi masalahnya aku ni penakut nak pegang baby sejak kecil lagi. Ini sejak mak aku tak bagi aku angkat anak buah aku takut jatuh. Haih la, kan dah penakut sampai ke besar. Jadi bahan ejekan kakak ipar pula tapi memang aku penakut nak tak nak terima je la. Di paksa pegang baby walaupun aku takut baby tu tiba-tiba menangis ke apa ke, huih.....kaku tau bila aku diletakkan baby pada pangku. Yes! walaupun masa tu aku tengah mengandung. Mujur bila ada anak sendiri semula jadi aku jadi berani, yup berani sejak dari hospital lagi sebab aku kene jaga Amar sorang diri. Itu pun aku banyak tanya pada jiran katil sebelah sebab dia bersalinkan anak ke 3 atau 4 kalau tak silap aku. :p

Hal ambil berkat ni tak sesuai kot pada aku tapi terpulang la kan kalau ada yang nak percaya.

Jadi berbahagialah pada yang belum ada anak, memang ada kalanya bila bosan pastinya tangis dan tawa anak kecil jadi idaman. Jadi sibukkan diri dengan macam-macam aktiviti bukan setakat menonton, tapi apa kata membaca novel, keluar jumpa kawan-kawan atau pun kalau dah tak tau sangat tidur je la. Sabar, masa akan tentukan bila masa yang sesuai. Selagi ada masa apa kata stabilkan kewangan atau pun kumpulkan harta, sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti atau kerja. Paling baik jangan selalu murung...kalau murung/sedih apa pun tak jadi tau. Jadi CERIA selalu! :)

 

Hujan

Assalam...

Sudah 2 pagi di Shah Alam hujan melanda. Hujan sejak awal pagi di turuti dengan guruh dan petir yang teramatlah kuat. Ya Allah kadang-kadang rasa takut juga tapi bila dear ada di sebelah jadi hilang. Ashraf seperti biasa mesti melekat punya ambil kesempatan hisap susu. Tapi terfikir macam mana kalau dear kerja macam dulu? ehm....ye la balik rumah lewat pagi hujan atau panas tetap kene buat kerja sampai selesai. Syukur kerja sekarang pastinya lebih baik dari kerja lama dan pastinya kerja sekarang lagi dekat dari kerja lama.



Aku tak suka hujan pagi bila masa nak pergi kerja. Bukan aku nak marah kuasa dan kurnia yang Allah bagi cuma bila pagi nak pergi kerja mesti aku yang kene hantar anak-anak. Setakat ni aku belum pernah dengar Ashraf menangis bila aku tinggalkan sebab dia tak hairan langsung kalau mak lang ada. Jeles!

Cuma Amar je, setiap kali aku hantar mesti menangis macam kene dera. Haih....rasa macam surrender time tu sedih dan rasa macam kan best kalau mama tak kerja tapi....... :p

Dengan dear tak pula Amar ni nangis teruk-teruk padahal dear bagi gula-gula sama la aku pun bagi gula-gula juga. Ehm....mama pujuk tak sama macam ayah kot.

Dalam office sekarang pun hujan masih turun dengan lebatnya, mujur masa sampai tadi sudah reda tak perlu nak bersusah payah keluarkan payung. Parking kereta pun dekat dengan loading bay dan pintu masuk jadi boleh la berlari-lari ayam. Hehe...

Tuesday, September 25

Teringat Menu Lama

Assalam...

Hari ahad lepas tiba-tiba rindu dengan masakan mak masa kecil-kecil dulu. Mudah sangat masakan mak aku. Setiap pagi mak wajibkan aku dengan adik beradik semua sarapan pagi tapi mak tak bagi makan ala barat macam roti dengan telur.

Mak sediakan nasi putih berlauk telur goreng mata seorang satu, ikan kering atau pun ikan bilis goreng di tambah kicap. Wah....ini menu membuka selera aku dan abang aku masa tu. Kiranya kalau lauk malam tadi dah habis ini la makanan yang mak buat. Jarang-jarang mak sediakan nasi lemak, bihun goreng atau pun mee goreng. Kalau hujung minggu mak buatkan roti canai. Sedap!

Jarang-jarang sangat mak bagi kami adik beradik makanan bungkus dari kedai. Biasanya semua dari air tangan mak dan dari dapur rumah. :) Arwah bapa kadang-kadang pernah juga bungkuskan nasi lemak tapi bila mak tak sempat nak masak atau pun bila mak tak sihat.

Sekarang mak rajin masak sama macam dulu juga. Dulu masa arwah ada mak rajin masak sebab arwah tak berapa suka masakan yang orang lain masak. Bayangkan kalau mak cik jiran dekat rumah bagi kuih lepat pisang arwah boleh kata geli nak makan sebab pisang tu mestinya lenyek dengan tangan kan. Erhm...kata mak arwah ni muka tak handsome tapi bab makan memilih dan sekarang menurun pada abang aku pula. Aduhai....nasib la isteri dia tu. Mujur kebanyakkan masa makan di rumah mak kalau tidak lagi panjang lebar la nak menjawab. Abang aku mulut tak jaga pula tu, boleh pula dia komen depan mak aku kata masakan isteri dia tak sedap la, minta isteri dia belajar dengan mak la. Awwww....malu la isteri dia tu kan. Tapi lumrah rupanya...biasanya anak lelaki memang suka masakan mak, sebab 3 orang abang aku dengan dear pun berperangai yang sama.

Sekarang kalau kami semua beradik balik, mak mesti turun ke dapur. Jarang-jarang mak tak masak sesuatu buat kami bila kami balik kampung. Bayangkan kalau sampai rumah tengah malam pun mak mesti sibuk nak sediakan nasi takut kami kelaparan. Oh...kasihnya mak!

Sekarang aku teringin nak jadi macam mak, nak masak masakan yang sedap nak bagi dear dan anak-anak makan. Nak bagi Amar dan Ashraf teringat-ingat dengan masakan aku nanti bila mereka dah dewasa. Syukur walaupun sekarang aku berkerja tapi setakat ini setiap hari sabtu dan ahad pasti aku akan masakkan sesuatu untuk mereka tak kira yang mudah atau pun yang susah. Ikut mampu saja la.

Memang ikut rancangan aku nak duduk rumah saja, nak jaga anak-anak sendiri tapi sekarang ni belum pasti. Rancangan yang seterusnya mungkin tunggu Amar masuk 5 atau 6 tahun aku nak duduk rumah tapi tengok kewangan kami atau pun sama ada aku dah yakin nak mulakan bisness sendiri. Memang berminat nak mulakan bisness tapi belum ada keyakinan lagi. Tambah pula keadaan kewangan belum mengizinkan nak duduk rumah terus. Tapi rasanya kalau ada yang no 3 mesti kene berhenti kerja, takkan nak bazirkan 600 ke 700 untuk bayar anak saja. Belum masuk belanja barang-barang derang lagi. :)


 

Monday, September 24

Botak

Assalam...

Pagi yang redup mana tidaknya hujan turun dengan lebat malam tadi. Fuh!!! berselimut kesejukkan sampai ke subuh. Tapi tidur malam tidak begitu lena sebab Ashraf kerap bangun sampaikan kami bertukar tempat tidur pun aku tak sedar. Tau-tau dah ada di sebelah kiri....biasa tempat dia sebelah kanan. Ehm...mujur tak jatuh kebawah. Biasalah hujan lebat ditambah dengan guruh lagi memang la mengada-ngada budak tu, minta di peluk, di tutup muka dengan bantal jangan nampak kilau petir. ish...mujur Amar tidur lena kalau tidak ayahnya pun bangun sama la jawabnya.

Ahad semalam anak-anak sudah di mesin rambutnya. Hehe...yup guna mesin, mudah dan pantas. Amar memang tak menangis sebab dah pandai dan faham bila aku kata petang nanti nak mesin rambut terus dia tidur. Haha....kami buat projek ni di rumah nenek senang, kat rumah nenek ada plug di luar jadi tak perlu nak berserabut melayan anak-anak jiran yang teruja bila kami buka 'kedai mesin rambut' di luar rumah. :p

Kalau ikutkan rambut ayahnya lagi panjang dari rambut anak-anak, habis kerja 6 hari seminggu cuma cuti ahad lepas tu malas nak pergi kedai gunting memang la panjang. Dulu boleh juga pergi sebelah petang bila balik kerja awal tapi sekarang kalau balik kerja awal pun suka tidur di rumah. Ish....

Rambut anak-anak tak panjang, rambut Amar tercacak-cacak tapi rambut Ashraf pula jenis nipis tapi dah nampak panjang. Dear tidur petang sebelum Asar jadi bila Amar bangun dan aku sempat pergi kemaskan sampah dalam kereta sebab pagi tu kami keluar ke klinik anak-anak di serang allergi. Balik dari klinik dear belikan anak-anak coklat bar comel-comel tu Amar buka dan campak je di lantai kereta. Adui....mujur mama kamu ni rajin juga, malu kalau ada orang tengok isi dalam kereta penuh sampah dah la luaran pun tak terbasuh di tambah lagi dengan dalaman yang bersepah-sepah...huih

Kesudahannya malam tadi Ashraf asyik pegang kepala. Agaknya rasa ringan la kan kepala dia tu. Hehe...kelakar tengok ragam anak-anak ni. Pagi tadi pakaikan baju pun tersangkut di rambut. Maklum la rambut dah nipis jadi tajam-tajam pula tu. :p


Saturday, September 22

Majalah

Assalam...

Memandangkan sekarang aku duduk di marketing dept. nak tak nak mesti kene tengok surat khabar setiap hari dan majalah setiap bulan. Pengsan? tidak aku lagi suka ada la...ahahhaha boleh kata tak suka? hairan la kan. Keje mudah dan ringkas pasti orang suka.


Ini majalah yang aku terima untuk bulan ini, kurang kalau di bandingkan dengan bulan lepas. Bulan lepas 5 jenis majalah berlainan bahasa tapi bulan ini cuma 3 sahaja. Ada Nona, feminine (majalah bahasa mandarin) dan juga wanita.


Cantik kan cover page ni, Irma dan Dr Muhaya. Office mate aku kata derang ni mak dan anak. Ish...tak nampak pun macam mak ngan anak...tak ada iras-iras bila aku tengok ke sebab aku kenal siapa mereka ni ye? ehm....

Ok nak jaja majalah lama pada kawan-kawan office yang lain, kesian derang bosan tak ada aktiviti nak buat. :p

 

Friday, September 21

Silalah Pilih

Assalam...


Cantik kan? jenama terkenal KicthenAid, pic ni pun aku ambil di google image sana. Ehm...bestnya kalau dapat 1 tapi nak pilih warna apa eh, semuanya nampak cantik. Hehe..di rumah dah ada 1 tapi yang kecil jenama Cornell tapi gedik juga nak tambah 1 lagi yang besar pula. Dear pasti tak akan setuju melainkan beli untuk buat bisness sebab kos beli je dah lebih 2K. Haha...macam la pandai sangat hal masak-masak ni.

Korang pilih la nak warna apa ye.... :p
 

Makan Nasi Bungkus

Assalam...

Ini gambar minggu lepas, hari terakhir puasa sunat syawal malas nak masak lagi pun kat rumah tak ada stok lauk pauk. Senang cerita terus beli bungkus. Sementara tunggu menu yang di pesan sampai jadi aku order segelas air untuk Amar dan Ashraf tapi Ashraf tak boleh minum banyak sebab masih selsema.

Wah....bermulanya sesi kejar-mengejar Ashraf. Mana tidaknya aku tak pakaikan kasut tapi masih sibuk nak turun ke tanah. Jangan harap mama kau lepaskan ye. Hehe.... Aku dudukkan atas meja boleh pula dia berdiri, nampak macam takut tapi berani juga rupanya. Lastnya mamanya pula yang takut, sampai tarik-tarik baju tapi budak ni mana faham kita risaukan dia.



Air memang Amar yang minum sorang aku kan puasa jadi tengok je la takut tertumpah ke apa ke kan. Amar pula pantang jumpa air batu memang nak kunyah seketul lepas seketul. Geram aku tengok takut giginya nanti ngilu ke apa ke kan. Awal-awal air sampai aku dah buang ais batu, tau-tau je la kan kedai biasa letak banyak ais batu.



Siap je dapat makanan terus gerak balik dan air pun habis Amar minum. Aku tengok mata orang lain tengok aku ngan anak-anak je, ish....segan la pulak beli bungkus siap bawa anak-anak pula tu tapi ada aku kesah! hehehe...aku yang nak makan, anak aku yang nak makan bukannya derang jadi abaikan mata-mata yang memandang.



Sampai rumah dah pukul 7.00 malam, elok-elok sampai rumah dear pun sampai. Melompat-lompat la anak-anak kegembiraan. Huh! jeles...masa mama ambil korang kat rumah nenek tak ada pula korang melompat macam tu ke mama tak nampak eh....ehm.....


Thursday, September 20

Apam Gula Hangus

Assalam...

Cuti 3 hari yang lepas memang aku dah rancang nak masak-masak. Nak buat kuih muih, tapi yang aku pilih pastinya bahan yang mudah dan senang nak jumpa.

Apam gula hangus paling mudah pernah aku buat. Ambil masa kurang sejam dah siap masak dan boleh di makan. Faham-faham la kan, masak dengan anak-anak ni ada masanya boleh keluar suara harimau jadian mama derang ni. Hehe...

Inilah hasilnya, resepi aku ambil dari blog aziejaya.blogspot.com kalau rasa nak cuba silalah cuba.

Apam Gula Hangus

Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat (kat rumah abis stok aku gantikan dengan susu tepung Amar)
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 15 minit sahaja.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah  ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.
 
Resepi yang aku copy paste terus dari blog k azie. Hehe...dasar pemalas apa-apa pun resepi ni memang best, hari tu buat separuh jadi dapat 1 pinggan dan selesai anak-anak kerja kan sekali makan je. Lain kali mesti nak buat lagi.

 

Apa Pun Tak Boleh

Assalam...

Tersangatlah susah mahu memuaskan hati semua orang kan. Kadang kala kita sendiri jadi tidak keruan, pening fikir apa yang orang lain mahu tengok kita buat. Tapi kadang-kadang terfikir juga rasa nak jawab 'ada aku kisah?' ish...kejam la pulak bunyinya tu.


Aku tengah panas hati dengan amoi dalam office ni, boleh kira ah so dah kot. Hehe...suka sangat ambil tahu hal orang. Pantang ada orang masuk je terus sibuk nak ambil tahu, nak tanya nama la, dari mana la. Ish...tu budak store la, boleh pula dia tak kenal....tu la time stock take tak turun langsung. Sekarang baru sibuk nak tanya nama la apa la.

Apa je yang aku buat mesti nak ambil tahu. Baru-baru ni PC dia rosak, repair tukar barang sampaikan semua dokumen yang dia save pun hilang. Minta aku taipkan dan email pada dia. Sebelum ni dia pernah kata jangan email pada yang lagi sorang ni jadi aku CC email aku pada bos kecil kami nak tau dia punya pandangan pula. Bila bos reply email kata minta tambah itu ini dia kata aku buat kerja setengah baldi la, apa la. Ish...rasa macam nak pergi gegar je badan dia!

Yup pendek kata la kan, memang susah nak puaskan hati semua orang. :p

 

Wednesday, September 19

Teramat Rindu

Assalam...

Semalam tajuk kerinduan hari ini pun nak bagi tajuk kerinduan juga la bleh ke ye? Ehm.... Tadi baca blog Filla terus tangkap dalam, sentap sangat bila baca memang sukar mahu melupakan. Yes! semua orang pasti dah tahu Filla kehilangan adik tersayang ketika bercuti. Ya Allah! syukur sebab dia kehilangan adik di samping keluarga tapi aku kehilangan ayah tanpa siapa-siapa di sisi.

Ye....pernah tak korang terbayang mak korang yang selama ni baik-baik je tiba-tiba menjerit-jerit bagaikan di dera mahupun di sambar halilintar? mesti tak pernah kan. Ini pertama kali aku saksikan tangisan mak yang menderu-deru di tambah dengan rasa kecewa teramat sangat. Mana tidaknya arwah bapa aku pergi meninggalkan kami semua ketika kami baru saja balik ke tempat masing-masing selepas bercuti raya puasa.

Arwah jenis rajin bekerja, tidak boleh duduk diam di rumah kalau tidak bekerja terasa sakit-sakit badannya. Mak sudah terbiasa di tinggalkan sama ada pagi atau pun petang. Dulu masa arwah kerja pengawal keselamatan mak tidur malam sendirian. Takut atau tidak kata mak nanti dalam kubur pun tidur sorang-sorang. Mungkin juga nak sedapkan hati anak-anak yang duduk jauh.

Mujur beberapa bulan sebelum arwah meninggal abang ke 2 anak ke 3 mak berhenti kerja dan duduk kampung bersama dengan mak. Abang siap beli rumah dan kakak ipar tukar mengajar di kampung. Senang sikit hati kami anak-anak yang jauh sebab mak bapa ada teman kalau sakit pening. Setiap malam abang balik tidur rumah dia dan mak ngan bapa tidur sama-sama di rumah.

Pagi arwah pergi kebun mak puasa sunat syawal, tapi aku tak pasti sudah hari ke berapa. Arwah keluar ke kebun mahu pasang pagar dawai sebab arwah baru je tanam anak pokok getah yang baru. Memang kami terlintas kalau arwah tanam pokok getah nanti siapa yang nak jaga? tapi arwah kata kita tanam dulu nanti kita fikir kemudian. Arwah usahakan juga tanah belakang rumah opah dengan menanam kelapa sawit. Syukur sehingga kini mak dapat merasa hasil penat lelah arwah setiap 20 hari.

Kata orang ajal tak menanti sesiapa, arwah keluar ke kebun selepas sarapan dan dalam keadaan tidak sihat. Mak tegur juga katanya jangan pergi sebab arwah mengadu pening-pening. Tapi katanya kalau tak disiapkan bila lagi nak siap. Rupanya arwah tak nak kami semua dan mak nampak cara dia 'pergi'.

Tengahari aku telephone mak bertanya khabar, tapi kata mak arwah masih belum pulang dari kebun walaupun masa tu dah masuk waktu zuhur. Ish....kebun tu masih boleh dengar laungan azan dari masjid berdekatan dengan rumah dan arwah belum pernah tidak balik selewat itu. Pukul 2 mak terasa tak sedap hati bila aku kata pelik, mak minta abang pergi jenguk di kebun rupanya arwah dah tak ada.

Kesian sebab arwah terbaring di bawah panas terik matahari, kulitnya nampak gelap. Tempat baring pun tak jauh dari tempat arwah meletakkan motor. Kata abang pisau arwah masih elok tersimpan dalam sarungnya. Jadi arwah mati bukan kerana di bunuh. Lega kami tapi di sebabkan arwah mati bersendirian polis perlu dipanggil untuk buat kepastian. Makan masa agak lama, dari waktu zuhur sampai asar baru arwah dipindahkan dan bawa ke hospital.

Aku dapat call dari kakak ipar yang tinggal di Seri Kembangan. Hanya dia yang mampu bagitau adik beradik yang lain, mak di kampung dah tidak keruan, suami dia (abang aku) pun dah tak boleh nak kata apa. Kami semua rapat dengan arwah. Abang yang terjumpa arwah bapa pula lagi lah serba serbi tidak kena. Kata mak mungkin dia meraung di sana bila jumpa arwah terbaring kaku. Entah apa yang jadi cuma dia saja yang tahu.

Aku yang baru lepas masuk office selepas keluar makan pun jadi kaku, lidah jadi keluh tapi air mata yang jatuh menderu-deru tanpa aku minta. Rasanya 1 office boleh nampak mata aku merah walaupun aku tahan-tahan jangan bagi air mata jatuh. Sebelum pulang aku call kakak bagitau, mujur dia off hari tu kalau dia di kilang pasti lagi lewat dia balik kampung.

Aku memandu kereta pulang dengan air mata mengalir tanpa henti. Sama macam yang korang tengok kat dalam drama tv tu la. Sedih gile sampai aku bawa kereta pun laju. Tau-tau je dah sampai rumah. Melangut sorang-sorang sebelum tunggu dear balik rumah. Mujur dear kerja di kawasan yang dekat-dekat kalau jauh aku terpaksa ambil dear nampaknya. Masa ni aku baru 3 bulan mengandungkan Amar. Masuk-masuk rumah terus terduduk teringatkan betul ke tidak apa yang terjadi tapi perlahan-lahan aku mula terima. Dear balik aku terus kemaskan baju dan terus balik kampung. Sebelum tu singgah rumah MIL dan MIL sempat nasihatkan apa yang patut pada dear. MIL nak pergi kampung tapi mungkin esoknya atau lusa sebab tak ada orang nak bawa MIL kesana.

Dalam kereta aku banyak-banyak bacakan Al-fatihah....saat ni terasa rindu sangat nak peluk mak dan nak sangat tengok keadaan arwah bapa. Terkejut hingga terlupa nak bawa buku yassin masuk kereta mahu pun Al-quran. Jadi sekarang aku tinggalkan 2 buku Yassin dalam kereta untuk kecemasan. Beringat bila pernah mengalami.

Sepanjang jalan memang lengang, aku boleh nampak kereta abang aku yang tinggal di rawang dan terjumpa juga abang yang tinggal di Seri Kembangan. Kami sama-sama sampai kampung, setibanya kami arwah pun tiba dari hospital. Terus masuk terkam mak, menderu-deru suara mak menangis mujur ada saudara mara dan jiran-jiran yang bantu tenangkan mak sebelum kami sampai.

Semakin malam semakin ramai yang datang, besan mak dari Kedah dan Teluk Intan pun datang. Yang datang jauh tidur di rumah berhimpit-himpit dengan pak cik mak cik aku semua. Sampaikan besan lelaki dari kedah terpaksa tidur dalam kereta. Kesian sangat bila dapat tahu pagi tu tapi dia kata tak apa. Memang rumah kami luas tapi semua berkumpul jadi penuh maknanya ramai orang yang sayangkan arwah.

Malam kami tak makan, kalau tak silap mak cik aku 2 orang bertungkus lumus memasak di dapur bagi semua makan. Mungkin selera kami hilang dan mak berbuka pun tidak makan banyak. Sekadar yang mampu di telan je. Perit tekak nak menelan sebenarnya, yang mampu meneguk air je.

Kebetulan arwah meninggal malam Jumaat jadi pihak masjid adakan majlis bacaan yassin walaupun ini memang aktiviti wajib di sini. Kiranya arwah rajin pergi solat dan mengaji di sana. Kawan-kawan pun adakan majlis buat arwah di rumah kami. Selepas solat Isyak pak cik mulakan bertadarus Al-Quran bergilir-gilir. Aku pun ikut sama, dapat baca 3 helai je. Banyak-banyak pak cik ngan mak cik aku yang baca. Mata mengantuk jangan cerita lah ditambah pula rasa sakit-sakit mata tu mungkin sebab menangis je sepanjang petang. Sekejap-sekejap tengok arwah, memang sayu kalau dulu kecil-kecil aku takut bila tengok orang mati tapi bila sekarang terjadi pada aku baru aku tidak takut lagi.

Sempat juga lelapkan mata sejam dua malam tu, tau-tau je dah subuh. Dear langsung aku tak ambil tahu tidur dimana dan makan ke tidak. Yes! bila jadi cam ni laki pun bleh aku lupakan. Sentiasa bersama mak, cuba tenangkan mak dan syukur semakin lama mak semakin tenang. Mungkin mak pendam saja perasaan tu sebab mak faham Allah lagi sayangkan arwah dan hidup pasti akan mati juga. Cuma mungkin mak terkilan arwah pergi tanpa mak di sisi.

Pagi-pagi selepas subuh semakin lama semakin ramai yang datang. Masuk hari ke 2 arwah meninggal, hari Jumaat jadi arwah akan di kebumikan sebelum zuhur lagi pun tidak elok di lengah-lengahkan. Kami semua dah mampu makan sarapan pagi tu, seperti biasa tugas dapur mak di ambil oleh mak cik mak cik yang balik kampung. Nak buat macam mana, mak mesti tak boleh fikir dan mesti tak senang duduk kalau nak masak. Tapi sekarang memasak dan bekerja jadi terapi terbaik buat mak.

Syukur juga arwah di solatkan lebih 40 orang kampung dan saudara mara termasuk kawan-kawan arwah yang sama-sama solat jemaah di masjid. Mujur arwah rajin ke masjid jadi sekurang-kurangnya ada kawan-kawan tolong doakan untuk arwah. Penuh 1 rumah dengan orang dan yang pasti aku tak tau dear di mana. Mujur dear boleh ikut abang-abang aku jadi aku tak susah la nak siapkan apa-apa untuk dia. Baju aku dah letak siap-siap dalam beg jadi pandai-pandai sendiri mahu ambil.

Arwah di kebumikan dan aku, mak dan kakak tak ikut sama. Mak pastinya tak sanggup nak tengok jadi kami temankan mak di rumah. Selesai tu baru aku jumpa dear, yes lupa laki sungguh aku ni. Dear bagi aku izin tenangkan mak dan selalu dengan mak takut mak menangis atau buat apa je kan. Mujur mak seorang yang penyabar.

Sungguh terkejut kan, tengahari call mak ok lagi tapi petang tengok dah jadi macam ni. Tapi ini bukan kehendak kami, kalau boleh nak arwah pergi di samping mak pun tak apa. Tapi takdir Allah siapa mampu menghalang.

Syawal lalu sudah 3 tahun arwah pergi. Arwah pergi 10 syawal bersamaan 1 hb Ocktober 2010. Alhamdulillah setiap kali raya aku dapat menjenguk kubur arwah, walaupun tahun pertama dan kedua sangat menyakitkan tapi tahun ke 3 ini kami sudah kuat. Betul cuma masa yang berlalu akan melenyapkan rasa sedih perlahan-lahan. Bukan mudah mahu melupakan sehinggakan setiap kali aku peluk mak pasti ada air mata mak yang jatuh. Aku tak pasti sebab apa tapi aku harap mak menangis untuk perkara-perkara yang baik. Rindu sangat kot, balik kampung pun sekejap kalau dekat memang selalu aku balik. Mudah-mudahan mak sudi duduk di sini nanti andai di izinkan. Tunggu masa yang sesuai je pasti setiap hujung minggu aku jenguk mak.

Al-Fatihah buat arwah, kenangan bersama tersangat sukar untuk aku lupakan.




Tuesday, September 18

Kerinduan

Assalam...

Pernah tak korang terasa rindu dengan perkara-perkara yang lepas?

Sekarang aku terlalu rindu rasanya dengan perkara-perkara yang aku selalu buat sebelum-sebelum ni. Mana tidaknya kata orang bila kita dah tinggalkan sesuatu tempat atau barang baru kita terasa sayang. Betul! tapi aku sentiasa sayang cuma tak terluah dan tak menahan dengan sikap panas baran bos je. Kalau tidak pasti kekal lama di sana.

Suasana kerja sangat seronok, mana tidaknya buat apa pun buatlah asalkan kerja siap. Bos mana yang suka tengok staff ber'FB' kerap sangat kan. Memang la bos tahu kami semua ada FB tapi biarlah berpada-pada jangan sampai bos nampak atau pun jangan sampai terabai kerja. Sekarang aku rindu sebab di sini boleh FB juga tapi sentiasa ada mata-mata (CCTV) yang melihat. Jadi sendiri mahu ingat lahkan.

Di sana nak ambil alat tulis tak perlu isi borang dan minta bos sahkan. Senang, tinggal ambil dan tulis nama. Hujung bulan purchaser akan minta admin isi form alat tulis yang perlu di beli. Kertas A4 pun sama, nak guna banyak mana pun ambil la. Tambah-tambah kerja aku banyak menggunakan kertas memang syurga la rasanya.

Harga makanan di kawasan sana lebih murah kalau dibandingkan dengan kawasan sini. Mana tidaknya sana Klang tapi sini Shah Alam...sedih tapi nak buat macam mana sini lebih dekat dengan rumah dan lebih jimat penggunaan minyak kereta dan jimat masa.

Kawan....ini yang paling aku rindukan. Tidak boleh lupakan setiap hari keluar makan bersama, berborak bersama. Sarapan pagi dan makan tengahari bersama-sama. Walaupun ada masa terasa hati tapi itu yang mengeratkan kami lagi. Hehe.... pernah baca entry di ketawakan. Ini semua pengajaran.

Paling aku rindukan makanan yang best-best di sana, boleh pilih lebih dari 5 kedai makan di satu kawasan. Tapi sekarang lebih rela makan dalam office sorang diri. Lebih rela masak lebih dan bungkuskan makanan dari rumah.

Dulu kami bertiga rajin pergi bersama-sama kemana-mana. Memori terakhir bertiga tak ada sebab sorang tu masih dalam pantang. Tapi aku sempat melawat baby dia. Syukur Allah berikan aku perluang untuk jumpa mereka walaupun ketika itu aku sudah berhenti. Duduk rumah keluar makan sekali sekala.

Di harapkan mereka suka kerja di sana, dan di harapkan juga aku mampu kekal kerja di sini seperti rakan-rakan lain sehingga ada yang kerja 5, 8 dan 10 tahun di sini. Ya Allah, kau permudahkan segala pekerjaan aku untuk mencari rezeki yang halal buat anak-anak.
 

Mahu Ke Legoland Percuma?

Assalam...

Jalan-jalan di Maybank2u terjumpa iklan ini.



 Maybank ada buat 1 peraduan, tapi aku tak berminat nak join sebab hadiah cuma pas masuk sepasang je ke Legoland Malaysia. Hehe...bagi la untuk 4 orang ke best la juga kan.

Kalau nak info lebih lanjut sila lawat lama web maybank2u ye. Selamat berjaya!
 

Saturday, September 15

Murtabak Maggi

Assalam...

Minggu lepas tetiba teringin nak masak murtabak maggi, jadi inilah hasilnya. Buat makan-makan aku dengan Amar. Ashraf tidur tapi kalau dia bangun pun bukannya nak makan sangat. Dia pemilih makan orangnya sekarang ni.



Resepinya
Sebungkus maggi (aku guna maggi kari)
2 biji telur
2 batang sosej
sedikit garam
sedikit daun sup sebagai pewangi

Caranya.
Rebus maggi sampai kembang dan tapiskan airnya.
Pukul telur, di campur dengan sedikit garam
Masukkan sosej yang telah di hiris dan daun sup kedalam telur.
Gaul rata dan masukkan maggi
Goreng menggunakan minyak yang sedikit.
Boleh dimakan dengan sos cili atau pun dicicah dengan kuah kari atau sambal ikan bilis.

Yes! kalau ada sambal sardin pun sedap! Masa masak tu Amar sibuk la nak makan, siap je aku letakkan sos cili. Gatal tangan nak makan cicah sos tapi bila aku bagi tak nak pula. Erk...maknya yang terpaksa makan lebih.

Lain kali boleh buat lagi, ingat lain kali nak taruk daging ayam, kentang dan serbuk kari. Nak tumis-tumiskan dulu macam buat inti karipap tapi tak boleh pedas-pedas la. Mesti lagi sedap kalau buat sendiri.

Resepi ni aku minta dari kakak ipar aku tapi aku olah ikut cara sendiri. Kalau ada yang nak ikut terpulang ye. :)



Friday, September 14

Nasi Lemak 'Beracun'

Assalam...

Wah...tajuk tu sangat menakutkan tak? hehe.. Memang betul itu yang terjadi pada office mate aku yang seorang ni. Termuntah-muntah bukan setakat sakit perut dan cirit-birit. Ish..kalau korang ada kat tempat aku korang boleh rasa nak termuntah sekali dengar dia muntah tu. Adoi...lupakan!!!!

Kesnya bermula begini, pukul 4.30 petang dia tiba-tiba kata sesak nafas dan bangun on air cond tapi masa tu kami (aku dan seorang lagi office mate) ingatkan ok. Lepas tu dia kata pening-pening pula. Erm....aku dah naik hairan dah, apsal pula dengan amoi sorang ni. Lastnya dia pergi toilet terus muntah-muntah.

Mula muntah tu sampai la aku dah sampai masa nak balik. Ish...tak nak la tunggu, kang aku pula yang termuntah kat sini.

Awalnya dia makan nasi lemak yang dia beli pagi tu. Ini kes dengki tengok aku makan nasi lemak lauk sambal sotong la. Alahai....cara aku kalau nak buat makan tengahari aku asingkan lauk ngan sambal. Tak ada la nasi terkena sekali dengan sambal tu tapi aku tengok dia punya nasi memang penuh dengan sambal sotong dan berminyak. Ok bukan aku nak kutuk tapi aku dah terasa geli masa nampak tengahari tu tapi aku buat-buat tak nampak je.

Makan bukan main selera lagi tapi petang tu kesian. Lembik jadinya! Pada korang yang nak makan nasi lemak tengahari tu jaga-jaga la ek, sendiri mau ingat ye jangan sampai keracunan makanan pula korang.

Selamat berhujung minggu, isnin depan cuti jadi cuti untuk 3 hari la hujung minggu ni. Kawan Poli ada jemput datang rumah di Sungai Buloh tapi tak sure lagi dapat pergi ke tidak. Harap-harap dapat pergi, lama tak jumpa mereka semua.


Guruh! Takutnya

Assalam...

Wah...cuaca sekarang sangat-sangat tidak menentu. Mana tidaknya sekejap hujan sekejap panas. Malam tadi masa nak tidurkan anak-anka angin kuat di luar mujur dear ada sama kalau tidak susah nak tidurkan mereka. Anak-anak aku ni penakut dengan guruh ikut perangai mama mereka la ni. Haish...nak buat macam mana.

Pernah sekali terjadi masa kami balik kampung. Kami rajin balik kampung sebelah malam sebab cuaca lebih sejuk dan jalan pun lengang sikit. Lebih kurang sejam perjalanan lagi nak sampai kampung hujan turun dengan lebat, angin bertiup kencang dan guruh sabung menyabung. Pergh...nampak warna kilat terang-terang tu pun aku dah seram. Nak tidur memang tak boleh, tiba-tiba dear kata air di naiki air lebih kurang jadi macam banjir kilat la tapi tak dalam. Banyak kereta berhenti di kiri kanan jalan tapi dear kata nanti kalau berhenti sampai kampung lagi lewat. Nak tak nak redah je la perlahan-lahan. Tangan aku dok pengang tangan dear, rilex la kereta auto bawa sebelah tangan pun boleh...eh dear bawa manual sebelah tangan pun boleh ok!

Kalau tak silap masa ni aku tengah mengandungkan Amar, kami balik kampung sebab apa aku tak pasti pula. Yang aku ingat kejadian ni sebelah malam yang gelap sangat pada aku. Hehe...

Sampai kampung hujan masih belum reda cuma guruh dan kilat tiada lagi. Syukur kami selamat. Disebabkan kejadian ini, aku menangis dalam kereta ketakutan dan di ketawakan dear. Geram!

Bila di fikir-fikirkan lagi patutlah Amar sangat-sangat takut dengan guruh tapi sekarang perlahan-lahan kami ajar supaya dia tidak takut lagi. Nenek pun sama, kalau dengar guruh atau hujan nenek siap tutup cermin tingkap dan pintu. Wah...nenek pun sama-sama penakut rupanya...ahahahhaa mertua ngan menantu sama-sama takut dengan guruh.

Sekarang baru aku faham kenapa orang sibuk kata masa mengandung jangan macam-macam. Jadi kesimpulannya, kalau selepas ini mengandung lagi lebih baik hati-hati ek...tapi kalau semula jadi takut aku nak buat macam mana ek? :p



Thursday, September 13

Jemput-jemput Kurma

Assalam...



Alhamdulillah hari ini jadi hari terakhir aku berpuasa 6, harap2 sangat dapat habiskan walaupun cuma bersahur dengan jemput-jemput kurma lebihan makan malam tadi dan juga roti cicah milo. Bukan apa pagi-pagi tak kuasa nak masak-masak. Malam tadi pun tak masak cuma buat jemput-jemput kurma je, 1st time buat ok lah juga. Lain kali boleh cuba lagi.

Nak resepi ke? alahai...gambar tak sempat nak ambil sebab dah selamat masuk perut lagi pun cuma jemput-jemput je kan. Dah la terhangus dek kerana sibuk melayan kerenah anak-anak yang sekejap nak itu sekejap nak ini. Pengsan!

Mudah je... Hiris kurma halus-halus atau belah 4 buah kurma yang telah di buang biji. Campurkan dengan tepung gandum dan air secukupnya. Senang je, main agak-agak macam buat jemput ikan bilis juga. Rasanya boleh tahan juga, sebab ada manis-manis bila tergigit kurma. Dear kata jemput-jemput gula merah...hahahhaha

Bagi akak ipar pun dia cakap belum pernah lagi rasa, kebetulan dia bagi lauk malam tadi jadi aku bagi la dia jemput-jemput pula. Hehe...orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa kan.

Lain kali nak buat lagi, tunggu hujung minggu baru dapat buat banyak sket. Baru puas makan dengan anak-anak dan dear. Buah kurma tu office mate bagi sebab dia tak makan kurma (cina) jadi aku pun tanya-tanya pada kawan katanya sedap kalau di buat jemput-jemput. Try & error la kan, syukur jadi sedap juga. Biasa kurma aku makan terus tapi ini jadi kelainan la pula. :)

 

Tuesday, September 11

8th Giveaway (GA)

Assalam...

Gatal nak join GA gak, hehe...sekadar mencuba. Tengok blog sususegarrr terus teringin nak join. Lagi pun tengah tak ada kerja nak dibuat.



 Nah...ini hadiahnya! jom join di umiyumi2

Good luck!

 

Anak & Mainan

Assalam...

Cuti hujung minggu sibuk melayan anak-anak memandangkan dear kerja jadi tak kemana la kami. Pergi rumah nenek tapi nenek pula tak ada dirumah. Menjenguk cucu yang baru lepas jatuh motor semasa balik dari keluar makan. Kesian tengok mukanya sebab habis gigi 2 batang patah, nak buat macam mana

Ini mainan yang aku lepaskan bawa keluar dari bilik, kalau ikutkan masih ada sebakul besar dan penuh dalam bilik belakang. Tak kuasa nak bagi main semua sebab bersepah-sepahnya yang lebih. Ini pun tiap pagi lepas anak-anak pergi rumah nenek dengan dear barulah aku kemaskan, kalau kemaskan awal-awal memang alamat sekejap lagi Amar tuang 1 beg depan pintu masuk, pintu bilik ataupun pintu dapur. Tension gak aku apasal dia suka tuang mainan dan sepahkan dekat kawasan pintu? Seronok kot tengok laluan orang ni sempit agaknya.


Gambar ni aku ambil malam tadi, balik dari rumah nenek berdua dengan Amar. Ashraf dilarikan mak lang bawa beraya rumah kawan mak lang. Hehe mujur mak lang rajin nak hantar ke rumah senang kerja aku. Amar sibuk mengira jumlah mainan yang ada depan adiknya tapi masa ni Ashraf dah lari datang dekat aku sebab nampak aku pegang hp. Pantang sungguh budak ni kalau nampak aku di rumah. Mula la muncung, buat bunyi dan tarik-tarik baju. Nyampah...nak susu la tu macam la kat rumah mak lang tak dapat. Buat lagi 'geram' ngan dia ni.


 

Laksam Vs Kuih Lopes

Assalam...

Pagi Isnin yang sejuk, mana tidaknya bumi ini diturunkan hujan. Ada juga terdetik dalam hati rasa tak nak bangun dan tak mahu pergi kerja. Letih belum hilang, biasa la kalau cuti pastinya masa terluang melayan kerenah anak-anak dan cuba mencari apa yang mereka selera untuk dimakan.

Alhamdulillah aku buatkan mereka laksam, makanan sebelah pantai timur. Tambahan pula makanan ini tidak pedas sebab sambal belacan di hidangkan berasingan berbeza dengan laksa biasa yang semestinya kuahnya lebih pedas. Syukur sangat-sangat walaupun penat menunggu menyiapkan laksam tapi rasa penat berbaloi sebab anak-anak makan dengan berselera sekali.



Dear tak makan banyak sebab kebetulan malam tu aku buatkan kuih lopes jadi mungkin kuih lopes lebih menarik dari laksam. Ye la, maknya selalu buatkan kuih ni bila masa nak raya je kalau tak silap aku. Selebihnya rajin beli je tapi jarang sangat dapat yang sedap dan puas hati.

Kuih lopes aku ringkas sangat. Rendam beras pulut 3 jam je sebab petang tu baru terfikir nak buat. Dear balik je aku terus kukus dan kepal-kepal berbentuk bulat leper beralaskan plastik. Digaulkan dengan kelapa parut dan dimakan dengan air gula merah atau gula melaka. Nyum....cuma beras pulut kurang lembut je, ye la kalau MIL buat lepas kukus MIL akan bungkus dalam daun pisang dan rebus sejam dua aku ni pula cuma kukus je memang la tak lembut dan tak ada bau daun pisang. :p



Ehm....hujung minggu kami semua duduk rumah, keluar juga pergi econsave dengan anak-anak beli barang. Dear kerja sebab ada kerja yang perlu di siapkan segera.