Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, August 31

Selamat Hari Merdeka 2012

Assalam...

Salam kemerdekaan buat semua!

Ambil dari Yahoo.com

Hari ini cuti semperna hari kemerdekaan ke 55 tahun. Tak tahu lagi mahu ke mana, mahu beraya atau pergi rumah mak cik sebab ada kenduri doa selamat. Tapi tak pasti sebab telefon akak dengan abang malam tadi semua kata tak pasti lagi.



 

Thursday, August 30

Status Di FB

Assalam...

Pernah tak korang rasa orang yang update status dalam FB tu berlagak? hehe...tetiba je semalam aku terasa begitu pula. Kalau tengokkan gaya memang nampak berlagak sikit. Sekejap update status itu jap lagi update status ini. Makin lama makin jelak pula aku tengok. Tapi tak apa lah...layan kan saja. Mungkin dia nak berkongsi gembira dengan orang lain kan.


 

Wednesday, August 29

Gambar Raya 2012

Assalam...

Baru dapat transfer gambar raya masuk dalam pc di office ni. Sangat susah sebab cik CCTV sentiasa memerhati.
 
Puting langsung tak boleh lepas, geram tengok...kan dah tak hensem mujur Ashraf tak hisap puting.
 Aksi Amar dan Ashraf, mama dengan ayah tak ada gambar pun. Kami bertemakan biru pagi raya pertama. Raya ke dua tema peach sebab pakai baju raya tahun lepas. Sayang rasanya kan, baju beli mahal-mahal tapi pakai sekali je. Jadi tahun ini kami pakaikan anak-anak baju ni setiap kali nak beraya tapi sempat pakai 3 kali kot. Nanti raya haji kita pakai lagi ek. :)

Ashraf leka main jam Ben 10.


Selamat Hari Raya 2012 dari kami!

(Tahun depan tengah fikir nak beli kain warna apa pula eh... hijau pucuk pisang/hijau lumut/oren/kelabu atau pun marron? banyak gila kan pilihan...tengok nanti kain yang mana mama berkenan ye anak-anak.)
 

Mainan Kegemaran Ashraf

Assalam...

Ini permainan kegemaran Ashraf, mana tidaknya sampai masa nak hisap susu pun sibuk nak peluk juga. Tapi selepas balik kampung dia belum jumpa lagi mainan yang ini. Aku pun tak pasti di mana dear sorokkan. Hehe..

Ini mainan Amar dapat dari kawan-kawan office lama aku yang bagi. Mereka bagi bermacam-macam barang bayi termasuk mainan juga. Mainan bentuk lebah dan 'ladybird' yang bentuk bunga tu mainan lain tapi ayah dah ikat sekali jadi sampai sekarang ikatan masih belum terbuka lagi.




 

Tuesday, August 28

Cermin Mata

Assalam...

Lemau rasanya petang ni maklum aje kerja on off pula sekarang. Tambah-tambah lemau bila puasa dan tengok orang lain makan sedap-sedap.... hehehhe

Padahal aku sibuk menjenguk blog-blog masakan yang ada melihat menu dan resepi yang menarik. Minggu lepas balik dari kampung mak ada bagi beras pulut sekilo kalau tak silap sebab dah siap paket. Rancang mahu buat pulut kuning hari Jumaat nanti. Dear cuti tapi sabtu dear kerja jadi rajin-rajin la nak masak. Mahu makan dengan sambal ikan masin. Pasti sedap.

Lupakan pasal makan, mahu layan perangai budak yang seorang ni. Bikin mama dan ayah ketawa terbahak-bahak je.

Nak buat sendiri tapi tak pandai.

Senget 


Hidung terkepit.
Inilah ragam anak-anak, penghibur hati di kala duka. Pastinya ada mereka buat kami suami isteri sentiasa meriah dan ceria. :)





Puasa Sunat Syawal 2012

Assalam...

Hari kedua puasa 6....hari hujan tapi dah minta izin dari dear sejak minggu lepas. Jadi perlu di laksanakan sekarang. Kalau lewat silap-silap tak terbuat jawabnya. Niat di hati nak puasa 4 hari berturut-turut dalam minggu ini, sebab Jumaat cuti hari Merdeka. Harap-harap berjaya. Kalau selesai 4 hari tinggal 2 hari lagi, insyaallah minggu depan boleh habiskan.

Masalah terbesar aku sekarang ialah sangat susah mahu meninggalkan bantal dan tilam di kala tiba masa untuk bersahur. Mana tidaknya masa nak bangun sahur Ashraf pun minta susu kalau bangun sahur awal sangat nanti tiba-tiba tengah makan dia nangis pun susah juga. Nak makan laju-laju nanti langsung tak ada rasa makanan tu. Ish...macam-macam alasan kan, dah bagi susu aku pun tertidur sama terus hanyut sampai terdengar azan subuh dari masjid.

Masalah bila puasa ialah.....mengantuk melampau-lampau sangat rasanya. Tak kira sama ada tidur awal atau tidur lewat sama je. Sejak dari bulan puasa lagi dah rasa macam ni. Tambah-tambah pula kerja tak berapa nak ada kan lagi lah cepat je rasa mengantuk tu datang.

Rancang tahun ini nak puasa sunat Syawal dulu kemudian akan datang nak puasa hari Isnin dan Khamis untuk gantikan 8 hari puasa wajib ramadhan. Ada masa 11 bulan untuk ganti jadi mohon doa dari Allah semoga Allah permudahkan niat aku.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang puasa sunat syawal sila dapatkan info di sini. Semoga dapat menjadi panduan buat semua. :)

 

Friday, August 24

Kucing

Assalam...


Sejak raya ni aku perasan Amar takut dengan kucing. Sebelum ni tak perasan pula kalau dia takut. Mula-mula ingatkan dia geli bila kucing tu datang dekat tapi sekali kucing datang memang dia menjerit menangis. Erk.... nak buat macam mana ek?

Tapi Ashraf pula pantang jumpa kucing, mungkin sebab dulu masa Ashraf kecil mak lang ada bela kucing. Ish...lagi pening, Amar takut tapi Ashraf suka.....

Kalau tak silap masa Amar kecil dulu dia suka pijak ekor kucing. Di rumah ada banyak kucing, termasuk dengan kucing yang akak ipar aku bela. Sabar sangat kan melayan kucing-kucing ni sebab tang najis tu yang aku tak suka. Paling tidak suka juga bila kereta baru lepas basuh dia duduk lepak kat atas tu. Ish...nampak la kesan tapak kakinya. Sabar je la aku dengan kucing ni semua.

Di rumah nenek Amar suka halau kucing, sebab nenek takut kucing masuk dan buang najis dia merata-rata. Dah tu kebetulan adik ipar pun geli dengan kucing. Aku rasa Amar ikut perangai adik ipar aku la tu. Adoiiiii!

 

Mood Raya Lagi

Assalam...

Masih ramai kawan-kawan masih belum berkerja lagi sekarang ni, wah...aku pula terlebih rajin eh. Terlebih rajin konon, padahal masih baru kerja tak berani nak ambil cuti tanpa gaji. :p

Pergi FB macam tak ada orang, jenguk di blog pun ramai tak update story terbaru. Bosan juga sebab kerja tengah tak ada, kalau ada kerja no hal la kan.

Di office pulak PA yang sibuk sebab tak ada yang tolong. Admin masih bercuti jadi nak tak nak dia perlu buat semuanya sendiri termasuk kerja angkat telephone tau. Haha...mujur aku duduk tingkat bawah kalau tidak aku yang menjadi mangsa.

Ok lah, mahu mencari kerja nanti bos nampak pengsan nak menjawab.



Thursday, August 23

2 Hari Beraya

Assalam...

Hari ke 5 beraya hari ini. Syukur sebab dah hampir habis rumah saudara mara kami pergi. Tinggal rumah yang dekat-dekat kami boleh pergi hujung minggu, sabtu dear kerja jadi ahad je la.

Raya ke 3 kami di sini, beraya di rumah MIL, jiran-jiran terdekat di rumah MIL, rumah kakak ipar yang jaga Ashraf dan rumah abang sulung dear. Jumlah ada 8 rumah termasuk rumah MIL. Wah! hebatkan....

Petang lepak di rumah MIL sementara tunggu dear servis kereta sebelum aku nak mula kerja. Awal-awal tak ada masa jadi sekarang terpaksa luangkan masa untuk servis. Aku di rumah MIL tidurkan anak-anak dan aku pun join tidur sama. Best!

Malam dear ajak pergi rumah mak cik sebelah MIL di Sungai Udang, Klang. Kami 2 kereta dengan kakak ipar satu keluarga. Pergi ramai-ramai baru meriah kan.... dapat pergi 4 rumah je malam tu sebab 3 rumah tak ada orang, ada yang pergi beraya ada juga yang balik kampung. Sampai rumah pukul 11.00 malam terus tidur.

Ralit tengok Astro warna di rumah mak cik dear.

Amar duduk diam-diam dengan ayah sebab dan mengantuk.

Tak nampak pula muka pak lang dengan mak lang ni.

Raya ke 4 kami pergi Rantau Panjang, Klang rumah mak cik dear lagi. Kalau ikutkan di sini ada 3 rumah tapi kami tak pergi lagi 2 rumah sebab dah janji nak pergi rumah kakak ipar dear di Meru, Klang. Selesai beraya rumah kakak ipar kami gerak ke Kota Damansara dalam cuaca hujan tersangat lebat. Huh...kalau tidur memang seronok kan...

Mak cik aku pula tak ada, tingkap dan pintu semuanya bertutup rapat. Tak pasti pula balik kampung atau kemana sebab nak telephone tak boleh semua no dalam hp lama. Sabar je la kan. Kami gerak ke Taman Datuk Harun, Petaling Jaya rumah mak cik aku. Nasib baik ada di rumah dapat kami makan dan minum kenyang-kenyang. Berbual panjang dan hampir pukul 5 kami sampai rumah.


Rumah mak cik tepi padang, anak-anak ajak ayah main dan mama borak dengan mak cik dan sepupu dalam rumah sambil intai-intai mereka ni diluar.


Malam pula beraya di kampung lagi tapi sempat pergi 1 rumah je sebab kakak ipar dear kata nak singgah rumah jadi kami balik rumah dan melayan tetamu yang datang. Aku hidangkan nasi putih, daging kerbau masak lada hitam dan sayur tumis sawi. Menu mudah tapi harap-harap mereka semua puas hati.

Hehe...penat kan, setiap hari ada saja aktiviti.
 

Professional Photoshoot RM35.00 je!

Assalam...

Pagi tadi tengok email ada barang baik di Groupon. Wah...teruja sebab bulan 3 lepas dah ambil gambar sekali tapi mahal juga. Kalau dapat yang murah macam ni mesti lah best kan.

3 orang RM35! kalau 4 orang berapa eh? murah sangat kalau dibandingkan dengan sesi yang aku ambil dulu. Hehe...

Masih belum sempat nak jenguk laman web groupun sebab di office tak boleh buka. Jadi nanti balik rumah aku nak tengok. Kalau ikukan berbaloi sangatlah kan.

- 1 jam sesi indoor atau pun outdoor
- Tempat di selangor atau kuala lumpur sahaja. Putrajaya pun bestkan, mesti cantik
- 15 keping gambar saiz 4R
- Dapat soft copy atau 15 gambar edit

Ini yang aku nampak, selebihnya aku tak pasti. Siapa yang mencari photoshot yang murah boleh lah dapatkan voucher ni. Company mana aku tak tau lagi, nanti bila aku dah jenguk aku akan updatekan lagi ok!
 

Kisah Raya 2012

Assalam...

Hari pertama kerja, walaupun aku seorang je melayu yang ada dalam office tapi tak mengapa. Kerja harus di teruskan. Sejak sebelum raya aku dah tahu kawan-kawan melayu lain semuanya masih bercuti tapi bila aku fikirkan lebih baik aku kerja sebab aku masih belum ada cuti tahun dan baru 2 bulan kerja di sini. Dear pun cuti sampai hari Rabu sebab aku masih bercuti, jadi sempatlah kami habiskan cuti raya dengan menjenguk saudara mara.

Alhamdulillah walaupun tahun ini tak semeriah tahun lalu tapi aku tetap bersyukur. Dugaan Allah pasti ada hikmahnya dan dapat mematangkan aku lagi. Bak kata orang di bibir terukir senyum tapi dalam hati tersimpan seribu satu kepahitan. Oh...lupakan masalah itu!

Kami balik kampung pagi sabtu, masa MIL sibuk siap-siap nak masak ketupat, kuah kacang dan sayur campur. Aku memang dah tak sabar nak balik tapi dear kata lebih baik balik pagi takut jalan jem. Kalau pagi selalunya orang tak ramai lagi. Nak tak nak tunggulah pagi, makanya malam sabtu sempatlah basuh baju dan kemaskan rumah sebelum balik kampung. Sahur pun makan roti je sebab dah hampir masuk waktu imsak. Sabar je la kan.

Sampai kampung kami singgah giant Teluk Intan dulu membeli barang sikit dan sampai rumah kampung pukul 3.00 petang. Syukur perjalanan balik kami selamat dan berjalan lancar. Kami guna jalan Kuala Selangor - Teluk Intan untuk elak jem. Aku memang selesa ikut highway tapi kalau musim-musim raya ni aku lebih suka ikut jalan kampung.

Sampai kampung mak dah siap masak lemang, rendang masih dalam kuali atas dapur. Dear terus terbaring dan Ashraf tidur dalam buai. Amar seorang sibuk main dengan sepupu yang ada. Kebetulan akak ipar pula bersalin petang jumaat. Wah...tambah baby baru raya tahun ini. Jadi cucu mak aku ada 12 orang dah tak boleh tanding dengan MIL yang ada lebih 20 orang. hehehe..

Mak sibuk nak makan dodol tapi orang lelaki tak ada nak tolong. Aku tolong la kacaukan tapi bila separuh jalan terasa pening macam nak pitam. Bawa baring hilang tapi bila sambung kacau dodol lagi terasa nak pitam lagi. Erk..lastnya mak kata kalau tak larat buka je la. Yes! memang tak larat sebab sahur makan roti je kan, dah tu terpaksa buat kerja berat. Hmmm sedar sikit apa yang dear rasa kalau tak sahur! :(

Buka awal makanya ada 7 hari perlu di gantikan. Erk...Insyaallah minggu depan nak mula puasa 6 dan yang lebih tu nak mulakan selepas habis syawal dan puasa 6. Ini niat untuk bulan syawal tahun ini. Moga-moga Allah berikan kemudahan pada aku untuk laksanakan semuanya.

Malam raya memang penat sebab banyak kerja nak kene buat. Baju dah siap tapi kain belum siap, mak tersangatlah sibuk menjahit tempahan orang lain tapi anaknya punya baju malam raya baru siap. Tidur pukul 12.00 malam itu pun sebab Ashraf dah terjerit-jerit menangis cari aku. Sabar sangat lah kan.

Raya pertama pagi tu duduk rumah siapkan makanan, biskut raya dan air. Senang kalau tiba-tiba ramai sedara datang serbu rumah. Tapi tahun ini tak semua sedara balik jadi tak semeriah tahun lalu la jadinya. Abang aku pun terpaksa bertugas jaga balai dia sebab sejak masuk bomba malaysia ini tahun pertama dia berkerja di hari raya. Kami 4 beradik ada di kampung pun sudah cukup meriah rumah tu, mak paling sibuk ada saja yang nak di buat dan di masak.

Sebelah petang raya pertama kami jenguk mak tok. Dapat juga tengok bahagian bawah rumah yang baru siap bersambung cuma tunggu air masuk je, Lepas ni kalau datang rumah mak tok tak payah naik tangga lagi la. :p

Raya kedua siap cantik-cantik kami pergi kubur melawat arwah bapa. Tak ramai orang seperti hari raya pertama jadi lengang sikit. Alhamdullillah semuanya baik-baik saja, sempat pergi menjenguk kubur pak cik sedara, atok sebelah mak dan atok nenek sebelah arwah bapa. Kalau di ikutkan mak semua yang ada di sana semuanya saudara kami tapi takkan kami nak jenguk satu persatu kot makan masa pulak. Tambah pula Amar dah mula letih mujur dear parking dekat jadi senang kami nak gerak balik.

Rancangan nak balik pagi raya ke 2, tapi mak kata nak masak lemang lagi jadi kami terpaksa tunggu sampai ke asar baru kami gerak balik. Penat sangat sebab jalan jem. Walaupun masuk jalan pintas tapi masih juga jem. Sabar sangat lah kan, lain kali kalau nak balik memang kene balik sebelah pagi juga. Sampai rumah pukul 12.00 malam sebab singgah beli nasi lemak di klang. :)

Opppps terpanjang pula kisah raya ni tapi tak bergambar. Tak ada masa nak ambil gambar dek melayan anak yang 2 orang tu tambahan pula hp dah rosak. Masa nak raya ni la dia nak rosak....ish!


 

Kasut Raya

Assalam...

Nak cerita pasal kasut raya, walaupun beli last minute tapi hasilnya memang sangat lah selesa. Haha...kami beli kasut untuk anak-anak di giant je, nak shopping di klang memang tak sempat. Jadi sampai kampung hari sabtu barulah kami singgah untuk mencari kasut. Wah...memang betul-betul last minute tahun ni kan.

Mencarikan Amar dan Ashraf kasut tutup, sebab Amar sebenarnya memang sukakan kasut tutup cuma leceh sebab lambat sangat nak tunggu dia siap pakai. Jadi nak tak nak aku belikan juga, terasa sangat bila dia sibuk cuba kasut baru sampai tak mahu buka.

Kami cari di sini dan dapat, memang comel. Aku pun terbeli sekali sebab senang nak pakai pergi kerja. Aku memang suka kasut flat dan jenis lembut tapaknya. Kerja sekarang asyik turun naik leceh sangat kalau pakai heels.

Gambar jangan cari sebab aku tak sempat nak ambil. Hehe...Insyaallah ada rezeki lebih tahun-tahun akan datang mama dengan ayah belikan lagi kasut baru buat Amar dan Ashraf ye. :)

 

Sunday, August 19

Selamat Hari Raya!

Assalam...


Selamat hari raya aidilfitri buat semua maaf zahir dan batin, semoga aidilfitri tahun ini memberikan 1001 kebaikan. Jangan terlebih makan ye. :p
 

Friday, August 17

Nak Balik Kampung!

Assalam...

Wah...dalam FB lengang, nampak macam tak ada orang pun pastinya semua orang sudah mula bercuti dan dalam perjalanan pulang ke kampung. Harap-harap jangan bersesak-sesaklah hendaknya. Mana tidaknya sekolah sudah mula bercuti semalam dan pastinya ramai merancang balik kampung pagi ini.

Aku pula merancang mahu pulang ke perak malam ini tapi mungkin tidak menjadi kenyataan. Dear kata nak balik pagi esok jadi mahu atau tidak ikutkan saja lah.

Kalau dia tak mahu balik terpaksalah aku kurung diri dalam rumah sambil tengok tv. Protes sebab nak balik kampung juga! :p erk...boleh ke gitu ek?

Mertua hari-hari aku jumpa, mak sendiri nak kata sebulan sekali pun payah jadi patut sangatlah kan masa nak raya ni balik awal sikit. Sekurang-kurangnya sempatlah aku nak berpuasa sehari di sana sambil menolong masak rendang dan lemang.

Kebetulan lagi akak ipar baru masuk wad pagi ni, mungkin tiba masa nak bersalin agaknya. Anak raya puasa pula kali ni, 2 tahun lepas anak raya haji. Hehe...rezeki kan, jangan ditolak ini anak yang ke empat. Sudah punya 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Ok lah...mood kerja langsung dah tak ada, teringat-ingat rumah dan mak dikampung je sekarang ni. Memang tidak sabar bila cerita hal-hal mau balik kampung ni. Harap-harap dapat balik kampung malam ni. Tersangat tidak sabar nak jumpa mak, tak puas rasanya setakat berbual di telephone.

Thursday, August 16

Untuk Suamiku!

Assalam...

Tengah tersangat tak ada mood nak update. Tak sabar menanti esok petang tiba, nak balik kampung yang dah lama tak jenguk selepas hampir 4 bulan.Tapi ada masalah sikit, harap-harap semua dapat kami atasi.


Ucapan khas buat suami saya, semoga cinta kita kekal abadi! :)


Wednesday, August 15

Layu

Assalam...

Okeh walaupun ini company cina tapi melayu yang kerja semua muka tak ada mood nak kerja. Apasal pula ek, mana tidaknya tak sabar nak balik kampung nak beraya.

Tambah lagi minggu ni minggu terakhir nak bersiap-siap untuk raya. Adoi...aku jangan di tanya sebab belum siap lagi. Tak dapat buat biskut raya terasa kecewa pula. Mana tidaknya kalau buat kan seronok, terasa mood raya sangat-sangat.

Turun bawah pergi service dept tengok mata akak tu dah merah. Mengantuk gila ni, kesian pun ada aku tengok. Maybe tak boleh nak makan gula-gula kan, kalau tidak memang makan sambil buat kerja. Hehe...india sebelah dia tu pun mengantuk, tambah pula cuaca kat luar mendung macam nak hujan. Lagi lah....mood nak tidur tu datang cepat.

Petang ni tak nak masak cadangnya nak singgah beli di Param dekat rumah MIL. Harap-harap cuaca tak hujan dan orang pun tak ramai. Nak makan apa la ye petang nanti?

 

Nasi Lemak & Kuih Lapis

Assalam...

Wah...mood raya dah datang sejak petang semalam. Mana tidaknya akak di ofis lama hantar lagu raya. Fuh! lepas ni nak pasang lagu raya je la kat sini, tak ada la bosan sangat masa nak buat kerja. :p

Alhamdulillah hari ni sambung puasa semula, semoga Allah berikan keberkatan Ramadhan agar aku dapat berpuasa sehingga ke hujung Ramadhan tahun ini.

Kelmarin teringin sangat nak makan nasi lemak. Tak nak bersusah payah singgah di pasar ramadhan yang bersesak-sesak dengan manusia makanya aku minta dear belikan santan. Balik kerja terus masak senang cerita. Petang semalam sampai rumah pukul 6.40 petang terlewat sebab sembang-sembang dengan kakak ipar dan sempat jeling-jeling kabinet baru mak mertua. Erk.

Masak nasi lemak dengan sambal ikan bilis mudah. Mana tak mudah sambal ni tinggal masakkan sekejap je. Ikut selera aku, kalau ikut selera dear lambat la jawabnya nak makan malam. Hehe...

Dear balik kerja pukul 11.00 malam aku pula sibuk nak buat kuih lapis. Hehe...lama tak masak kuih muih ni kan terpaksa selak-selak semula buku resepi yang ada. Sebab utama nak buat kuih lapis ni dek kerana ada banyak lebihan santan kalau simpan sayang sebab nanti mesti basi atau rosak begitu saja. Relakan diri masak walaupun hampir tengah malam.

Syukur! menjadi juga. Gambar jangan di tanya sebabnya tak sempat nak ambil. Nanti malam aku ambil sebab aku buat banyak, hampir 1 liter lebih bancuhannya. Paling tidak tahan masa hampir siap mengukus Ashraf bangun minta susu. Dear tolong habiskan tuang untuk bancuhan untuk lapisan terakhir.

Nanti kalau ada masa aku uploadkan ek, di ofis tak ada kabel nak transfer gambar.


Tuesday, August 14

Sentap

Assalam...

Bulan puasa ni memang menduga minda dan kewarasan. Petang semalam rasa macam nak marah pun ada tapi kutahan-tahan kan saja. Biarkan masa membawanya pergi bagai angin lalu menghembuskan udara panas. Erk....apa ni?

Bukan apa, kerja aku sekarang mencari produk baru untuk di pasarkan di Malaysia ni di bawah jenama syarikat yang aku kerja sekarang ni. Bila dia minta aku carikan sesuatu barangan elektrik aku pun tanyakan ciri-ciri yang collegue aku nak. Dapat ciri yang collegue nak aku pun surf internet dan cari 10 pilihan barangan untuk di pilih oleh bos nanti. Belum sampai di tangan bos collegue ni bising-bising plak katanya kalau nak jual barang cuba tengok barangan jenama lain dulu. Kalau boleh jual lah barang yang lebih kurang sama bentuknya dengan jenama lain. Awal-awal tak mau bagitau, aku bukannya tahu sebab aku baru lagi di sini. Nak tak nak surf internet lagi jawabnya. Mencari 10 pilihan yang lepas ambil masa 3 4 hari juga.

Bersabar saja lah kan, kerja di sini perit sedikit. Mana tidaknya setahun tak ada cuti tahun dan tidak di galakkan ambil MC selalu. Wah....sebab sudah ada kes yang terpaksa berikan surat berhenti sebab selalu ambil MC. Kalau korang sanggup ke nak ambil cuti tanpa gaji dari ambil MC? Bertahan dulu dan tengok apa akan jadi kemudian nanti. hahahha



Monday, August 13

Cek Up Setahun 3 Bulan

Assalam...

Hari Rabu lalu aku bawa Ashraf ke klinik desa untuk cek up setahun 3 bulan. Kami sampai pukul 8 pagi, tapi orang lain sudah sampai lebih awal dan kami dapat nombor 13 pagi tu. Mujur Ashraf tidak ada ambil suntikan kali ini jadi lebih cepat kami balik rumah berbanding dengan orang lain. Hehe...

Berat naik kepada 9.4 kg dari 8.3 kg 3 bulan lepas. Hmm...pada aku Ashraf nampak naik sedikit badannya cuma dia kan baru baik dari selsema. Syukur sekarang selera makan bertambah cuma tak bertambah seperti selera makan Amar. Jauh beza 2 beradik ni ok.

Cek up terakhir bulan october nanti sekali dengan suntikan. Harap-harap berat Ashraf makin naik sebab terasa beza sangat masa bawa Amar ke klinik dulu. Lain anak lain pembawakan dia kan. :)


 

Kidal Aka Bertangan kiri

Assalam...

Menurut 1 laman web ni hari ini 13/8/2012 adalah Hari Kidal. Tak pasti sebab sebelum ini tak pernah tau pula.

Kalau nak kepastian sila jenguk di lefthandersday

Aku memang seorang kidal, sejak kecil banyak peristiwa yang berlaku. Paling tidak dapat aku lupakan arwah bapa aku pernah marahkan aku sebab suka makan guna tangan kiri. Wow! anak aku sekarang guna tangan kiri pun aku bising inikan pula arwah bapa aku dulu.

Kata arwah aku ikut adik arwah bapa aku yang bertangan kidal. Ehm....cuma aku seorang dari 5 beradik yang kidal yang lain semuanya normal guna tangan kanan.

Kata orang pula orang tangan kidal ni kreatif tapi aku rasa langsuung tak kreatif pun. Erk...ke memang aku ni bukan kreatif orangnya. Entahlah sebabnya pernah sekali je aku masuk pertandingan melukis dan mewarna dan syukur aku menang dapatlah hadiahnya sehelai tudung. Itu zaman sekolah rendah dulu la, menang no 1 cuma dapat tudung je sebab pertandingan semperna Maulidur Rasul.

Ada kedai yang menjual barangan harian untuk pengguna kidal macam aku. Tapi entah setakat ini aku terbiasa dan selesa gunakan barangan biasa. Maklum saja kalau dari dulu digunakan pastinya selesa saja aku guna sampai sekarang. Bertukar pada yang baru pastinya pelik pada aku mau pun sesiapa juga kan?

Ini pembuka tin tak kisahlah tin susu atau apa saja tin. Tapi pada aku yang sekarang pun sudah cukup, beli yang baru untuk aku seorang guna kan rugi. Dear bukan nak guna sangat pun. :p


Pembaris! yang ni pada aku memang sesuai dan senang nak digunakan. Betul la kan pegang pen tangan kiri dan pembaris tangan kanan. Cuba korang buat, kalau yang tangan kanan senang la tapi pada yang kidal terjenguk-jenguk ukuran tu.

Gunting ni pada aku tak kisah kalau aku tak ada.

Pada aku menjadi seorang yang kidal memang unik tapi kadang-kadang sakit hati tau. Teringat masa ambil lesen tahun 2008 dulu cikgu yang mengajar siap kutuk kata kidal tapi tangan kiri lembab sebab masa tu aku tukar gear lambat.

Sejak dari tu memang aku panas hati, aku tekad nak belajar sungguh-sungguh sampai dapat lesen dengan sekali ujian je. Huhu...terkejut cikgu tu tapi aku buat-buat biasa je la kan, nak buat macam mana kalau dia nak gunakan kelemahan kita. Sabar je la.

Kalau masa belajar dulu aku sentiasa duduk sebelah kiri. Kawan sebelah kanan mesti bertangan kanan jadi kami senang nak menulis. Kalau aku duduk sebelah kanan mesti terlanggar lengan masing-masing. :p

Selamat hari kidal pada semua yang menggunakan tangan kiri. Kita semua serupa tapi Allah jadikan kita sedikit berbeza satu sama lain. :)


 

Saturday, August 11

Air Tebu

Assalam...

Ini apa yang aku jumpa dalam harian metro hari jumaat semalam. Ouh..terkejut pun ada, tapi nak buat macam mana. Baru tahu hari ini itu pun selepas baca.

Ini petikan dari harian metro atau kalau rasa aku tipu sila baca di sini untuk perhatian korang.

Panaskan dulu air tebu

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Elrafaei Sapi
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Penyediaan air tebu yang tidak mementingkan soal kebersihan ketika pemprosesan dilakukan boleh mengakibatkan keracunan makanan kepada penggemarnya.
Berdasarkan kajian perubatan, antara bakteria yang boleh mencemari air tebu yang diproses tanpa mementingkan soal kebersihan ialah E Coli, Enterococci, Citrobacter, Klebsiella dan Staphylococcus Aereus yang boleh menyebabkan sakit perut, cirit birit, muntah serta demam.

Pensyarah Mikrobiologi Makanan, Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Khalilah Abdul Khalil berkata, sepanjang proses menghasilkan air tebu boleh menyebabkan berlakunya pencemaran jika pengusahanya tidak mementingkan soal kebersihan.
“Apabila kulit tebu dibuang, ia akan dibasuh atau direndam dalam bekas air yang tidak dimasak digunakan berulang kali.

“Mesin tebu dan bekas untuk mengumpulkan air tebu juga tidak dibersihkan dengan sempurna menyebabkan bakteria boleh membiak,” katanya yang ditemui semalam.

Beliau berkata, hampas tebu diletakkan berdekatan boleh menarik lalat menyebabkan kehadiran bakteria yang boleh menyebabkan risiko keracunan makanan lebih tinggi.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan, langkah di India yang juga melakukan cara pemprosesan tebu hampir sama dengan negara ini wajar diikuti.

“Di India dan beberapa negara lain yang juga menggemari air tebu, sedikit perahan limau dimasukkan selepas air itu diperah.
“Ia bukan saja menambah keenakan air tebu, malah asid limau mengurangkan jumlah bakteria di dalam air berkenaan,” katanya.

Dr Khalilah berkata, pengguna juga boleh memanaskan air tebu dibeli kira-kira lima minit sebelum dihidang bagi membunuh bakteria.

“Ia tidak perlu sampai mendidih kerana boleh menghilangkan vitamin C di dalam minuman itu, cukup sekadar panas sedikit bagi mengurangkan bakteria,” katanya.

Menurutnya, air tebu yang mengandungi vitamin C dan gula kompleks sebenarnya baik untuk kesihatan dan mereka yang menghidap diabetes juga boleh menikmatinya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10

 Jadi lepas ni kalau nak minum air tebu jaga-jagalah ek, takut-takut nanti terkena keracunan makanan pula.

Friday, August 10

Kisah Pembantu Dari Filipina

Assalam...

Sedih sangat bila sesekali dapat meluangkan masa mendengar luahan hati orang lain. Luluh rasa hati tapi apakan daya aku pun cuma makan gaji dan itu pilihan dia untuk membantu keluarga disana.

Kalau ikutkan baru masuk 3 minggu kalau tak silap aku dia tu kerja di sini. Pembantu aka tukang cuci dari Filipina. Ouh...sesekali teringin nak berbual tapi perlu speaking sebab dia cuma tahu english dan mandarin kot, sebab pernah dengar amoi tu cakap dengan dia guna bahasa mandarin.

Tiap-tiap hari aku nampak dia turun tempat aku datang vacuum masa lunch hour. Pelik juga kan apasal pula hari-hari nak vacuum, selang sehari tu ok la lagi sebab apa sangat la habuknya setakat orang yang ada cuma 5 6 orang je. Tapi ini arahan PA bos, nak tak nak terpaksa buat juga.

Aku ingatkan kerjanya hanya di office ni saja, tapi tidak rupanya di rumah bos pun dia masih bekerja. Hujung minggu lagi lah tak boleh rehat langsung.

Kerja di pejabat.
1. Membersihkan semua tingkat (ada 3 tingkat termasuk ground floor).
2. Mencuci tandas setiap tingkat.
3. Mengelap lantai di ground floor.
4. Mengelap tingkap setiap tingkat.
5. Makan tengahari akan di beli oleh bos aku dan masa makan adalah pukul 2.00 sehingga 3 petang. Tapi ini aku tak pasti, mungkin selepas habis makan dia sambung kerja terus tak rehat 1 jam.

Kerja di rumah.
1 Basuh baju tanpa menggunakan mesin basuh. (mesin basuh hanya untuk cadar, selimut dan tuala sahaja)
2 Kerja mengemas dapur dan rumah (cuci pinggan, mengelap dapur, mengelap lantai, menyapu seluruh rumah dan membersihkan tandas)
3. Setiap hujung minggu akan membersihkan 2 buah kereta.
4. Melakukan kerja-kerja berkebun (menyiram, memotong dahan dan mencantas bunga)
5. Menggosok baju seminggu sekali tetepi memaksanya berkerja sehingga lewat malam.


Kerja di rumah yang lebih penat. Lebih memerah tenaga, tetapi demi anak-anak di tahankan saja. Ya Allah betapa terseksanya dia demi mahu memberikan yang terbaik buat keluarganya.

Serius memang menangis aku dengar, lagi pun makan minum terabai. Katanya memang di Filipina sarapan makan nasi. Kiranya sama macam kita di sini juga, nasi lemak, nasi dagang atau pun nasi kerabu. Tapi disini bos tetapkan setiap hari bersarapan seketul loaf sahaja tanpa majerin, kaya maupun mentega kacang! Aduh

Masa makan pun lewat jika bos makan di luar dia akan tunggu bos bawa makanan balik barulah dia boleh makan. Stok makanan bos tidak boleh di sentuh langsung termasuk apa yang mereka masak dan makan kecuali di suruh selepas mereka makan sahaja.

Tidak dapat berkomunikasi selama hampir 5 bulan mengikut kontrak dari agen. Wow! yang ini memang menyakitkan hati aku dengar. Tentu saudara, suami, anak-anak dan keluarga nak tahu sama ada kita selamat atau tidak di sini kan? huih....dia ada kata teringin nak minta orang tolong belikan telephone murah-murah secara curi-curi sebab terlalu rindu dengan kampung.

Sadis!

Dulu kerja di sana sama dengan kerja aku disini sekarang. Ouh...ingatkan dia golongan biasa-biasa saja. Pandai guna PC tapi tak berkesempatan nak guna sebab di sini ada CCTV yang sentiasa memerhatikan dia tambahan pula tak ada orang yang nak tolong. Aku nak tolong pun tak boleh sebab CCTV di belakang aku je. :p

Kesian tapi nak buat macam mana, ini pengorbanan dia. Semoga dia tabah bekerja di sini. Kalau orang melayu kita ada ke sanggup nak kerja macam tu?

Update : gaji tu dapat selepas 5 6 bulan kerja di sini. Pada yang tak tahan tu gaji memang tak rasa langsung la. sape berani kerja pembantu di negara luar? nampak gaji besar tapi pengorbanan tu tak tertanggung sedihnya

 

Beli 1 Percuma 1

Assalam...

Disebabkan semalam aku tak puasa dan rasa belum sihat dek kerana tekanan emosi yang maha hebat haha... bunyi macam dasyat sangat je la kan. Makanya malas la nak masak, selak-selak surat khabar jumpa 2 keping kupon foldover beli 1 dapat 1 percuma. Wow! teringin sangat nak makan Mcd sebab dah lama tak dapat makan alang-alang ada kupon free baik aku ambil. 1 dari Harian Metro dan 1 lagi dari The Star.

Kerja aku mencari iklan syarikat pesaing jadi dapatlah aku tengok promosi terbaru sambil-sambil mencuci mata membaca berita yang ada.


Beli foldover dan mc chicken set, minum coke biar cepat habis dan boleh sambung puasa semula. Ahaks! Tapi aku ni bukan jenis tahan sangat minum coke malamnya sakit kepala sangat-sangat, malas nak telan ubat jadi aku tidur awal dengan anak-anak tambah pula dear OT balik lewat sikit la.

Petang tu makan dengan anak-anak foldover, tapi Amar lebih suka makan fun fries je. Bila aku minta dia gigit foldover tu katanya pedas. Hiks...mesti la kot kan, ada biji-biji sawi tu agak pedas la pada dia. Jadi aku suapkan burger ayamnya saja sebab itu yang tak pedas. Baki 1 lagi dan mc chicken aku makan dengan dear pukul 11.00 malam. Elok-elok abis makan Ashraf bangun, bawa keluar sekejap sebab nangis teresak-esak kemudian sambung masuk bilik tidur dan aku pun tidur sama, mana tak chubby!

Lain kali boleh makan lagi sebab masih ada 1 lagi kupon, pagi ni ada kupon tapi bagi pada collegue cina. Katanya nak makan untuk hari ni 2 tu sekali makan! pergh.... hebat!

Kalau nak print di sini ek, mudah. Tapi aku tak pasti boleh guna untuk pandu lalu atau tidak. :)


AEON Rebates

Assalam...

Adui...sejak kerja tempat baru ni tak pernah jejak kaki masuk dalam AEON lagi. Maklum saja kalau dulu lunch hour pun boleh pergi. Dekat saja kan kalau ada Jusco day pun lepas kerja masih boleh pergi dengan bersenang-senang. Kebelakangan ni bila pergi Jusco day aku tengok orang tak berapa ramai sangat, jadi bolehlah bersenang-senang memilih barang. Kalau tak silap nanti bulan Nov 2012 ada lagi Jusco day di Bukit Tinggi, harap-harap berkesempatan lagi nak pergi.

Kalau bab membeli ni memang aku suka, tang mencari rezeki tu....fuh! penat. Hehe kalau tanya pada semua orang pun pasti akan mengeluh kan? Sabar saja, kalau tak kerja macam mana nak ada rezeki. Kalau datang bergolek dan melayang pasti takut pula kita nak ambil kan.


RM 10.00 ni hasil aku shopping masa Jusco day la ni, masa tu dapat voucher RM 40.00 sekarang dapat RM 10.00 pulak. Total RM 50.00 masih ada dalam tangan. Rancang nak pergi AEON beli baju anak-anak, tapi mesti dear tak nak sebab mesti ramai orang. Nampak gaya tertunda lagi la hajat hati nak gunakan voucher ni, dah tu bila masa pula nak ambil voucher yang baru ni ek?

 

Thursday, August 9

Bendera Merah Aka Tak Puasa

Assalam...

Mood sedih giler hari ni! Apa kes kan, ish....baru je petang semalam cakap-cakap kosong dengan akak ipar niat memang puasa penuh tahun ini, malas nak ganti. Sedih oooo tengok orang lain makan tapi aku tak dapat makan, lagi sedih bila orang miskin dengar kan. Ok, aku bersyukur aku di lahirkan dalam keluarga yang sederhana dan mendapat suami dari keluarga sederhana juga.

Ish....nak balik rumah makan rasa macam tak senang, malas nak balik ni sebab nak jimat minyak. Tapi takkan nak makan kat sini pula. Curi-curi makan kat dalam pantry boleh kot, tak ada orang pun time lunch hour. Hehe....cover line baik punya.

Ok la, tengah mencari-cari mood nak buat kerja pula. Bosan yang amat satu hari ni sebab tak puasa tapi tak boleh nak makan. Erk! jom minum air...hehehhe

 

Tuesday, August 7

Aku Rindu Padanya

Assalam...

Sudah masuk hari ke 18 berpuasa, kurang 2 minggu lagi kita akan meraikan hari raya. Sambut raya dengan ceria atau duka? pada aku mesti ada terselit kedukaan...mana tidaknya arwah bapa meninggalkan kami ketika kami masih dalam mood beraya.

Ya! masih ada orang lain yang lagi teruk nasib mereka, mungkin ada yang kehilang ketika meraikan hari raya pertama. Memang sentiasa diingati, sentiasa terbayang-bayang kenangan bersama ketika beraya. Tambah-tambah lagi bila ada anak tapi arwah tak sempat nak berjumpa.

Pernah ada kematian di kampung aku berlaku pada malam raya. Sedih sangat sebab pagi raya selepas sembahyang sunat raya orang kampung uruskan pula jenazah. Kebetulan arwah ni berniaga kedai runcit jadi ramai juga yang membantu walaupun hari tu hari raya. Sambil-sambil orang lain melawat kubur saudara mara mereka sempat membantu dan mengaminkan doa di kubur sana.

Arwah bapa pergi raya ke 10. Kami adik beradik baru balik ke tempat masing-masing untuk memulakan tugasan harian. Tapi baru bekerja 2 3 hari kami di kejutkan dengan berita yang menduga akal dan minda kami. Benak di hati memang sebak sampaikan menangis teresak-esak sambil minta izin dari HR untuk keluar awal.

Masa tu tak fikir nak telefon mak kat kampung, yang pasti kalau aku telefon mesti lagi teruk raungan mak di sana. Biar saja kami berjumpa bertentang mata dan berpelukan bersama-sama.

Kenangan hampir 3 tahun lalu kini kembali. Mana tidaknya....dugaan aku hadapi sekarang amat sakit, kalau lah arwah masih di sini....pasti boleh memberikan sokongan mental.

Semoga arwah tenang di sana, ya Allah...Kau tempatkan arwah di kalangan orang-orang beriman, doaku padanya tidak pernah putus. Insyaallah tempat arwah dalam hati ini sentiasa yang terbaik!

(p/s : maaf, moody sket hari ni, kesihatan tidak mengizinkan dek kerana selsema, deman dan batuk menyerang. Harap-harap kesakitan ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil ku. Balik kerja nak singgah klinik beli ubat, malas nak jumpa dr)