Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, June 17

Selamat Hari Bapa Suamiku

Assalam...

Selamat hari bapa buat suami ku tersayang...semoga menjadi bapa yang penyayang dan terbaik buat anak-anak kita.


p/s: aku dah tak ada bapa maupun bapa mertua, jadi ucapan hanya ditujukan buat en suami sorang sahaja....
 

Anakku

Assalam...

Adoi....sangat sakit hati bila tengok anak-anak bermain dengan bedak, bukan terasa nak marah  tapi terasa nak ketawa terbahak-bahak lagi la. Dah penat nak tegur dan marah lastnya ku biarkan saja. Tapi bila tengok pic mereka rasa kelakar amat pula. Erk ini kali ke 2 Amar kerjakan bedak dia, 1st time masa Ashraf baru 3 4 bulan kalau tak silap. Bersepah bedak didepan meja sebelah tv. Sabar sangat-sangat mama korang ni di buatnya ok.

Siap gosok mulut di tikar.

Konon nak lari tapi tak sempat.

Nasib baik sikit, kalau tidak mama boleh bertukar jadi raksasa hijau.

Tuesday, June 12

Tidak Sihat

Assalam...

Hilangkan diri sekali lagi, kerana melayan kerenah anak-anak yang tidak sihat kebelakangan ni. Ditambah lagi dengan kedatangan mak dan keluarga dari kampung. Seronok!

Dugaan kini menjaga anak-anak yang tidak sihat, mula Amar demam kemudian berjangkit Ashraf pula demam sehingga suhu mencecah 39. Syukur hari ini sudah kembali sihat dan boleh bermain dan tidur dengan lenanya. Dugaan anak sakit mampu hapuskan dosa kecil tak? hehe...

Friday, June 1

Kanak-Kanak Tidak Menipu

Assalam...

Sejak duduk rumah anak jiran makin rajin datang ke rumah tanpa mengira masa dan tanpa memberikan salam. Ish.. Terkadang rasa nak marah bila datang ambil mainan anak aku buat macam mainan sendiri. Huh bila berebut dia pula yang nangis! ayark....boleh buat aku pengsan dan makin lama makin rajin menguncikan pintu dari dalam (sekarang cuma guna rantai dan bila buka pintu akan renggang sedikit, bila renggang nak tak nak kene buka juga la).

Berborak dengan kakak-kakaknya pula lain cerita. Memang kanak-kanak tidak pandai menipu kan?

Hehe...aku suka borak dengan budak-budak sebab mereka jarang sekali nak menipu. Walaupun di tanya makan apa pasti dijawab dengan betul dan sungguh-sungguh. Opppps teringat kisah abang kandung aku masa kecil....dia suka makan ayam jadi bila ada orang tanya pasti akan jawab makan lauk ayam. Tak bagitau ayam tu masak apa la pulak.

Anak-anak buah pun sama, tambah pula anak buah dear ada seorang yang memang banyak cakap. Tak payah susah-susah tanya dia dah cerita dahulu. Erk...kata maknya memang memalukan bila cerita pasal maknya dan ayahnya. Hehe...

Agaknya anak-anak aku nanti pun mesti bersikap sama kan. Harap-harap mereka tidak pandai berbohong dan menipu sejak dari kecil lagi.