Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, May 30

Menang Wipes

Assalam...

Syukur dapat juga menang walaupun hadiah cuma baby wipes je. (terkilan juga bila dear kata wipes je...ish! menang juga dalam RM20.00 kot). Penat abiskan masa mengadap PC kat office lama-lama tau.

Isnin lepas aku pergi ambil hadiah dengan Amar bila rancang nak pergi hari Sabtu dengan Dear tapi Dear kerja pula. Lama tak memandu sendiri ke kawasan PJ terasa agak takut jadinya tambah pula dengan jalan yang di agak-agak sahaja. Main redah la kiranya. (sebelum pergi tengok google dan ambil gambar simpan kat phone)

Tempatnya berhampiran dengan Sri Pentas TV3, One Utama dan One Hotel. Parking perkara paling leceh, susah ok nak dapat parking yang berbumbung. Terpaksa parking kereta di One Utama sebab takut nak parking di tempat lain.

Agak kelakar bila masuk lif tekan-tekan tak nak pergi. Mujur aku jenis ringan mulut, tanya pada orang baru tahu. Heh kalau malu memang sesat dan tak sampai-sampai. Hish teruja sekejap, office mereka canggih maklum saja aku belum pernah kerja office besar-besar ni kan. Teringin la plak tapi kalau boleh nak yang dekat dengan rumah...ada ke eh?

Di sana aku di ambil gambar untuk kenangan katanya. Ahaha...Amar bukan main susah nak bagi senyum mujur akhirnya senyum juga kalau tidak rugi la kan, ambil gambar muka masam. Dapat barang terus gerak balik klang  nak makan-makan dengan Syu.


 Boleh simpan dan guna untuk anak akan datang, hehe... sekarang Ashraf dah tak guna wipes sangat.

Pendek kata teringin nak masuk contest lagi sebab dear macam tak bagi semangat. Hehe...

(note: nak siapkan 1entry ambil masa 1 jam, sambil masak dan melayan anak-anak....hebat tul!)

Tuesday, May 22

Balik Kampung 11/5 - 13/5

Assalam...

Setelah seminggu berjalan-jalan baru ada masa nak jenguk blog. Mengemas rumah, melayan anak-anak seperti biasa adalah hal-hal di dahulukan sekarang. 2 bulan tak kerja rasa macam dah berbulan-bulan duduk rumah. Ahaks!

Balik kampung hujung minggu lepas, kemudian kami ke Johor untuk menghantar ipar ambil repeat exam di sana 2 hari dan sambung bercuti ke Port Dickson. Wah! penat tau.

Perkara biasa kami balik kampung adalah duduk diam-diam di rumah dan mak akan masak sedap-sedap sampaikan sekejap pergi dapur makan dan sekejap lagi ulang balik ke dapur. Ish...perut sentiasa penuh ok. Mak rajin masak bila anak-anak balik. hehe...ambil kesempatan makan sepuas hati.

Kami balik kampung hari Jumaat, malamnya dear join abang aku tengok bola sepak di Ipoh. Kebetulan Perak lawan Selangor dan yang penting dear duduk di seat penyokong Perak dan Perak menang malam tu. hehe.... Kesian! Balik dari Ipoh aku dapat makan satay walaupun dah pukul 1 pagi. Ada aku kesah?

Dear ambil masa di Stadium Ipoh
Sabtu jalan pergi pasar tani cari lauk sedap. Hehe...beli ikan tongsan masak tempoyak, sedap. Bab makan memang kami suka sampaikan dear takut nak jejak kaki ke dapur. hehe..

Dear repair kaki kipas opah di kedai pak yang, aku ngan Amar jalan di pasar tani dengan mak
Ahad kami balik Klang selepas Asar, sebelum balik kami singgah jenguk opah atau moyang kepada anak-anak aku.

Jem gila dalam kereta, sakit bontot sambil melayan anak-anak. Mujur Amar tidur lama senang ayah nak drive kalau tidak sibuk tunjuk itu ini sepanjang jalan.

Amar tidur, Ashraf kacau

Syukur setelah berbulan tak balik kampung kami dapat balik juga.

Friday, May 11

Mau Pulang Ke Kampung

Assalam...

Insyaallah kami sekeluarga akan pulang ke Perak hari ini. Seronok tau sebab dah lama tak balik kampung. Dekat 3 4 bulan juga, last kami balik kampung masa cuti tahun baru cina. Sempat duduk kampung seminggu.

Kebetulan dear minta cuti nak hantar adiknya ke Johor tapi tiba-tiba jadual jadi lain pula maka kami balik kampung saja lah minggu ni. Alang-alang sudah ambil cuti.

Minggu depan selasa mungkin akan pergi Johor, mau jalan-jalan disana tapi kemana la ye? harap-harap dapat pergi jalan-jalan sebab dah lama tak rasa pergi bercuti. erk!

Doakan perjalanan kami selamat pergi dan kembali. :)

Thursday, May 10

Selalu Bersyukur!

Assalam...

Syukur, memang sentiasa diluahkan hampir sepanjang masa.Ada anak 2 masa untuk diri sendiri sentiasa terhad atau pun kadang kala tiada masa untuk memanjakan diri. Ish...ini baru anak 2, macam mana dengan orang lain yang sudah ada 3, 4 dan seterusnya? pasti berlainan pula rasanya kan.

Hmmm memang tidak sangka usia menjangkau 28 tahun anak sudah ada 2 orang, tahun ini sudah 29 tahun masih belum mahu menambah bilangan lagi. Bagilah kami @ aku peluang berehat, tak kan setiap tahun mahu "buat anak" kot. ahaha...

Terpandang gambar seorang kawan sePoli dulu walaupun berlainan course dan intake tapi boleh di kira kawan juga la kot. Hehe...kat poli tak pernah nak bertegur last-last kat FB  baru sibuk.

Syukur aku ada suami yang banyak membantu dan keluarga mertua yang ada berhampiran yang mudah untuk memberikan sebarang bantuan. Ini kebaikan duduk dekat dengan keluarga @ mertua. Hehe...ambil kesempatan! :p

Sejak dapat tahu mengandung anak ke 2 aku sudah haru biru, mana tidaknya makan minum sekarang pun tak terjaga inikan pula bila ada anak 2 lagi lah hancur rancangan masak, mengemas maupun membasuh.

Tekaan itu memang benar, bermula dengan menjadi ibu bekerjaya sambil menjaga 2 anak di sebelah malam. Memang mudah kerana sebelum balik rumah bungkus makanan, ambil anak dan bawa balik rumah, mandi atau makan bersama-sama anak-anak, kemaskan dapur sikit sambil basuh kain. Kalau dear balik lewat ini rutin setiap malam kecuali bila tiba masa rajin nak masak aku pun masak la. Dear biasanya pulang lewat kadang kala hampir waktu subuh. Jadi anak-anak adalah urusan aku sendiri. Tidurkan anak kemudian aku siapkan baju untuk aku pakai esoknya, siapkan beg baju anak-anak, jemur kain atau lipat kain. Setiap hari hampir perkara yang sama aku buat.

Tidak pernah terlintas nak ambil pembantu rumah, bukan apa kami ni bukannya golongan berada. Kos pengasuh hampir separuh gaji tapi rasanya berbaloi juga sebab aku dapat membantu ahli keluarga aku juga. (Amar dijaga oleh nenek dan Ashraf dengan kakak ipar).

Paling tidak seronok masa untuk bermain dengan anak-anak adalah terhad. Setakat sejam dua saja tapi bila hujung minggu memang kami habiskan masa bersama-sama dirumah. Puas, dapat masak dan makan berempat!

Sekarang bila dah berhenti kerja memang terasa beban tapi masih mampu aku galas.

Dear kerap balik kerja lewat malam seperti dulu, kadangkala mencapai ke tengahari esoknya. Aku faham dear kerja keras untuk kami sekeluarga jadinya anak-anak tanggungjawab aku. Hehe....masak, makan, mandi, basuh kain mau pun kemas rumah menjadi rutin. Kadang-kala bila malas aku tidur dan hanya buat bila terasa rajin. Huih....dah nama duduk rumah nak tak nak kene buat juga kan.

Pendek kata jika selepas ini aku bekerja kembali, selalu lah beringat dan bersyukur. Anak itu anugerah tidak ternilai.

Friday, May 4

Penutup Hari Lahir Dalam Keluarga Kecil Saya

Assalam...

Hari ini hari lahir saya! ahaks terbangga pula ish.. kalah nak sambut hari lahir anak-anak nampaknya ni.

Sedang menyiapkan bubur merah sebelum di hantar ke rumah mertua dan kakak ipar. Semoga tahun ini diberkati, manis gula pastinya untuk kemanisan yang  bakal dikecapi sepanjang tahun. Insyaallah!

21-1 * Birthday dear
31-3 * Birthday Amar
29-4 * Birthday Ashraf
4-5 * Birthday aku

Kiranya birthday aku penutup untuk keluarga kami, insyaallah semoga masih ada tahun akan datang untuk kami menyambutnya lagi.

Tiada sambutan tapi mungkin nak rasa potong kek dengan anak-anak esok. Harap-harap dear cuti la esok.

Happy Birthday To Me! :p

Wednesday, May 2

Ashraf Sudah Setahun

Assalam...

Alhamdulillah sudah setahun masa berlalu dengan pantas kini Ashraf sudah pun setahun. Saat paling gembira adalah bila melihat dia sudah mampu berjalan dengan sendiri sebelum mencecah usia setahun. Syukur kerana Allah berikan aku dan suami nikmat yang tidak mampu kami nilaikan dengan apa juga benda.

Detik 3.45 petang hari Jumaat tahun lalu aku telah selamat melahirkan dia secara normal. Teringat-ingat detik itu kini. Bila di fikirkan terasa ada bebanan tapi aku tidak endahkan cuma bersyukur kepadanya setelah 3 tahun berkahwin kami di kurniakan Amar dan setahun kemudian Ashraf pula. Paling tidak ada juga mulut yang mengata.... terbabas, jadi nak buat macam mana? pasrah dengan rezeki, lagi pun tidak salah kalau ada anak rapat kan. hehe...

Kami sambut di rumah nenek, aku tak merancang untuk menyambut tapi dear yang plan sendiri. Petangnya kami pergi beli kek yang tak sampai 1kg pun, aku fikir cuma makan-makan kami berempat tapi selepas beli dear baru bagitau nak buat macam mana? hentam saja lah kan.

Kek makanan pertama habis, melainkan gula-gula Amar larikan 1 bekas. Ish...hantu gula-gula anak yang seorang ni tau. Kami cuma sediakan biskut, keropok dan gula-gula dengan air oren. Cukup la, sebab orang lain belum makan malam lagi. ahaks!

Buat Zikri Ashraf anak comel mama, mama doakan semoga Ashraf menjadi anak yang soleh, bijak dan berperibadi tinggi sesuai dengan tahap comel yang ada.