Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, April 20

Tempat-Tempat Yang Selalu Kami Bertiga Pergi

Assalam...

Ini antara tempat yang selalu aku bawa anak-anak pergi. Biasanya aku suka bawa anak-anak keluar dengan aku membeli barang-barang dapur atau pun makanan.

Selalu pergi untuk beli lauk pauk selain di kedai runcit dikawasan rumah aku rajin ke sini.econsave bukit kemuning. Paling dekat dengan rumah, mudah dapatkan parking cuma tiada berbumbung tempat parkingnya. Kedai pun tidak banyak dan ruang membeli pun lebih kecil.

Tempat ke 2 yang kerap kali aku bawa anak-anak adalah ke sini carrefour Bukit Rimau. Di sini nak ada parking berbumbung, mudah nak masuk dan mudah nak keluar. Kedai pun masih belum banyak dan hanya tertumpu ke Carefour sahaja.

Selain itu aku rajin bawa mereka ke Tesco Bukit Tinggi. Di sini mudah untuk parking sebab ada disediakan parking untuk keluarga. Itu pun kalau bernasib baik dapat la kalau tidak gunakan parking biasa saja lahkan.
Rajin shopping disini sebab ada kad ahli dan selalu dapat kupon. Ahaha...

Tempat terakhir ialah Giant Kemuning Utama. Tempat ni agak seronok juga sebab aku suka tempat shopping ada parking berbumbung, tak nak berpeluh-peluh jaga anak sambil tahan cuaca panas.

Ahaha...nampak sangat la pula aku ni kaki shopping ek. Tak ada la, sebulan belum tentu akan jejak kaki kesana kecuali Econsave. Itu paling dekat dengan rumah.

Ok, itu saja nak cerita, nanti kalau bagitau lebih detail lagi bahaya plak aku. Hehe...Selamat bershopping!

Thursday, April 19

Ashraf Hampir Setahun

Assalam...

Tidak lama lagi akan berakhir april bermakna sudah tiba untuk meraikan hari lahir Ashraf yang pertama. Teruja juga, sedang merancang nak sambut hari lahir aku sekali. Ahaks! mau tumpang sekaki juga mama ni. Nampak FB akak ipar wat kek pelangi, rasa teringin nak tempah. Ishk....

Sekarang Ashraf sudah hampir pandai jalan, jalan jatuh kata orang Perak. Hehe...lebih awal sebulan dari Amar.              Gigi pula sudah ada 8 batang (4atas dan 4bawah). Masih menyusu badan tapi ini boleh buat aku pengsan sebab bila malam hampir sepanjang masa mau bersama. Erk....siap tergigit lagi ok!

Hampir setahun bermakna awal bulan depan perlu bawa ke klinik desa untuk cek up dan inject setahun.

Semakin bijak, manja dan nakal. Hish..paling best bila Amar cium Ashraf pandang Amar macam tak ada perasaan langsung! huh... takut agaknya.

Ok tidak dibenarkan untuk berlama-lama online sekarang, masa adalah terhad.

Monday, April 16

Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur.

Assalam...

Hari Jumaat lepas aku ke KL dengan kakak aku dengan tujuan untuk jalan-jalan sambil mahu ambil gambar. Gambar shoot 2 hari selepas aku resign.Ambil promo dari thephotolicious semperna promosi Chinesse New Year.

Kami gerak dari Puchong naik kenderaan awam lagi mudah sebab aku tak yakin kalau nak bawa kereta di KL sana. Silap-silap sesat atau pun buang minyak kereta je. Dear pun tak benarkan, lebih baik naik bas dan LRT. Ingatkan nak naik komuter dari Shah Alam tapi bila call kakak dia pun nak ikut terpaksa tukar rancangan. Mujur pejabatnya dekat dengan LRT pandan Jaya. Aha...tapi nak ambil LRT pun tersesat juga. Lama tak naik kan, sejak 2 tahun lepas rasanya last naik.

Terkejut bila masa untuk beli tiket perlu ke mesin tak boleh beli dari kaunter. Ish....mesin pertama jem kerana syiling awek india tersangkut. Pergi ke mesin ke 2 nasib baik ok, tapi bila keluar dapat token pula bukan dapat kad macam dulu. Nampak sangat aku ni dah lama tak naik LRT kan.

Inilah tokennya, sama saiz syiling 20 sen lama.
*sumber dari lama web rasmi rapidKL*
Selesai ambil gambar, gerak pergi ke KL semula. Jalan-jalan di Jalan Masjid India, ish...kebetulan masa itu masa untuk solat jummat jadinya depan masjid depan kedai semua ada org bersejadah. Segan nak lalu lalang tapi terpaksa juga,kalau tidak mana nak sempat nak beli barang.

Dapat beli 2 pasang kain dan 2 helai tudung. Hehe...kakak aku cuma beli tudung 3 helai je. Lama tak pergi sana jadi semua kedai rasa  nak masuk...siap boleh bandingkan harga lagi. Puas hati jalan tak bawa anak, kalau  Amar ikut maunya pening aku nak pilih-pilih kain.

Kami makan tengahari pun disana, medan selera di Jalan Bunus berhadapan dengan kedai mamak ABC. Ahaha....puas makan sambung jalan-jalan kemudian gerak balik.

Paling tension masa tunggu bas nak balik Puchong, mana tidaknya panas dah tu tak ada tempat nak duduk dan basnya pula tiba lewat. Hancing pula tu, dek kerana ada orang yang tidak guna akal melepas di mana saja. Dalam bas pula terpaksa berebut-rebut jika mahu duduk. Ish...teruk kan ini lah hakikat bila naik kenderaan awam.

Ada 1 masa kakak aku bangun bagi tempat duduk dia pada seorang autie india tapi entah macam mana tiba-tiba datang seorang awek vietnam ke siam ntah duduk kat situ. Kesian gile aku tengok autie tu, awek tu pula boleh buat muka tak bersalah. Geram!

Monday, April 9

Chicken Pox

Assalam...

Pertama kali dapat tahu agak runsing juga, mana tidaknya terus fikir apa yang boleh dan apa yang tidak, apa yang patut aku buat dan apa yang tak patut aku buat.

Makan.
Berpantang makan, maupun minum. Antaranya :-
Kicap, makanan laut (udang, ketam atau sotong) dan makanan yang berperam (ikan masin, belacan atau tempoyak).

Minum.
Digalakkan untuk minum air kelapa muda, tapi mak aku galakkan kalau di kampung-kampung minum air kelapa cambah (kelapa tua yang dah cambah dan sesuai untuk ditanam)

Mandi.
Mak aku suruh mandikan, tapi sebelah mertua dan kawan aku kata jangan mandikan. Ini lagi keliru, mak aku kata panas dalam kesian kalau tidak dimandikan.

Ubat.
Dapat kan ubat minum dan sapu dari klinik. Ubat sapu aku campurkan dengan daun cermai dan beras yang sudah ditumbuk maupun dikisar halus. Kemudian disapukan seluruh badan untuk mengurangkan kegatalan.
-mak kata daun semambu elok digunakan buat lapik ketika tidur, untuk menyejukan badan. Tapi sayang daunnya payah nak jumpa di sini.


Daun Cermai


Daun Semambu

Dari sumber untuk daun semambu diatas ada beritahu kebanyakan rumah orang india biasanya ada menanam daun ini. Kawan aku pun ada bagitau, tapi kami putuskan untuk tidak mencari kerana semua ahli keluarga dear tidak pernah gunakan daun ni. ahahaaaa....

Harap-harap info ini dapat membantu sedikit sebanyak jika di serang chicken pox.

Rindu

Assalam...

Wah! dah masuk april, entry story ada banyak tapi tak berkesempatan dek kerana asyik melayan kerenah anak-anak sampaikan mama pun terpaksa berpantang untuk entry baru.

Ahaks!

Sibuk dengan hal anak-anak, makan minum dan hal-hal peribadi. Harap-harap blog ini tak terkubur pula.