Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, March 28

Amar Hampir 2 Tahun

Assalam...

Lama tidak bercerita tentang Amar, putera sulung ku.

Hujung minggu akan berusia 2 tahun, pantas masa berlalu. Banyak perkara baru yang telah aku pelajari setiap hari. Syukur Allah berikan aku nikmat untuk menjadi seorang ibu kepada 2 orang anak lelaki setakat ini. (Mana tau rezeki akan datang dapat puteri pula).

Ehm...masih belum sempurna namun sudah boleh untuk aku fahami. Tak ada pelat mungkin sebab aku jarang-jarang sangat nak cakap pelat-pelat ni. Paling best Amar panggil mama, ayah, nenek dan sesiapa juga dengan nada suara yang lemah lembut. Ahak! macam tak sesuai dengan tubuh badan ok.

Tidur sekarang tidak lagi berbuai tinggal bagi sebotol susu dan bantal busuk bila mengantuk tidur la dia. Tapi paling aku hairan dalam kereta pergi kemana juga pasti susah nak suruh dia tidur. Walaupun balik kampung....aiseh pening aku dibuatnya.

Di Puchong, mujur masa balik Amar nak tidur itu pun dek kerana penat sangat 1hari belum tidur.
Paling tak menahan Amar suka duduk rumah nenek walaupun mamanya dah tak kerja, maka setiap hari atau selang 2 hari perlu bawa Amar jalan-jalan kesana. Urgh...mujur rumah nenek dekat sayang, kalau tidak....

Masih lagi berputing, pening nak berhentikan. Bila nak tidur ini benda penting yang akan dia cari, tapi bila dah tidur lena. Beberapa hari lepas ada terjumpa nyonya sorang ni bawa cucu jalan-jalan di Econsave, cucunya pun memuting tapi sudah berhenti menjelang usia 3 tahun. Ouh tak sempat nak minta petua atau rahsia dari dia. Pelan-pelan akan cuba mencari cara dan akan praktiskan kelak.

Mama suka kalau Amar tak hisap puting sepanjang masa tau.
Harap-harap hujung minggu ni ayah cuti, Ashraf sembuh dan kami boleh keluar berempat makan diluar.

Tuesday, March 27

Tapi Puas

Assalam...

Bersambung dengan story pasal penat semalam...lagi-penat

Puas hati bila duduk rumah sebab boleh tengok perkembangan anak-anak.Aku jadi orang pertama yang nampak apa yang mereka pandai buat.

Puas bila boleh keluar bersama-sama, hehe....ada kala ahli keluarga lain pun join sama.

Puas bila dapat menjaga makan minum dan jaga kesihatan mereka ketika sakit. Tidak lagi susah hati bila tinggalkan anak-anak masa pergi kerja. (pernah je aku kerja dengan Amar atau Ashraf demam, terpaksa)

Paling puas dapat senangkan hati dear sebab dear tak perlu risau kalau ada apa-apa emergency kat umah MIL aku boleh jadi orang pertama tolong.

Hmmmm tak nak la reveal semua kebaikan, nanti semua orang sibuk kejar nak jadi suri rumah pula. Ahak!

Monday, March 26

Lagi Penat

Assalam...


Lama tak update cerita terkini, kesibukan menguruskan anak-anak dan rumahtangga sekarang menjadi keutamaan. Pasti ada yang akan kata takkan tak sempat nak online seketika? hmmm pada aku masa untuk aku online biarlah tika anak-anak dan suami dah tidur ataupun semua kerja rumah selesai dilakukan kalau ditangguhkan akan datang pasti lebih penat.


Penat duduk dirumah jaga 2 anak berlainan dengan penat bekerja walaupun ada 2 anak.


Eh...ini pengalaman aku sekarang.


Seminggu 'disahkan' jawatan selaku surirumah sepenuh masa itu amat mengujakan kerana ada banyak masa untuk diluangkan dengan anak-anak. Tapi pada masa yang sama kerja-kerja rumah perlu di laksanakan. Paling penting, makan minum mereka perlu dijaga. Rumah perlu nampak kemas pada mata aku, paling tidak bila ada tetamu tidak lah kelam kabut nak sorokkan barang-barang. hehehe...


Kalau bekerja, masa banyak dihabiskan bila malam dan hujung minggu. Jadi pada aku, malam anak-anak tidur seawal jam 9.00 malam dan selebihnya masa untuk aku makan dan rehat. Hujung minggu pula, kebiasaan pasti ada majlis atau acara yang perlu dihadiri, paling tidak makan  diluar ataupun beli belah barang dapur. Jarang amat ada dirumah kecuali bila dear kerja.


Minggu pertama sempurna tanggungjawab tapi minggu ke 2 ini amat mencabar kerana Ashraf disahkan Chicken pox dan Amar pula HFMD. Ouh...semoga mereka cepat sembuh. Paling penat bila Ashraf meragam....ayark! sabar je la kan. Masa sakit pasti meragam bila sihat pastinya bergelak tawa.


Ok,nanti nak update entry tentang chicken pox pula. Harap-harap dapat sempurnakan untuk rujukan akan datang buat aku maupun orang lain.

Tuesday, March 20

Fail

Assalam...

Yahooo...aku kini suri rumah sepenuh masa kembali! syok ok, dapat guling-guling dengan anak-anak. Hampir tiada masa untuk online. Ahaks!

Ini tugasan aku sebelum tinggalkan office minggu lepas, orang dah arahkan jadi aku buat juga la. Nanti ada pula suara-suara dibelakang lagi susah. hehe...



Wednesday, March 14

Dengki

Assalam...

Terkadang mulut maupun tekak teringin nak makan itu ini bila ternampak gambar dalam internet, tv, surat khabar maupun dari mana-mana flyers. Tapi ada masanya terfikir....adakah makanan itu halal walaupun nampak begitu menarik.

Masalah makanan halal memang sukar nak dihadapi ketika ini, maklum saja masa kerja terpaksa makan di luar. Boleh bungkus dari rumah tapi aduh masih belum ada kesempatan masa untuk masak-masak lagi. Tunggu bila masa anak-anak dah besar sikit baru dapat luangkan masa untuk masak-masak.

Kadang kala hujung minggu teringin makan di luar tapi kedai makan mana? ehm....fast food atau kedai yang biasanya kami pergi saja lah kami tuju. Jarang mahu mencuba kedai baru kerana tidak mahu kecewa jika makanan tidak menyelerakan.

Dengki yang amat bila tengok kawan-kawan bangsa cina maupun india boleh makan di mana-mana sahaja yang mereka mahu. Cina boleh makan makanan melayu dan india, india pun sama tapi melayu tidak boleh makan makanan cina dan india kecuali ada tanda halal.

Erk...beberapa minggu yang lepas ada terdengar Subway Malaysia pun termasuk ketegori tidak halal. Adui...yang dah masuk dalam perut aku ini macam mana la ye. Bila teringin nak makan terpaksa rancang nak buat sendiri tapi yang pasti rasanya tidak sama macam di sana! hish....

Ok lagi beberapa hari bakal menjadi surirumah sementara mencari kerja baru atau sepenuhnya jika diizinkan oleh kewangan. Ahahahhaaaaaaaaaa. Mahu masak pelbagai menu, mahu berikan Amar dan Ashraf makanan yang sihat dan paling penting adalah HALAL.

Eh! ayam dan daging pun perlu berhati-hati bila nak membeli. Kalau ayam aku suka beli di kedai runcit sebab tuan kedai ada membela ayam dan memproses sendiri untuk dijual di kedainya. Tahu dari mana hasilnya makan senang hati mahu membeli. Tapi kalau daging? adoi....

Rasa macam tak mahu ambil pusing tapi bab halal ini penting sekali bagi orang islam jadi mahu atau tidak menghadkan pilihan makanan di luar. Lebih banyak makan ikan tapi ada juga yang kata ikan yang dibela ada diberikan makanan haram.

Ya Allah, Kau lindungilah aku dan keluarga ku serta seluruh umah islam di dunia ini agar kami tidak terbuka hati mahu mengambil makanan yang haram. Berikan kami petunjuk agar kami senantiasa menjaga kebersihan dalam pemakanan.

Friday, March 9

Tambah Sayang

Assalam...


Syukur bila aku punya suami yang baik. Kenapa aku tetiba nak puji dear pulak eh? entah lah, bila keluar makan nampak orang lain isterinya akan pegang anak maupun jaga anak semasa suaminya makan. Atau pun suami makan dahulu isteri makan kemudian.


Setakat ni dear beri aku makan dulu barulah dear makan kemudian. Sekarang anak-anak dah boleh kami jaga bila masa makan, kami makan sama-sama tapi dear masih menjaga Ashraf dan aku akan melayan Amar. Ouh...kalau di rumah memang aku suka sebab senang untuk aku bangun untuk tambah nasi, lauk atau ambil apa sahaja barang.


Baru semalam kami dapat keluar bersama tapi sayang 'LA' pula yang bermasalah. Terpaksa berpanas seketika di tengah-tengah jalan raya, terpaksa mengadu pada 2 orang mekanik dari 2 tempat yang berbeza dan 2 kedai yang berbeza. Akhirnya kami dapat jalan-jalan cuci mata dan shopping di Jusco Bukit Raja. Alhamdulillah. Semoga 'LA' tidak lagi memanaskan hati aku.

Berjalan Bersama Anak-Anak

Assalam…

Sabtu yang mengujakan, sebab? Ok ini cubaan pertama aku keluar jalan-jalan bersama dengan 2 orang hero kesayangan aku. Kami jalan-jalan beli ikan di Tesco Klang. Kononnya nak guna kupon yang baru dapat petang Jumaat tu. Excited tau, pagi-pagi mereka dah keluar rumah pergi rumah nenek dan aku di rumah bersiap-siap.

Perjalanan pergi Ashraf dan Amar sangat baik sehingga sampai di tempat letak kereta Ashraf tidur (sebelum bertolak ayah bagi mereka makan ubat) mungkin ini penyebab Ashraf tidur ditambah pula dengan memang itu masa tidur dia. Aduh! Terpaksa tunggu sekejap tapi bila Amar bosan terpaksa di kejutkan juga Ashraf, dapatlah dia tidur barang ½ jam juga.
Masuk Tesco, Ashraf duduk di seat di troli Amar pula aku letak dalam troli. Hehe…mujur Amar tak bising, sebab kalau kami keluar berempat Amar akan duduk di seat troli Ashraf aku atau ayah dukung (kes tak mahu duduk dalam stroller). Buat 10 minit awal Amar masih boleh diam lagi tapi bila Nampak aku ambil barang mula dia nak usik semuanya, alamak! Letih pulak bila asyik betulkan barang-barang tapi kalau tak praktis macam ni lain kali pun pasti sama juga kan. Lebih baik belajar sekarang jangan akan datang aku kelam kabut nak handle.

Selesai sesi memilih barang Amar aku bagi sebotol vitegen dan duduk diam-diam sekejap. Jadi boleh lah pilih sedikit lagi barang untuk anak-anak pula. Siap dan bila sampai kaunter, aku tengok plastic vitegen terkoyak di nombor bar kod. Ish…mujur cashier masih boleh scan kalau tidak teruk aku.

Paling tak tahan bila masa nak keluar dari Tesco Amar Nampak mainan, aduh….masa ni memang aku dah tau mesti dia dah mengantuk sebab masa awal-awal sampai pun dia dah terhoyong hayang kat seat belakang kereta. Jadi masuk kereta aku bagi susu dan kami pun gerak balik. Mujur sepanjang perjalanan balik Ashraf seorang yang menangis kemaruk nak hisap susu walaupun dah bagi awal-awal. Ni kes nak ngempeng sepanjang perjalanan balik rumah. No no… yours moms nak drive tau! Bila nangis aku bagi la mainan sampaikan purse pun jadi mainan dia juga supaya senyap sekejap.

Rupannya dear masih ada dirumah belum keluar kerja. Alahai…kalau dear ikut sama pun ok je tadi. Ish…kalau tidak tak jadi la cubaan pertama aku. Setakat ini aku berani cuba pergi Mall, tempat lain aku tak yakin lagi nak pergi bertiga.

Yang paling seronok balik rumah terus mereka tidur, dear keluar pergi kerja dan aku masak-memasak. Ikan tilapia merah bakar! Yummy cicah dengan air asam yang pedas gila. Erk…menu paling mudah dan senang, anak-anak pun boleh join kecuali air asam la kan.


Tuesday, March 6

Baby Gurl

Assalam…

Ahad lepas pergi melawat baby baru sebulan lahir di pekan Klang. Berhampiran dengan kampong MIL, Sungai Udang. Sepupu dear dapat baby girl baru dan yang ke 2. Seronok tengok orang lain dapat baby gurl ni, jelous! Ahaks…

Kami keluar tak sempat sarapan, dear rancang nak bawa MIL sarapan di luar. Makanya dalam kereta sibuk merancang nak sarapan di mana dan akhirnya dear buat keputusan sarapan Lontong Klang, di pekan Klang. Elok lah tu, aku pun belum pernah makan lagi, dan rasanya terbaik! Memang sedap. Cuma makan tak puas sebab datang dengan anak-anak kan. Terpaksa makan laju-laju tapi tak ada la sampai tahap kebuluran pulak. Hehe… Amar, ayah ambilkan 1 pinggan tanpa sambal sama dengan nenek punya. Nenek batuk jadi nenek tak mahu makan pedas.


Alhamdulillah selesai makan baru lah kami gerak pergi ke rumah mak sepupu dear aka adik MIL. Rupanya baby tak ada disana, sudah balik kerumah sendiri. Aduh, silap rumah…rancang awal nak terjah tapi rupanya kami yang terkena. Sembang serba sedikit dan gerak ke rumah sepupu pula.

Rumah sewa yang cantik, siap ada tiles lagi…agak-agak berapa lah sewanya untuk sebulan eh? Cuma kawasan luar agak sempit, rumah didirikan terlalu banyak jadi padat dan rapat-rapat. Tempat letak kereta ada cuma cara untuk meletak kereta tu yang susah. Ouh…baby baru siap keluar kereta baru lagi tu. Hehe, rezeki baby katakan.
Amar dan Ashraf paling sibuk nak main, mujur tak sibuk nak kacau baby kalau tidak pening aku nak layan. Baby pun baik je, maklum la baru lepas mandi dapat susu…diam je la. Sempat main-main sekejap dah baby jelir-jelir lidah lagi. Adui…lapar lagi la tu kan. Hehe…comel!
Pukul 12 tengahari gerak balik rumah sebab dear nak keluar kerja. Ini yang aku bosan, hari-hari adalah hari bekerja dear. Urgh….tension ok, dah la di rumah tak ada TV lagi la bosan yang amat, nak keluar bawa anak-anak nak pergi mana?






Akhirnya petang ahad duduk dirumah. Amar pergi rumah MIL ikut adik ipar aku masa dia datang hantarkan TV. Aku dan Ashraf tidur sampai ke waktu asar. Hehe…best!